Peserta Seronok & Hadiah Meriah. Mummy Me Time @ Pameran Bidan Muzium Negara, Happening!

Share

Bukan mudah nak jadi seorang ibu, banyak tanggungjawab yang perlu digalas. Kita mahukan yang terbaik buat keluarga, jadi seboleh-olehnya semua harus sempurna untuk kemudahan insan tersayang.

Sudah tentulah bila dah banyak sangat yang perlu diuruskan akan buat para ibu rasa letih dan stres. Seharusnya ada masa dan ruang untuk ibu-ibu berehat sebentar dan ‘recharge’ semula tenaga yang dah kurang.

Faktor inilah yang mencetus idea buat Pa&Ma untuk berkolaborasi bersama Muzium Negara untuk mengadakan acara khas untuk para ibu berehat dan ada me-time sebentar pada 9 Julai 2023 yang lalu.

Bersempena dengan Pameran Bidan di Muzium Negara, para ibu bukan sahaja dapat belajar tentang sejarah perbidanan dahulu kala, tetapi juga bergembira dengan pelbagai aktiviti yang diadakan.

Acara pada hari tersebut dimulakan dengan fun talk bersama panel jemputan iaitu Dr. Maiza Tusimin (Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi), Pn. Nad Masrom (Kaunselor Laktasi Bertauliah) serta selebirit, Fiza Frizzy.

Bukan saja perkongsian ilmu kehamilan, kelahiran dan penyusuan, Fiza turut berkongsi pengalamannya sendiri ketika mengandung dan bersalin.

Seterusnya, acara diteruskan dengan game Klik-Klik Penyusuan di mana para peserta dibahagikan kepada 8 kumpulan. Mereka diminta menyempurnakan tugasan yang diberi. Menariknya, peserta dikehendaki mencari jawapan yang diperlukan di dalam pameran bidan tersebut.

 

Selain itu juga, slot cabutan bertuah serta game menarik yang diadakan turut meriah dengan penglibatan para peserta.

Semua ibu sangat gembira dan berpuas hati dengan setiap aktiviti yang diadakan. Harapan Pa&Ma, semoga semua ibu terus happy dan bersemangat menguruskan keluarga.

Terima kasih juga kepada rakan kerjasama yang menjayakan Mummy Me Time @ Pameran Bidan, iaitu Tuan Pengarah, En. Zamrul Amri Zakaria serta team dari Muzium Negara!

IKLAN