Selepas tiga bulan melahirkan anak keduanya, selebriti, Che Puan Juliana Evans meraikan anak keduanya itu dalam satu majlis majlis cukur jambul dan akikah yang diadakan baru-baru ini.
Menerusi Instagramnya, ibu cantik jelita ini memuat naik beberapa keping gambar sebagai kenangan malah turut meluahkan rasa syukurnya kerana majlis itu berjalan dengan baik dan lancar.
Pada majlis serba sederhana itu, Che Puan Juliana Evans dan suami sepakat memilih warna merah jambu untuknya sekeluarga. Manis dan cukup cantik.
“Thanks for all the love & prayers.
“And happy 3 months old to baby Ihsan,” tulisnya.
Ads
Pilih nama Saidatul’Ihsan Putri
Melalui kapsyennya, Juliana yang selamat melahirkan bayi keduanya itu pada tanggal 17 Jun lalu turut berkongsi pilihan nama indah buat bayinya.
Paling menarik nama itu dipilih bersempena nama nenek disebelah keluarga suaminya iaitu, Saidatul’Ihsan Putri.
Ads
“Dalam foto terakhir, suami saya berdiri di sebelah potret neneknya yang cantik, yang kami namakan anak kedua kami.
“Akikah / cukur jambul anakanda Saidatul’Ihsan Putri ❤️ 10/9/23,” tulisnya melalui entri berlainan di Instagramnya.
Melalui beberapa keping gambar yang dikongsikan Juliana, majlis sederhana itu tampak cukup sempurna dengan dihadiri oleh kaum kerabat dan keluarga terdekat yang turut sama memeriahkan majlis.
Ads
Paling menarik perhatian wargamaya pastinya wajah anakanda Saidatul’Ihsan Putri yang cukup comel, persis wajah ibunya.
Hujah agama, yang diguna pakai golongan profesional bukan daripada bidang perubatan dan penjual produk alternatif, mengenai keburukan vaksin adalah antara punca ramai ibu bapa menolak pengambilan vaksin untuk kesihatan anak mereka, kata seorang pakar perubatan kesihatan awam.
Prof Madya Dr Malina Osman dari Jabatan Mikrobiologi dan Parasitologi Perubatan Universiti Putra Malaysia, berkata ibu bapa yang termakan hujah kedua-dua golongan itu tidak lain hanya akan menyukarkan tugas kerajaan menangani kes penyakit kerintangan vaksin yang direkod meningkat saban tahun.
Ibu Bapa Tertipu Dengan Hujah Antivaksin
Ramai ibu bapa tertipu dengan hujah antivaksin oleh golongan berpendidikan namun bukan daripada bidang perubatan, mereka ini datang dari kepelbagaian latar belakang pengetahuan yang ditimba di luar dan dalam negara menyebabkan fakta-fakta kritikal berkaitan isu perubatan disalah tafsir (contohnya data berkaitan statistik dan inferen sesuatu penyelidikan) membuatkan masyarakat memandang vaksin membawa keburukan.
Penjual Tidak Bertauliah Hanya Ingin Popularkan Produk Alternatif Vaksin
Ini termasuklah hujah dipakai golongan penjual tidak bertauliah yang mempopularkan produk alternatif vaksin di pasaran, dan tak dinafikan di situ wujud unsur-unsur perniagaan yang mengutamakan keuntungan disandarkan atas nama kesihatan. Jika kita tengok di sebuah negara jiran sebelum ini, wujud sindiket penjualan vaksin palsu, jadi kita perlu ambil iktibar,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, yang berkata wujud kumpulan dan individu yang menggunakan pelbagai platform termasuk media sosial untuk menyebarkan berita palsu mengenai keburukan vaksin terhadap orang ramai, seperti yang dilaporkan sebuah akhbar berbahasa Inggeris, baru-baru ini.
Tiada Pembabitan Haiwan Haram Dalam Vaksin
Golongan antivaksin cenderung menggunakan hujah agama seperti isu penggunaan bahan tidak halal, sedangkan isu berkenaan sudah lama diatasi menggunakan teknik kejuruteraan sel yang menghasilkan vaksin tanpa pembabitan haiwan yang haram di sisi syarak.
Mereka cenderung mengklasifikasikan sebahagian besar bahan digunakan dalam vaksin berasal daripada bahan bertoksik dan haiwan yang haram di sisi syarak, walhal anggapan itu tanpa asas bukti penyelidikan yang kukuh.
Ujian Klinikal
Kesemua vaksin yang dihasilkan perlu melalui sistem penghasilan yang ketat serta didokumenkan setiap proses, dos dan kesan sampingannya. Ujian klinikal membabitkan ribuan responden daripada pelbagai kawasan geografi dan ia terbukti menghasilkan antibodi melawan penyakit berbahaya dengan izin Tuhan.
Kaedah Ditetapkan Syarak
Beliau berkata pendekatan terhadap perubatan bagi penganut beragama Islam perlulah menepati kaedah ditetapkan syarak antaranya mendahulukan kepentingan nyawa, yang penggunaan vaksin terbukti mampu melawan penyakit berbahaya seperti campak, batuk kokol dan tetanus atau penyakit kejang urat.
Perkara yang paling membimbangkan bagi mereka yang bersalin secara pembedahan adalah luka czer terbuka kembali. Tetapi apakah tanda-tandanya ya? Jom teruskan membaca perkongsian artikel ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Penjagaan luka C-Sec
Melahirkan bayi melalui kaedah caesarean bukan perkara yang mudah. Tidak dinafikan, kebanyakan ibu hamil sebolehnya mahu membawa si manja ke dunia melalui kelahiran normal. Namun percayalah, apa jua kaedah bersalin yang dilalui adalah pilihan yang terbaik untuk anda dan bayi.
Turut dikenali sebagai C-Section, ia adalah prosedur di mana bayi dilahirkan melalui 2 pemotongan – 1 di kulit bahagian bawah abdomen dan 1 di dalam rahim.
Cara penutupan tempat pembedahan caesarean dilakukan
Umumnya, luka C-Sec bahagian luaran boleh ditutup dengan beberapa cara, termasuklah:
Seperti mana proses pembedahan lain, luka pembedahan C-Section juga memerlukan penjagaan dan masa untuk sembuh. Selalunya ia boleh sembuh tanpa sebarang masalah, tetapi ada kalanya walaupun diberikan penjagaan yang betul, komplikasi boleh berlaku.
Bagi kes yang jarang terjadi, bahagian pemotongan czer ini boleh terbuka semula. Dalam istilah perubatan, situasi itu dikenali sebagai C-section dehiscence.
Punca luka czer terbuka
Perkara berikut boleh menjadi punca bahagian caesarean terbuka kembali:
Ketegangan & tekanan
Terlalu banyak tekanan pada perut boleh menyebabkan jahitan longgar atau koyak. Tekanan yang tinggi boleh wujud pada bahagian czer apabila anda mengambil atau mengangkat sesuatu yang berat seperti anak kecil atau beg barangan runcit, memanjat tangga atau cuba bersenam terlalu awal.
Proses penyembuhan lemah punca luka czer terbuka
Ada kalanya proses penyembuhan boleh menjadi lambat disebabkan keadaan genetik atau disebabkan oleh masalah perubatan, contohnya seperti diabetes atau obesiti. Keadaan tersebut boleh mengakibatkan penyembuhan tidak sekata atau potongan pembedahan terpisah dan terbuka.
Nekrosis
Tidak mendapat darah dan oksigen mencukupi ke bahagian caesarean juga boleh menyebabkan penyembuhan luka yang lambat. Dalam sesetengah kes, sel-sel kulit di tepi tempat pemotongan mungkin ‘mati’ kerana tidak mendapat oksigen dan nutrisi yang mencukupi. Keadaan itu disebut sebagai nekrosis. Sel-sel mati tidak boleh tumbuh dan bergabung bersama untuk menyembuhkan luka, ini sekali gus membawa kepada pembukaan bahagian C-Section.
Jangkitan
Jangkitan di bahagian pemotongan caesarean akan melambat atau menghentikannya daripada sembuh dengan betul. Ia boleh berlaku disebabkan bakteria atau kuman. Dalam prosedur pembedahan biasa, anda biasanya akan diberikan antibiotik sebelum pembedahan. Walau bagaimanapun, selepas pembedahan biasa yang tidak rumit, antibiotik tidak diberikan.
Jadi sekiranya dijangkiti, tubuh akan bertindak melawan kuman dan ia mungkin tidak dapat melakukan proses penyembuhan dengan betul dalam masa yang sama.
Faktor risiko untuk luka czer terbuka
Kaedah pemotongan caesarean:
Pemotongan melintang adalah yang paling biasa kerana ia cenderung sembuh lebih baik dan kurang menyebabkan pendarahan.
Manakala czer jenis menegak lebih berisiko tinggi untuk terbuka dan lambat dalam proses penyembuhan.
Terdapat juga kajian yang menyatakan, penutupan bahagian C-Sec dengan jahitan adalah kurang berisiko untuk terbuka berbanding menggunakan stapel. Pilihan terbaik adalah untuk berunding dengan doktor.
Gejala & simptom luka czer terbuka
Jika luka C-Sec anda terbuka, antara simptom yang boleh dikenal pasti adalah ia akan kelihatan seperti luka baharu dengan kemerahan atau pendarahan. Sekiranya jahitan terbuka disebabkan jangkitan, anda akan melihat tanda-tanda jangkitan seperti kemerahan, bengkak atau nanah.
Seandainya nekrosis menjadi punca jahitan bahagian caesarean terbuka, akan berlaku perubahan warna kelabu, kuning atau hitam sekitar kawasan tersebut. Ia juga mungkin berbau busuk.
Pemotongan dalaman caesarean
Potongan bahagian dalam rahim juga boleh terbuka atau pecah. Sudah tentu anda tidak dapat melihat keadaan tersebut tetapi ada gejala yang boleh dikenal pasti, seperti:
Merawat luka czer terbuka
Keterukan luka yang terbuka adalah bergantung kepada lokasinya. Jika potongan czer luar yang terbuka, doktor mungkin memberikan suntikan untuk kebaskan bahagian tersebut dan kemudian mengeluarkan kulit atau tisu sebelum dijahit, stapel atau digam semula.
Sekiranya terdapat jangkitan atau sel kulit mati, bahagian czer perlu dibersihkan sebelum ditutup semula. Walaupun pembukaan bahagian dalam rahim jarang berlaku, tetapi ia sangat serius. Anda mungkin perlu menjalani pembedahan untuk menutupnya kembali.
Dalam kes yang sangat jarang berlaku, rahim mungkin perlu dibuang jika ia rosak atau dijangkiti. Pembedahan ini dipanggil histerektomi. Jika kawasan itu dijangkiti, doktor mungkin memberi dos antibiotik yang lebih kuat, atau anda mungkin diberi antibiotik melalui suntikan atau terapi intravena (IV).
Kesimpulan
Dalam sibuk menjaga bayi, anda juga perlu memikirkan keadaan diri kerana pembedahan caesarean dianggap pembedahan utama. Sebaiknya, elakkan perkara yang boleh menyebabkan luka czer terbuka dan segera maklumkan kepada doktor jika melihat atau merasakan ada tanda jangkitan atau komplikasi.
_
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pasangan selebriti popular Indonesia, Aurel Hermansyah dan Atta Halilintar yang mengumumkan kehamilan anak kedua mereka bulan lalu kini mengumumkan jantina anak kedua mereka.
Melalui Instagramnya, baik Aurel mahupun Atta turut memuat naik video serta beberapa keping gambar pada majlis pengumuman jantina itu.
Pasangan selebriti yang juga anak dan menantu penyanyi ternama, Kris Dayanti ini meraikan kelahiran bakal anak perempuan kedua itu dalam sebuah majlis gilang gemilang bersama ahli keluarga.
“Masya Allah! It’s a girl guys,” tulis Aurel melalui kapsyennya.
Bahkan kongsi Aurel dan Atta lagi menerusi Instagram mereka, anak perempuan kedua itu sememangnya ditunggu orang mereka dan seluruh ahli keluarga The Atta Family, The Hermansyah, Gen Halilintar dan The Lemos.
“Allahuakbar. Anak ini dicintai dan ditunggu semuanya,” tulisnya di Instagram.
Pada majlis yang turut bersiaran langsung di Youtube itu, Atta dan Aurel mengenakan pakaian bertemakan warna pastel berona merah jambu dan kebiruan.
Begitu juga seluruh ahli keluarga lain yang turut sama mengenakan pakaian berona sama.
Di awalnya, ayah dan ibu termasuklah Kris Dayanti, Anang dan Ashanty diberikan penghormatan untuk membuka kotak hadiah ketika pengumuman itu sehinggalah akhirnya asap berona merah jambu dilepaskan tanda pengumuman bayi perempuan.
Semoga kelahiran anak kedua ini menambahkan lagi kebahagiaan pasangan selebriti ini dan seluruh keluarga.
Terdahulu, Aurel dan Atta Halilintar selamat menimang cahaya mata sulung mereka, Ameena Hanna Nur Atta pada 22 Februari 2022.