Hari ini akan bermulalah perjalanan rentas negeri bagi orang ramai yang terkandas untuk kembali ke kediaman masing-masing. Perjalanan rentas negeri ini bermula pada hari ini, 7 Mei sehingga Ahad 10 Mei 2020.

Seperti Orang ramai sedia maklum adalah dinasihatkan agar memuat turun aplikasi terkini Gerak Malaysia versi 2.0 yang dibangunkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di telefon pintar menerusi Play Store dan App Store bagi pergerakan rentas sempadan negeri.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan bagaimanapun menegaskan, pergerakan rentas sempadan negeri menggunakan aplikasi mudah alih itu hanya dibenarkan kepada dua kategori individu sahaja.

Kedua-dua kategori berkenaan ialah:

1. Individu yang terkandas di kampung atau tempat-tempat lain untuk pulang semula ke rumah masing-masing

IKLAN
  1. Individu yang kembali ke tempat kerja sahaja.

    Jika tiada kemudahan telefon pintar, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri:

    1. Muat turun Permit Pergerakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman media sosial rasmi PDRM.
    Pautan FB: Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

    2. Mengisi borang tersebut dengan lengkap dalam dua (2) salinan.

    Bagi yang tiada kemudahan telefon pintar dan rangkaian internet, ini anda perlu lakukan jika ingin pergerakan rentas sempadan negeri

    1. Menghubungi balai polis berhampiran bagi tujuan temu janji untuk penyerahan borang.

    2. Menghantar dua (2) borang yang telah lengkap di balai polis untuk proses kelulusan.

    Orang ramai yang telah mendapat kelulusan boleh membuat pergerakan masing-masing seperti ketetapan berikut:

    a. Pergerakan untuk pulang dari Kuala Lumpur adalah pada 7 Mei 2020 (Khamis),

    b. Pergerakan untuk pulang dari Perak, Johor dan Kelantan adalah pada 8 Mei 2020 (Jumaat),

    c. Pergerakan untuk pulang dari Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang adalah pada 9 Mei 2020 (Sabtu), dan

    d. Pergerakan untuk pulang dari Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu adalah pada 10 Mei 2020 (Ahad).

    Perlu diingatkan bahawa pergerakan untuk pulang ke kediaman masing-masing ini dilakukan pada hari yang telah ditetapkan sahaja.

Bas Ekspress, Motorsikal Tidak Dibenar Perjalanan Antara Negeri

Dalam satu laporan yang lain yang dikeluarkan oleh BERNAMA, Mereka yang terlibat dalam perjalanan rentas negeri bermula esok hingga 10 Mei ini tidak dibenar menggunakan perkhidmatan bas ekspres atau motosikal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata perkara itu telah dimuktamadkan oleh polis sebelum ini.

IKLAN

“Bagi perjalanan menerusi penerbangan pula perjalanan di Semenanjung Malaysia dibenarkan namun mereka yang mahu ke Sabah dan Sarawak perlu membuat permohonan secara dalam talian melalui platform disediakan (kerajaan negeri) sebelum membeli tiket penerbangan,” katanya pada sidang media khas di Bukit Aman, di sini hari ini.

Mengulas bilangan individu yang dibenar menaiki sesebuah kenderaan ketika perjalanan rentas negeri, beliau berkata peraturan mengehadkan kepada empat orang.

IKLAN

“Bagaimanapun, ia bergantung pada budi bicara petugas sekatan jalan raya yang membuat pemeriksaan,” katanya.

Sumber: Astro Awani & BERNAMA

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI