Pada usia 18 bulan Ney Ney sudah mengenal huruf dan nombor. Pintar sungguh si kecil ini. Kini Nora Danish tak sabar nak dengar Ney Ney bercakap pula.
Bonding yang baik dengan anak dan asuhan yang baik tidak dinafikan mencipta hubungan yang erat dan antara ibu dan anak. Jalinan yang rapat membantu si kecil mencapai potensi diri yang lebih baik.
Semalam, aktres ini berkongsi video anaknya, Ney Ney atau nama sebenarnya Mohamed Neqayl Nedim. Si kecil yang dilahirkan pada 22 Februari 2019 ini menunjukkan aksi comel mencairkan hati mommy dan semua warganet.
Nora menerusi Instagram berkongsi video bagaimana Ney Ney sudah pandai mengenal dan menyebut abjad dan nombor yang ditulis oleh Nora. Kata Nora, dia selalu menyanyikan lagu ABC untuk Ney Ney dan Ney Ney sering melihat pergerakan bibir apabila dinyanyikan lagu tersebut.
Ads
LIHAT PERGERAKAN BIBIR
Good job sayang booboo, we are so proud of u.
His fav channels on Untube are the alphabet & number songs. Even before he goes to bed or when he cries, all we need to do is just sing the ABC song n he will be ok. He would stare at our lips while we sang n gave us his cheeky breathtaking smile #cair .
TAK SABAR DENGAR DIA BERCAKAP & MEMBEBEL
And now he is 1 year and 6 months, mommy dah tak sabar nak dengar dia membebel. His first words were ‘ball’ and now ‘apple’. Kalau dengar dia ckp AppleBall maknanya dia nak kita nyanyi ABC song
Bila la mommy, daddy & his brothers nak dengar dia ckp ni. Sometimes kalau dia ckp apa apa Yg clear n we wud clap & scream happily. Maybe that’s why he prefers to just maintain his baby talk Heheh
“Mak bapak rajin melayan, budak pula cepat belajar”
Para pengikut Nora terpaku dengan aksi Ney Ney dalam video ini. Ramai yang memuji kecerdikan anak pertama Nora dan Nedim Tan Sri Nazri ini. Cerdik & mempunyai bonding yang kuat.
Ads
“Clever boy.” @syhimran77
“Cerdiknya neyney….baru setahun lebih…luar biasa sungguh….” @ejanbakri
Ads
“1 tahun 6 bulan weh… banyak lah bercakap dgn anak2 ye.. lg2 bonding ayah & anak.” @baidurilaila_
“Comelnya. Suka tengok. Makpak dan brother dia rajin layan, budak pulak cepat belajar. Cuteness overload masa buat ‘O’.” @nora1a1a1a
“What a clever boy Ney Ney. Semua betul pulak tuu. Semoga Ney Ney besar dengan sihat dan jadi anak yang soleh.” @syazana75
“18 Januari genap umur Aamina enam bulan tapi tidak sangka dia pergi secepat ini meninggalkan kami sekeluarga,” kata Siti Madihah Muhammad, 33, ibu kepada Tengku Aamina Tengku Mohd Ikhwan yang disahkan maut di sebuah taska di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Bukit Jalil, pada Khamis lepas.
Menceritakan semula detik hitam itu, Siti Madihah berkata, anak keduanya itu dihantar ke taska yang terletak di bawah rumahnya dalam keadaan sihat dan ceria jam 6.45 pagi.
Menurutnya, pada jam 4.45 petang dia menerima panggilan telefon dari klinik swasta tidak jauh dari taska berkenaan yang memaklumkan supaya segera ke pusat perubatan berkenaan untuk melihat keadaan anaknya.
“Saya yang baru tiba di rumah cemas selepas mendapat perkhabaran itu sebelum bergegas ke klinik berkenaan untuk melihat keadaan Aamina.
“Tidak lama selepas itu, baru pemilik taska menghubungi dan memaklumkan Aamina sudah tiada (meninggal dunia). Saya terus menghubungi suami memaklumkan kejadian,” katanya kepada Metro.
Ditemui dalam keadaan terlangkup masa tidur
Siti Madihah berkata, berdasarkan maklumat yang diberikan pemilik taska, arwah anaknya itu tidur jam 2.30 petang namun ditemui dalam keadaan terlangkup dan tidak sedarkan diri sebelum dibawa ke klinik.
Katanya, doktor memaklumkan Aamina sudah meninggal dunia ketika sampai untuk menerima rawatan kecemasan di klinik berkenaan dan dalam keadaan pucat.
“Saya terkilan kejadian ini berlaku kerana sepatutnya pengasuh perlu memantau bayi di bawah jagaan mereka kerana Aamina sudah pandai meniarap.
“Saya dan suami reda dengan kejadian ini namun masih berharap keadilan untuk Aamina selain membiarkan siasatan lanjut dilakukan polis,” katanya.
Jenazah Aamina dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 di Putrajaya jam 4 petang semalam selepas selesai bedah siasat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Malam sebelum kejadian enggan tidur, bangun main
Sementara itu, menurut laporan Astro Awani pula, beliau kesal kejadian menimpa bayinya itu meskipun baru seminggu menghantar dua anaknya termasuk mangsa di taska berkenaan.
Jelasnya Siti Madihah, malam sebelum kejadian Aamina dikatakan enggan tidur selepas menyusu.
“Malam sebelum kejadian, dia (Aamina) tidak tidur selalunya dia menyusu dan akan tidur.
“Malam itu dia tidak tidur, dia hendak main, dia masih bangun meniarap hendak main dengan saya. Saya tidak fikir apa-apa, saya ingat mungkin dah tidur lama sebelum itu.
“Rupanya, itu petanda dia hendak main dengan Mama dia sebab esok dia dah tiada, saya redha Aamina pergi,” ujarnya lagi.
Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon, dalam kenyataannya mengesahkan pihaknya menerima laporan terbabit dan polis sedang menyiasat punca sebenar kematian.
Ditakdirkan menjadi OKU selepas terlibat dalam kemalangan jalan raya, si ayah ini tetap gagahkan diri menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga bagi menyara isteri dan empat anak yang masih kecil.
Walaupun melalui pelbagai ujian sebelum ini, ia bukan alasan kerana bagi ayah ini selagi diberi kudrat dari Allah, dia tetap mahu berikan yang terbaik. Bagaimanapun ketika dia mahu bangkit, Allah sekali lagi menguji apabila anak perempuannya pula disahkan mengalami kanser darah yang turut memerlukan perbelanjaan besar.
Apa yang bagusnya keluarga ini, mereka menganggap ujian yang diberikan itu sebagai tanda Allah nak bagi ganjarannya di kemudian hari. Namun betullah orang kata, rezeki tak pernah salah alamat. Kehadiran aktivitis masyarakat, Puan Natipah Abu ibarat satu lorong terang bakal mewarnai hidup keluarga ini.
Berikut perkongsian kisah keluarga Encik Buyamin. Mana tahu sedikit sebanyak sumbangan sempena bulan mulia ini memudahkan kehidupan keluarga Encik Buyamin dan pahalanya terus berpanjangan buat kita.
Tak pernah putus asa, Allah uji tandanya Dia sayang
Encik Mohd Buyamin Bin Samsudin, 43 tahun merupakan seorang pemegang kad OKU fizikal akibat satu kemalangan jalan raya yang menimpanya.
Beliau mencari rezeki dengan berniaga menjual air balang di pasar malam. Bila tiba musim cuti sekolah, rezekinya berlipat ganda kerana air balangnya selalu mendapat tempahan dari tuan rumah yang menganjurkan majlis perkahwinan.
Bagaimanapun tahun 2018, beliau berhadapan dengan kegetiran hidup yang bukan kepalang bila anak keduanya yang pada ketika itu berusia 3 tahun disahkan mengidap kanser darah dan perlu menjalani rawatan susulan di Hospital Besar Pulau Pinang sehinggalah ke hari ini.
Pandemik melanda .. beliau tidak lagi dapat menjual air balang di pasar malam. Bahkan air balang tidak lagi ditempah untuk sebarang majlis perkahwinan atau keramaian seperti dulu lagi.
Encik Buyamin benar-benar ‘terduduk’ kerana hilang satu-satunya sumber pendapatannya selain wang Elaun Pekerja Cacat (EPC JKM) RM450 sebulan.
Encik Buyamin kemudiannya mengambil keputusan untuk berniaga ais batu pula. Menjual ais batu kepada peniaga-peniaga warung dan gerai makan.
Dengan van buruknya … dia bergerak mengedar ais batu kepada pelanggan. Pendapatannya sebagai penjual ais tidaklah seberapa. Ais dibeli secara tunai di kilang tetapi kebanyakan pelanggannya berhutang bila membeli dari dia.
Dalam tempoh setahun menjual ais batu ini, ada beberapa orang pelanggannya terpaksa tutup kedai dan gagal melunasi hutang.
Mereka menyerahkan barang-barang yang ada di kedai makan mereka kepada Encik Buyamin sebagai timbal balas bagi melunaskan hutang mereka walaupun hakikatnya barang-barang itu tidak bernilai pun.
Van yang digunakan terbakar
Di saat baru hendak bangkit ini jugalah, tiba-tiba Encik Buyamin diuji sekali lagi bila van yang digunakan untuk ke hulu-ke hilir mencari rezeki itu terbakar ketika dia dalam perjalanan menghantar ais kepada pelanggannya.
Tidak berputus asa, beliau menggunakan kereta buruknya untuk berniaga ais walaupun kereta itu tidak boleh mengisi banyak beg ais. Tetapi daripada berpeluk tubuh dan berputih mata, dia meneruskan juga walau untungnya hanya sekupang dua.
Ramadhan Al Mubarak .. perniagaan menjual ais batunya terhenti lagi. Satu-satunya mata pencarian yang dia tahu masih terbuka luas peluangannya ialah berniaga air balang semula.
Tetapi mustahil sekali kerana van yang terbakar itu sudah tidak boleh digunakan lagi. Dia tidak punya kewangan yang cukup untuk membaikinya.
Harap ada sinar baru
Tak akan dia hendak berpeluk tubuh dan mengharapkan wang bantuan Elaun Pekerja Cacat dari JKM semata-mata sedangkan ada 5 mulut yang perlu disuapnya.
Mujurlah dia tidak perlu menanggung kos sewa rumah kerana tinggal di rumah pusaka orang tuanya.
Semoga sedekah kita ini dapat mencukupkan anggaran jumlah kos yang diperlukan untuk memperbaiki semula van tersebut dan dapatlah beliau mencari rezeki buat keluarganya.
Ramadan yang penuh barakah ini, semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di dunia dan akhirat.
Jazakumullahu khair kepada semua penyumbang di luar sana. Langit Ramadan yang barakah …
“Puasa adalah untukku, dan Aku sendiri yang akan memberikan balasannya…” (HR. Bukhari dan Muslim).
Sekiranya anda ingin sama-sama hulurkan sumbangan tak kiralah berapa jumlahnya sekalipun untuk Encik Buyamin menggunakan semula vannya itu, boleh salurkan ke akaun Natipah Abu 552107617521 (Maybank). Semoga Encik Buyamin sekeluarga dan kita semua dimurahkan rezeki olehNya. Amin.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiga tapak kaki bersaiz kanak-kanak dianggar berusia dua hingga tiga tahun, ditemui di belakang sebuah bengkel di Pelabuhan Sepanggar di sini, hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji, berkata perkara itu disedari seorang pekerja bengkel itu apabila ternampak beberapa ekor anjing sedang bermain, sambil menggigit kaki-kaki yang telah mereput kira-kira jam 6 petang tadi.
“Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian dan sebaik tiba, sepasukan anggota yang menjalankan pemeriksaan menemui tiga tapak kaki tanpa anggota badan lain, di bahagian belakang sebuah bengkel lori.
“Pemeriksaan lanjut mendapati, tiada kesan potongan di tapak kaki berkenaan dan hanya ada kesan gigitan yang dipercayai gigitan binatang,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berhampiran lokasi penemuan tapak kaki itu, juga tidak menemui anggota badan yang lain.
“Ia menjadi tanda tanya, sama ada ia milik kanak-kanak hilang atau kanak-kanak yang dikebumikan sebelum ini, yang dikhuatiri digali oleh anjing sebelum membawa tapak kaki itu ke kawasan berkenaan.
“Siasatan masih dijalankan oleh pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu dan dibantu pasukan Forensik, termasuk anjing K9 Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah,” katanya.
Sehubungan itu, Habibi meminta orang ramai yang tinggal di lokasi berhampiran dan kehilangan anak atau sebelum ini pernah mengebumikan kanak-kanak, supaya memaklumkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
“Polis akan melakukan siasatan daripada semua aspek, bagi mengenal pasti identiti pemilik tapak kaki itu,” katanya. – BERNAMA
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!