Luluh hati seorang ibu apabila anak yang dilahirkan, masih kecil dan merah rupanya menghidap penyakit stoma dan perut terpaksa ditebuk kerana tiada saluran dubur untuk membolehkan Alisha membuang najis setiap hari.
Lebih menyayat hati apabila terpaksa berjauhan dengan si kecil yang baru dilahirkan demi rawatan terbaik untuknya. Hari demi hari si kecil menderita untuk membuang air besar. Ikuti perkongsian ibu ini.
Anak saya lahir 31/12/2018, Semasa bersalinkan Alisha normal tak ada komplikasi apa-apa. Bila anak saya lahir barulah saya tahu anak saya ada penyakit stoma stage 3.
Luluh dan sayu hati bila dalam dewan bedah lagi doctor ada bagi tahu anak saya tak ada saluran pungung. Masa tu dari kaki sampai perut anak dah biru, saya cuma sempat tengok anak saya 2 minit sahaja
Ads
Alisha dihantar ke bahagian NICU Bukit Mertajam. Keesokan paginya anak saya dihantar ke Hospital Alor Star. Sedih sangat bila saya masih dalam wad dan doctor tak benarkan saya ikut anak saya.
Pada 1/1, Doktor mula masukkan tiup najis anak saya dibuang melalui mulut. Pada 2/1 anak saya di bedah dan perut ditebuk, sekarang anak saya berak melalui stoma. Disebabkan anak saya masih baby, doktor pakar sarankan letak krim, letak kapas dan gauze.
Pempers untuk anak saya 74 keping dalam masa 7 hari sahaja. Saya kena ulang alik dari Perak ke Alor Star seminggu atau dua mingu sekali untuk rawatan susulan Alisha. 9/4/2019
Sekali lagi anak saya di bedah sebab doctor kena buat saluran pungung dan pada 21/5/2019 sekali lagi anak saya perlu di bedah tapi masa ni keadaan anak saya tak sihat. Usus anak saya terkenan jangkitan kuman menyebabkan dia demam jadi doktor jadualkan pembedahan pada 27/6.
Ads
Ini satu ujian untuk kami sekeluarga menjaga anak dalam keadaan ini, namun kami bersyukur melihatnya sihat dan aktif setiap hari.
Kos rawatan dan kos perjalanan sangat tinggi, Jadi kalau ada pihak yang sudi menghulurkan bantuan boleh salurkan ke akaun CIMB – 7055390091, Puan Sabirah binti masaludin.
Salah satu tanda ibu telah bersedia untuk bersalin adalah dengan melihat kepada pembukaan pintu rahim. Dalam keadan biasa pangkal rahim yang terletak di dalam vagina berada dalam keadaan tertutup dan tidak membuka. Kadang-kadang ianya terbuka sikit untuk mereka yang pernah melahirkan ramai anak.
Apabila sakit kontraksi bermula, pintu rahim ini menjadi semakin nipis dan perlahan-lahan akan membuka. Darah bercampur lendir dinamakan ‘show’ akan keluar dan ini dikenali sebagai tanda nak bersalin.
Pangkal rahim ini akan membuka perlahan-lahan bermula dari 1 cm sehingga la diameternya mencecah 10 cm sebelum ibu boleh meneran bayi keluar.
Bukaan pintu rahim ini ditentukan oleh Vaginal Examination dilakukan oleh doktor atau jururawat perbidanan terlatih dengan memasukkan jari ke dalam vagina sekaligus mengukur bukaan pintu rahim dengan jari sahaja.
Jangan panik…….
Ramai ibu berasa takut dan gundah-gulana memikirkan mengenai Vaginal Examination, lebih-lebih lagi ibu yang takde pengalaman melahirkan.
Relaks, bertenang, tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan. Jangan keraskan badan, jangan kemut sekuat-kuatnya kerana pemeriksan akan menjadi sukar dan ibu akan berasa sakit.
Selain memberitahu mengenai bukaan pintu rahim, Vaginal Examination juga akan memberitahu mengenai pintu rahim masih keras atau sudah bertambah lembut, kedudukan kepala bayi, selaput air mentuban masih ada atau tidak, terdapat uri atau tali pusat ketika pemeriksaan.
Maka, Vaginal Examination ni bukan suka-suka dilakukan, Ia penting untuk menilai sejauh mana proses kelahiran itu sudah sampai.
Di dalam dewan bersalin, ia dilakukan setiap 4 jam, atau lebih awal jika doktor merasakan pemeriksan perlu diawalkan, bergantung kepada perkembangan proses kelahiran.
Keguguran ialah kehilangan bayi dalam kandungan sebelum minggu ke-24 kehamilan. Jika kehilangan ini berlaku dalam 12 minggu pertama kehamilan, ia dipanggil keguguran awal.
Jika kehilangan berlaku selepas tempoh ini, ia dipanggil keguguran lewat.
Keguguran biasanya berlaku kerana embrio (janin) tidak berkembang seperti sepatutnya. Masalah-masalah kromosom juga dikatakan penyebab yang biasa. Masalah-masalah ini biasanya berlaku tanpa sebarang sebab.
Untuk berkembang dengan betul, bayi memerlukan jumlah kromosom normal yang tepat. Dia memerlukan 23 kromosom daripada ibu dan 23 lagi daripada bapa. Kecacatan kromosom boleh menghalang bayi daripada berkembang. Kecacatan ini mungkin berlaku kerana terdapat jumlah kromosom yang tidak tepat terdapat perubahan dalam struktur kromosom.
Dalam kes ini, kehamilan akan terhenti pada peringkat embrio.
Keguguran lewat pula lebih berkemungkinan berlaku akibat masalah kesihatan wanita tersebut berbanding masalah pada bayi, tetapi tidak semua kes seperti ini.
Soalannya perlu tak berurut & berpantang
Jawapannya ialah PERLU BERURUT & BERPANTANG‼️‼️‼️
Wanita mengalami keguguran juga perlu melalui tempoh Berpantang & Berurut, Bertungku sama seperti ibu selepas bersalin. Cuma tempoh berpantang agak berbeza dengan berpantang selepas bersalin sebenar.
Berapa Lama Tempoh Berpantang ?
Kalau mengikut nasihat orang tua-tua dahulu, berpantang keguguran sama tempohnya dengan bersalin sebenar & lebih rapi. Tetapi oleh kerana keadaan semasa & life style sekarang, tidak mengizikan ibu yang keguguran berpantang dalam tempoh yg lama untuk berehat & menjaga pemakanan. Selalunya untuk Wanita yang bekerja, doktor hanya memberikan 7-10 hari cuti sakit akibat daripada keguguran. Oleh kerana waktu berehat yang pendek meyebabkan ibu yang keguguran tidak dapat berpantang sama seperti Ibu bersalin sebenar.
Ibu yang bersalin secara normal mahu pun pembedahan akan menjalani tempoh berpantang selama 40-44 hari, ada juga yg berpantang 60-100 hari. Terpulang kepada individu. Tetapi untuk orang berpantang kerana keguguran, disyorkan menjalani proses berpantang , berurut & bertungku serta menjaga pemakanan selama 14 hari paling minimum. Ini kerana untuk menjalani proses berpantang sepenuhnya seperti yang di ajar oleh orang tua-tua dulu adalah tidak praktikal lagi kerana masalah kerja & cuti yang pendek.
Jika penjagaan berpantang dilakukan dengan betul, ibu dapat mempercepatkan proses pemulihan seperti tekanan emosi, masalah kesuburan, lemah rahim, ketidakseimbangan hormon, bengkak dan bisa otot peranakan.
Masalah angin merian yang berpunca daripada keracunan darah juga boleh terkena kepada ibu yang keguguran tanpa penjagaan rapi. Sekiranya bahagian rahim tidak dibersihkan dengan rapi, toksin akan meresap ke seluruh sistem badan. Akibatnya ibu boleh demam panas sehingga mendapat kancing gigi apabila tidak berpantang makanan yang dilarang selepas keguguran.
Berurut & bertungku sangat membantu untuk proses pemulihan selepas keguguran. Janganlah berurut mengikut ala kadar asalkan buat..!! Berurut & Bertungkulah sekurang-kurangnya 3 kali dalam tempoh berpantang, urut seawal hari yang ke 3 atau ke 4 selepas proses DNC atau pun Janin keluar sendiri melalui proses natural. Kebaikan BERURUT & BERTUNGKU ialah mengeluarkan saki baki darah beku yang tertinggal dalam rahim atau di saluran peranakan, mengeluarkan angin, melembutkan urat-urat yang tegang & menyegarkan badan.
Untuk lebih berkesan, pantang larang pemakanan mesti diambil berat.
Jenis-Jenis Makanan Yang Patut Dielakkan
Elakkan makan makanan berangin seperti ubi, keladi, rebung, sayur keladi, pucuk paku, pucuk ubi dan terung.Begitu juga dengan makanan yang sejuk serta menjalar seperti labu, kangkung, kacang panjang, timun, ciku, betik, langsat, duku, macang, kuini, nangka, cempedak, pisang masak hijau, durian belanda dan tembikai. Ikan yang berbisa seperti ikan berduri, terubuk, bawal hitam, cencaru, tamban, sardin, pari dan makanan laut seperti sotong, udang, kerang, belacan, budu, cencaluk dan ikan masin.
Antara kesan-kesan akibat tidak berpantang selepas gugur:-
?️ Tekanan emosi @ meroyan
?️ Masalah kesuburan mungkin sukar untuk mengandung lagi
?️ Lemah rahim berjaya mengandung kembali, tetapi mengalami keguguran berulang-ulang
?️ Ketidakseimbangan hormon
?️ Bengkak dan bisa otot peranakan
?️ Bisa-bisa tumit, betis, pinggang dan lutut
?️ Kebas-kebas sendi
?️ Mudah berasa seram sejuk
?️ Demam yang tidak kebah
?️ Kedinginan seks
?️ Kalah dalam perjuangan jimak
Wanita yang tidak merawat diri dengan berpantang selepas mengalami keguguran berisiko menghadapi bahaya tertinggal cebisan darah lendir daripada janin serta sisa uri di dalam rahimnya. Ibu akan mendapat masalah angin toksin yang boleh menyebabkan keracunan darah akibat jangkitan di bahagian peranakan.
Bila anak demam, cirit birit atau selesema ibu ayah tak senang duduk dibuatnya. Malah raya pun jadi tak bermakna. Sebab itu pentingnya untuk sediakan ‘payung’ sebelum hujan.
Beberapa hari lagi kita akan meraikan Hari Raya. Jauh atau dekat, ramai akan pulang ke kampung halaman masing-masing bagi meraikan dengan keluarga tersayang. Sudah tidak sabar rasanya hendak pulang ke kampung halaman. Terbayang wajah ibu dan ayah serta suasana kampung yang menggamit memori.
Dalam kekalutan menyelesaikan kerja-kerja di pejabat mahu pun di rumah kerana hendak bercuti panjang, persiapan pulang ke kampung juga mesti dilakukan. Bagi yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, persiapan rapi perlu dilakukan.
Antara persiapan yang perlu dilakukan adalah ubat untuk bayi atau kanak-kanak apabila berhadapan dengan sakit yang RINGAN.
“Sediakan Payung Sebelum Hujan”, persediaan ini sangat penting terutamanya sekiranya kampung halaman anda terletak jauh di pedalaman dan jauh dari fasiliti kesihatan. Klinik dan farmasi swasta juga mungkin tidak beroperasi semasa tempoh perayaan.
Antara masalah kesihatan ringan yang biasa berlaku kepada kanak kanak adalah;
1. Demam atau tahan sakit,
2. Sakit perut, muntah dan cirit birit
3. Alahan ringan yang menyebabkan kegatalan dan ruam.
4. Batuk dan selsema
Berikut merupakan “check list” ubat ubatan untuk masalah masalah tersebut;
* Ubat ini TIDAK sesuai untuk kanak kanak berusia 2 tahun ke bawah
Kesemua ubat yang di senaraikan ini boleh di perolehi di semua fasiliti kesihatan kerajaan dan swasta. Anda boleh mendapatkan informasi lanjut dengan bertanya kepada anggota kesihatan di fasititi tersebut.
PENTING- Sila ambil perhatian perkara perkara berikut
#1. Dos ubat-ubatan untuk anak kecil adalah berbeza daripada dos orang dewasa iaitu berdasarkan berat badan. #2. Ada sesetengah ubat tidak sesuai digunakan oleh kanak-kanak berumur kurang daripada dua tahun. #3. Ubat yang sama juga mempunyai kekuatan atau kepekatan yang berbeza bergantung dari mana anda dapatkannya. #4. Dapatkan pengiraan dos dan nasihat daripada profesional kesihatan tentang ubat-ubatan yang ingin diberikan #5. Pastikan anda benar-benar tahu tentang suatu ubat tersebut sebelum memberikannya kepada anak kecil anda #6. Jika tidak semakin pulih dan keadaan menjadi semakin teruk bawak anak kecil anda untuk mendapatkan rawatan secepat mungkin. #7. Pastikan anda tahu kaedah untuk penyimpanan ubat ubatan dan pengendalian ubat ubatan yang telah di gunakan #8. Pastikan ubat ubatan ini di letakkan JAUH dari kanak kanak #9. Jangan menggunakan antibiotik kecuali mendapat saranan doktor.
Selamat pulang ke kampung!
Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju.