Ibu bapa pastinya akan mula kembali sibuk dengan pelbagai urusan anak-anak sebaik cuti hujung tahun bakal melabuhkan tirainya. Salah satu hal yang menjadi keutamaan ibu bapa pastinya menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak.

Bagi ibu bapa yang sudah pun mempunyai anak yang bersekolah pastinya pengalaman setiap tahun membuatkan ibu bapa semakin bersedia walaupun melakukan persediaan di saat akhir. Namun bagi ibu bapa yang pertama kali menghantar anak ke sekolah, persediaan rapi perlu dilakukan.

Apa perkara yang ibu bapa perlu ketahui? Untuk membeli baju sekolah anak, terdapat beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian. Selain harga, ambil berat juga soal material yang digunakan. Sebaiknya pilihlah yang berkualiti supaya baju sekolah tahan lama dan tidak mudah rosak.

Membeli secara bijak akan membantu ibu ayah menjimatkan wang tetapi tetap dapat memberikan yang terbaik buat si anak.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Harga terbaik

Soal harga pastinya menjadi keutamaan bagi semua ibu bapa. Pastinya harga yang berpatutan dan mampu milik kerana kuantiti yang perlu dibeli pastinya bukan sepasang. Dan inilah penyebab mengapa harga berpatutan perlu diambil kira oleh ibu bapa. Tidak perlu terlalu mahal asalkan kualitinya baik dan selesa untuk anak pakai sepanjang hari. Buat perbandingan harga dan pilihlah ikut kemampuan anda.

Ambil berat soal material

Selain soal harga, material kain antara yang perlu diberikan keutamaan. Pastinya kain kapas jenis lembut yang mampu menyerap peluh anak kecil kita dijadikan pilihan. Elakkan material jenis panas atau licin yang rasanya kurang sesuai untuk mereka. Kain kapas lembut bukan hanya menyerap peluh bahkan anak selesa sepanjang hari untuk melakukan pelbagai aktiviti harian mereka.

Pilih kualiti tinggi

Tidak semua diantara kita yang berkemampuan membeli baju sekolah anak yang berjenama dengan harga yang mahal. Lebih-lebih lagi bagi ibu bapa yang mempunyai bilangan anak yang ramai. Namun jangan hanya mencari yang murah tetapi rendah kualitinya. Jadilah pengguna yang bijak dalam berbelanja, dalam masa sama mendidik anak-anak supaya jangan membazir dan bijak dalam memilih keperluan. Pastikan kualitinya baik dan harga pun berbaloi.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Tahan lama dan tidak mudah rosak

Satu hal yang ibu dan bapa perlu perhatikan adalah mengenai ketahanan jenis material baju sekolah itu sendiri. Anak-anak kita yang sedang membesar sememangnya cukup aktif dan baju sekolah dengan jenis material tahan lasak dan tidak mudah rosak antara yang perlu diberikan keutamaan. Barulah anak bebas bergerak tanpa perlu memikirkan bimbang baju terkoyak dan sebagainya. Pilihlah jenama yang diyakini dan tahan lasak hingga ke hujung tahun. Ibu bapa lebih jimat dan tidak perlulah membeli sepanjang tahun. Jimat!

Tidak membazir

Kelengkapan persekolahan anak yang pelbagai membuatkan adakalanya ibu bapa keliru. Ada anak-anak yang memakai uniform pengawas, pusat sumber dan sebagainya. Jadi ketahui dengan jelas keperluan satu-satu baju sekolah anak supaya tidak berlakunya pembaziran ketika membeli. Namun memilih satu lokasi untuk membeli belah ternyata lebih menjimatkan. Elakkan membazir dengan membeli di beberapa buah kedai.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

IKLAN

Tip Beli Baju Sekolah Anak

Tip mudah untuk membeli belah barangan keperluan anak-anak adalah dengan meneliti beberapa perkara seperti berikut.

1) Bagi menyenangkan ibu bapa dan anak-anak, pilihlah kedai atau produk yang menempatkan kelengkapan dari kepala sampai ke kaki dengan harga murah dan kualiti terbaik. Buatlah penelitian dan carian di internet mengenai produk dan kedai terpilih ini supaya menyenangkan anda.

2) Jangan lupa buat senarai semak yang lengkap supaya tidak ada barang yang tertinggal atau tidak ada barangan yang terbeli tanpa keperluan.

3) Teliti juga promosi hujung tahun yang dikeluarkan oleh jenama-jenama tertentu supaya pembelian anda lebih berbaloi dan menjimatkan.

4) Beli ikut keperluan anak bukan kehendak berlebihan yang dirasakan membazir.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Falcon Perlu Jadi Pilihan

Jenama Falcon mungkin kedengaran asing bagi ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah. Namun jenama gah yang ditubuhkan sejak tahun 1964 di Bukit Mertajam ini sudah lama bertapak dengan jenama baju sekolahnya yang diyakini sejak dulu.

Kini dengan keluasan kilang seluas 2.1 ekar, jenama pakaian seragam sekolah Falcon telah mempunyai lebih 100 jenis produk seragam sekolah yang pastinya meliputi pelbagai jenis kelengkapan.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

IKLAN

Produk 100 % buatan Malaysia ini sememangnya diyakini kerana bukan hanya mempunyai jenis material dan fabrik berkualiti tinggi bahkan juga aksesori yang digunakan termasuklah butang, pencangkuk dan zip dari jenis tahan lasak dan berkualiti tinggi seperti zip YKK dan pencangkuk Talon yang semestinya diyakini.

Bukan itu sahaja bahkan jahitan baju sekolah juga diperincikan dengan jahitan mengikut standard agar ia kemas dan diyakini tahan lasaknya kepada kanak-kanak. Setiap baju yang siap dihasilkan juga terpaksa melalui pemeriksaan kawalan kualiti bahan yang ketat sebelum dipasarkan. Ini bagi memastikan produk yang dihasilkan benar-benar selesa dan berkualiti jahitannya.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Menarik tentang baju sekolah jenama Falcon

· Warna pelbagai

Untungkan bukan hanya baju sekolah biasa, bahkan Falcon juga turut menyediakan baju mengikut jawatan khas untuk anak-anak seperti pengawas, pengawas pusat sumber dan bermacam lagi baju dengan warna mengikut keperluan sekolah. Paling menarik untuk tudung sahaja, lebih 14 jenis warna disediakan. Pilih sahaja ikut keperluan dan jawatan anda.

· Pelbagai ukuran saiz

Usah dibimbangkan dengan saiz anak yang besar atau lebih kecil berbanding kanak-kanak lain kerana di sini semuanya tersedia lengkap. Di Falcon, seluar panjang biru pada saiz 42’ turut disediakan.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

· Ukuran saiz besar

Malah kain susun biru tua yang besar saiznya turut disediakan sehingga saiz 52’. Bukan itu sahaja malah turut disediakan jenis slim cut serta plus size yang pastinya buat anak lebih selesa.

IKLAN

Begitu juga dengan saiz bagi kanak-kanak sekolah menengah. Di mana saiz ukuran seluar hingga 50’ saiz pinggang turut disediakan, begitu juga dengan saiz ukuran dada pada t-shirt sehingga 54”. Menarik!

· Jenis kain pelbagai

Sukar mencari jenis kain yang pelbagai tidak perlu dirisaukan kerana di sini segala jenis kain termasuk kain susun tepi, kain kembang susun belakang begitu juga dengan baju Melayu Johor, Baju Kurung Lengan Cekak dan sebagainya. Malah baju untuk pakaian Silat juga turut disediakan.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

· Baju putih seragam berkualiti

Paling membanggakan pastinya jenis baju seragam sekolah bewarna putih yang pastinya dihasilkan daripada jenis kain berkualiti tinggi. Ia dihasilkan daripada tiga jenis material kain yang terdiri daripada Normal TC cotton, anti-wrinkle cotton, Polyester wool-peach dan juga polyester Koshibo fabric yang pastinya menjanjikan keselesaan buat kanak-kanak sepanjang hari.

Paling istimewa, fabrik jenis TC cotton dan juga anti-wrinkle cotton dihasilkan khusus daripada Japan Penfabric (Toray group). Malah telah lama dulu iaitu sejak 20 tahun lalu, menggunakan jenis fabrik berkualiti tinggi ini.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Pun begitu, sejak dua menjak ini, jenis fabrik wrinkle-free polyester menjadi kegemaran ibu bapa untuk anak-anak mereka. Begitu juga dengan Koshibo fabric atau lebih dikenali sebagai Kain Licin Koshibo yang memberi kelainan dalam gaya.

Demi memberi keselesaan kepada semua, jenis kain yang sama ini turut juga dihasilkan pada baju kurung, kain susun, tudung dan begitu juga dengan pakaian seragam ko-kurikulum di sekolah. Paling penting, jenis material ini amat menyenangkan ibu bapa kerana ia tidak perlu digosok malah lebih mudah diuruskan.

Pilih Baju Sekolah Untuk Anak, Ambil Tahu Beberapa Perkara Penting!

Layari www.falconschooluniform.com.my untuk maklumat lanjut di mana untuk mendapatkan produk Falcon. Di laman web Falcon terdapat store locator di google map. Langkah mudah, hanya masukkan lokasi anda dan senarai stor berdekatan akan diberikan. Selain itu, anda boleh layari Instagram @falcon_school_uniform.

Wow, Bestnya!

Nak dapatkan pelitup muka rekaan khas dari Falcon? Ada 100 pelitup muka untuk 100 pemenang bertuah. Bermula 21/12/2020 hingga 15/01/2021, kongsikan gambar anak anda mengenakan pakaian seragam seragam sekolah Falcon dan kongsikan di FB FALCON https://www.facebook.com/falcon.uniform/.

https://www.facebook.com/majalahpama/videos/528075684818087/

Jom cepat-cepat kongsikan gambar anak anda!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI