PM Umum Cuti Tambahan, Syoknya Cuti Panjang 4 Hari

Share

Tarikh 15 September 2025 Isnin diisytiharkan sebagai hari kelepasan am tambahan bersempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini.

 

Berita baik itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu pengumuman Penghargaan Untuk Rakyat Malaysia sebentar tadi.

Hari kelepasan am tambahan ini adalah sempena Sambutan Hari Malaysia dan sebagai penghargaan kepada semangat perpaduan.

Sebagai makluman, Hari Malaysia disambut pada 16 September setiap tahun dan bagi tahun ini, ia jatuh pada hari Selasa.

 

Ini memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk menikmati hujung minggu yang panjang selama empat hari, bermula hari Sabtu.

Published by
Syaza