Bagi mak ayah yang ternanti-nanti permohonan untuk memasukkan anak ke TABIKA KEMAS sesi 2026/2027, mak ayah boleh mendaftarkan anak sebelum terlambat.

Permohonan kemasukan ke TASKA dan juga TABIKA KEMAS 2026 kini dibuka bermula 25 Mei sehingga 31 Ogos 2025. Jom daftar!

Untuk makluman, ibu bapa boleh membuat permohonan bagi anak-anak untuk memasuki Taska / Tabika KEMAS secara online.

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang lokasi Tadika KEMAS ini dan syarat-syarat bagi pendaftaran bagi anak-anak yang berkenaan.

Program Pendidikan Awal Kanak-Kanak KEMAS terbahagi kepada dua kategori iaitu:

1. Taman Asuhan Kanak-Kanak (TASKA) :kanak-kanak 2 – 4 Tahun

2. Taman Bimbingan Kanak-kanak (TABIKA) : Kanak-kanak 4 – 6 Tahun

Syarat Kemasukan / Pendaftaran:

* Kanak-kanak yang mempunyai status Warganegara Malaysia atau salah seorang ibubapa Warganegara.

* Terbuka untuk kanak-kanak berumur 4 hingga 6 tahun (Keutamaan untuk kanak-kanak berumur 5 dan 6 tahun).

* Permohonan kemasukan ke TABIKA KEMAS tahun 2025/2026 akan dibuka mulai 25 Mei 2025 hingga 31 Ogos 2025

Ads

* Borang permohonan boleh di muat turun melalui portal Jabatan Kemajuan Masyarakat (http://www.kemas.gov.my) serta di semua Tabika KEMAS.

* Bilangan kanak-kanak di dalam sebuah kelas adalah terhad iaitu minimum 10 orang dan maksimum 30 orang (mengikut keluasan dalaman sesebuah kelas iaitu 3.5 meter bagi seorang kanak-kanak).

* Bilangan kanak-kanak seramai 25 orang adalah yang terbaik bagi kapasiti sesebuah kelas.

* Borang pendaftaran yang telah lengkap diisi beserta dokumen yang berkaitan hendaklah dihantar terus ke TABIKA KEMAS yang berdekatan.

* Pihak Jawatankuasa Pemilihan TABIKA akan mengeluarkan surat jawapan Terima/Tolak kepada ibubapa/penjaga kanak-kanak yang terlibat.

* Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya dalam tempoh sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!

Dokumen yang perlu di bawa semasa pendaftaran :-
* Salinan Sijil Kelahiran Kanak-kanak.

Ads

* Salinan kad pengenalan ibu dan bapa/penjaga.

* Slip gaji ibu dan bapa/penjaga.

* Dua (2) keping gambar kanak-kanak berukuran passport.

* Rekod kesihatan kanak-kanak (Bagi kanak-kanak yang ada masalah kesihatan) beserta rekod imunisasi.

Cara Pendaftaran / Muat Turun Borang

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!
Klik Link di bawah untuk muat turun borang TABIKA KEMAS : https://bitly.cx/UNuL

Anda juga boleh Log Masuk Pendaftaran di sini: https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf6S68hf3ceYz39FfZR4kgPIyR1iR5abc21fj_1MmPCCbEOow/viewform

Ads

BORANG PENDAFTARAN TABIKA KEMAS (DOWNLOAD)

Surat pemberitahuan permohonan Terima/Tolak akan dikeluarkan selewat-lewatnya sebulan selepas tarikh tutup permohonan.

1. Layari laman web https://www.kemas.gov.my/

2. Sila perhatikan bintang tersebut. Klik Awam – Klik Pendidikan Awal Kanak-Kanak- Klik antara TABIKA/TASKA

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!

3. Ibu bapa/penjaga perlu membaca syarat-syarat kemasukan sebelum muat turun borang permohonan.

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!

4. Setelah memahami syarat-syarat kemasukan, ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang seperti yang di dalam imej di atas.

Permohonan TABIKA KEMAS Sesi 2026/2027 Kini Dibuka, Ni Panduan Isi Online!

5. Cara yang sama bagi permohonan ke TASKA KEMAS. Ibu bapa/penjaga perlu muat turun borang selepas memahami syarat-syarat kemasukan ke TASKA.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut , sila rujuk terus ke Tabika yang dipohon atau menghubungi Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri/Daerah yang berhampiran.

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI