Ads

Tips Anak Bijak: Powerkan Otak Anak Secara Semula Jadi & Berkesan

Anak bijak bukan lahir sebab tuah semata-mata. Ia bermula daripada otak yang sihat, tenang dan berfungsi dengan optimum.

Ramai ibu bapa terlalu fokus pada keputusan peperiksaan, jadual tuisyen yang padat dan latihan tanpa henti. Tapi satu perkara asas sering terlepas pandang  keupayaan otak anak itu sendiri.

Bila otak letih, kurang nutrisi, kurang tidur dan dibebani tekanan, proses pembelajaran jadi perlahan. Anak jadi mudah lupa, susah fokus dan cepat emosi walaupun sebenarnya mereka berpotensi besar.

Berita baiknya, kita tak perlukan cara yang rumit atau mahal. Dengan perubahan kecil dalam rutin harian, otak anak boleh “dipowerkan” secara semula jadi.

Berikut 6 tips praktikal untuk bantu anak jadi lebih bijak dengan memaksimumkan fungsi otak mereka.

1. Berjalan – Aktiviti Ringkas, Kesan Luar Biasa

Tips Anak Bijak: Powerkan Otak Anak Secara Semula Jadi & Berkesan

Kajian dalam Frontiers in Public Health mendapati berjalan selama 10 minit sahaja mampu meningkatkan keupayaan pelajar menjawab soalan matematik.

Lebih menarik, peningkatan paling ketara berlaku pada pelajar yang sebelum ini lemah akademik. Memori mereka menjadi lebih baik dan prestasi otak meningkat.

Kajian lain dalam Journal of Experimental Biology (2017) pula menunjukkan berjalan kaki meningkatkan aliran darah ke otak. Bila bekalan darah bertambah, prestasi kognitif dan daya ingatan turut meningkat.

Tip mudah:
• Jadikan berjalan sebagai aktiviti keluarga
• Bila anak buntu dengan kerja sekolah, suruh dia berjalan sekejap sebelum sambung semula

Ringkas, percuma dan sangat berkesan untuk perkembangan otak anak.

2. Beri Anak Makan B.I.T – Makanan Mesra Otak

Tips Anak Bijak: Powerkan Otak Anak Secara Semula Jadi & Berkesan

Anak adalah apa yang mereka makan.

Jika makanan harian penuh dengan jajan dan makanan ultra-proses, otak anak akan menerima kesannya.

Ads

Perkenalkan konsep B.I.T:

B – Berries

Blueberries, strawberries, cherry dan blackberries membantu menguatkan hippocampus, pusat memori otak. Memori jadi lebih tajam.

I – Ikan

Ikan kembung, tuna dan salmon kaya dengan omega-3 yang penting untuk perkembangan otak anak. Ini antara makanan wajib anak-anak.

T – Telur

Telur mengandungi choline yang penting untuk pembentukan memori dan fungsi kognitif. Sangat sesuai dijadikan menu sarapan.

Makanan mempengaruhi tingkah laku, emosi dan prestasi otak.
Silap memilih, kita sebenarnya sedang melemahkan potensi anak sendiri.

3. Zikir – Tenangkan Jiwa, Suburkan Otak

Kajian dari Harvard University (2011) mendapati amalan zikir mampu membesarkan hippocampus, pusat memori dan pembelajaran.

Kajian sama juga mendapati aktiviti amygdala (pusat ketakutan) menjadi lebih rendah. Anak jadi lebih tenang, kurang cemas dan lebih stabil emosi.

Kajian dari Yale University pula menunjukkan zikir membantu menenangkan Monkey Mind — fikiran yang melompat tanpa henti.

Manakala kajian di UCLA mendapati zikir meningkatkan grey matter, bahagian otak yang kaya dengan sel neuron.

Ads

Maksudnya ringkas: zikir membantu pertambahan sel otak.

Tambahan pula, zikir mengaktifkan Posterior Cingulate Cortex, pusat motivasi. Anak lebih fokus, boleh belajar lebih lama dan kurang mudah putus asa.

Pesan pada anak:
Kalau nak belajar dengan berkesan, biar zikir hidup dalam hati.

4. Tidur Awal – Biarkan Otak ‘Dibaiki’

Tidur bukan rehat kosong. Ia proses penting untuk otak anak.

Kesan kurang tidur:
• Prestasi memori merosot
• Keupayaan membuat keputusan menurun
• Risiko kemurungan meningkat
• Anak cepat lapar dan cepat letih

Keperluan tidur:
• Dewasa: 6–8 jam
• Kanak-kanak & remaja: 9 jam (wajib)

Ketika tidur, hormon melatonin bertindak seperti “makcik cleaner” yang membersihkan dan membaiki otak.

Tidur lewat = proses pembersihan terganggu.

Kajian dalam jurnal The Lancet menunjukkan tidur kurang dari 6 jam meningkatkan kesalahan kognitif sehingga 3 kali ganda.

Ads

Tidur awal bukan malas.
Ia strategi bijak untuk otak sihat.

5. Elak Jajan Demi Otak Yang Cantik

Makanan ringan dan jajan memberi kesan buruk kepada struktur otak anak.

Antara dapatan kajian:
• Hippocampus mengecil
• Hormon BDNF berkurang
• Risiko kemurungan dan keresahan meningkat
• Keradangan pada otak
• Pembentukan memori terganggu sehingga 3 minggu

Lebih membimbangkan, otak anak yang sedang membesar paling terkesan.

Ya, jeruk dan cereal juga termasuk.

Kalau kita yang beri jajan itu, kitalah yang melemahkan potensi anak sendiri.

6. Puji Usaha Anak, Bukan Hasil

Pujian seperti “Pandainya Along!” nampak baik, tapi sebenarnya boleh mematikan motivasi.

Pujian ini mematikan aktiviti striatum, pusat motivasi dalam otak. Anak jadi takut gagal dan hanya mahu buat perkara mudah.

Cara yang lebih betul:
“Along berjaya sebab Along usaha kuat. Tahniah atas usaha Along.”

Bila usaha dipuji:

  • Motivasi jadi lebih tahan lama
  • Anak berani mencuba
  • Tidak mudah mengalah
  • Belajar atas kehendak sendiri

Seperti kajian Dr. Carol Dweck, fokus pada usaha dan cara, bukan sifat. Anak bijak bukan hasil paksaan, tetapi hasil penjagaan otak yang konsisten.

Bila anak bergerak, makan dengan betul, tidur cukup, jiwa tenang dan diberi pujian yang tepat potensi mereka akan berkembang dengan sendiri.

Sumber: neuroversiti.com

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

16 Tahun Menunggu Zuriat: Kisah Menyentuh Hati Ibu Ayah Akhirnya Dikurniakan...

Kisah benar pasangan yang menunggu zuriat selama 16 tahun hingga akhirnya bergelar ibu dan ayah. Penuh harapan, doa, sabar dan keajaiban.