Posisi tidur ketika hamil jika tidak kena caranya boleh beri kesan berbahaya kepada anda dan kandungan juga. Tambahan lagi jika anda sering menghadapi masalah untuk tidur. Berikut adalah beberapa jenis posisi tidur yang berbahaya kepada anda yang sedang hamil.
Tidur terlentang dalam trimester kedua
Tidur telentang di trimester kedua sangat berbahaya untuk kandungan dan ibu hamil. Hal ini kerana posisi telentang dalam waktu lama boleh membuatkan aliran darah ke plasenta bayi menjadi lebih kecil.
Keadaan sebegini akan membataskan penyaluran sumber makanan daripada ibu dan oksigen kepada bayi sehingga boleh menyebabkan kematian. Selain daripada itu, posisi ini biasanya akan menyebabkan anda mual dan pening.
Tidur miring di sebelah kanan
Ads
Posisi tidur yang berbahaya bagi ibu hamil ialah miring ke kanan. Ia boleh menyebabkan tekanan yang kuat pada organ hati ibu itu sendiri. Keadaan ini juga boleh menyebabkan penghantaran makanan dan oksigen kepada bayi menjadi terbatas.
Malahan, posisi yang sama ini juga boleh menyebabkan diri anda sendiri berasa tidak selesa kerana mengalami masalah kekurangan oksigen.
Tidur meniarap
Ads
Tidur meniarap di awal usia kehamilan atau di trimester pertama masih boleh. Namun, setelah perut semakin membesar saiznya, anda akan merasai tekanan yang lebih besar. Malah boleh mengancam nyawa bayi. Sebab itulah, posisi ini berbahaya kepada anda berdua.
Antara lain posisi ini boleh menyebabkan beberapa komplikasi seperti pencernaan yang buruk dan tekanan pernafasan yang sangat berat sehingga menyebabkan anda kekurangan oksigen. Selain daripada itu terdapat gangguan bekalan nutrisi dan oksigen kepada bayi hingga boleh menjadi punca keguguran dan kematiannya.
Mengangkat kaki ke atas
Di awal usia kehamilan, anda mungkin mudah letih dan kerap membuang air kecil. Untuk berasa selesa, ada segelintir ibu hamil menempatkan bantal di bahagian kaki agar menjadi lebih tinggi. Sebaik-baiknya, posisi ini perlu dihindari. Tidur dengan kaki yang lebih tinggi boleh menyebabkan ruang bayi menjadi lebih kecil. Selain itu, posisi ini juga menyebabkan bayi kurang mendapat oksigen.
Ads
Tidur sambil duduk
Ketika anda mengalami gangguan kehamilan seperti mual dan muntah berlebihan, anda mungkin tanpa sengaja tertidur di atas sofa sambil duduk. Posisi tidur yang berbahaya kerana boleh meningkatkan tekanan pembuluh darah yang berlebihan untuk jantung.
Selain itu, ia juga boleh menyebabkan anda sakit punggung. Lebih-lebih lagi bagi anda yang mungkin mengalami masalah buasir semasa hamil.
Tidur terlentang dengan kepala lebih tinggi
Kehamilan memang akan menyebabkan anda sukar mendapatkan tidur lena. Hal inilah yang sering menyebabkan anda sukar beristirehat dengan tenang. Posisi tidur dengan kepala lebih tinggi juga tidak dibolehkan.
Hal ini kerana ia menyebabkan bekalan oksigen untuk anda terganggu. Selain itu, posisi ini akan meningkatkan tekanan kepada hati, plasenta, ginjal dan punggung anda sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Lebih dua tahun berkahwin, penyanyi Hazama akui dia dan isteri Genervie Kam sama seperti pasangan lain iaitu sentiasa mengimpikan cahaya mata dalam perkahwinan.
Namun Hazama berkata dia percaya dengan ketentuan Allah untuk bila masa yang sesuai buat mereka dikurniakan rezeki tersebut.
“Kami sentiasa mencuba untuk mendapatkan zuriat dalam rumah tangga kami.
“Namun dalam masa yang sama saya percaya dengan ketentuan Allah.
“Saya cuma berdoa, jika kami layak bergelar ibu bapa maka kurniakanlah kami cahaya mata dari zuriat kami, tapi jangan beri jika kami tidak bersedia memikul tanggungjawab itu,” katanya.
Menurut Hazama, menimang cahaya mata bukan trend yang perlu diikut-ikut sebaliknya ia perlu disertakan dengan tanggungjawab.
“Saya tak mahu nak anak kerana terikut-ikut kerana lihat orang lain ada anak atau trend sebab ia perlu disertakan dengan tanggungjawab yang besar bila saya bergelar bapa nanti,” katanya lagi.
Hazama dan Genervie mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2017.
Sebelum ini Hazama pernah berkongsi mengenai keadaan isterinya apabila tiub fallopio sebelah kirinya perlu dibuang, jadi peratusan untuk hamil semula agak sukar. Kalau ada pun, kemungkinan untuk gugur semula boleh terjadi kerana bukaan tidak bagus.
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan. Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan.
Menurut Dr Sharina Mohd Razali, Pakar Perbidanan & Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit Rimau, wanita obes yang merancang untuk hamil boleh berjumpa pakar sakit puan atau primary care physician untuk mendapatkan nasihat yang tepat berkenaan berat badan optimum dan cara hidup sihat yang perlu diamalkan.
TURUN 4.5KG KURANGKAN RISIKO DIABETES 40%
Kajian yang dibuat di Sweden mendapati penurunan berat badan sekurangnya 4.5kg boleh menurunkan risiko mendapat kencing manis semasa hamil sebanyak 40% pada kandungan yang seterusnya.
Berat optimum yang perlu dicapai adalah BMI yang normal (BMI 18-24.9) BMI adalah berat dibahagi dengan ketinggian kuasa dua.
BMI yang lebih daripada 25 adalah dalam kategori berat badan berlebihan dan BMI lebih daripada 30 ke atas adalah ‘obes’. Terdapat tiga kategori obesiti iaitu Kelas 1 (BMI 30-34.9), Kelas 2 (BMI 35-39.9) dan Kelas 3 atau morbid obese (BMI lebih 40).
PERSEDIAAN UNTUK HAMIL
Selain mencapai berat badan optimum dan mengikuti saranan pakar, wanita obes yang ingin hamil juga perlu melakukan beberapa perkara sebelum kehamilan agar kesihatan ibu dan kandungan berada di tahap yang optimum.
Mengambil asid folik 5mg atau lebih setiap hari sekurang-kurangnya sebulan sebelum kehamilan dan diteruskan sehingga trimester pertama.
Mengambil Vitamin D sekurang-kurangnya 10microgram sehari sepanjang kehamilan dan diteruskan sehingga selepas kelahiran bayi dan sepanjang tempoh penyusuan susu ibu.
Menurunkan berat badan. Wanita disarankan menurunkan sekurang-kurangnya 5-7% dari berat asal untuk memastikan proses kehamilan yang sihat dan kurang berisiko.
BAHAYA OBESITI SEMASA HAMIL
Obesiti berbahaya kerana boleh mengundang pelbagai risiko buruk kepada kedua-dua ibu dan bayi. Justeru ia perlu dicegah bagi mengelakkan berlakunya komplikasi.
RISIKO KEPADA IBU
Keguguran secara berulang (recurrent miscarriages)
Diabetes semasa mengandung (gestational diabetes)
Praeklampsia iaitu tekanan darah tinggi semasa mengandung yang merbahaya dan boleh mengakibatkan sawan, strok dan kegagalan organ-organ lain.
Venous thromboembolism iaitu darah beku pada salur darah yang bolehmengakibatkan kegagalan fungsi pernafasan dan membawa maut
Kelahiran secara induksi.
Kelahiran secara pembedahan Caesarean.
Komplikasi bius.
Jangkitan pada luka pembedahan caesarean atau episiotomi.
Kesukaran memulakan penyusuan susu ibu.
RISIKO KEPADA BAYI
Stillbirth atau bayi meninggal dalam kandungan.
Kecacatan kongenital seperti spina bifida dan jantung berlubang
Kelahiran secara pramatang.
Macrosomia iaitu bayi bersaiz besar.
Kematian neonatal.
Risiko bayi menjadi kanak-kanak obes dan mendapat penyakit metabolik.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selama ini, desas-desus kedengaran mengatakan penyanyi cantik, Wany Hasrita sedang berbadan dua. Biarpun begitu, empunya diri masih tidak mengakui akan hal tersebut.
Sumber foto: Instagram Wany Hasrita
Terdahulu, ketika rehearsal sedang dijalankan untuk sebuah majlis korporat kelihatan baby bump Wany dan dia juga ada mengusap perutnya sambil menyanyi.
Tetap berdiam diri, Wany lebih selesa menyimpan hal ini dan tidak bercerita kepada media mahupun peminatnya.
Sumber foto: Instagram Wany Hasrita
Namun, berita baik tentang dirinya yang sedang hamil telah dikongsikan Wany semasa mengacarakan sebuah rancangan di TV1.
Mendengar respon Wany, kelihatan Amin dan Khir seperti terkejut tetapi profesional mengendalikan situasi itu dan kelihatan gembira dengan berita yang dikongsikan.
Selain itu, melalui Instastory, Wany berkongsi dirinya berada di butik busana ibu mengandung dengan kapsyen;
“Baju dah tak muat, kita topup lah.”
Seronoknya bila dapat tahu pelantun lagu Canggung ini hamil. Semoga proses kehamilan Wany dipermudahkan. Enjoy the moment, congratulations Wany!
Tak semua orang bermula dengan kejayaan dengan mudah. Bagi Zul Hakim Zulhaimi, cukup berani untuk pilih jalan yang lebih susah dan akhirnya, lebih bermakna.Kalau...