Sudah tiba masanya ibu bapa untuk melakukan aktiviti bersama anak-anak kerana sering kali kita lihat ketika makan, berjalan-jalan di pusat membeli-belah pasti suami, pasangan mahupun anak-anak akan melayan perasaan di hadapan skrin masing-masing.

Bonding yang sepatutnya tercipta akhirnya terpisah akibat asyik melayan gadjet. Gadjet juga sepatutnya dihadkan pemberianya pada anak-anak terutama anak yang masih kecil.

Jangan penat untuk melayan anak-anak kerana masa bersama anak-anak ketika mereka masih kecil sangat singkat. Ikuti perkongsian Tuan Ariff Ismail tentang bagaimana dia mencipta bonding bersama ahli keluarganya tanpa gadjet.

HARI TANPA GADGET

Hari ni baru berkesempatan untuk membuat penulisan di fb. Maklumlah 2-3 hari lepas sibuk di kampung.

Balik kampung ramai ramai ni seronok, anak anak buah, sepupu sepapat semua berhimpun. Maka terkeluar lah memori kami masa zaman kanak kanak.

IKLAN

Praktiskan Seminggu Sekali Hari Tanpa Gadjet! Jangan Penat Melayan Aktiviti Bersama Anak

” weh zaman kita mana macam diorang ni, sibuk main hp, kita dulu dah habis segala bunga arwah nenek, binatang binatang kita tangkap “.

Luah seorang kakak sepupu saya, betul lah tu zaman sekarang budak budak lebih kepada indoor aktiviti dan gadget. Hari pertama ok lagi, bila hari kedua pon sama, apa lagi salah seorang dari kami keluarkan arahan.

” Hari ni semua budak budak tak boleh main hp “.

Maka kami heret mereka ke kandang kerbau dan kambing. Bagi diorang rasa jadi budak kampung.

IKLAN

Sambil sambil tunggu giliran lembu korban kami, mak pak sedara sibuk melayan karenah anak anak buah.

Praktiskan Seminggu Sekali Hari Tanpa Gadjet! Jangan Penat Melayan Aktiviti Bersama Anak

Bawak naik kandang kambing, sampai ada yang tergolek jatuh. Bagi kambing makan tengok kambing, lihat suasana kampung. Nampak keseronokan di wajah mereka.

IKLAN

Dah penat mereka main kambing dan giliran lembu korban kami selesai, apa lagi kami bagi diorang tengok pulak orang melapah dan mengagihkan daging korban. Cuma nya bila ada anak anak ni soalan soalan akan banyak di tanya.

Kita mak bapak, pak cik mak cik, jangan malas jawab. Layan kan je soalan soalan diorang. Tu tanda sel sel otak mula berhubung. Baru lah anak anak seronok dengan dunia tanpa gadget.

Kesimpulan nya, mulai dari semalam kami akan praktis satu minggu satu hari tanpa gadget. 

Sumber: Ariff Ismail

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI