Kerajaan wajar mempertimbang had usia persaraan di Malaysia dinaikkan daripada 60 kepada 65 tahun, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Beliau berkata, perubahan had usia persaraan itu dilihat wajar kerana ramai dalam kalangan mereka yang berusia 60 tahun ke atas masih aktif.
Katanya, ada beberapa negara lain turut melaksanakan had usia persaraan sehingga 65 tahun.
“Ini pandangan peribadi saya, mungkin kerajaan patut mempertimbangkan had usia persaraan 65 tahun. Ini kerana ramai golongan berusia 60 tahun ke atas masih aktif sekarang dan ramai orang tua masih kelihatan muda.
Ads
“Sebab ada pegawai yang kami jumpa, masih muda, masih sangat aktif, cuma mereka dah berumur 60 tahun. Sebab ada negara yang dah mula beralih ke umur persaraan 65 tahun,” katanya.
Ads
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2024 dan Jasamu Dikenang Kluster Undang-undang dan Reformasi Institusi di sini, hari ini.
Azalina berkata, sama seperti hakim mahkamah di negara ini yang ditetapkan persaraan pada usia 65 tahun, had persaraan bagi rakyat di Malaysia wajar dinaikkan.
Ads
“Saya lihat macam hakim-hakim (mahkamah), sebab mereka sampai usia 65 tahun. Di sesetengah negara, masa saya pergi mesyuarat Menteri Undang-undang ASEAN, ada yang sampai usia 70. Hakim mereka ada yang 65 dan berkhidmat sampai usia 70 tahun.
“Saya tak tahu sama ada Kerajaan Madani akan pertimbangkan perkara itu tetapi saya cuma beri komen sahaja sebab saya lihat orang usia 60 tahun sekarang, ramai yang masih nampak muda,” katanya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bung Moktar meninggal dunia menjadi berita yang mengejutkan seluruh negara, terutama rakyat Sabah yang sudah lama mengenali ketokohan dan kepimpinannya.
Negara dikejutkan pagi ini dengan berita pemergian Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, yang menghembuskan nafas terakhir pada 1.46 pagi, 5 Disember 2026 di Kota Kinabalu. Berita pilu itu dimaklumkan sendiri oleh anaknya, Naim Moktar, melalui satu hantaran di Facebook yang menyentuh hati ramai.
Dalam hantaran tersebut, Naim menulis dengan penuh rasa kehilangan bahawa ayahandanya, Moktar bin Radin, telah kembali ke rahmatullah dan memohon agar semua mendoakan kesejahteraan roh beliau. Hanya beberapa jam sebelum itu, Allahyarham dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu untuk rawatan.
“Assalamualaikum. Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahawa ayahanda kami, Moktar bin Radin, telah menghembuskan nafas terakhir pada 05 Disember 2026, jam 1.46 pagi (14 Jamadilakhir 1447H). “Mohon semua mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Al-Fatihah,” tulis beliau dalam Facebook.
Bung Moktar semalam dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Kota Kinabalu, Sabah. Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah itu terpilih untuk mewakili rakyat DUN Lamag pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lalu. Beliau juga Ahli Parlimen Kinabatangan selama enam penggal.
Pemergian beliau bukan biasa-biasa Bung Moktar meninggal dunia membawa makna besar buat Sabah kerana beliau bukan sahaja figura politik, bahkan namanya sinonim dengan kawasan Kinabatangan yang telah diwakilinya selama enam penggal. Pada Pilihan Raya Negeri Sabah 29 November lalu, beliau sekali lagi diberi mandat oleh rakyat sebagai ADUN Lamag, menunjukkan betapa kukuhnya hubungan antara beliau dan masyarakat setempat.
Di sebalik personaliti tegas dan lantang di pentas politik, Bung Moktar adalah seorang suami dan bapa yang mempunyai kehidupan keluarga tersendiri termasuk kisah rumah tangga bersama pelakon terkenal, Datin Seri Zizie Ezette, yang sering mencuri perhatian ramai.
Pasangan ini walaupun perbezaan latar belakang, pasangan ini kekal bersama dan membina keluarga yang besar serta dikenali ramai.
Perkahwinan mereka dikurniakan beberapa orang cahaya mata, antaranya:
Aadam Zac Izette
Aaleph Zeke Izette
Nama tidak selalu didedahkan secara terbuka, tetapi Zizie mengumumkan kelahiran bayi perempuan itu pada tahun berkenaan.
Zizie dan Bung Moktar turut membesarkan beberapa anak angkat dengan penuh kasih sayang, antaranya:
Naila Nurjenna
Aaric Zayn Izette
Dengan ini, keluarga mereka merangkumi lebih daripada tiga orang anak rumah mereka memang meriah, penuh gelak tawa, dan sering menjadi tumpuan para peminat.
Walaupun namanya sering berada di dada akhbar kerana dunia politik, Bung Moktar sebenarnya seorang yang sangat rapat dengan keluarga. Zizie sendiri beberapa kali berkongsi bagaimana Allahyarham seorang suami yang penyayang dan bapa yang cukup ambil berat tentang anak-anak, walaupun sibuk dengan urusan negeri dan Parlimen.
Keluarga ini juga sering tampil dalam majlis-majlis rasmi, sambutan hari lahir anak-anak dan aktiviti sosial memperlihatkan sisi lembut Bung Moktar yang jarang dilihat masyarakat.
Pemergian beliau merupakan kehilangan besar bagi politik Sabah. Beliau pernah menjadi Timbalan Ketua Menteri Sabah, Ahli Parlimen selama enam penggal, serta figura penting dalam BN Sabah.
Namun lebih daripada jawatan, beliau adalah seorang suami kepada Zizie Ezette, seorang ayah kepada anak-anak kecil yang masih membesar, dan seorang insan yang tetap dikenang sebagai pemimpin yang lantang bersuara demi rakyatnya.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Al-Fatihah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas pemergian dua kanak-kanak berusia 11 tahun dan dua tahun selepas sambutan Hari Raya lalu, kini seorang lagi kanak-kanak lelaki berusia 12 dari Kluang meninggal dunia pukul 7 pagi semalam, selepas disyaki turut menjadi mangsa strok haba.
Menurut laporan Harian Metro, bapanya, Syahrol Azmi Mohd Hekak, 42, berkata anak keduanya Airiel Syahren disahkan meninggal dunia oleh doktor akibat ‘septic shock secondary to meningoencephalitis’ di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom.
Ujar bapanya lagi, anak kedua daripada empat beradik itu, mengalami simptom demam tidak berpeluh, kekejangan otot, muntah, terkencing, terberak dan meracau, kira-kira 10 malam sejak Ahad lalu.
Malah menurut bapanya lagi, Airiel Syahren dan adiknya serta ibu mereka turut demam biasa dan sudah pun diberikan ubat demam.
Bagaimanapun sehingga jam 10 malam Ahad itu, bapanya mula khuatir selepas mendengar bunyi seperti tergolek lantas ke bilik menempatkan anak keduanya itu.
“Saya meminta mereka tidur di ruang tamu kerana bilik itu sejuk. Selepas itu, saya dengar macam bunyi benda jatuh dan kemudian saya dapati anak kekejangan.
“Selepas menelefon talian 999, panggilan disambungkan ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom dan petugas meminta saya menunggu ambulans sampai.
“Dalam tempoh itu, anak saya tetap meronta-ronta sampai terberak, terkencing. Adiknya pun jadi macam itu tetapi sekejap sahaja,” kongsinya.
Menurut Syahrol lagi, pada pukul 7 pagi, dia mendapat panggilan daripada petugas HEBHK yang menyuruhnya segera datang ke wad. Ketika meninjau di tabir katil, dia terkejut anaknya sedang diberikan rawatan kecemasan.
“Ketika meninjau di tabir katil anak, saya terkejut apabila mendapati pihak doktor sedang memberikan rawatan kecemasan pada Airiel.
“Kemudian dua orang doktor memanggil saya ke bilik mereka dan menerangkan anak saya mengalami simptom strok haba hingga menyebabkan buah pinggang terjejas, X-ray dadanya berwarna putih selain terkena radang otak.
“Saya tak sanggup lagi nak melihat anak saya terseksa kerana mata putihnya sudah merah dan saya bercakap dalam hati saya izinkan anak saya ‘pergi’,” katanya.
Ujarnya, tidak menyangka anak yang disifatkan sebagai pendiam, suka tersenyum dan ringan tulang membantu keluarga itu, pergi terlalu cepat. Tambahnya lagi, anak ketiganya Aidil Syahren, 9, kini stabil dan masih berada di wad.
“Jangan ambil mudah jika anak-anak anda mengalami demam, jangan fikir lagi soal ada duit atau tidak, segera hantar mereka mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Personaliti media sosial dan Youtuber Alieff Irfan berkongsi berita gembira kelahiran kembarnya pada tarikh merdeka 31 Ogos 2022 yang lalu. Sejak itu, dia dan isteri ada berkongsi perkembangan kembar mereka namun masih belum bersedia untuk menunjukkan wajah kedua orang bayi tersebut.
Kini bayi mereka sudahpun berusia tiga bulan dan kedua-duanya membesar dengan baik. Baru-baru ini, Bella ada berkongsi momen indah ketika mengadakan majlis akikah untuk kembar mereka di kampung halaman Alieff di Kelantan.
Sedikit-sebanyak melalui perkongsian di IG Story Belle boleh dilihat mereka mendukung bayi kembar mereka. Ketika ini, Belle sudah sedikit terbuka untuk memperlihatkan kecomelan bayi-bayi mereka yang diberi nama Ayla Medina dan Ayden Maleeq.
Menerusi Instagram twins_aylaayden, pasangan ini berkongsi wajah anak-anak mereka ketika usia 43 hari. Pasangan ini mengadakan sesi fotografi khas untuk merakam detik indah mereka sekeluarga dengan tema kuning dan coklat.
Tambah Bella, wajah bayi kembarnya ini banyak berubah berbanding pada awal kelahiran mereka. Menerusi ruangan komen, ramai yang melihat raut wajah Ayla lebih seiras dengan Alieef manakala Ayden pula lebih banyak mengikut wajah Bella.
Jelas kelihatan wajah bahagia pasangan ini ketika sesi fotografi dijalankan. Memang comel betul Ayla dan Ayden ni! Semoga mereka berdua membesar dengan sihat dan menjadi anak-anak yang sentiasa membanggakan kedua orang tua mereka.
Rhinitis alergi sering disalah anggap sebagai selesema pada kanak-kanak. Ketahui perbezaan simptom, punca, cara mengenal pasti alahan dan bila ibu ayah perlu membawa anak berjumpa doktor.