Orang dewasa pun takut mahu masuk ke dewan pembedahan, apatah lagi kanak-kanak. Berhadapan dengan ketakutan pesakit kecil yang tidak mahu ke dewan pembedahan, seorang jururawat di Doctors Medical Center in Modesto, California mendapat idea untuk mengatasi masalah ini. Bagi mengurangkan stres kanak-kanak ini, pihak hospital membenarkan mereka untuk ‘memandu’ ke dewan pembedahan.
Jururawat itu, Kimberly Martinez mendapati yang pesakit kecil ini lebih selesa jika perjalanan ke dewan pembedahan boleh menjadi sesuatu yang menyeronokkan, mereke dibenarkan untuk memandu ke dewan pembedahan. Terdapat dua buah kereta mini yang boleh dipilih, sama ada Mercedes hitam atau Volkswagen Beetle merah jambu.
Bergaya habis adik ni memandu Mercedes hitam untuk ke dewan pembedahan
Kanak-kanak itu boleh mengelolakan kereta itu sendiri ataupun menggunakan alat kawalan oleh orang dewasa. Lihat sahaja senyuman kanak-kanak ini, sudah cukup membuktikan cara ini efektif untuk menghilangkan rasa takut mereka ke dewan pembedahan. Martinez turut memberitahu, sejak kaedah ini diperkenalkan, pihak hospital tidak perlu bersusah-payah untuk memujuk pesakit ke dewan pembedahan lagi.
IKLAN
Bahkan jika diberitahu mereka akan menjalani pembedahan, mereka terus ceria dan hilang rasa takut kerana boleh memandu sendiri. Sebenarnya membawa kanak-kanak ke dewan pembedahan adalah pengalaman yang memberi kesan kepada emosi mereka.
Mereka berasa keseorangan kerana terpaksa dipisahkan dengan ibu bapa. Dengan cara ini, sebenarnya ia membantu semua pihak. Salah satu kereta itu dibeli oleh doktor di hospital itu dan sebuah lagi didermakan oleh keluarga salah seorang staf di situ.
IKLAN
Pada admin, ini cara yang unik. Tidaklah anak-anak menjadi trauma apabila dibawa ke hospital untuk berjumpa doktor. Mungkin suatu hari kaedah ini boleh diamalkan di negara kita pula.
Memberi pendidikan buat anak sudah semestinya menjadi tanggungjawab mak ayah. Disebabkan itulah jangan terlepas untuk mendaftarkan anak kecil kita untuk pendaftaran kemasukan ke Tahun 1 yang sudah mula dibuka pada 2 Mei lalu.
Pendaftaran ini merupakan pendaftaran Tahun 1 untuk tahun 2024/2025 iaitu bagi anak-anak yang dilahirkan pada 2 Januari 2017 hingga 1 Januari 2018.
Menurut perkongsian Kementerian Pendidikan Malaysia, pendaftaran Murid Tahun 1 kalendar Akademik sesi 2024/2025 sudah mula dibuka bermula pada 2 Mei 2023 hingga 30 Jun 2023 ini.
Ibu bapa boleh membuat permohonan awal melalui laman web, https://idme.moe.gov.my/login sebelum membuat permohonan perndaftaran anak.
Tindakan Ibu bapa/ penjaga:
1. Melengkapkan Modul Pengurusan Awam*
2. Mengisi maklumat peribadi.*
3. Mengisi maklumat pasangan*
4. Mengisi maklumat anak jagaan.*
Malah ibu bapa juga perlu sentiasa membaca makluman terkini di laman utama idme sebagai panduan dari semasa ke semasa untuk panduan ibu bapa.
Permohonan Pendaftaran murid ke Tahun 1 2024 / 2025 boleh dibuat menerusi Modul Pengurusan Awam, Sistem Bersepadu KPM (MOEIS) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara atas talian atau online.
Ibu dan bapa hendaklah memastikan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa permohonan dilampirkan dengan lengkap supaya permohonan diterima.
1. Layari portal rasmi idMe di pautan berikut: https://idme.moe.gov.my/login
2. Klik Daftar Baru
3. Isikan kesemua maklumat yang diperlukan dan klik Daftar
4. Setelah berjaya daftar, log masuk ke sistem idMe.
5. Masukkan kata kunci yang telah dihantar ke email, taip kata laluan dan klik daftar masuk
6. Klik tab Aplikasi dan klik Modul Pengurusan Awam
7. Klik Pengurusan Profil, dan isikan semua maklumat iaiti maklumat peribadi, maklumat pasangan, maklumat anak jagaan.
8. Setelah selesai mengisi, klik butang Simpan
9. Pada tab Maklumat Anak Jagaan, klik pada setiap nama anak untuk mengemaskini maklumat anak secara terperinci dan klik Simpan
10. Klik Permohonan Kemasukan dan Klik pada tulisan biru
11. Paparan syarat kemasukan akan dipaparkan, lalu klik Mohon 12. Klik ok jika memenuhi syarat. 12. Pilih sekolah berdasarkan alamat tempat tinggal yang didaftarkan dan klik Seterusnya
13. Muat naik dokumen yang diminta mengikut format dan saiz yang ditetapkan dan klik Seterusnya 14. Tandakan kotak ‘Saya mengaku..’ dan klik Hantar
15. Borang permohonan serta borang sokongan perlu dicetak dan dihantar bersekali dengan borang permohonan
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, Mejar Mohd Zahir Armaya di Tanah Perkuburan Islam Tambun dilaksanakan dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan itu bermula pada jam 7.45 pagi tadi.
Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi semalam selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah.
Sebagai penghormatan, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan istiadat mengiring dan mengusung jenazah oleh pegawai dan anggota.
Jenazah turut diberikan tabik hormat sebelum diturunkan ke dalam liang lahad.
Isteri, anak-anak tak dapat tahan sebakah
Suasana hiba jelas terasa dalam kalangan ahli keluarga terutama bapanya, pelakon dan pelawak terkenal AR Badul serta isteri Allahyarham, Nour Shafinar Harun, 31 dan anak-anak arwah ketika majlis pengebumian tersebut.
Lebih 2,000 orang terdiri ahli keluarga, rakan setugas dan penduduk kampung hadir memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.
Hujan renyai iringi ketibaan jenazah
Hujan yang turun sejurus ketibaan jenazah dikediaman keluarga isterinya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta pagi tadi langsung tidak mengganggu kelancaran istiadat pengebumiaan hari ini.
Tahlil dan bacaan talkin dipimpin oleh Pegawai Agama Markas 2 Briged, Leftenan Kolonel Titan Abdul Wahab.
Istiadat pengebumian selesai pada jam 8.45 pagi dengan serahan Jalur Gemilang kepada Nour Shafinar oleh Pegawai Memerintah Rejimen 11 Gerak Khas, Kolonel Zulkinine Mohd Yunus.
Sementara itu, menerusi laporan media semalam ketika ditemubual, Nour Shafinar reda tapi masih terkejut lagi dengan pemergian arwah suami memandangkan anak belum puas bermanja dengannya.
Dengan keadaan anak yang baru berusia enam bulan, dia merasakan ini dugaan berat buat mereka.
“Anak kami baru saja berusia enam bulan, saya sangat-sangat tak sangka bapanya pergi terlalu awal kerana dia begitu sempurna buat kami sekeluarga,” katanya.
Anak mana yang tidak rindukan ibu dan bapanya selepas berpisah lama. Anak kedua pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha Alyahya, Lila Amina mengundang hiba orang ramai bila mana menangis tatkala melihat bapanya yang pulang dari mengerjakan umrah.
Selepas lebih dua minggu ditinggalkan, anak kedua Awal dan Scha itu seakan merajuk lantas tangisannya membuatkan ramai yang turut sayu hati.
Momen penuh hiba itu sempat dirakamkan Awal dan Scha sebaik tiba di kediaman mereka.
Menerusi perkongsian video yang dikongsikan Awal di Instagramnya, Lila ketika itu dikendong oleh pembantu rumah mereka namun menangis sebaik disapa Awal.
“Agak-agak makan jam ke, makan hari ke, makan bulan nak jadi best friend balik ni,” seloroh Awal menerusi kapsyennya.
Lila yang menangis terus memeluk kemas bapanya sambil menangis teresak-esak seakan melepaskan rindu yang sekian lama terpendam.
Bukan hanya Lila bahkan Awal juga dilihat turut bergenang air mata sambil memujuk anak kecilnya itu. Walau memujuk dengan membuka kopiah putih yang dipakainya namun pujukan itu tidak berhasil. Tangisan Lila kian berpanjangan sambil memeluk kemas ayahnya.
Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan selebriti dan wargamaya turut hiba
Anak kecil kita kebiasaannya akan moody bila bangun tidur, namun lain pula halnya dengan anak kedua penyanyi, Tasha Manshahar yang begitu baik moodnya.