Adakalanya tidak sempat makan, pisang yang dibeli terbiar begitu sahaja hingga lembik. Jangan buang sebaliknya cuba hasilkan sesuatu yang lebih enak untuk anak-anak kita. Gabungan pisang dan oat yang dihasilkan ibu ini, Puan Nurul Faezatul Aida menerusi Grup Happy Baby Food Malaysia ini boleh juga dicuba.
Ringkas sahaja cara hendak sediakannya. Malah tinggi khasiatnya pada anak-anak kita yang sedang membesar. Nak tambahkan lagi khasiat, tambahkan sedikit cheese pada anak kita. Barulah makin sado. Jom ikut langkah yang dikongsikannya.
Hai mummies…malam ni ummi try resepi baru. Dah jadi mak-mak ni mesti banyak fikir nak bagi makan apa je kat anak kan? Resepi ni asalnya untuk Hanzalah je tapi boleh juga mak bapaknya nak join makan. Semua guna bahan seadanya di rumah.
Lenyek pisang, masukkan oat gaul sambil zikir Ya Latif. Mudah-mudahan lembut yang makan tu. Kalau yang makan bapaknya kot la dapat baju sepasang🤣gurau gurau.
Kemudian masukkan fresh milk gaul sebentar. Biarkan dalam 2 hingga 5 minit. Last sekali taburkan kismis suka hatimu tadi. Then gaul gaul gaul dengan penuh kasih sayang.
Ads
Ads
Masukkan dalam sesudu besar ke dalam cupcake, ratakan dan letakkan pisang yang dipotong tadi atasnya. Jangan lupa tabur cheese yang mahal tu, boleh sadokan anak.
Disebabkan pisang potong tadi ada lebih saya letak lagi atas cheese tu. So…akhir sekali masukkan oven. Saya agak-agak je bakar atas bawah dalam 5-10minit. Jangan sampai hangus dah lah.
Hanzalah makan satu cup tak sampai 5 minit setel. Manis juga. Memang sesuai kalau anak yang picky eater kot. Boleh try ye mummies.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tauhu sumber protien yang murah dan sedap, apa kata para ibu pelbagaikan menu sumber protein ini sebagai hidangan sihat untuk keluarga. Selain murah, cara memasaknya juga ringkas dan senang. Malah rasanya juga tidak mengecewakan, masakan di rumah tapi rasa seperti masakan restoran.
Tauhu pedas dan cendawan telinga kayu merupakan masakan sihat yang sangat sesuai untuk anak dan suami. Tauhu adalah makanan yang sangat baik daripada perspektif pemakanan dan kesihatan, malah ia turut dianggap memberikan perlindungan yang sama terhadap kanser dan penyakit jantung seperti kacang soya.
Protein soya dipercayai membantu mengurangkan paras kolesterol tepu (LDL) yang tidak baik untuk badan. Tauhu mengandungi fitoestrogen yang dipanggil isoflavon iaitu sekumpulan bahan kimia yang terdapat dalam makanan berasaskan tumbuhan.
Ia mempunyai struktur yang serupa dengan estrogen hormon wanita dan oleh itu meniru tindakan estrogen yang dihasilkan oleh badan. Ia secara semula jadi mengikat ke reseptor estrogen dalam sel manusia termasuk sel payudara – yang berpotensi mengurangkan risiko kanser payudara. Jom lihat resepi tauhu pedas dan cendawan telinga kayu yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Mawar Silalahi di Kumpulan Facebook Resepi Sedap & Sihat.
RESEPI TAUHU PEDAS DAN CENDAWAN
Masak tauhu pedas dan cendawan telinga kayu, rasa restoran. Hidangkan bersama nasi hangat, memang sedap dan wangi. Anda boleh menambah daging atau sayur kegemaran anda.
Bahan-bahan:
– 4 keping tauhu – 1 genggam cendawan telinga kayu – 1/2 biji bawang besar – 2 ulas bawang putih – 1 daun bawang, gunakan bahagian hijau – 1/2 sudu kecil garam – 1 sudu kecil gula – 1/2 sudu kecil lada hitam – 1 sudu besar bijan – 1 sudu besar serpihan cili merah – 1 sudu besar kicap – 1 sudu besar sos tiram – 150ml air – Larutan tepung jagung (1/2 sudu besar tepung jagung + 4 sudu besar air)
Cara- cara:
1. Rendam cendawan dalam air suam selama 10 minit. 2. Bawang besar dihiris nipis, bawang putih dicincang halus, daun bawang dihiris kecil. 3. Sediakan mangkuk, campur garam, gula, lada hitam, bijan, serpihan cili merah, kicap, sos tiram, air kemudian gaul rata. 4. Tauhu dipotong beberapa bahagian. 5. Toskan cendawan, bilas bersih kemudian hiris nipis. 6. Panaskan sedikit minyak, goreng tauhu hingga kuning keemasan, toskan. 7. Gunakan sisa minyak untuk menggoreng bawang besar dan bawang putih, goreng sehingga bawang putih sedikit keperangan. 8. Masukkan cendawan, tumis sekejap. 9. Masukkan tauhu dan sos, masak sos hingga mendidih. 10. Masukkan larutan tepung jagung, masak sehingga sos pekat dan mendidih. 11. Masukkan hirisan daun bawang, gaul rata.
Mudah sahaja resipi yang dikongsikan. boleh jadi kegemaran anak- anak. Boleh kurangkan sedikit serpihan cili merah jika taknak terlalu pedas. Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!
Demam, batuk, selesema antara yang kerap dialami oleh anak-anak. Lagi-lagi dalam keadaan cuaca yang panas, kebanyakan anak ramai tak sihat. Bukan itu saja, bila anak ada gejala ini, ibu bapa akan mula risau takut dijangkiti Covid-19.
Namun jika dah bawa jumpa doktor dan tiada apa-apa serius, dapatkan rehat cukup, dalam masa beberapa hari akan sembuh. Cuma untuk nak mengurangkan risiko demam, selesema dan batuk, ibu-ibu boleh cuba buat resepi sup ini.
Resepi yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal ini sesuai untuk anak demam, selesema, batuk. Ia dikatakan bagus untuk meningkatkan sistem imun badan anak. Berikut adalah perkongsiannya.
Allah izinkan, sejak 9 tahun lepas, anak saya sembuh demam, selesema, batuk tanpa pengambilan apa-apa ubatan lain, hanya makanan semulajadi yang bersifat antivirus, antibacterial dan antiinflammatory (antiradang).
Ini bukan maksudnya mengenepikan ubat-ubatan lain, tetapi apa yang saya ingin tekankan adalah, bila kita makan makanan daripada sumber semulajadi dan kaya nutrisi, banyak kelebihan yang kita dapat untuk Sistem Imun Badan anak.
Semua orang akan sakit, tetapi bila kuat Sistem Imun Badan kita, healing process jadi lebih mudah. Itu maksudnya.
Pengambilan makanan less processed, antiradang, bersifat immune boosting dan bebas daripada bahan-bahan sintetik/tiruan memudaratkan seperti MSG, gula putih, pewarna tiruan daripada junkfood, fastfood (yang jika lihat kajian, terlalu banyak kesan sampingannya), dapat berikan peluang lebih besar untuk lebih mudah sembuh secara sihat.
Bila anak kurang sihat, antara yang saya berikan adalah:
Madu. Habbatus Sauda. Minyak Zaitun. Minyak kelapa. Air kelapa tanpa gula. Singgang. Broth Soup.
Broth Soup?
Ada berjenis-jenis versi yang telah saya cuba. Bahan, ikut apa yang ada. Amalkan minum pada hari biasa sebagai naturalsupplement. Ia immune boosting food semulajadi.
Bila tak sihat, berikan 2, 3 kali sehari untuk hirup. Ia juga bantu elakkan badan dehydrate di samping nutrisi di dalamnya yang kaya protein dan kalsium serta bahan antiradang membantu
– turunkan suhu badan
– melawan kuman dan bakteria dalam badan
– meredakan selesema dan batuk
– sumber elektrolit untuk badan
– melegakan hidung tersumbat dan mengurangkan hingus serta kahak.
– menjadikan badan lebih kuat setelah melalui fasa demam, selesema dan batuk.
Ini sebahagian yang saya sempat tulis.
Resipinya di sini. Semua bahan di bawah sangat berkhasiat. Gunakan, ya.
CHICKEN BROTH SOUP AININI ZAINAL
1 labu bawang putih.
2 biji bawang besar.
3 inci halia.
2 inci kunyit.
¼ biji labu.
1 biji lobak merah.
Organic Shiitake Mushroom (optional).
Apa apa sayuran hijau.
1 mangkuk kaki ayam atau ayam bahagian tulang.
2 liter air.
1 biji tomato
1 sudu besar perahan lemon atau 1 asam keping.
1 sudu besar Garam Himalaya.
Organic celery, jika ada.
Reneh semua bahan di atas dengan api paling kecil selama 2-4 jam atau guna slow cook dan masak 2-4 jam.
Jika anak ada Ekzema, reneh paling lama 1 jam setengah kerana ia MSG semulajadi akan keluar dalam sup bila direneh lama.
Setelah siap, tapis dan minum supnya. Boleh guna sup ini dalam bubur, sup sayur, nasi ayam dan sebagainya.
**MSG semulajadi pun sensitif bagi yang ada ekzema, bayangkan kalau kita kerap bagi anak makanan ada MSG atau guna serbuk perasa MSG, kiub masakan komersial tinggi MSG dalam masakan?
Jom perlahan-lahan kurangkan yang tak perlu untuk kebaikan kesihatan anak dan kita semua.
Semoga post ini bermanfaat untuk semua. Boleh guna resipi ni untuk sediakan bila anak tak sihat, tau.
Tak sabar tunggu baby lahir, nak persiapkan mental dan fizikal sebelum si manja lahir nanti. Mahu belajar segalanya tentang ilmu persediaan urus bayi selepas lahir? Jom sertai E-Workshop Pa&Ma: Misi Mama Sambut Baby! Daftar sekarang di https://toko.ideaktiv.com/product/pama-e-workshop-misi-mama-cantik-sihat/
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kek pandan karemel antara kek yang cukup digemari kerana rasanya yang berlemak. Resipi yang dikongsikan oleh Fadillah Rofaee ini bukan hanya berlemak malah ditambah santan untuk menambah rasa lemak.
Kek juga makin bertambah lembut dan gebu. Jom ikut langkah demi langkah yang dikongsikannya.
Ini kali kedua buat kek pandan karamel. Hari first buat tu keras sikit. Sekarang elok lembut je. Resipi mudah dan senang sangat cara buat nya.
Resipi:-
Kek:
Tepung naik sendiri 2 cawan(220g)
Telur 5 biji gred A
Ovalete 1 sudu besar
Garam 1 sudu kecil
Minyak masak (apa-apa brand pun boleh) 1 cawan
Santan kotak 200ml
Gula kastor 1/2 cawan
Esen pandan 2 sudu kecil
Pewarna hijau 2 sudu kecil
Krim:
Butter unsalted 250g
Gula icing 1 cawan
Susu pekat manis 1 cawan
Tambahan pewarna hijau untuk deko krim atas
Karamel sos (beli siap kat kedai bakery)
Ayak tepung bersama garam. Putar telur, gula, ovalete, santan sampai kembang.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Masukkan pewarna hijau dan esen pandan. Putar dalam 15 minit.
Kemudian masukkan minyak masak. Tak perlu putar hanya kaup balik sahaja untuk bagi minyak sebati dengan adunan.
Panaskan oven dalam 15 minit dahulu. Kemudian masukkan adunan. Bakar suhu 160c api atas bawah selama 45 minit.
Untuk krim pula, putar 250g butter, gula icing dan susu pekat sehingga berubah warna dan kembang 2 kali ganda. Deko ikut kreativiti masing-masing.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
MyKid 260626-06-xxxx menjadi perhatian apabila bayi yang lahir di Pahang pada 26 Jun 2026 menerima nombor kad pengenalan yang unik, tersusun dan mudah diingati, sekali gus bertepatan dengan Hari Asyura.