Selepas selamat menyambut kelahiran cahaya mata sulung mereka pada 27 Disember lalu, pasangan selebriti Azzam Sham dan Sheryl Shazwanie tampil berkongsi nama bayi perempuan mereka selepas seminggu dilahirkan.
Melalui Instagramnya, Azzam dan Sheryl memuat naik gambar mereka bersama bayi sekaligus turut turut berkongsi nama cahaya mata sulung mereka.
Kedua-duanya yang kini bergelar ibu dan ayah memilih nama ringkas namun cukup indah, Azzalea Safiyya yang menjadi pilihan keduanya.
“Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi, kami perkenalkan puteri sulung kami yang diberi nama Azzalea Safiyya Binti Muhammad Azzammuddin.
Melalui entri yang sama, baik Azzam dan Syeryl keduanya turut sama mendoakan yang terbaik buat perjalanan buah hati tersayang mereka.
Ads
“Semoga @azzalea_safiyya menjadi anak yang solehah, membesar dengan sihat, sentiasa dalam lindungan & rahmat Allah SWT serta berjaya dunia akhirat.
Kongsi Azzam lagi, Sheryl yang melahirkan cahaya mata sulungnya itu melalui kaedah pembedahan turut berterima kasih kepada doktor dan ahli keluarga juga rakan-rakan di Instagramnya yang turut sama mendoakan kelancaran kelahiran cahaya mata mereka.
“27 November 2022 | 9.45pm | 2.89kg. Terima kasih @assuntahospital1954 terutamanya O&G consultant yang kami beri kepercayaan, Dato’ Dr. Mohammed Niraj @thegynaecologistandassociates yang banyak memberi nasihat, sokongan moral & pendapat yang terbaik buat kami.
“Atas izin Allah SWT, Sheryl selamat melahirkan anak kami secara pembedahan. Segala puji bagi Allah SWT, segalanya dipermudahkan.
Ads
“Terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan buat keluarga kecil kami. Semoga segala doa yang baik dibalas dengan kebaikan.
“Kami juga mendoakan buat semua pasangan yang menanti zuriat agar dikurniakan cahaya mata yang soleh & solehah serta dipermudah segala urusan dunia akhirat, Aamiin ya Mujib,” katanya lagi.
Sudah dikandung 9 bulan dan dan dijaga bagi menatang minyak yang penuh, akhirnya si kecil pergi menghadap Ilahi. Kerinduan ibu tak dapat dibendung lagi.
Kehilangan yang dihadapi ibu ini tidak dapat penulis selami, tentunya tidak mudah melihat si kecil sudah tiada lagi. Puan Wan Nur Azalina jelas rindukan anak syurganya Armeen Shaquille yang mengalami Spastic Quadriplegic With Severe Dystonic Cerebral Palsy.
Doktor yang merawat menganggarkan usia anaknya bertahan sehingga 3 tahun, tapi si kecil Armeen pergi ke syurga abadi lebih awal dari itu.
Puan Wan Azalina juga turut berkongsi sedikit sebanyak info mengenai keadaan kesihatan Allahyarham Armeen. Salah satunya ialah tentang demam suhu tinggi 40.1º hingga 40.5º Celcius apabila cuaca terlalu panas. Pemberian sirap paracetamol tidak membantu untuk kebah. Setelah diselidiki, rupa-rupanya ia tidak boleh diubati kerana demam masalah Thermoregulatory dysfunction mungkin disebabkan oleh pendarahan otak yang dialami anaknya ketika dilahirkan dulu.
Ibu ini juga turut berkongsi bagaimana Allahyarham Armeen tidak dapat memproses susu yang diminum. Apabila dikeluarkan (disedut keluar menggunakan mesin khas), barulah dia lega dan boleh tidur. Menurut ibu ini, ia adalah petanda yang tidak baik bagi kesihatan Armeen.
Ibu ini juga turut berkongsi catatan tentang keadaan yang dialami oleh Allahyarham Armeen Shaquille. Ia disifatkan oleh ibu ini sebagai perjuangan seumur hidup.
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain. Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi berumur enam bulan kerana susu ibu sahaja sudah cukup untuk membekalkan tenaga dan kesemua nutrien yang diperlukan oleh bayi.
Di samping itu, penyusuan susu ibu secara eksklusif juga dapat mengurangkan kematian bayi yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang biasa dihidapi oleh kanak-kanak seperti cirit-birit atau diarea dan radang paru-paru. Penyusuan susu ibu secara eksklusif juga boleh mempercepat proses penyembuhan semasa kanak-kanak sakit dan membantu ibu menjarakkan kehamilan.
Sejak dari lahir sehingga berumur enam bulan, bayi yang menyusu susu ibu tidak memerlukan air tambahan, walaupun ketika cuaca panas.
Mengapa pemberian air bahaya kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu?
Memberi air kepada bayi berumur di bawah enam bulan yang menyusu susu ibu boleh membawa kemudaratan kepada mereka.
Air mengenyangkan bayi tanpa membekalkan sebarang kalori dan boleh menyebabkan bayi mengalami penurunan berat badan atau berat badan tidak meningkat dengan mencukupi. Pengambilan air atau minuman lain, walaupun sedikit, boleh memenuhkan perut bayi dan mengurangkan selera bayi untuk menyusu susu ibu yang padat dengan nutrien.
Pengambilan air boleh mengganggu penghasilan susu ibu. Ini kerana, bayi yang diberi air akan kurang berminat untuk menyusu. Jika bayi tidak disusukan dengan kerap, susu ibu akan mengambil masa yang lebih lama untuk dihasilkan dan ini boleh melambatkan atau mencegah pengaliran susu. Selain itu, sekiranya bayi diberi air menggunakan botol dan puting susu, bayi akan menjadi keliru dan berkemungkinan tidak mahu menyusu terus daripada payu dara ibu.
Air meningkatkan risiko penyakit kerana ia boleh menjadi pembawa kuman. Bayi yang diberi air lebih mudah terdedah kepada organisme yang menyebabkan cirit-birit, terutama dalam persekitaran yang kurang bersih.
Air dikaitkan dengan peningkatan paras bilirubin dan keseriusan jaundis di kalangan bayi baru lahir. Bayi yang menyusu susu ibu dengan baik kurang menghadapi masalah jaundis.
Air boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil oral water intoxication. Di kalangan bayi yang berumur kurang dari lima minggu, air yang berlebihan boleh mencairkan natrium di dalam darah dan ini menyumbang kepada simptom-simptom seperti suhu badan yang rendah, kembung dan kekejangan.
Bagaimana bayi yang menyusu susu ibu mendapat air yang secukupnya?
Susu ibu mengandungi 88% air dan berupaya membekalkan kesemua cecair yang diperlukan oleh bayi yang menyusu susu ibu. Bayi yang sihat dilahirkan dengan cukup air dan keadaan ini akan terus kekal jika bayi disusukan dengan susu ibu secara eksklusif, siang dan malam, dengan kerap dan tanpa had. Pada beberapa hari pertama selepas dilahirkan, kolostrum sahaja sudah mencukupi untuk membekalkan air kepada bayi.
Bagaimana dengan bayi yang tinggal di dalam iklim yang panas dan kering?
Beberapa kajian yang dijalankan di pelbagai lokasi (lembap dan kering) pada julat suhu antara 22°C – 41°C (71.6°F – 105.8°F) dan kelembapan relatif antara 9% – 96%, mengesahkan bahawa bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif tidak memerlukan air tambahan. Bayi akan mendapat semua cecair yang diperlukan melalui susu ibu, sekiranya dibenarkan menyusu susu ibu mengikut keperluannya.
Haruskah bayi yang mengalami cirit-birit atau diarea diberi air?
Dalam keadaan cirit-birit atau diarea yang tidak teruk, adalah dicadangkan supaya ibu-ibu meningkatkan kekerapan penyusuan susu ibu. Walau bagaimanapun, bagi cirit-birit atau diarea yang sederhana atau teruk, ibu-ibu perlu membawa bayi berjumpa doktor dengan serta – merta, di samping meneruskan penyusuan susu ibu seperti biasa.
Haruskah air diberi kepada bayi yang berumur enam bulan ke atas?
Pada umur enam bulan, selain daripada susu ibu, bayi harus diberi makanan pelengkap. Ini penting untuk memenuhi keperluan nutrien bayi yang semakin meningkat.
Jenis makanan yang dimakan oleh bayi mempengaruhi keperluan airnya. Secara amnya, keperluan air bagi bayi yang berumur 6 hingga 11 bulan boleh dipenuhi melalui susu ibu. Walau bagaimanapun, air yang telah dimasak boleh diberi kepada bayi selepas makan. Perlu diingatkan bahawa memberi air kosong kepada bayi adalah lebih baik berbanding jus buah-buahan. Ini kerana air kosong adalah minuman yang terbaik untuk menghilangkan dahaga dan tidak mengandungi gula, sebagaimana jus buah-buahan. Bayi juga patut diberi air menggunakan cawan dan bukannya botol. Ini kerana pemberian air menggunakan botol mendorong bayi untuk minum air secara berlebihan yang melebihi keperluannya.
Apabila memberi bayi air atau sebarang cecair lain, pastikan yang ia tidak menggantikan susu ibu. Air yang ditambah ke dalam makanan pelengkap juga boleh menggantikan atau mencairkan kandungan di dalam nutrien makanan tersebut. Oleh itu, kurangkan penambahan air ke dalam makanan pelengkap seperti bubur dan sup untuk meningkatkan kepekatan nutrien dalam makanan tersebut, yang seterusnya akan membantu meningkatkan status pemakanan bayi.
Rujukan
Almroth S, Bidinger PD. No need for water supplementation for exclusively breast-fed infants under hot and arid conditions. Trans R Soc Trop Med Hyg. 1990;84:602-604.
American Academy of Pediatrics Section on Breastfeeding. Breastfeeding and the Use of Human Milk. Pediatrics. 2005 Feb;115(2):496-506.
Exclusive Breastfeeding: The Only Water Source Young Infants Need
FAQ Sheet No. 5 from the Linkages Project
Perkara yang paling merisaukan ibu ayah apabila anak mula batuk-batuk sehingga berkahak. Risau ketidakselesaan pada si anak kerana penyakit batuk mengambil masa yang lama untuk sembuh. Jadi apa solusi terbaik untuk mengurangkan batuk anak? Ikuti perkongsian daripada Dr Rizal ini.
Perubahan cuaca yang ekstrem mengundang pelbagai penyakit. Antaranya ialah batuk. Hampir kesemua dari kita pernah batuk dan pernah mengambil ubat batuk.
Lazimnya apabila batuk, tempat yang dituju ialah farmasi atau klinik. Yang akan dijinjing balik adalah sebemban ubat. Ubat utama semestinya ubat batuk. Pelbagai warna dan perisa. Menjadi kesukaan kanak-kanak terutamanya.
“Ubat batuk ok apa sebab melegakan batuk.” Ujar rakan saya pantas apabila ditanya.
Ya betul ubat batuk melegakan batuk.Tetapi ada kesannya. Lebih buruk lagi kesannya ialah pada otak. Pengambilan ubat batuk menyebabkan menyebabkan bahagian otak yang menjadi paksi untuk belajar, membuat keputusan, perancangan dan pengurusan emosi menjadi tidak aktif.
Penstoran maklumat sementara juga terganggu. Mudah lupa adalah akibatnya. Bila bercakap ayat terputus-putus. “Apa nama atau aaaa,” menjadi teman bicara.
Kesannya? Prestasi otak merudum. Kualiti emosi terjejas. Pemprosesan otak menjadi perlahan. Dalam erti kata lain ialah kita terjerumus ke dalam hari lembab sedunia yang kita cipta.
“Jadi nak ambil apa kalau tak boleh ambil ubat batuk. Kahak banyak ni.” Ada macam-macam alternatif. Antara yang saya suka ialah mencampurkan satu atau dua sudu madu lebah bersama bawang.
Caranya ialah:
1. Ambil sebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Bagaimana dengan bawang yang tinggal tu? Kalau ada selera telan. Kalau tak ada selera, pandai-pandailah membuat keputusan.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)