Tempoh berpantang yang lama membuatkan ada ibu yang baru melahirkan mula rasa tidak selesa sepanjang tempoh itu. Menyediakan bilik berpantang yang selesa, cantik serta mengikut citarasa ibu berpantang sememangnya menjadikan ibu lebih bersemangat sepanjang tempoh berpantang.
Mahu lebih selesa sepanjang masa, idea ibu ini, Ezah Hazreen yang mewujudkan bilik berpantang sendiri memberi inspirasi kepada semua.
Tidak perlukan modal yang banyak, hanya menggunakan perabot sedia ada dan ditambah beberapa aksesori yang baharu, ruang sekeliling menjadi cukup cantik, kemas dan selesa.
Jom intai idea dekorasi tema warna putih kelabu ini. Memang kemas!
Sharing bilik berpantang sis.
Masa tahu pregnant dah set dalam kepala nak pantang tenang-tenang ( siap ambik CL 2 weeks), so terjadi la bilik tema Cool & Cozy.
Ads
First sekali deco bilik kakak dulu, ajar dia tidur bilik asing, alhamdulillah berjaya tidur bilik asing sebelum adik lahir.
Barang banyak yang sedia ada, banyak jugak beli baru.
Baby cot boleh buka tengah, bila baby dah lahir kita buka palang tu, jadi macam Bedside je. Senang untuk BF mommy. Katil ni katil kakak dulu beli 5y ago, Brand Sweet Cherry, tak tahu ada jual lagi ke tak.
Cermin dah drill dekat dinding, jangan risau.
Ads
Ni letak dekat luar bilik sebab tak nak crowded, malam-malam tolak troli masuk bilik senang nak tukar pampers baby.
Tempat changing tu jangan biar baby sorang-sorang taw, ni kita snap gambar kejap jee, kerusi dekat sudut ni tempat termenung.
Bakul beli dekat Eco, susun baju baby, mana yang dah tak muat bagi je orang, ehhh.
Polis Singapura menahan seorang amah berusia 30 tahun kerana mendera anak majikannya yang berusia 16 bulan.
Wanita terbabit diberkas pada 15 Januari lalu di Block 992B Buangkok Link.
Butiran penuh tentang kejadian pada 14 Januari lalu itu didedahkan semalam selepas majikannya Amy Low, 40, memuat naik rakaman video berdurasi 46 saat yang diambil daripada sistem kamera litar tertutup (CCTV) di kediamannya di Facebook.
Klip tersebut menunjukkan amah terbabit mencelup tangan kiri bayi perempuan berkenaan ke dalam periuk di atas dapur beberapa kali dan mangsa turut menangis kesakitan.
Difahamkan, rakaman video tersebut telah ditonton lebih 218,000 kali.
“Tubuh saya menggigil selepas melihat rakaman itu. Sejak kejadian itu, anak saya sering menangis.
“Dia masih terlalu kecil. Kami tidak tahu sama ada dia masih sakit atau trauma dengan insiden tersebut,” kata Low yang bekerja sebagai akauntan dan mempunyai seorang lagi anak perempuan berumur 8 tahun.
Menurutnya, amah tersebut dari Myanmar dan mula diambil bekerja pada 7 Disember 2019.
Dia juga mendakwa wanita itu pada mulanya mendakwa anak perempuannya tersentuh periuk panas tersebut.
Tetapi, selepas melihat rakaman terbabit, amah itu mengaku dia sengaja menyakiti mangsa supaya boleh pulang ke negaranya.
Susulan itu, polis telah melancarkan siasatan terhadap pembantu rumah terbabit kerana sengaja menyebabkan kecederaan dalam keadaan yang berbahaya.
Sumber: NST, SINAR HARIAN
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memiliki anak cerdik dan berakhlak bukan satu angan kosong asalkan ayah sebagai ketua keluarga memainkan peranan hebat membesarkan mereka. Peranan ibu dan ayah sama penting dalam membesar dan mendidik anak-anak supaya mereka membesar sebagai individu yang cemerlang di dunia dan akhirat.
Susuk tubuh ayah yang sado dan tegap bukan sekadar tampil sebagai hero di mata si kecil. Tetapi pengaruhnya terhadap perkembangan si anak sangatlah besar. Ayah adalah pemimpin dalam keluarga yang bertanggungjawab memimpin keluarga dan memastikan anak-anak tetap berada di landasan yang betul.
Peranan ayah dalam mendidik anak membantu mereka mengharungi cabaran dalam kehidupan untuk menjadi insan yang berjaya.
Jangan sampai terlupa tanggungjawab masing-masing bila sudah bergelar ayah. Ini antara peranan ayah dalam mendidik anak di zaman mencabar sekarang.
1. Meningkatkan keyakinan diri anak
Ayah mempunyai peranan penting untuk meningkatkan keyakinan diri anak menerusi bimbingan dan kasih sayang yang diberikan. Bila anak dapat cukup kasih sayang daripada seorang ayah maka dia akan membesar sebagai individu yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi.
2. Menjadikan anak seorang yang berani
Fizikal ayah bak seorang hero sepatutnya mendidik anak menjadi seorang yang berani menghadapi cabaran. Anak akan melihat sisi berani daripada seorang ayah berbanding ibu. Jadi, pastikan ayah memainkan peranan betul membentuk sifat berani tersebut.
3. Melatih anak berdisiplin
Ayah juga mempunyai kelebihan untuk membesarkan anak-anaknya dengan disiplin. Biasanya anak-anak akan lebih berdisiplin dan menurut arahan jika dilakukan oleh ayah. Maka ayah wajib memberikan contoh yang baik dalam bab disiplin. Baru anak-anak mengikut.
4. Sentiasa beri perhatian pada anak
Seorang anak sangat memerlukan perhatian daripada kedua ibu dan ayahnya kecuali jika salah seorang sudah meninggal dunia. Walaupun anak mendapat sepenuh perhatian daripada ibu tetapi dia tetap memerlukan perhatian dan sentuhan dari seorang ayah. Walau sibuk bekerja sekalipun, ayah jangan abaikan perhatian pada anak ya.
5. Sebagai motivator
Ayah perlu menjadi pendorong dan motivator ulung kepada anak. Dengan pendekatan yang betul, ayah boleh mengubah tingkah laku anak yang sebelum ini kurang baik menjadi lebih baik.
6. Melayan anak bermain
Anak memang cukup suka kalau dapat bermain dengan ayah. Jadi, ayah kena rajin melayan anak bermain ya. Jangan asyik melayan handphone sahaja, sebaliknya luangkan masa untuk layan anak bermain dan berseronok. Waktu itu anda boleh ambil peluang untuk memberi nasihat dan panduan berguna.
7. Jadi role model
Anak adalah peniru yang hebat. Mereka juga menjadikan ayah dan ibu sebagai role model utama. Makanya wajiblah anda berdua memberikan teladan yang baik kepada anak supaya mereka membesar sebagai anak yang berakhlak mulia.
8. Mengawasi pergaulan anak
Ayah wajib ambil tahu siapa kawan-kawan anak supaya mudah untuk mengawal dan mengawasi pergaulan anak supaya boleh mencegah perkara buruk daripada berlaku akibat salah pilih kawan.
9. Meningkatkan kecerdasan emosional anak
Anak kecil masih belum stabil emosinya maka sebagai ayah, anda perlu memainkan peranan penting untuk meningkatkan kecerdasan emosional anak. Selalu berkomunikasi dengan anak supaya ada dapat membina proses saling percaya dengan anak. Kecerdasan emosional yang baik membantu anak membesar sebagai individu yang hebat satu hari nanti.
10. Berperanan menguatkan bonding hubungan keluarga
Ayah memainkan peranan penting untuk menguatkan bonding antara ahli keluarga. Selain meluangkan masa bersama, sesekali bawalah anak pergi bercuti untuk eratkan hubungan keluarga. Tak perlu tempat yang jauh dan mahal kadang-kala lokasi berhampiran rumah juga sudah mampu menggembirakan hati anak-anak asalkan dapat bersama ibu dan ayah.
Ayah, watak ‘superhero’ yang anda galas sepatutnya mampu menjadikan penyelamat dan pelindung sebenar kepada anak tersayang sekaligus membimbing mereka berada di landasan yang betul.
Rancangan realiti keibubapaan edutainment, Rockstar Junior Arrian dan Andra di saluran Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123) setiap Rabu, jam 9 malam menampilkan kehidupan Tomok, isteri dan anak-anaknya termasuk interview eksklusif, tip keibubapaan dan cabarannya. Ia juga memuatkan perjalanan bagaimana Tomok mencipta single pertama yang diinspirasikan daripada anak-anaknya.
#RockstarJr #ArrianAndra
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memandangkan pada bulan Ramadhan ini wajib bagi kita mengeluarkan zakat fitrah, Adakah bayi yang masih di dalam kandungkan diwajibkan untuk dibayarkan zakat untuknya?
Zakat fitrah adalah zakat yang wajib ditunaikan pada bulan Ramadhan. Tempoh masa zakat ini adalah pada permulaan bulan Ramadhan sehingga sebelum solat hari raya aidilfitri. Perkara ini dapat difahami melalui hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda :
Maksudnya :” Zakat fitrah adalah penyucian bagi orang yang berpuasa daripada perkara yang lagha dan percakapan yang buruk. Ia juga adalah makanan bagi orang miskin. Sesiapa yang membayarkan sebelum solat (aidilfitri) maka zakatnya diterima. Sesiapa yang membayarkan selepas daripada solat maka ia hanya dianggap sebagai sedekah.”
Riwayat Abu Daud (1609)
Setiap muslim yang mempunyai lebihan harta atau makanan pada malam raya dan pagi hari raya maka dia wajib untuk membayar zakat fitrah. Sama ada tua, muda, lelaki mahupun perempuan. Bahkan seorang bapa atau suami wajib untuk membayar zakat fitrah bagi pihak tanggungannya. Ini berdasarkan kepada kaedah :
Kembali kepada persoalan yang telah dikemukakan, zakat fitrah bagi bayi yang masih berada di dalam kandungan adalah tidak wajib. Imam Al-Nawawi ketika mengulas berkenaan dengan isu adakah bayi yang berada di dalam kandungan wajib ke atasnya zakat fitrah beliau menyebut bahawa tiada zakat fitrah bagi bayi yang masih di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapanya untuk membayarkan bagi pihaknya.(Rujuk Al-Majmu’ Syarh Al-Muhazzab, 6/139). Ini juga merupakan pandangan yang dikemukakan oleh Imam Al-Ramli dan kebanyakan ulama bermazhab syafi’i.
Ada yang berpandangan bahawa zakat fitrah wajib dibayar bagi pihak bayi yang masih berada di dalam kandungan. Mereka berdalilkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar. Kata beliau :
Maksudnya :” Rasulullah SAW mewajibkan untuk memberi zakat fitrah.(Kadarnya ialah) segantang dari kurma atau gandum. Ianya diwajibkan untuk setiap hamba,yang merdeka. Yang kecil(kanak-kanak) mahupun besar (dewasa).”
Riwayat Al-Bukhari (1503) & Muslim (2326)
Ibnu Hajar Al-Asqalani menjawab bahawa bayi di dalam kandungan tidak dipanggil kanak-kanak. Sama ada dari segi bahasa mahupun dari segi uruf. Beliau juga mengatakan bahawa bayi di dalam kandungan boleh jadi mati atau hidup.(Rujuk Fath Al-Bari Syarh Sohih Al-Bukhari, 3/369) Oleh itu, bayi di dalam kandungan tidak termasuk di dalam mafhum hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar ini.
Berdasarkan dalil dan perbincangan yang telah kami kemukakan, kami menyimpulkan bahawa zakat fitrah tidak wajib bagi bayi yang berada di dalam kandungan. Begitu juga tidak wajib bagi bapa untuk membayar zakat fitrah bagi pihak bayi tersebut.
Semoga Allah memberikan kefahaman di dalam agama-Nya. Kita sentiasa berusaha agar Ramadhan pada kali ini dapat diisi dan dimanfaatkan dengan sebaiknya. Wallahu’alam.
Melalui pengalaman keguguran sememangnya cukup menyedihkan bagi seorang ibu hamil. Perlukan sokongan emosi yang cukup kuat dari orang-orang sekeliling. Ditambah pula dengan kerisauan sama ada sudah sembuh sepenuhnya ataupun belum.