Setiap orang ada cara masing-masing untuk buat simpanan. Ada suka menyimpan duit, ada yang minat beli barang kemas. Semua itu terpulang pada anda tetapi bagi yang masih keliru, simpanan emas ini adalah aset boleh digunakan jika terdesak.
Melalui perkongsian En Akhtar Syamir, melalui pengalamannya sendiri, simpanan emas yang dibuat sebelum ini berbaloi bila terdesak nak menggunakan duit.
Beberapa bulan yang lalu, saya memerlukan duit tunai dengan segera. Ini bukan buka aib, tapi untuk inspirasi.
Sebelum ini, kami memang jenis yang tidak sempat simpan duit tunai. Adalah sedikit untuk kegunaan bulanan. Selebihnya, kami tukarkan kepada barang kemas dan di dalam pelan simpanan jangka masa panjang.
Barang kemas untuk aset, pelan simpanan untuk keuntungan masa hadapan. Waktu kami mula mengumpul emas, saya dan isteri sudah berjanji. Ini semuanya ialah hak miliknya 100%. Tapi, jika satu hari nanti saya perlukan duit dengan segera, saya berharap yang dia dapat bantu saya. Isteri saya bersetuju asalkan saya berjanji akan berusaha untuk menebusnya kembali.
Antara yang masuk Ar Rahnu hari tu, Rantai Tangan Pulut Dakap Perut Ular yang viral, RT Coco yang sangat cantik, cincin STM, Datin dan cincin KLCC design baru. Memang pikir dua kali jugak sebenarnya.
Ads
Syukur Alhamdulillah, semuanya telah dapat saya tebus kembali. Ini sangat-sangat penting. Jangan ingat emas yang kita dah bagi isteri tu kita punya. Itu isteri punya. Wajib tebus sebab itu ialah hutang. Hutang wajib dibayar.
Kepada yang masih belum percaya betapa bagusnya menyimpan emas dan barang kemas, inilah buktinya.
Antara kelebihan menyimpan emas:
Pertamanya, ia menjadi pelindung kepada pembaziran. Mesti korang semua perasan, kadang-kadang korang ada duit lebihan, tapi duit tu habis macam tu je. Sebelum duit lebihan tu hilang, tukar separuhnya kepada emas. Separuh lagi biar dulu atau kalau tak perlu, simpan kat tempat lain yang kita tak mudah belanjakan.
Ads
Keduanya, ia mudah dicairkan. Pergi Ar Rahnu, settle.
Ketiganya, kita boleh dapat balik. Bila membeli emas, ada kalanya design tu memang takkan jumpa dah atau susah nak cari. Jadi, bila kita ada peluang untuk dapat balik, kan bagus?
Beli emas tak rugi. Berhentilah takut pasal barang kemas. Bagi sokongan sepenuhnya. Tak salah pun simpan emas, asalkan jangan sampai takde duit makan dan pakai. Cuma, ianya bagus untuk digunakan semula, untungnya bukan pada nilai RM tetapi pada nilai kegembiraan si pemakai. Sebab harga emas ni tak sentiasa naik.
Kepada yang masih belum tebus tu, kena disiplin. Kena usaha sebaik mungkin untuk dapatkan kembali. Semoga urusan anda semua dipermudahkan.
Ads
Sebelum terlupa, terima kasih Nora Azni. Nanti kita beli emas banyak-banyak lagi ye.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila bergelar ibu, rutin harian automatik berubah. Mula dari celik mata sehingga nak lelap, urusan rumah tangga dan anak banyak lagi belum selesai. Biasanya ibu walaupun dah tidur namun tetap rasa penat bermakna anda belum dapat rehat cukup. Mungkin juga ibu tidak mendapat tidur yang berkualiti atau tidak tidur dengan betul.
Jika keadaan ini berterusan lama-lama emosi ibu jadi tak stabil dan anak-anak akan terkena tempiasnya tanpa sengaja.
Bagaimana nak pastikan keadaan ini terkawal, Penulis Ilmu Keibubapaan, Encik Taufiq Razif ada penjelasannya.
Ibu tak cukup tidur emosi mudah meletup
“Kenapa saya asyik nak marah anak je bang?”
Hati hati, ibu yang tak cukup tidurnya memang mudah meletup emosinya. Jumlah tidur harian seorang ibu ni umpama AKAUN BANK. Bila seorang ibu tu tak tidur, ianya umpama kita ambil duit daripada AKAUN BANKnya sedikit demi sedikit.
Itu yang kita namakan sebagai SLEEP DEBT! Makin banyak isteri tak tidur, makin banyak SLEEP DEBTnya. Makin banyak SLEEP DEBTnya, makin kacau emosi dan fizikalnya.
Kalau ikut National Sleep Foundation, wanita perlukan tidur 20 minit lebih banyak daripada lelaki kerana otak mereka lebih ‘multitasking’ dan perlukan waktu yang lebih lama untuk ‘recover’.
Tetapi aduh kesiannya, bila tengok statistik rupanya 18% wanita menderita tak cukup tidur dibandingkan cuma 8% je lelaki yang menderita tak cukup tidur padahal otak wanita lebih perlukan tidur yang cukup.
Tidak dinafikan masakan dirumah lebih terjamin kebersihan dan lebih murah kosnya berbanding makan diluar. Jika masak dirumah kandungan nutrisi lebih terjamin terutama untuk anak-anak kecil yang sedang membesar. Namun, sekali sekala makan diluar umpama berita gembira untuk ibu-ibu yang penat seharian dengan kerja rumah, yelah boleh rehat dari memasak kan?
Sebelum singgah di kedai-kedai makan, anda perlu pastikan dulu kriteria ini ada ataupun tidak, terutama yang bawa anak kecil sekali. Perut mereka amat sensitif dan tak sama dengan orang dewasa. Ikuti perkongsian Pelakon popular, Hanis Zalikha di Instagram beliau.
Makanan yang dimasak sendiri adalah yang terbaik, tapi sekali sekala menjamu selera di luar adalah kemestian yang dapat memupuk keintiman keluarga. Bila “makan kat luar” kriteria paling penting bagi saya ialah tempat makan yang bukan saja sedap tapi wajib BERSIH.
Apatah lagi ada anak kecil yang dibawa bersama, makanan yang dihidang sikit sebanyak pasti akan dirasa juga olehnya. Perut si kecil tak sekuat kita maka saya takkan kompromi faktor kebersihan & keselamatan untuk elak perkara tak diingini seperti keracunan makanan menimpa.
Jangan tak tahu, ada cara mudah (tak perlu jenguk dapur restoran atau toilet dulu sebelum order lol) kalau nak tahu sesebuah premis makanan itu benar-benar menyajikan makanan yang bukan saja bersih malah tak perlu diragui ianya dalam kategori sihat & selamat.
Caranya ialah memilih premis yang mempamerkan logo BeSS (Bersih, Sihat, Selamat) yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Untuk dapat sijil & pelekat BeSS kena lalui pemantauan yang ketat – selain kebersihan dipastikan terjamin, jumlah kalori dalam hidangan yang disajikan kepada pelanggan pun KKM akan ambil kira.
Kalau melebihi 600 kalori, pengusaha makanan akan diberi khidmat nasihat macam mana nak kurangkannya. Ya.. sampai macam itu sekali jadi logo BeSS ni amat besar maknanya untuk kita gunapakai dalam memilih premis makanan!
Bagi para peniaga & pengusaha makanan pula, rugilah kalau anda masih tak ada pelekat BeSS yang dapat bantu pertingkatkan kepercayaan pengguna untuk memilih makanan awak ni.
Rugi sangat-sangat sebab dahlah kakitangan KKM sanggup turun padang untuk bantu anda pastikan hidangan yang sampai kepada pelanggan dalam keadaan Bersih, Sihat & Selamat… ianya diberi secara PERCUMA sahaja. Dah tau ni cepat-cepatlah apply, caranya hubungi je Jabatan Kesihatan Negeri berhampiran atau Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM melalui laman web atau Facebook mereka: BKKMHQ.
Bukan perkara yang mudah untuk isteri memandu sendiri dengan jarak yang jauh bersama anak-anak kecil tanpa suami disisi. Kebiasaanya anak kecil terlalu banyak ragam dan kerenah yang harus dilayan. Bagaimana cara untuk mengatasinya? Bagaimana untuk membuatkan anak selesa sepanjang perjalanan? Ikuti perkongsian ibu muda ini.
Macam suami Ena kerja badan beruniform. So tak boleh cuti suka-suka macam penjawat awam lain. Public holiday memang jangan mimpi lahh nak dapat. Tapi tu lumrah bila dapat pasangan seperti polis atau tentera. Macam Ena sendiri setiap 2 tahun sekali saje suami dapat cuti beraya. So bila kena tahun tak dapat cuti memang Ena driving sendiri bawa anak.
Ehhh.. Dulu takut taw. Tak confident nak jalan jauh. Tapi kita kena think positif. Selain percaya pada diri.. kena percaya pada kemampuan anak. Mula-mula Ena ingat dia akan meragam tapi semua ok je.. Yang penting PERSEDIAAN !!!! Ena lagi selesa naik kereta berbanding naik bas sebab kawasan kampung Ena ni susah sikit. Lepas naik bas, naik teksi pula. Masa menunggu lagi kena fikir. Kalau anak mengamuk, takut penumpang tak berapa suka. Lagipun perjalanan ambil masa 4 jam je.
Ada 2 perasaan untuk digambarkan kepada anak. Tengok tindakbalas dia bila cakap jom balik kampung. Suka ke memberontak ??? Hehehe.. Kadang ada budak tak berapa suka duduk kenderaan lama-lama. Dulu sumayyah pon macamtu. Naik setengah jam je lepastu dia mengamuk tak selesa. Terpaksalah berhenti sekejap bagi dia main-main kat luar. Maybe dia pening kadang-kadang sampai termuntah.
Tip ni sebenarnya khusus untuk ibu yang terpaksa travel bawa anak atau pun emergency nak balik kampung halaman tanpa ketiadaan suami.
TIPS 1 : LATIH AWAL DENGAN BAWA KE TEMPAT TERDEKAT
Better latih awal dan biasakan ke tempat terdekat. Contoh paling senang bawa anak checkup klinik. Biar anak rasa selesa duduk dalam kereta. Jadi kita pon boleh tahu apa yang dia suka dan tak suka buat dalam kereta kan. Ibu pon boleh buat checklist barang apa perlu dibawa ikut keperluan anak. Kalau dia jenis keluar mesti nak bawa anak patung, so jangan tinggalkan.
Kedua bawa ke supermarket. Kalau beli barang dapur bawa je anak. tak perlu tinggalkan pada suami. Hehe. Kadang-kadang kita selesa pergi sorang kan takde gangguan tapi baik kita latih dia. Dan ia membuka minda anak untuk belajar sekeliling dengan lebih dekat. Kalau lalu tempat sayur lagi lah teruja dia belajar nama-nama sayur ni. Takut dia minta macam-macam ??? Nanti ena sharing tips elak anak memberontak.
TIPS 2 : BAGI ANAK MAKAN AWAL
Sebelum bergerak pastikan perut anak selesa dulu. Bila dah kenyang, anak kurang meragam. Kalau dia belum lapar pada waktunya takpe standby je bekal. Nanti boleh berhenti mana-mana dan bagi anak makan. Jenis ena ni kalau dah start driving dalam 4 jam memang malas nak berhenti beli makanan. Sebabtu siap-siap je bekalan. Takut anak meragam dekat tempat yang susah nak berhenti cari bekalan.
TIPS 3 : PERIKSA PAMPERS ANAK
Bab ni memang kena alert. Sumayyah ni dia jenis yang dengar kata ena. Haha. Kalau naik kenderaan ena selalu pesan jangan yak taw. Tunggu sampai rumah. Memang dia jarang yak kalau keluar rumah. Cuma kencing jelah.
Standby 1 beg kecil untuk letak pampers, tisu basah untuk emergency, tuala kecil, sabun travel dan baju sepasang. Kalau anak termuntah dan yak senang sikit dah ada kit cuma singgah stesyen miyak nak cuci.
TIPS 4 : BEKAL SUSU SECUKUPNYA
Kena tahu agak anak biasa susu berapa jam. Kalau dalam 4 jam tu susu cuma sekali, jadi standby lah awal-awal termos air panas dan susu. Normally ena akan buat susu awal. Sebab ketahanan susu sampai 3 jam jika tidak di usik. kalau anak dah susu awal kat rumah, cuma buat dalam kereta time dia minta je. Kadang tu lampu traffik light tengah merah ena sempatlah bancuh kejap. So pastikan beg susu dekat senang nak dicapai. Sikap budak kadang cepat nak mengamuk, Sebabtu persediaan barang kena cepat dan mudah dicapai.
TIPS 5 : BAWA PERMAINAN KESUKAAN ANAK
Kena perhatikan anak suka main apa. Dia pasti ada favourite toys kan. Kalau macam sumayyah tak boleh tinggal anak patung dengan dinosaur. Ni kalau tinggal memang dia akan cari dalam kereta. Haruu nak cari kat kedai. Better cek awal dan letak kat seat anak. Bawa toys yang bersaiz sederhana besar. Kalau kecil sangat dikhuatiri jatuh ke bawah dan anak mengamuk minta ambil. Satu hal kita kena berhenti ambil. Budak-budak leka main tak kan rasa bosan bila kita driving.
Jangan lupa ajak berborak. Dia nak rasa selamat sebabtu kita kena sentiasa bagi perhatian. Kalau dia mula bosan, nanti mula lah dia nak duduk depan stereng.
TIPS 6 : ISI MINYAK KERETA SECUKUPNYA
Sebelum memulakan perjalanan jauh pastikan minyak diisi secukupnya. Ena suka berhenti dekat stesyen minyak yang ada pembantu. Kalau nampak kita ada anak kecil biasa diorang akan tolong isikan. Lepas isi minyak baru hati lega nak gerak ke kampung. Tak perlu singgah banyak kali. Ataupun boleh minta suami isikan awal sebelum kita driving.
TIPS 7 : BAGI GADGET TIME PERLU SAHAJA
Gadget ni ena tak syorkan bagi sepanjang hari. Bagi time perlu sahaja. Ini adalah pilihan terakhir. Pastikan anak kenyang, pampers tak penuh, anak dah puas main dan menunjukkan reaksi bosan barulah bagi anak gadget. Tupon ena bagi time dah nak sampai kampung ataupun dia nak tidur. Kalau dia mengantok tu ena bagi kejap sampai dia terlena.
Bagi kartun OFFLINE ok.. download beberapa kartun untuk elak berlaku masalah bila masuk area yang takde line internet loading, jadi masalah pula anak mengamuk tak dapat tengok.
TIPS 8 : BAGI ANAK SELESA
Pastikan kenderaan selamat digunakan, aircond boleh pakai seperti biasa. Kalau panas takut anak ni meragam. Anak cepat tidur kalau dia letih dan selesa dengan keadaan sekeliling. Periksa car seat dalam keadaan yang baik.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.