Gugurkan kandungan perlu sebab yang jelas dan menggunakan ubatan, bukan nanas. Tidak semudah itu.

Proses ini perlukan kukuh dan jelas  mengancam kesihatan dan nyawa ibu atau fetus, fetus yang cacat ketara hingga tidak mampu hidup sekiranya lahir.  Merancang kehamilan lebih baik daripada menggugurkan.

Menurut Dr Rusyainie Ramli di laman Facebooknya baru-baru ini telah menyentuh tentang isu ini ekoran daripada kenyataan seorang artis wanita yang mendakwa menggugurkan kandungan menggunakan buah nanas atas nasihat doktor. Ketika itu dia baru sahaja empat bersalin secara Caesarean.

 Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan

Berikut ialah perkongsian Dr Rusyainie;

HARI TU DURIAN, SEKARANG NANAS.

Aduh…

Tersebar baru-baru ini tentang seorang artis tempatan yang baru saja melahirkan bayi beberapa bulan dan mengandung lagi. Dia mengeluarkan kenyataan yang doktor yang merawatnya menasihatkan dia untuk memakan nanas bagi tujuan menggugurkan bayi tersebut.

Ada beberapa isu yang menjadi persoalan saya sekarang.

#1 MERANCANG KEHAMILAN LEBIH BAIK DARIPADA MENGGUGURKAN

setiap pasangan mesti berbincang dengan doktor dan jururawat yang merawat mereka untuk mencapai keputusan sepakat dalam memilih kaedah merancang keluarga yang berkesan dan bersesuaian dengan mereka.

IKLAN

Mengapa bab ini dipandang sepi oleh pasangan suami isteri, malah bersulam dengan segala mitos, sehinggakan apabila isteri sudah hamil, mula lah mencari jalan keluar untuk menggugurkan kandungan. Ini satu konsep yang sangat salah.

Mengapa tidak sediakan payung sebelum hujan? Saya sudah kerap kali menyatakan pentingnya merancang keluarga. Tahukah kalian yang kalian boleh melakukan hubungan seksual dengan pasangan tanpa risau pada risiko untuk mengandung? Kebebasan itu milik kita. Kenapalah pendek sangat akal tu?

Tu belum sebut bab dosa sebab sengaja menggugurkan kandungan. Sedangkan merancang keluarga, fatwanya harus.

Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan
Antara jenis kaedah perancang keluarga yang ada di seluruh dunia.

#2 WAS-WAS DENGAN PERNYATAAN ‘DOKTOR’ SURUH GUGURKAN DENGAN NANAS

Pernyataan memakan nenas untuk menggugurkan kandungan itu, saya was-was. Benarkah ia datang dari seorang doktor yang bertauliah, berlesen dan beretika. Tidak ada kajian saintifik ke atas manusia tentang makan nenas boleh menggugurkan kandungan.

Ada 1 kajian yang dilakukan untuk melihat kesan nenas ke atas rahim tikus. Berdasarkan kajian itu, ada kemungkinan bahan aktif dalam nenas boleh mempengaruhi kontraksi rahim tikus yang bertindak seakan-akan seperti sebatian serotonin.

Malangnya kajian itu, hanya pada rahim tikus. Untuk manusia, kesannya tidak diketahui. Kita kena tahu, bahan aktif yang dimaksudkan dalam nanas yang digunakan dalam kajian tadi, mungkin sudah jauh berubah apabila ia melalui sistem penghadaman manusia, maka kesan yang sama ke atas rahim, mungkin tidak wujud pun.

IKLAN

Jadi, berapa banyak nanas yang artis itu ambil untuk tujuan itu. Berpuluh-puluh biji mungkin sekali hadap? Mahu meragam sistem penghadaman makan nanas sebanyak itu. Itu pun belum tentu dapat hasilnya.

Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan

#3 HAMIL LAGI DALAM MASA 12 BULAN TIDAK BERMAKNA TIDAK BOLEH DITERUSKAN

Benar, kalau wanita itu baru bersalin secara Caesarean, dan mengandung lagi dalam masa kurang 12 bulan, risiko untuk mendapat rahim pecah, uri melekat secara tidak normal di dinding rahim, bayi tidak cukup berat atau bulan, uri di bawah dan sebagainya, adalah tinggi. Tetapi, ia tidak bermakna, kandungan itu tidak boleh diteruskan.

 Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan

#4 PROSEDUR MENGGUGURKAN KANDUNGAN SANGAT TELITI

IKLAN

Untuk menggugurkan kandungan atau Termination of Pregnancy, ia adalah prosedur yang mesti dilakukan dengan perbincangan yang terperinci di antara pakar sakit puan yang terlibat dan pesakit. Mesti ada sebab musabab yang jelas. Contohnya, dengan mengandung, nyawa mak itu terancam atau fetus yang dikandungnya mengalami kecacatan yang ketara menyebabkan ia tidak mampu hidup sekiranya lahir nanti.

Saya sendiri tidak pasti apa butiran diskusi artis itu dan doktor terbabit sehinggakan keluar topik makan nenas sebagai jalan untuk menamatkan kandungan sekarang. Untuk menggugurkan kandungan, doktor tidak menggunakan nanas ya. Kita bagi ubat yang bersesuaian. Sebab kita tahu dos selamat dan potensi kesan sampingan.

Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan
Berbincanglah dengan doktor anda sebelum bertindak

#5 NANAS TIDAK MENYEBABKAN KEGUGURAN

Nanas selamat dimakan semasa mengandung dan dalam pantang selepas bersalin selagi mana ia dimakan mengikut sukatan yang biasa, iaitu sepotong kecil untuk 1 hidangan. Amalan makan makanan sihat, suku karbohidrat, suku protein dan separuh sayur dan buah mesti untuk seumur hayat. Adakah nenas menyebabkan keguguran? Tiada kajian mengatakan begitu.

Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan

#6 BIMBANG IA BERI PEMAHAMAN SALAH KEPADA WANITA LAIN

Dengan apa yang artis ini katakan, saya bimbang ramai wanita di luar sana beranggapan yang kalau mengandung rapat-rapat, menggugurkan kandungan itu adalah satu pilihan yang mereka ada. Sedangkan ia tidak benar. Saya risau menderulah nanti wanita datang mencari doktor untuk tujuan itu.

Media sukakan berita yang sensasi. Sosial media juga begitu. Makin merapu, makin viral lah kisah itu. Kebenaran di sebalik kisah itu, tiada siapa ambil peduli. Maka saya menjadi risau, adakah ini juga salah satu cara slapstik untuk publisiti murahan sesetengah pihak. Entahlah.

Prosedur Gugurkan Kandungan Tidak Semudah Itu. Doktor Ini Jelaskan Ekoran Artis Makan Nanas Untuk Menggugurkan

Sumber: Dr Rusyainie Ramli

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI