
Gambar Hiasan AI
Ramai pasangan yang sudah lama mendirikan rumah tangga namun masih belum dikurniakan zuriat sering berdepan tekanan emosi dan kewangan. Demi membantu mereka yang berusaha untuk menimang cahaya mata, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) memperkenalkan Program Bantuan Rawatan Kesuburan dan Advokasi Subfertiliti (BuAI).
Satu inisiatif komprehensif bagi membantu pasangan TTC (Trying To Conceive) mendapatkan rawatan kesuburan yang lebih mampu milik dan menyeluruh.
Melalui pelaksanaan Program BuAI LPPKN, sebanyak 30,000 pasangan suami isteri di seluruh negara dijangka menerima manfaat dalam pelbagai bentuk bantuan. Menariknya, 1,300 pasangan yang layak akan dibiayai sepenuhnya untuk menjalani rawatan Intrauterine Insemination (IUI) sehingga maksimum dua kitaran rawatan.
Selain itu, LPPKN turut giat menjalankan kempen advokasi kesuburan dan kesejahteraan lelaki melalui pelbagai saluran termasuk media sosial, program fizikal serta kempen turun padang menggunakan tagline “Lebih Awal Lebih Baik.” Inisiatif ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang pentingnya rawatan awal bagi pasangan yang mengalami masalah subfertiliti.
Program ini juga menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi, saringan serta rawatan kesuburan dan kesejahteraan lelaki secara menyeluruh bagi membantu pasangan memahami keadaan kesihatan mereka serta mendapatkan rawatan yang paling sesuai.
Bagi memastikan bantuan disalurkan kepada kumpulan sasaran yang benar-benar layak, LPPKN menetapkan beberapa syarat kelayakan utama seperti berikut:
Pasangan yang berminat boleh membuat permohonan dengan menghadiri sesi konsultasi di mana-mana empat Klinik Subfertiliti LPPKN atau Klinik Fertiliti LPPKN Full Paying Patient (FPP) di seluruh negara. Di situ, mereka akan menjalani saringan awal sebelum dinilai kelayakan untuk menyertai program bantuan ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai senarai klinik, borang permohonan dan panduan lengkap, pasangan boleh melayari laman web rasmi www.lppkn.gov.my
atau mengikuti kemas kini terkini di media sosial rasmi LPPKN.💗 Majalah Pa&Ma menyokong usaha murni ini yang bukan sahaja memberi sinar harapan kepada pasangan yang berusaha mendapatkan zuriat, tetapi juga membantu mereka memahami bahawa kesuburan boleh dirawat dengan bantuan dan sokongan yang betul.
Kerana dalam perjalanan menuju impian menjadi ibu dan ayah, “Lebih Awal Lebih Baik.”
Sumber: LPPKN
BACA LAGI : Vitamin D3 Bantu Tingkatkan Kesuburan Wanita TTC, Kata Pakar Pemakanan