Permohonan program matrikulasi Sesi 2025/2026 dibuka mulai 1 Disember. Permohonan fasa satu untuk mengikuti pengajian Program Matrikulasi sesi 2025/2026 kepada pelajar yang menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024, dibuka bermula 1 Disember ini hingga 28 Februari 2025.
Permohonan Program Matrikulasi Sesi 2025/2026 Dibuka Mulai 1 Disember
Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan fasa dua dan proses pengemaskinian maklumat pelajar akan dibuka selama lima hari selepas keputusan SPM diumumkan.
Menurut kenyataan itu, permohonan ke Program Matrikulasi KPM adalah percuma dan pelajar boleh memohon melalui laman sesawang https://matrikulasi.moe.gov.my Keputusan permohonan akan dikeluarkan Bahagian Matrikulasi KPM menerusi laman sesawang dalam tempoh 21 hari bekerja selepas keputusan SPM 2024 diumumkan.
“Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Program Matrikulasi KPM perlu memuat turun dan mencetak sendiri surat tawaran dan dokumen pendaftaran melalui laman sesawang semakan keputusan tawaran Program Matrikulasi KPM,” menurut kenyataan itu.
Kekuatan seorang wanita mungkin tidak terletak pada fizikal tetapi semangatnya. Biar diuji dengan apa juga cabaran. Pasti mampu melaluinya apatah lagi jika perlu kuat demi anak-anak tersayang.
Kehebatan insan bergelar ibu sememangnya tak perlu disangkal lagi. Dengan keazaman yang kuat untuk menyediakan yang terbaik demi keluarga, seorang ibu sanggup melakukan apa saja termasuklah melakukan pekerjaan yang dipelopori oleh kaum lelaki.
Tampak lemah lembut dengan penampilannya yang berniqab tidak menjadi penghalang buat Nurazlinda Mahadi untuk menjadi pemandu lori kontena demi menyara lima orang anaknya.
Melalui akaun TikTok nur87ladytruckers, ibu kepada empat orang cahaya mata perempuan dan seorang anak lelaki ini memberitahu bahawa dirinya ibu dan ayah pada masa yang sama.
Jom tonton video ini;
Di rumah berperanan sebagai ibu tetapi ketika waktu siang menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah mencari nafkah buat mereka sekeluarga.
“Saya seorang pemandu lori kontena. Sayalah ibu dan sayalah ayah kepada lima orang cahaya mata.”
Biarpun sibuk dengan urusan kerja dan keluarga namun wanita tabah ini memuji kebesaran Allah SWT yang memberinya kekuatan untuk terus berjuang demi anak-anaknya yang masih kecil.
“Malam-malam balik kerja, anak yang kecil bangun. Pagi-pagi bangun pergi kerja semula. Bila waktu Nur rehat? Besarnya kebesaran Allah, diberikan kekuatan untuk ujiannya. Agar kita bersyukur, Allah takkan uji di luar kemampuan hamba-Nya.”
Teruja bila tengok ibu hebat ini memandu lori kontena, bukan biasa-biasa! Bukan semua mampu melakukannya. Didoakan agar Nurazlinda terus kuat dan dipermudahkan segala urusannya.
Sampai hati ibu kandung dera anak kandung sehingga maut. Seorang wanita muda berusia 25 tahun dihukum penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen pada Rabu atas perbuatannya yang kejam, mencederakan anak kandung lelaki berusia enam tahun sehingga maut. Hukuman itu dijatuhkan selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norshila Kamaruddin.
Mengikut laporan Sinar Harian, mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun dua bulan telah mendedahkan mangsa dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal iaitu memukul, mencubit dan menampar sehingga dia meninggal dunia.
Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Zamrud, Taman Bukit Ampang di sini antara jam 2 petang, 8 Januari hingga 6 petang, keesokan harinya.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Semasa rayuan, peguam, Muhammad Aidil Akmal Sharidan yang mewakili tertuduh memohon agar anak guamnya dikenakan hukuman denda.
“Dia merupakan seorang penganggur, telah menanggung dua anak iaitu mangsa dan seorang lagi bayi berusia enam bulan, mengaku menyesal atas perbuatan yang dilakukan,” katanya.
Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Hairuliqram Hairuddin mencadangkan mahkamah menjatuhi hukuman setimpal kerana ia merupakan kesalahan serius, lebih-lebih lagi menggadaikan nyawa anak kandung sendiri.
“Tertuduh selaku ibu kandung tidak sepatutnya mencederakan mangsa sehingga menyebabkan kematian,” katanya.
Mengikut fakta kes, wanita itu memaklumkan mangsa mengalami demam panas dan sawan, namun hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian ialah disebabkan kesan trauma tumpul di kepala dan perut.
Hasil rakaman percakapan tertuduh mendapati mangsa dipukul, ditampar, dicubit dan dimarahi wanita itu kerana sentiasa menangis serta tidak membuang air dengan teratur.
Tertuduh juga membiarkan mangsa yang demam dan tidak menghantarnya ke hospital.
Dalam pada itu di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, teman lelaki wanita terbabit, Muhammad Redza Zainurin, 36, didakwa atas satu pertuduhan membunuh kanak-kanak malang ini.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibaca di hadapan Majistret, Amalina Basirah Md Top kerana kes itu berada di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Mengikut pertuduhan, dia didakwa membunuh kanak-kanak itu di lokasi sama pada jam 2.36 petang, 10 Januari lalu.
Muhammad Redza didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebatan tidak lebih 12 kali, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norhidayah Abdullah Sani sementara tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 24 Mac depan untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.
Pada 11 Januari lalu, Sinar Harian melaporkan seorang ibu dan teman lelakinya ditahan bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang kanak-kanak, di lokasi kejadian.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita, mendakwa anaknya tidak lagi bernafas selepas tidur.
Jika mahu dilentur buluh, biarlah dari rebungnya. Benarlah kata bidalan, untuk mendidik anak-anak seharusnya seawal usia mereka masih kecil lagi. Dengan asuhan yang betul, peribadi anak dapat dibentuk dengan baik.
Tidak kira status mahupun latar belakang, didikan ibu ayah sangat penting bagi memastikan anak-anak menjadi individu cemerlang dan sentiasa terbaik dalam apa jua yang mereka lakukan.
Dato’ Sri Aliff Syukri dan isterinya, Datin Sri Nur Shahida tidak perlu diperkenalkan lagi. Pasangan usahawan terkenal ini sangat dikenali bukan kerana kejayaan mereka dalam bisnes tetapi juga didikan yang diterapkan pada anak-anak.
Tidak memanjakan anak-anak dalam kemewahan, mereka lebih selesa untuk membesarkan anak-anak dalam kesederhaan. Mereka juga sering mengajar anak-anak untuk melakukan kerja rumah biarpun mereka mempunyai pembantu.
Salah seorang anak pasangan ini, Qadejah El Zahra, sangat disukai warganet kerana dapat dilihat dia seorang yang merendah diri dan gemar memasak. Malah menurut mereka, Qadejah atau lebih mesra disapa sebagai Cess nampak sangat mahir dan tidak kekok berada di dapur.
Salah satu video yang dikongsikan oleh Datin Sri Shahida di laman IG menunjukkan Cess sedang menyediakan masakan udang telur masin. Bermula dengan menggoreng udang sehingga menyediakan bahan tumisan untuk menu itu, Cess nampak sangat selesa.
Step by step masakan yang dikongsikan itu juga sangat mudah untuk diikuti terutama untuk orang yang baharu belajar memasak. Di penghujung video, Cess sedang memegang hasil masakannya ketika anak sulung Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, Ammar Ahyan datang dan mengambil udang itu darinya. Mesti abang suka sangat bila adik masak kan!
Memang seronok tengok kelincahan Cess di dapur, biarpun baru saja berusia 13 tahun tetapi sangat pandai memasak. Memang kagum dengan ibu ayah yang melatih anak-anak untuk membuat kerja rumah sejak kecil. Itulah yang dapat melatih anak untuk lebih berdikari dan menghargai setiap yang mereka ada.
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.