Kematian merupakan satu kepastian bagi setiap insan yang bernyawa. Selepas sehari anak meninggal dunia, ibu pula menyusul ‘pergi’ menghadap sang pencipta.
Yusnieta Mohd Lawi, 40, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Perempuan Zainab (HRPZ) II, Kota Bharu pada jam 6.30 pagi sehari selepas anaknya, Nur Iezarra Abd Talib, 9 tahun menghembuskan nafas yang terakhir semalam akibat sawan.
Sebelun ini, Yusnieta Mohd Lawi ditemukan tidak mampu bergerak bersama anaknya yang tidak sedarkan diri dalam keadaan tertiarap di rumahnya di Kampung Gual To’Deh, di sini yang sedang dilanda banjir pada Selasa. Yusnieta Mohd Lawi tidak mampu bergerak dipercayai akibat terkena serangan angin Ahmar
Abang mangsa, Muhammad Denish Alfi Abd Talib, 14, berkata terdahulu adiknya itu mengadu sakit di bahagian belakang leher dan menangis teruk, tengah malam
NAIK LORI KE HOSPITAL
Ads
Kedua-dua mereka dibawa menggunakan lori tanah keluar dari kawasan banjir setinggi meter 0.9 hingga 1.5 meter di kampung itu untuk ke hospital.
Memetik laporan Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed mengesahkan kematian Yusnieta kerana strok.
“Ibu kanak-kanak ini meninggal dunia ketika menerima rawatan di HRPZ II.
“Nur Lezarra Zaliefa yang meninggal dunia sebelum ini disahkan oleh pihak hospital akibat paru-paru berair,” katanya.
Ads
Sementara itu, adik ipar Yusnieta, Norshazlina Jantan, 32, berkata, dia mengetahui berita sedih itu melalui anak sulung Yusnieta, Muhammad Denish Alfi Ald Talib, 14.
Katanya, sejak dibawa ke hospital, mereka sekeluarga keresahan kerana dimaklumkan keadaan Yusnieta tidak stabil.
Hanya suami Yusnieta, Abd Talib Abdullah, 42, bersama anak sulung mereka, Muhammad Denish Alfi Ald Talib, 14, berada di hospital.
Ads
Sebelum ini, jenazah Nur lezarra selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gual To’Deh di sini, kelmarin selepas selesai dibedah siasat.
“Jenazah Yusnieta juga akan dikebumikan di tanah perkuburan sama,” katanya.
Terdahulu, seorang remaja dilaporkan melalui detik cemas apabila mendapati adiknya tidak sedarkan diri di kediaman mereka yang dilanda banjir, manakala ibunya diserang angin ahmar susulan tangan kiri tidak dapat digerakkan.
Dia segera memaklumkan kepada bapa bagi mendapatkan bantuan dari penduduk kampung agar memaklumkan kepada pihak berkuasa untuk membawa kedua-duanya ke hospital dalam kadar segera.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Syasya Rizal, bekas anggota kumpulan Dolla, membawa khabar gembira dengan kelahiran cahaya mata pertamanya pada Isnin.
Syasya, atau nama sebenarnya Nursyasya Afiqah Shahrizal, 23, meluahkan rasa syukur atas kelahiran bayi lelaki yang kini menjadi amanah besar untuk dijaga bersama suaminya, Nasrullah Mohd Sapie.
Lebih manis, pasangan itu sepakat memberikan nama indah, Muhammad Yassir Hayyan, kepada cahaya mata sulung mereka.
“Alhamdulillah, ini adalah nikmat terbesar dan amanah untuk mama dan baba. Selamat datang, Muhammad Yassir Hayyan,” kata Syasya dalam satu hantaran di Instagram.
Syasya turut menceritakan bagaimana pada awal tahun ini dia memohon kepada Allah SWT untuk kehidupan yang lebih baik. Tidak disangka, doanya dimakbulkan dengan kehadiran bayi lelaki di penghujung tahun sebagai hadiah terindah.
LUAH RASA SYUKUR
“Awal tahun ini, saya berdoa untuk kehidupan yang lebih baik dan penuh cinta. Syukur, Allah kurniakan rezeki ini kepada kami,” tambahnya lagi.
Pada bulan September, Syasya mengumumkan kehamilan pertamanya, dan kini dia serta suaminya menyambut kehadiran permata hati mereka dengan penuh syukur dan kegembiraan.
Untuk rekod, Syasya dan Nasrullah mendirikan rumah tangga pada 20 April lalu.
Siapa sangka, masuk je usia 30-an, badan dah mula ‘beri signal’ macam orang berumur 50-an. Itulah yang dialami oleh Faiz, seorang lelaki yang tak pernah terfikir akan berdepan dengan masalah kesihatan di usia muda.
Dari slip-disc akibat gaya hidup dan kerja, hinggalah ke ulser perut berpunca daripada tabiat pemakanan, semuanya datang tanpa amaran.
Dalam perkongsiannya, Faiz Zainal menceritakan pengalaman perit menghadapi sakit yang tidak dijangka dan bagaimana dia mula sedar betapa pentingnya menjaga kesihatan sebelum terlambat.
USIA 30 AN DAH HIDAP SLIP- DISC DAN ULSER PERUT
Setahun ni banyak diuji dengan macam-macam sakit. Masuk je 30-an, ada je sakit yang tak terjangka.
Paling pedih sekali kena slip-disc & ulser perut sampai najis keluar banyak darah tiap kali membuang.
Punca slip-disc, sebab aku banyak travel long flight, posture duduk masa kerja & banyak angkat barang berat.
Punca ulser pula, sebab pemakanan. Kurang serat sampai najis keras, suka skip makan & suka makan pedas. Asal makan pedas, mesti perut triggered.
Sarankan, buat la medical check-up setahun sekali untuk kenali badan kita. Paling kena tahu, tahap kolestrol, buah pinggang & tahap gula dalam darah kita macam mana.
Rasa something wrong dengan badan, pergi je buat check-up. Jangan tunggu makin teruk. Ingat, organ tubuh badan kita makin tua & ada limit.
Ubah gaya hidup lebih sihat, dari segi rutin harian mahupun pemakanan. Selain masa, kesihatan adalah perkara yang tak ternilai. Ada harta & duit banyak, tapi kalau sakit tak guna.
Saat ramai mengangkat Fasha Sandha sebagai ratu drama, siapa sangka di sebalik ketabahan dan komitmennya dalam dunia seni, beliau turut dihargai dalam arena yang lebih besar. Terbaru, sempena ulang tahun ke-82 Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, aktres berbakat besar ini menerima anugerah Pingat Jasa Baik (PJB) satu penghargaan yang bukan hanya mencerminkan kejayaan seni, tapi juga jasanya kepada masyarakat.
⠀
Berita penuh bermakna itu dikongsikan sendiri oleh Fasha, atau nama penuhnya Nur Fasha Sandha Hassan, 41, menerusi beberapa foto dan video rasmi yang dimuat naik di Instagram miliknya.
“Merafak sembah menjunjung kasih Tuanku”
“DYMM Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail”
“Syukur Alhamdulillah,” tulisnya pada kapsyen beberapa foto dimuatnaik berserta emoji hati warna merah.
Pada hantaran lain, ibu tiga cahaya mata ini turut memaklumkan keterujaan dirasainya terhadap pingat jasa PJB diterima berkenaan.
“Bismillah. Memanjat kesyukuran ke hadrat ilahi kerana di atas keizinan dan kurniaan-Nya.”
“Alhamdulillahirabbilalamin, saya adalah anak kelahiran Johor Bahru dan dibesarkan di Perlis selama 12 tahun.”
“Hari ini adalah hari yang bersejarah buat saya atas anugerah yang dihadiahkan Istana Perlis Indera Kayangan pada majlis Penganugerahan Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Perlis Kali Ke-2.
“Menjunjung Kasih Tuanku atas pingat jasa PJB ini. Patik ini banyak kelemahan dan kekurangannya berbanding kelebihan,”‘ tulisnya.
Rata-rata netizen yang mengikuti Fasha di akaun media sosialnya memberikan ucapan tahniah kepada pelakon drama Rampas Cintaku dan filem Cicakman itu.
Turut memuatnaik videonya yang ditemani suami, pelakon Aidil Aziz pada majlis berkenaan, Fasha yang manis menggayakan busana berwarna ungu itu difahamkan adalah pakaian ketika pertunangannya tujuh tahun lalu.
Dalam karier seninya, Fasha mula aktif dalam lakonan sejak 2003 dan sepanjang tempoh 18 tahun bergelar anak seni, wanita berkaliber ini sudah meraih pelbagai anugerah yang mengiktiraf bakatnya.
Sumber: Harian Metro
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.