Dalam fasa membesar, pemakanan anak-anak bukan sekadar bagi kenyang. Apa yang mereka makan hari ini sebenarnya membentuk perkembangan otak, fizikal dan juga emosi mereka. Salah satu komponen paling penting tapi sering dipandang ringan ialah protein untuk anak sumber asas untuk tumbesaran dan pembaikan sel tubuh.
Ada ibu ayah yang tak tahu apa itu sumber protein? Bagaikan tak percaya, tapi ini yang berlaku dalam masyarakat kita. Ini juga yang dikongsikan oleh seorang doktor masih ramai yang ambil mudah tentang kepentingan nutrien asas ini.
Tanda Badan Kurang Protein
Pernah rasa:
Cepat letih
Mudah lapar
Emosi tak stabil
Luka lambat sembuh
Itu antara petanda badan sebenarnya kekurangan protein untuk anak dan juga orang dewasa. Anda disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 10–20% daripada kalori harian daripada protein. Tapi bukan sekadar cukup kena pelbagai dan berkualiti.
Apa Jadi Bila Kita Ambil Protein?
Bila kita makan protein, badan sebenarnya menyerap asid amino. Protein yang lengkap mengandungi 9 asid amino penting ini penting sebab badan kita tak boleh hasilkan sendiri.
Sumber protein yang baik termasuk:
Susu & yogurt rendah lemak
Dada ayam
Ikan
Telur
Soya & tofu
Kekacang
Apa Kata Pakar?
Menurut pakar nutrisi, protein untuk anak selalu disalah anggap hanya untuk orang nak bina otot. Hakikatnya, ia adalah makronutrien penting untuk semua termasuk kanak-kanak.
Pakar nutrisi Surainee Wahab berkata, protein selalu disalah anggap sebagai keperluan orang yang ingin membina otot sahaja, tetapi ia merupakan salah satu makronutrien yang penting untuk diambil sebagai sumber tenaga oleh semua orang selain karbohidrat dan lemak.
“Ia adalah komponen penting dalam tulang, otot, kulit, kuku dan rambut yang biasanya diperlukan untuk membaiki sel tubuh yang rosak dan menghasilkan sel yang baru.
“Selain diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan tubuh terutamanya kanak-kanak, protein turut memainkan peranan penting dalam pengawalan hormon dan enzim serta membawa oksigen pada sel darah merah ke seluruh tubuh,” katanya.\
PRODUK TENUSU SEBAGAI ALTERNATIF
Katanya, pengambilan makanan berprotein tinggi seperti produk tenusu yang diperkaya protein juga merupakan antara alternatif yang boleh membantu mencapai saranan pengambilan protein harian terutamanya jika tiada selera makan, melangkaui masa makan atau sikap memilih makanan yang lebih cenderung dalam kalangan kanak-kanak.
“Pengambilan susu bukan sahaja mengandungi tinggi protein namun diperkaya dengan vitamin dan mineral yang baik seperti kalsium, fosforus dan vitamin B.
“Kalsium dan fosforus penting untuk pembentukan tulang yang kuat. Susu juga mengandungi protein yang menyokong pembentukan otot. Vitamin B2 diperlukan untuk menukar makanan ke bentuk tenaga,” katanya.
Selain itu, susu biasanya diperkaya atau difortifikasi dengan vitamin D yang diperlukan untuk penyerapan kalsium dan fosforus.
FUNGSI PROTIEN
Membina dan membaiki sel tubuh
Membantu tumbesaran kanak-kanak
Mengawal hormon & enzim
Membawa oksigen dalam darah
Menguatkan sistem imun
Selain itu, protein juga:
Membantu luka sembuh lebih cepat
Memberi rasa kenyang lebih lama
Mengawal berat badan
Keperluan Protein Harian (RNI Malaysia)
Kanak-kanak:
4–6 tahun: 16g/hari
7–9 tahun: 23g/hari
Remaja:
Lelaki (10–18 tahun): 30g – 51g/hari
Perempuan (10–17 tahun): 31g – 42g/hari
Dewasa:
Lelaki: 61–62g/hari
Perempuan: 52–53g/hari
Susu & Produk Tenusu — Pilihan Mudah Tapi Power
Susu bukan saja tinggi protein, tapi juga diperkaya dengan:
Kalsium & fosforus → tulang kuat
Vitamin B2 → tukar makanan jadi tenaga
Vitamin D → bantu penyerapan kalsium
Sesuai sangat untuk anak yang:
Kurang selera makan
Memilih makanan (picky eater)
Sering skip waktu makan
Ini menjadikan susu sebagai salah satu cara paling praktikal untuk memastikan protein untuk anak mencukupi setiap hari.
Panduan Praktikal Untuk Ibu Ayah
Nak cukupkan protein anak, boleh follow cara ni:
Ikan setiap hari (kalau boleh)
Tambah susu dalam oat/bijirin
Daging, ayam & telur secara sederhana
Telur: ± sebiji sehari
Kekacang & lentil setiap minggu
Pilih cara masak sihat: kukus, rebus, panggang
Elakkan:
Terlalu banyak makanan berlemak
Garam dan sos berlebihan
Contoh Menu Harian (Umur 1–6 Tahun)
Sarapan:
Telur hancur + roti bakar
Makan tengah hari:
Ikan tenggiri + nasi + sayur
Snek:
Susu + biskut
Makan malam:
Ayam + mi + sayur
Boleh tukar dengan: tofu, yogurt, keju, susu soya, kacang kuda atau dal.
Untuk anak 7 tahun ke atas, boleh gandakan portion.
Jangan Terlebih Juga
Walaupun protein untuk anak penting, ambil berlebihan pun tak bagus. Badan tak boleh simpan protein, lebihan akan jadi lemak.
Dan penting untuk tahu protein + senaman = baru bantu bina otot dengan efektif.
Protein bukan sekadar untuk “orang gym”. Ia adalah asas kepada tumbesaran sihat anak-anak dari otak, emosi sampai ke fizikal.
Kalau anak cepat penat, kurang fokus atau selalu sakit mungkin kita bukan kurang bagi makan, tapi kurang bagi nutrien yang betul terutamanya protein untuk anak.