Program Khidmat Masyarakat Di Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim & Miskin Rukaiyah Bersama Hospital Islam Az-Zahrah

Share

Bulan Ramadan sinonim dengan penganjuran aktiviti Khidmat Masyarakat ataupun Corporate Social Responsibility (CSR) sebagai salah satu usaha menyumbang semula kepada masyarakat dan amalan mulia yang digalakkan dalam Islam.

Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) dengan kerjasama Honda Global Amity 3S Centre telah menyantuni 41 ornag anak-anak yatim dan asnaf serta 13 orang penjaga di Pusat Jagaan Kanak-Kanak Yatim/ Miskin Rukaiyah Sungai Merab Luar.

Alhamdulillah, sebuah majlis berbuka puasa, pemeriksaan kesihatan, ceramah kesihatan, gotong-royong, sumbangan duit raya dan peralatan untuk baik pulih pusat jagaan telah disampaikan kepada anak-anak yatim dan asnaf.

Menurut En Ali Karimi bin Abdul Rahman, Timbalan Pengurus Besar Hospital Islam Az-Zahrah (HIAZ) program ini merupakan salah satu inisiatif tahunan bagi meraikan dan membantu golongan yang kurang bernasib baik dalam menyediakan persediaan menyambut Syawal yang bakal menjelang tiba.

Program ini diharapkan dapat memberi semangat kepada penghuni Pusat Jagaan Anak-anak Yatim / Miskin Rukaiyah dalam menjalani kehidupan yang lebih bermakna serta membuktikan kepada mereka bahawa masyarakat sentiasa prihatin terhadap kebajikan mereka. Program ini diakhiri dengan sesi berbuka puasa bersama dan solat Maghrib secara berjemaah.

Semoga pelaksanaan program seperti ini dapat memberi peluang kepada sukarelawan untuk memupuk kesedaran menyemai kasih sayang kepada anak-anak yatim ini serta mendapat keberkatan dan keredhaan daripada Allah SWT.

Hospital Islam Az Zahrah juga mempunyai pelbagai anak syarikat antaranya adalah rangkaian Megaklinik Zahran yang mempunyai 19 cawangan serta Studio Kembara yang telah menghasilkan filem epik sepanjang zaman MAT KILAU – Kebangkitan Pahlawan.

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

IKLAN