Imun tubuh yang rendah membuatkan bayi dan kanak-kanak antara golongan berisiko tinggi untuk dijangkiti pelbagai penyakit. Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia sekarang ini sememagnya menakutkan kita semua.
Berita harian hari ini melaporkan seramai lapan bayi di sebuah pusat jagaan di Tokyo dijangkiti COVID-19.
Bayi dan kanak-kanak ini dijangkiti wabak berbahaya ini selepas seorang petugas pusat berkenaan disahkan positif COVID-19.
Hospital Saiseikai Central, yang mengendalikan pusat itu, memaklumkan pada Rabu, kesemua kanak-kanak yang dijangkiti sudah dimasukkan ke hospital, manakala 21 lagi disahkan negatif dan berada di bawah pengawasan.
Ads
“Pada 16 April lalu, salah seorang petugas pusat ini disahkan positif COVID-19, menyebabkan ujian saringan dilakukan ke atas semua kanak-kanak,” kata jurucakap fasiliti itu dalam satu kenyataan ringkas hari ini.
Ads
Bagaimanapun, kanak-kanak yang dijangkiti tidak mengalami gejala demam panas malah berada dalam keadaan baik dengan pemantauan doktor di hospital.
Bukan itu sahaja, susulan daripada itu, ujian turut dijalankan ke atas 47 kakitangan lain yang kini melakukan kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Ads
Pusat jagaan tersebut juga menempatkan kanak-kanak yatim piatu atau mereka yang terpisah daripada ibu bapa kerana didera atau diabaikan.
Melihatkan perkembangan Covid-19 di seluruh negara, Jepun dilihat sebagai negara yang berjaya menghalang penyebaran meluas akibat COVID-19 dengan catatan jumlah positif yang terkawal.
Satu tragedi pilu meruntun hati apabila seorang bayi lelaki berusia dua bulan meninggal dunia selepas dipercayai lemas ditindih ibunya sendiri ketika tidur di Kampung Sungai Dua Kota Setia, Perak. Menurut laporan Sinar Harian, kejadian yang berlaku pada Khamis itu sekali gus membuka mata ramai ibu ayah tentang risiko tidur bersama bayi kecil.
Menurut Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 8.45 pagi. Bayi berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Seri Manjung sebelum dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses bedah siasat.
“Hasil bedah siasat mendapati punca kematian ialah otak membengkak dan paru-paru sembab akibat ditindih,” katanya dalam satu kenyataan.
Siasatan mendapati bayi tersebut lemas ketika tidur bersama suspek yang merupakan ibu kandungnya. Tanpa disedari, tubuh kecil itu tertindih hingga gagal bernafas.
Wanita berusia 35 tahun itu kini ditahan dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 33 Akta Kanak-Kanak 2001. Beliau dijangka dituduh di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian dengan cuai.
Amalan tidur bersama bayi (co-sleeping) sering dilakukan oleh ibu bapa kerana mahu memudahkan penyusuan dan menenangkan si kecil. Namun pakar kesihatan mengingatkan, bayi di bawah enam bulan amat berisiko kerana:
Mereka belum mampu mengubah posisi badan sendiri.
Risiko terhimpit atau muka tertutup bantal/selimut sangat tinggi.
Bayi boleh mengalami lemas tanpa disedari.
Risiko SIDS (Sudden Infant Death Syndrome) meningkat.
Sebagai langkah pencegahan, pakar pediatrik menyarankan:
Tidurkan bayi di katil bayi khas (crib/cot) bersebelahan katil ibu ayah.
Letakkan bayi dalam posisi menelentang di atas tilam rata tanpa bantal atau mainan.
Elakkan penggunaan selimut tebal atau tilam terlalu empuk.
Jika mahu dekat dengan si kecil, gunakan katil bayi jenis sidecar yang boleh dilekatkan di sisi katil ibu ayah.
Kehilangan anak kecil sebegini amat menyayat hati dan menjadi pengajaran buat semua. Walaupun rasa lebih mudah tidur bersama bayi, keselamatan mereka perlu diutamakan.
Nyawa anak adalah amanah yang tidak ternilai. Sebagai ibu bapa, kitalah benteng utama untuk memastikan si kecil membesar dengan selamat dan sihat.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hebatnya kasih seorang ayah! Dalam keadaan diri yang istimewa, dia tetap nak buat terbaik untuk anak-anak. Baru-baru ini tular di TikTok satu video yang memaparkan tindakan seorang lelaki kelainan upaya (0KU) yang melindungi anaknya menggunakan baju daripada terkena hujan semasa ingin masuk ke dalam kereta.
Suami dan ayah yang baik
Biarpun tidak normal seperti orang lain, lelaki berkenaan dilihatkan sanggup meredah hujan dalam keadaan bertongkat dan kebasahan tanpa berlindung dengan payung daripada membiarkan anaknya terkena air hujan.
Disebabkan itu juga, perkongsian yang dibuat oleh seorang wanita dipercayai isteri kepada lelaki berkenaan telah mengundang sebak orang ramai kerana mengganggap ianya sebagai salah satu cara untuk menunjukkan rasa kasih sayang kepada anaknya.
Meninjau di bahagian komen video yang telah mendapat tontonan hampir 500 ribu itu, rata-rata memuji tindakan lelaki berkenaan dengan mengatakan bahawa isteri serta anaknya sangat beruntung kerana mempunyai suami dan ayah yang penyayang.
“Even saya bukan sesiapa. Saya doakan semoga sis dan suami selalu bahagia dunia akhirat. Aminn.”
“Sedihnya. Beruntung awak. saya pun bersyukur sangat. Terima kasih ingatkan saya. Semoga awak bahagia selalu.”
‘Awak orang yang hebat, kak’
Tak kurang juga yang turut mendoakan kebahagiaan keluarga tersebut agar sentiasa dirahmati dan ada juga yang kagum dengan pemilik akaun TikTok tersebut kerana mampu memerima kekurangan suami seadanya.
Selain itu, beberapa pengguna TikTok yang lain juga menjadikan kisah suami isteri itu sebagai inspirasi untuk terus mencapai kebahagiaan dalam kehidupan berumah tangga.
“Semoga diberi kesihatan, kekayaan dan kebahagiaan sampai ke syurga aamin”
“Super duper father 🥰”
“u are lucky girl dearr❤️”
“😭😭😭😭 semoga sentiasa atas lindunginya dan dipermudahkan urusan dunia dan akhirat buat akak sekeluarga”
“the best husband and dad ever”
“Semoga dipermudahkan urusan dan bahagia selalu.”
“Semoga sis dan suami sentiasa dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat”
Jarum tertinggal ketika bersalin, wanita menderita 18 tahun. Seorang wanita Thailand, baru-baru ini, mengejutkan media sosial selepas mendedahkan jarum tertinggal di dalam alat kelaminnya semasa melahirkan anak 18 tahun lalu. Wanita itu mengalami kesakitan yang teruk dan ia masih tidak dapat dikeluarkan.
South China Morning Post (SCMP) melaporkan, pendedahan itu dibuat pada 5 November di laman web rasmi Yayasan Pavena untuk Kanak-Kanak dan Wanita iaitu sebuah pertubuhan bukan keuntungan di Thailand yang bertujuan membantu mangsa penderaan, termasuk rogol, gangguan seksual dan perdagangan manusia.
Yayasan itu berkongsi bahawa pihaknya menerima surat daripada seorang wanita berusia 36 tahun yang tinggal di Narathiwat, sebuah wilayah di selatan Thailand dengan namanya tidak didedahkan.
Wanita itu meminta bantuan mengenai kesilapan perubatan yang berlaku 18 tahun lalu ketika dia bersalin di sebuah hospital.
Semasa proses bersalin, kakitangan perubatan secara tidak sengaja menjatuhkan jarum ke dalam alat kelaminnya, namun gagal mengeluarkannya.
Bimbang mengenai pendarahan yang berlebihan, mereka memilih untuk menutup luka itu dan meninggalkan jarum di dalamnya.
Sejak itu, wanita itu mengalami sakit perut yang tidak tertanggung olehnya.
Dia tidak menyedari kejadian itu sehinggalah tahun lalu apabila pemeriksaan X-ray di sebuah hospital kerajaan mendedahkan jarum yang tersekat di dalam alat kelaminnya.
Wanita itu kemudiannya dirujuk ke sebuah hospital di wilayah Songkhla untuk menjalani pembedahan. Bagaimanapun, prosedur itu ditangguhkan tiga kali disebabkan jarum berkenaan berpindah di bahagian lain di dalam tubuhnya.
Jarum itu masih belum dikeluarkan, memaksanya melawat hospital empat kali sebulan untuk pemeriksaan susulan bagi memantau keadaannya.
Walaupun kebanyakan kos perubatannya dilindungi oleh insurans, dia masih menghadapi tekanan kewangan signifikan daripada kos tambahan.
Ia seperti kos pengangkutan, yang tidak mampu ditanggung oleh keluarganya kerana mereka bergelut dengan masalah kewangan.
Perkara ini mendorongnya untuk meminta bantuan daripada Yayasan itu.
Setelah menerima permintaannya, yayasan itu bekerjasama dengan sebuah hospital awam tempatan untuk memastikan ketua kampung menemani wanita itu bagi mendapatkan rawatan komprehensif.
Mereka juga menghubungi pejabat keselamatan sosial tempatan untuk mengatur pengangkutan bagi lawatan hospitalnya dan berjanji terus memantaunya.
Butiran mengenai bila jarum itu boleh dikeluarkan dan tempoh rawatan perubatan yang diperlukan oleh wanita berkenaan bagaimanapun tidak didedahkan.
Maklum balas hospital terhadap insiden ini dan sebarang tindakan undang-undang yang mungkin diambil untuk tuntutan pampasan masih belum diperoleh.
Bila anak semakin membesar, semakin mencabar cara didikan kita pada anak-anak. Malah anak yang sudah pandai bersuara dan menunjukkan rasa hati dan emosinya semakin membuatkan kita bertambah pening.