Seperti kita sedia maklum, COVID-19 gelombang kedua ini nampaknya menunjukkan peningkatan jumlah mangsa. Malah mangsa yang tidak pernah ada sejarah keluar negara ataupun berjumpa dengan pesakit COVID-19 juga dijangkiti virus ini.

Baru-baru ini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan kenyataan media agar semua menagguhkan aktiviti luar (mass gathering) yang melibatkan perhimpunan orang ramai.

“Program Sukan Sekolah Ditangguhkan Kerana COVID-19” KPM Minta Guru Patuhi SOP

Hari ini Kementerian Pendidikan Malaysia pula mengeluarkan kenyataan agar segala program sekolah yang melibatkan perhimpuan ramai ditangguhkan dahulu untuk mengelakkan virus daripada terus merebak.

“Program Sukan Sekolah Ditangguhkan Kerana COVID-19” KPM Minta Guru Patuhi SOP

IKLAN

Gambar hiasan

PENANGGUHAN PROGRAM SUKAN DAN AKTIVITI KOKURIKULUM BERIKUTAN PENULARAN JANGKITAN NOVEL CORONAVIRUS (COVID-19)

Merujuk kepada Kenyataan Media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang menggesa agar semua perhimpunan yang melibatkan orang ramai (mass gathering) ditangguhkan bagi mencegah kemungkinan jangkitan COVID-19 berlaku, maka KPM dengan ini memutuskan agar semua program KPM yang melibatkan perhimpunan ramai seperti program sukan dan aktiviti kokurikulum bagi bulan Mac 2020 DITANGGUHKAN ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian.

IKLAN

Semua warga KPM diingatkan agar mematuhi sepenuhnya Standard Operating Procedure (SOP) pengawalan penularan jangkitan Coronavirus 2019 yang dikeluarkan oleh KKM.

Warga KPM juga dinasihatkan agar menangguh perjalanan ke luar negara terutamanya ke wilayah atau bandar yang sedang mengalami wabak jangkitan COVID-19 sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh KKM.

IKLAN

Penjagaan kesihatan diri yang baik juga perlu diamalkan oleh semua pihak pada setiap masa dan sekiranya mengalami gejala jangkitan, diminta untuk menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah berhampiran atau Pusat Kesiapsiagaan dan Respon Krisis (CPRC) Kebangsaan. Perkembangan terkini jangkitan COVID-19 boleh diperolehi melalui laman web rasmi KKM.

KPM mengambil cakna berhubung penularan COVID-19 dan akan bekerjasama rapat dengan KKM dalam mendepani gejala ini.

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
13 MAC 2020

Sumber: Kementerian Pendidikan Malaysia

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI