PM Umum Semua Pelajar Dapat Bantuan Awal Persekolahan RM150 Januari Depan

Share

Kerajaan Perpaduan Malaysia bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal persekolahan sebanyak RM150 kepada semua murid bermula Januari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pemberian bantuan itu melibatkan semua murid tanpa mengambil kira had pendapatan ibu bapa.

“Dengan isu generasi tercicir ekoran kemelut pandemik yang baru berlalu, adalah penting untuk mempersiapkan anak-anak dengan kelengkapan sekolah yang sewajarnya.

“Selain keperluan perbelanjaan bagi Rancangan Makanan Tambahan dan pembelian buku teks, Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Awal Persekolahan sebanyak RM150,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan (Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022 dan Usul Anggaran Perbelanjaan Pembangunan Sementara 2023 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) mula diperkenalkan pada tahun 2012 bertujuan untuk meringankan beban perbelanjaan persekolahan anak-anak yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga terutamanya pada awal tahun.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Namun bermula 2023, Menteri Kewangan telah mengumumkan bahawa bantuan ini akan disalurkan kepada SEMUA murid tanpa mengira had pendapatan.

Kredit: Sinar Harian

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

 

 

IKLAN