Nikmati keindahan Pantai Cherating dengan menginap di hotel yang amat strategik iaitu ēRYAbySURIA Cherating, Pahang sambil menikmati udara segar Laut China Selatan. Anda juga boleh bersiar-siar di pantai yang penuh dengan keunikan tropika. Antara lain, bersiap sedialah dengan pakaian mandi dan rasai keseronokan bermain dengan ombak dan nikmati pemandangan matahari terbenam di kala senja menjengah.
Promosi cuti sekolah
Lebih istimewa, sempena cuti sekolah penghujung tahun 2017 ini, hotel ini menawarkan sarapan percuma untuk dua orang anak usia bawah 12 tahun (semua hotel di bawah pengurusan Suria Resorts Management Sdn Bhd). Nyata, ēRYAbySURIA adalah destinasi wajib kunjung bagi mereka yang berkeluarga.
Ads
Riadah
ēRYAbySURIA Cherating, Pahang terletak hanya 45 kilometer dari pusat Bandar Pahang, Kuantan dan tiga jam perjalanan dari Kuala Lumpur. Penginapan di sini mencerminkan ketenangan, elegan dan keanggunan Pantai Cherating. Mempunyai jumlah 114 bilik, terdiri daripada Deluxe Garden, Deluxe Seafront, Terrace Garden, Terrace Seafront, Suite dan Family Room. Penginapan ini juga menyediakan padang untuk bola jaring, bola tampar dan sukan pantai yang lain untuk keseronokan semua pengunjung. Lebih istimewa turut menawarkan pakej pada harga berbaloi iaitu Makan Malam Candlelight Romantis untuk dua, Pakej menyambut hari jadi, Pakej steamboat, Pakej berkelah, Pakej sembang petang dan Pakej Perkahwinan. Dengan hanya bermula RM185 seorang, anda dapat menikmati pakej hari keluarga 2 hari 1 malam. Mereka juga menawarkan pakej hari keluarga untuk 3 hari 2 malam dan pakej hari keluarga tanpa penginapan untuk bercuti riang ria bersama keluarga.
Ads
Mesra keluarga
Menekankan konsep kepuasan pelanggan sebagai keutamaan ēRYAbySURIA yang ditubuhkan pada tahun 2000 adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang diuruskan oleh Suria Resorts Management Sdn Bhd. Dengan menerapkan polisi mesra keluarga dan perniagaan di setiap hotel-hotel dan pusat penginapan, telah dipilih sebagai organisasi Bumiputera bagi menyertai program Teras dibawah TERAJU iaitu satu organisasi yang ditubuhkan bertujuan mengukuhkan ekonomi. Sehingga hari ini, telah mempunyai empat pusat peranginan, dua hotel, sebuah kem percutian dan sebuah kolej dan semuanya terletak di lokasi strategik seperti di Cherating, Bentong dan Janda Baik di Pahang, Merang di Terengganu, Johor Bahru di Johor dan London, United Kingdom. Setiap penginapan mempunyai keunikan tersendiri dan dilengkapi dengan kemudahan moden termasuk untuk mesyuarat dan kursus. Yang pasti, ēRYAbySURIA telah mengtransformasi industri hospitaliti dengan menggabungkan konsep mesra dan keberkesanan dalam memberi perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan ēRYAbySURIA. Sesungguhnya konsep ini memberi dimensi baru kepada percutian mewah bagi mereka yang inginkannya.
Ads
Jom cuti-cuti ke sini!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
KidZania Kuala Lumpur adalah sebuah pusat keluarga yang telah memenangi berbagai anugerah yang menggalakkan pembelajaran melalui pengalaman dengan menawarkan permainan lakon peranan yang interaktif dan hiburan menyeronokkan untuk kanak-kanak dengan konsep unik pertama sekali diperkenalkan di dunia.
Keluasan ruang dengan saiz 80,000 kaki persegi, menjadikan ia sebagai ruang untuk kanak-kanak diberi kebenaran dan inspirasi untuk mengejar kehidupan impian mereka dengan mendalami bagaimana rasanya pengalaman hidup dan bekerja di dalam sebuah tempat yang berfungsi seperti bandar sebenar.
KidZania Kuala Lumpur, mencipta pengalaman sebuah bandar yang disasarkan untuk kanak-kanak yang berusia di antara empat hingga 17 tahun, di mana mereka diberi kebenaran untuk memilih lebih daripada 100 aktiviti daripada 60 ruangan akitiviti.
LATAR BELAKANG
KidZania telah diasaskan di Mexico City oleh seorang usahawan, Xavier López Ancona, yang mempunyai impian untuk mencipta sebuah tempat di mana kanak-kanak boleh berseronok sambil mengalami pengalaman kehidupan sebenar. KidZania yang pertama telah dibuka pada bulan September, tahun 1999 di Santa Fe, Mexico (sebuah bandar di Mexico City) telah menarik hampir 800,000 pengunjung dan lebih kurang 41 juta pengunjung telah direkodkan mengunjungi KidZania di serata dunia.
Semenjak dibuka, KidZania telah berkembang dengan pesat di mana 28 KidZania metropolis, termasuk KidZania Kuala Lumpur telah dibuka di pelbagai negara. Antara KidZania yang dalam perancangan untuk dibuka adalah KidZania USA (3 lokasi), KidZania Surabaya (Indonesia) dan KidZania Johannesburg (South Africa).
KONSEP
KidZania Kuala Lumpur menawarkan persekitaran yang selamat, unik dan pengalaman pembelajaran yang realistik di mana ia merupakan sebuah bandar bersaiz khas untuk kanak-kanak.
Seperti di dunia sebenar, kanak-kanak ini juga ‘bekerja’ di KidZania Kuala Lumpur dan mereka dibayar gaji untuk setiap pekerjaan yang dibuat atau mereka harus membayar untuk setiap perkhidmatan atau pembelian yang mereka lakukan.
Sebagai sebuah fasiliti tertutup, KidZania Kuala Lumpur dibina sebagai satu replika bandar yang berfungsi untuk kanak-kanak di mana ianya dilengkapi dengan bangunan, jalan raya, kenderaan, dan sistem ekonomi. Malah, yang lebih menariknya, terdapat platform untuk syarikat-syarikat multinasional dan tempatan untuk mengetengahkan jenama mereka iaitu dengan menjadi rakan industri KidZania Kuala Lumpur untuk setiap ruangan aktiviti yang tersedia.
Di KidZania Kuala Lumpur, kanak-kanak boleh menjadi ahli bomba, juruterbang, polis atau mereka boleh memilih pekerjaan-pekerjaan lain yang juga mempunyai keaslian lakon peranan yang tersendiri. Mereka boleh belajar melalui pelbagai jenis pekerjaan, juga belajar bagaimana sesebuah bandar itu berfungsi, kemahiran menguruskan kewangan cara hidup di dalam sebuah komuniti dan etika bekerja samada sebagai seorang individu mahupun secara berkumpulan.
Antara aktiviti-aktiviti menarik yang boleh lakukan semasa lawatan ke KidZania Kuala Lumpur ialah memandu kapal terbang, memadam kebakaran, menjadi seorang paramedik atau pakar bedah. Dengan melaksanakan tugas-tugasan tersebut, kanak-kanak akan mendapat kidZos yang boleh disimpan di dalam bank KidZania atau dibelanjakan untuk membeli barangan ataupun mendapatkan perkhidmatan.
NILAI PENDIDIKAN
Belajar melalui lakon peranan bukanlah hanya untuk keseronokan sahaja, malah ia juga memberikan pengalaman pembelajaran yang positif dan juga berfaedah dari segi psikologi dan motivasi. Dengan menggabungkan realiti dan hiburan, KidZania Kuala Lumpur menawarkan pengalaman kehidupan sebenar; memberi kuasa dan inspirasi serta mendidik kanak-kanak melalui lakon peranan. Di sini, mereka bekerja untuk memperolehi wang pendapatan (kidZos), membayar untuk mendapatkan sebarang perkhidmatan dan barangan dan menguruskan kad ATM – semua aktiviti yang mereka saksikan orang dewasa lakukan di dunia sebenar. Ini mereka diberi peluang untuk berdikari dan membuat keputusan mereka sendiri.
Destinasi PembelajaranKidZania Kuala Lumpur telah diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai destinasi untuk para pelajar mengembangkan fizikal dan minda intelektual mereka. Aktiviti-aktiviti yang terdapat di sini, secara tidak langsung boleh dikaitkan dengan pelbagai silibus di sekolah di mana ianya menyokong kurikulum sebagai program pembelajaran untuk aktiviti kokurikulum.
LOKASI
KidZania, Kuala Lumpur ini beroperasi pada 27 Februari 2012, terletak di Curve NX di Mutiara, Damansara dan hanya mengambil masa 45 minit daripada Kuala Lumpur International Airport (KLIA), 20 minit perjalanan daripada Sultan Abdul Aziz Shah Airport, Subang dan lebih kurang 15 minit sahaja daripada Pusat Bandar Kuala Lumpur. Ia juga dihubungkan dengan pusat membeli-belah The Curve dan berdekatan dengan IKEA Damansara, pusat membeli-belah IPC dan eCurve.
WAKTU OPERASI KIDZANIA KUALA LUMPUR:
Ahad – Jumaat
10:00 pagi – 5:00 petang
Sabtu, Cuti Sekolah dan Cuti Umum Malaysia
10:00 pagi – 7:00 petang
Isnin *Kecuali cuti sekolah dan cuti umum Malaysia TUTUP
ANUGERAH
Merupakan pusat permainan dalam bangunan yang popular untuk kanak-kanak menjadikan KidZania sering menjadi tumpuan ramai. Antara anugerah yang diterima menjelaskan bahawa KidZania adalah sebuah ruang pembelajaran sambil bermain terbaik untuk kanak-kanak.
KidZania Kuala Lumpur
2019 – Best Family Engagement Activities (Malaysia Tourism Council Gold Award)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold Award)
2018 – Superbrands Malaysia Award
2017 – TripAdvisor Certificate of Excellence
2015 – Best Employee Engagement Strategy, Silver Winner (Asia Pacific Loyalty &
2014 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Experience for Kids, Winner (Best of Malaysia Awards, Expatriate Lifestyle)
2013 – Best Online Driver (Marketing Events Awards)
2018 – Best Edutainment Centre (Malaysia Tourism Council Gold Award)
KidZania Franchise
2018 Global Leisure Operator of the Year (The Global RLI Awards)
2012 National Quality Award (Ministry of Economy)
2012 Best Mexican Company (Las Mejores Empresas Mexicanas)
2011 CSR Distinctive (Mexican Philanthropy Centre)
2011 New Outstanding Product (Korean Management Association Consulting)
2011 Excellence Award (America Economia)
2011 Most Innovative & Leisure Concept Award (Global RLI)
Kehamilan dan kelahiran adalah antara satu fasa paling penting bagi setiap ibu dan ayah. Oleh itu, Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) berbesar hati berkongsi ilmu dengan bakal ibu bapa melalui penganjuran Kelas Mega Antenatal dengan tagline ‘Indahnya Menyambut Kelahiran’. Alhamdulillah, seramai 120 suami dan isteri yang majoritinya bakal menyambut kelahiran cahayamata pertama telah hadir ke program ini.
Banyak Ilmu Dikongsikan Barisan Pakar Berkredibiliti
Pelbagai ilmu telah dikongsikan oleh Doktor Pakar Hospital Islam Az-Zahrah antaranya memahami proses kehamilan & kelahiran oleh Dr Mashita Mohamed Kassim (Pakar Perbidanan & Sakit Puan), Manfaat epidural semasa bersalin oleh Dr. Sri Banun Mohamad (Pakar Bius) dan penyakit yang biasa dialami bayi baru lahir oleh Dr Nik Rosenorleyaney Nik Ibrahim (Pakar Kanak-Kanak).
Manfaat khatan ketika bayi turut dikongsikan oleh Mr Mohamad Salleh Abdul Aziz (Pakar Bedah Am). Bakal ibu dan ayah turut didedahkan dengan kepentingnya susu ibu dan kaedah penjagaan bayi serta senaman & kaedah pernafasan untuk ibu bersalin. Penceramah selebriti, Ustaz Hj Mohd Fauzi Mustaffa juga hadir bagi berkongsi ilmu Debaran Saat Kelahiran.
Meriah Slot Games bersama Team Pa&Ma
Suasana tambah gamat apabila team Pa&Ma mengadakan slot games bersama para peserta. Bakal bapa diminta untuk melipat pakaian bayi untuk melihat sejauh mana ketangkasan serta ketelitian mereka.
Selain itu, turut diadakan game Siapa Cepat, Dia Dapat apabila para peserta berebut-rebut menyediakan barang yang diminta oleh team Pa&Ma. Lebih menyeronokkan apabila tiga pasangan bakal ibu bapa mengambil bahagian dalam game Kenal Pasangan Tak? Mereka ditanyakan soalan berkaitan pasangan masing-masing dan pemenang dipilih berdasarkan jawapan betul terbanyak.
Akhir sekali, sesi cabutan bertuah turut diadakan bagi menghargai dan meraikan pasangan yang mendaftar untuk komuniti Mom-To-Be, antara hadiah menarik yang diberikan adalah breast pump serta pregnancy pillow.
Banyak Booth, Bakal Ibu Bapa Teruja
Selain itu, program turut dimeriahkan dengan aktiviti saringan kesihatan, cabutan bertuah, goodies & booth oleh Friso, Pa&Ma, Az-Zahrah Wellness Centre, MommyDaddy&i, Tateh, Shapee, Razowa & Pigeon.
Pengarah Urusan Hospital Islam Az-Zahrah, Tuan Haji Abdul Rahman Dali mengucapkan tahniah kepada semua bakal ibu ayah yang hadir dan berharap agar program ini dapat memberi manfaat kepada ibu ayah dalam menyambut kelahiran anak-anak yang soleh dan solehah. Hospital Islam Az-Zahrah adalah hospital pertama ditubuhkan di kawasan Bangi dan Kajang telah meraikan ulangtahun yang ke-25 baru-baru ini.
Hospital yang didokong dengan “Hospital Mesra Ibadah” ini menawarkan harga berpatutan untuk khidmat kesihatan hospital swasta. Pakej Rahmah bagi Kelahiran Normal baru sahaja dilancarkan bermula RM2626 untuk tempoh promosi dari 15 Mac 2023 hingga 30 April 2023.
Pakej Sri Kandi bagi kelahiran secara elektif caesarean turut disediakan untuk bakal ibu ayah. Hospital Islam Az Zahrah juga mempunyai pelbagai anak syarikat antaranya adalah rangkaian Megaklinik Zahran yang mempunyai 19 cawangan serta Studio Kembara yang telah menghasilkan filem epik sepanjang zaman MAT KILAU – Kebangkitan Pahlawan
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam kesibukan rutin harian, masa bersama keluarga sering kali terabai tanpa disedari. Tanggungjawab kerja, urusan rumah tangga dan komitmen anak-anak menjadikan masa berkumpul semakin singkat.
Namun, hubungan kekeluargaan perlu sentiasa dipupuk. Meluangkan masa secara berkualiti walaupun sekejap mampu mengukuhkan ikatan dan mencipta kenangan yang kekal sepanjang hayat.
Jika sedang mencari idea untuk hari istimewa bersama keluarga, GSC Ultimate Family Adventure (GUFA) adalah pilihan yang patut dipertimbangkan. Acara ini dianjurkan oleh Golden Screen Cinemas (GSC) dan penuh dengan aktiviti yang menyeronokkan.
Acara ini menampilkan pelbagai zon menarik seperti Movie Zone, Makan Zone, Main Zone dan Market Zone yang menyajikan pengalaman bertemakan filem, permainan interaktif serta pelbagai hadiah dan kejutan menarik.
Popcorn Run: Acara larian santai yang menyeronokkan dengan dua kategori iaitu 3KM dan 5KM, sesuai untuk kanak-kanak dan juga orang dewasa.
Playfest: Sebuah festival yang menawarkan pengalaman bertemakan filem, permainan dan aktiviti menarik, hadiah percuma serta pakej GSC Play Birthday & Movie Party yang boleh ditempah untuk sambutan hari jadi.
Movie Zone: Menyediakan peluang bergambar bersama maskot filem, pratonton filem akan datang dan jualan barangan eksklusif berkaitan filem.
Makan Zone: Menyajikan pelbagai pilihan makanan dan snek mesra keluarga yang pasti digemari semua peringkat umur.
Main Zone: Dimeriahkan dengan muzik, maskot comel Jesse and Friends dan ballpit untuk anak-anak bermain.
Market Zone: Ruang membeli-belah yang menampilkan pelbagai gerai menarik untuk diterokai seisi keluarga.
Berita baik untuk ibu bapa yang ingin mengajak anak-anak keluar beriadah! GSC x AIA Vitality Playfest 2025 akan berlangsung pada 19 hingga 21 September 2025 bertempat di IOI City Mall (East Concourse), Putrajaya. Masuk adalah percuma, jadi hanya perlu bawa semangat dan tenaga!
Jangan lupa juga untuk sertai GSC Popcorn Run 2025 yang akan berlangsung pada 21 September 2025 di Symphony Walk (East), IOI City Mall. Larian ini menawarkan dua kategori iaitu 3KM dan 5KM, sesuai untuk kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tiket boleh didapati di ticket2u.com.my.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.