Ramai ibu bapa tertanya-tanya bila waktu sesuai nak pisahkan tempat tidur anak. Alasan yang selalu diberi anak tak mahu tidur kalau tak ada teman dan risau anak tidur sendirian.
Memang betul jika ibu bapa rasa risau tapi jika dah sampai umur yang sesuai, nak tak nak ibu bapa kena berkeras dan biasakan agar tak timbul perkara lain yang mungkin akan memberi kesan tak elok pada perkembangan anak.
Perkongsian dari Nieza Termizi mengenai bila waktu sesuai pisahkan tempat tidur dan bagaimana nak pastikan ia berjaya boleh ibu bapa praktikkan bermula dari sekarang.
Haritu ada seorang ibu tanya kat group fb, “Perlu ke pisahkan tempat tidur parents dengan anak-anak? Anak saya dah besar masih takut tidur sorang-sorang”
Lepas tu scroll baca komen. Ya allah.. ramainya mak mak belum pisahkan tempat tidur antara ibu bapa dan anak walaupun anak dah masuk sekolah rendah. Bukan sebab tak cukup bilik tapi belum ready, susah, fed up, anak takut, dah terbiasa, tak jadi hal tidur sekali sebab bilik besar dan macam-macam lagi.
Ada lagi parah, mak dah cuba nak pisahkan tempat tidur tapi ayah pulak hati tisu tak sampai hati. Siap angkat anak tidur atas katil sekali. Anak berumur 4-5 tahun.
Rupa-rupanya kesedaran kita untuk pisahkan tempat tidur dengan anak-anak masih rendah.
Ads
Risau sangat bila baca fakta yang didedahkan dan dikongsi di FB. Kanak-kanak tadika mula buat aksi seks dengan kawan sekelas. Bila ditanya puncanya, meniru aksi ibu bapa dalam bilik tidur. Allahuakbar! Kita sangka mereka tidur, tapi sebenarnya memerhati. Please ibu bapa. Tolong la ada common sense.
Ramai parents yang masih tercari-cari cara nak pisahkan tempat tidur dengan anak. Saya nak share sedikit berdasarkan pembacaan dan pengalaman.
1. Kerjasama mak dan ayah
Macam biasa, mak dan ayah kena ada persetujuan bersama sebab usaha ni apa yang penting? Yesss kerjasama! Janganlah ayah nak try, mak pula tak sampai hati. Halahaii..
2. Mulakan dengan tidur di bawah
Untuk bilik yang ada katil, mula-mula kita biasakan anak tidur di bawah. Bukan sama-sama dengan kita di atas katil. Bentang la toto ke, tilam ke dan mula latih mereka tidur. Yes, memang masih dalam bilik yang sama.
Ads
3. Hias bilik anak
Kanak-kanak ni biasanya excited bila ada bilik sendiri. Mungkin kita tak mampu nak deco bilik secantik bilik pameran IKEA. Memadailah kalau kita belikan katil kecil dengan tilam yang dibalut cadar superhero kegemaran mereka. Boleh tampal gambar dan hiasan bersesuaian di dinding.
Masukkan gambar comel mereka dalam frame. Susun baju dalam almari mereka sendiri, rak buku dan meja kecil. Di situlah mereka mula belajar untuk tidak masuk lagi bilik ibu bapa. Beraktiviti di bilik sendiri sampailah waktu tidur.
4. Bed time story
Teman mereka sebelum tidur dengan membaca buku kegemaran. Boleh juga ceritakan kisah nabi, kisah-kisah dalam Al-quran dan kisah pengajaran. Jadikan rutin setiap malam tanpa gagal. Jangan paksa mereka masuk bilik dan tidur sendiri!
Ads
5. Teman mereka tidur kemudian…
Tutuplah lampu dan tidur bersama di bilik mereka. Tapi awas, tidur tidur ayam je. Bila anak dah mula lena, tinggalkan mereka dan kembali ke bilik anda. Keesokan harinya, kejut anak. Bila mereka sedar yang mereka tidur di bilik sendiri, lama kelamaan keyakinan diri mereka untuk tidur sendiri mula meningkat.
Ada juga kes, anak terjaga di tengah malam dan mula mengetuk pintu bilik kita. Jangan benarkan mereka tidur bersama. Again, kembali temani mereka di bilik mereka. Dan kembali semula ke bilik anda selepas mereka lena. Fuhhh..nampak macam complicated semacam kan. Itulah pengorbanan.
6. Didik anak
Ini bab education. Untuk anak yang dah besar dan mula faham, terangkan mengapa kita sudah tidak boleh tidur bersama. Kaitkan dengan agama dan suruhan Allah. Bagi mereka peluang untuk belajar, berfikir dan menerima.
Sebenarnya, usaha ni jadi lebih mudah jika anak-anak dah ada kakak atau abang yang lebih besar. Share room dari kecil, mereka lebih mudah berpisah tempat tidur dengan kita. Jangan lupa juga pisahkan tempat tidur antara anak lelaki dan perempuan yaa..
Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun memang selalu uji kesabaran ibu & ayah. Tantrum & tabiat menipu sering kali menjadi tabiat. Guru ini kongsi cara untuk mengelakkan ia daripada menjadi kebiasaan atau habit.
Puan Ina, Pengasas TFA playschool berkongsi tentang hal ini. Katanya, pembentukan emosi kanak-kanak pada awal usia ini memerlukan pendekatan sesuai untuk menanganinya. Kanak-kanak 3 tahun dipanggil threenagers suka buat drama & menipu untuk mendapat perhatian orang sekeliling.
Kali ini saya nak cerita tentang pembentukan emosi kanak-kanak..
FASA 3-4 TAHUN PALING MENCABAR PEMBENTUKAN EMOSI ANAK
Pada usia 3 tahun mulalah pelbagai drama.. Lakonan. ‘tipu’ oleh kanak-kanak..THREENAGERS
Ikut kajian by the time cecah umur 4 tahun akan menipu tiap 120min… ataupun 2jam
Just untuk rekod Aulia (anak premature saya) hidup tanpa gajet & televisyen.
Hanya bermain, travel. Makan dan bersosial. Dan masih lalui fasa ‘menipu’ tu.. Kasar sikit bunyinya.. Hakikatnya mereka tiada niat nak ‘tipu’ tapi untuk menarik perhatian orang yang rapat dengan mereka.
Pergerakan membantu neuron bersambung, kurangkan stres.. Bile lebih byk neuron bersambung, maka emosi akan lebih matang dan kanak-kanak kurang stres.
Otak kita tak boleh nampak macam bateri phone yang kita tau bila kena caj. Bila orang call dan bila tiada signal. Tapi fitrah indah Tuhan dah jadikan. Bergerak. Bermain. Akan sambungkan dan kembangkan otak.
90% OTAK KANAK-KANAK BERKEMBANG PADA USIA 5 TAHUN
90% otak kanak-kanak berkembang pada usia 5 tahun (ni pun sy byk kali share dlm penulisan sy sblm ni).
Jadi sesiapa yang berhasrat nak mula LOCK anak di kerusi di usia 3-6 tahun, emosi anak tidak akan lengkap perkembangannya kerana ia adalah asas otak di mana akan terpakai sehingga akhir hayat.
SEDIAKAN EMOSI ANAK DARI KECIL SUPAYA KUAT BILA DEWASA NANTI
Jangan rosakkan emosi kanak-kanak seterusnya jadikan dia remaja dan dewasa yang tak boleh handle stress. Menyediakan mereka bukan pastikan anak masuk universiti.
Tetapi menyediakan mereka yang kuat mental untuk hadapi masa depan yang semakin mencabar…(saya pernah share statistik yang dikeluarkan KKM 2015, 1:5 pelajar menghadapi masalah mental dan dijangka meningkat)
Jangan cakap nanti-nanti bila dah besar ok sebab otak yang sama akan digunakan seumur hidup. Segala asas di dalam otak bermula melalui pengalaman dan stimulasi yang dilalui si kecil sebelum usia 6 tahun.
Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama JovianNina. Akan bersiaran setiap Rabu pada jam 9 malam, dan ulangan setiap Ahad jam 9.30 pagi hanya di Astro Ria saluran 104 & 124.
“Macam kulit baby”. Sudah menjadi kebiasaan untuk orang membandingkan kulit yang lembut dan cantik seolah-olah memiliki kulit semulus kulit bayi. Bukan sahaja orang dewasa, malah ramai ibu bapa juga pasti menginginkan anak-anak mereka mempunyai kulit yang cantik dan berseri. Jika anda mahukan anak-anak anda memiliki kulit yang cantik, lembut dan berseri, anda boleh cuba beberapa tip seperti di bawah:
Campuran ekstrak tomato dan oat
Campurkan ekstrak buah tomato dan oat dan sapukannya pada kawasan kulit anak anda yang mempunyai kulit kasar. Campuran ini boleh membantu mengurangkan sebarang cela dan meningkatkan seri kulit wajah anak anda.
Aloe vera
Aloe vera sememangnya terkenal sebagai bahan atau ejen pelembap kulit yang baik. Selain itu, anda boleh menggunakan gel Aloe vera asli pada kulit anak anda bagi mencerahkan kulit yang menjadi gelap akibat faktor persekitaran. Walau bagaimanapun, Aloe vera boleh menyebabkan sedikit kegatalan pada kulit disebabkan oleh pulpanya. Oleh itu, pastikan bahawa anak anda tidak mengalami iritasi selepas penggunaan Aloe vera.
Urut kulit anak dengan menggunakan minyak
Anda boleh menggunakan jenis minyak pati atau minyak kelapa. Urutan pada kulit anak dengan menggunakan minyak bukan sahaja memperbaiki tekstur kulit bahkan memperkuatkan otot dan tulang si manja anda.
Masukkan bijirin dan buah-buahan dalam diet anak
Usaha di bahagian luaran atau fizikal sahaja tidak mencukupi. Anda juga perlu memastikan bahawa anak anada mendapat kandungan mineral dan vitamin yang mencukupi untuk keserian kulit. Tambahkan buah-buahan dan bijirin yang berkhasiat dalam hidangan harian anak anda. Antioksidan yang terkandung di dalam buah bertindak meneutralkan aktiviti radikal bebas dan mengurangkan kerosakan kulit.
Minum banyak air
Minum air yang banyak mampu mengekalkan hidrasi tubuh anak anda. Pengambilan air yang mencukupi akan membantu membuang toksin daripada badan dan mencantikkan kulit.
Gunakan daun pudina
Ambil segenggam daun pudina, kisarkannya bersama sedikit air dan jadikannya sebagai pes yang sedikit likat. Sapukannya sedikit dengan kerap pada bahagian kulit anak anda. Anda akan mendapati kulit mereka menjadi semakin berseri-seri di kemudian hari.
Tip-tip berikut bukanlah satu-satunya cara untuk anda mengekalkan kecantikan atau mengembalikan keserian kulit anak anda. Terdapat pelbagai kaedah lain yang turut boleh digunakan selagi mana ia tidak memudaratkan kulit anak anda. Ingat, kulit bayi dan kanak-kanak adalah sangat sensitif, oleh itu, cuba elakkan penggunaan produk-produk lain yang bersifat sedikit kasar keatas kulit mereka. Ini hanya bertujuan untuk mengelakkan sebarang iritasi yang mungkin akan berlaku. Jika anda sebagai individu dewasa turut ingin memiliki kulit secantik kulit bayi, anda juga boleh cuba tip-tip seperti di atas.
Tiga tahun lepas, sahabat saya Adhwa’ Nadirah Jamaludin ada berkongsi tentang ciri-ciri mak ayah derhaka.
Terperanjat saya.
Biasa dengar kisah anak derhaka. Tak sangka pula ada istilah ibu bapa derhaka.
Sebagaimana anak derhaka merujuk kepada mereka yang tidak jalankan tanggungjawab dengan baik kat ibu ayah, ibu ayah derhaka juga adalah mereka yang tak jalankan amanah Allah kepada anak-anak mereka.
Nauzubillah… Semoga checklist ini jadi muhasabah buat diri saya dan semua supaya kita hindarkan ciri-ciri ni ada dalam diri kita. 😖
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.