“hello, ye..haaa, okay-okay” sambil bercakap sendiri seolah-olah sedang berinteraksi dengan orang lain di dalam telefon bimbit, tetapi tiada sesiapa. Ataupun sering kali pernah terlihat anak sedang bermain-main sendiri dan bercakap-cakap seolah ada kawan dihadapanya. Bagi ibu bapa yang tidak mempunyai pengalaman pastinya rungsing jika hal ini terjadi pada anak sulung.

Tentu sekali pelbagai persoalan yang bermain diminda ibu ayah, “okay ke anak saya ni”, “kenapa dia bersikap begitu”, “perlu ke merujuk pakar ataupun mendapatkan rawatan?”

Pensyarah Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Hazhari Ismail berkata, tidak dapat dinafikan, kebanyakan ibu bapa risau apabila melihat anaknya bercakap seorang sendiri terutama anak yang berumur 3-5 tahun.

Self-talking atau bercakap seorang diri dalam kalangan kanak-kanak adalah sesuatu yang normal. Sama ada mereka akan bercakap dengan diri sendiri atau bercakap dengan barang-barang seperti anak patung dan barang permainan.

Keadaan ini lazimnya wujud pada usia tertentu namun ibu bapa dinasihatkan supaya tidak panik dan terus bertindak tanpa mengetahui perkara ini dengan lebih jelas.

Bercakap sendiri selalu dikaitkan dengan perkembangan kognitif. Ia menunjukkan kanak-kanak itu berkomunikasi dengan dunia yang penuh dengan imaginasi.

kanak-kanak itu sendiri sedang berimaginasi dengan dunianya sendiri. Dalam dunia mereka, akan ada karakter yang wujud dan kadangkala sama seperti dunia sebenar termasuk sifat, perwatakan dan percakapan namun ada masa ia berlaku sebaliknya.

Kita akan lihat kanak-kanak itu akan menjadi diri sendiri atau menjadi seperti individu lain. Ini disebabkan mereka sedang memainkan watak atau karakter individu lain dan mereka cuba untuk meniru.

IKLAN

Kebiasaannya kanak-kanak juga akan memilih untuk bercakap dengan objek yang tidak bernyawa atau tiada tindak balas. Contoh terdekat adalah anak patung. Itu adalah salah satu cara untuk mereka meluahkan diri terutama perasaan dan berfikir. Ciri-ciri ini membantu mereka membiasakan diri dengan keadaan sekeliling seperti penggunaan bahasa dan tingkah laku.

Yakinlah, apabila ibu bapa melihat anak bercakap sendiri, si kecil tersayang anda sedang melalui fasa ini dan jangan khuatir kerana ia akan hilang secara semula jadi.

Kanak-kanak juga akan bercakap sendiri dengan intonasi yang kuat berbanding orang dewasa.

Terdapat banyak kebaikan kepada kanak-kanak yang gemar bercakap sendiri.

Ini kerana mereka tidak sedar atau tidak perasan dengan keadaan sekeliling disebabkan terlalu asyik berimaginasi. Atas sebab itu, sekiranya keadaan itu ditegur terutama ketika mereka sedang bercakap sendiri, mereka akan tersentak dan terus berhenti untuk bercakap.

Jika diperhati, kadangkala mereka bercakap seperti bersungguh-sungguh dan sedang berlakon. Penuh dengan eskpresi wajah, intonasi suara dan gaya. Hakikatnya, ia adalah sesuatu yang baik!

Bercakap sendiri adalah sesuatu yang normal pada usia tiga hingga lima tahun dan jangan bimbang kerana kelakuan ini akan hilang.

Kebaikan bercakap sendiri

Banyak kajian sudah dijalankan berkenaan kebaikan bercakap dengan diri sendiri untuk kanak-kanak antaranya:

• Menunjukkan kebijaksanaan kanak-kanak itu. Lebih banyak kanak-kanak bercakap dengan diri sendiri, ia menunjukkan mereka akan menjadi lebih bijak pada masa akan datang.

• Kanak-kanak kecil sedang memahami konsep dunia sekeliling. Mereka akan memerhati, berkenalan dan membiasakan diri mereka sendiri.

• Mereka sedang meningkatkan keyakinan diri.

• Mengukuhkan perbendaharaan kata. Mereka menggunakan perkataan yang diketahui dan ‘memainkan’ semula ketika sesi bercakap dengan diri sendiri.

• Meningkatkan kreativiti. Ya, mereka akan jadi lebih kreatif. Mereka akan menyoal dan mereka jugalah akan menjawab persoalan itu. Jika didengari betul-betul, kadang-kadang kita sebagai ibu bapa sendiri tidak faham apa cerita mereka.

Kredit: Hazhari Ismail

Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan bayi dengan harga murah, dapatkan di SINI.

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)