Hari ini Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan kereta elektrik pertama Proton e.Mas 7 di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dan Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Memetik laporan Bernama, Proton Holdings Bhd (Proton) melancarkan kenderaan elektrik (EV) pertama negara iaitu Proton e.MAS 7 yang ditawarkan pada harga bermula RM109,800 dengan tawaran rebat sebanyak RM4,000 bagi 3,000 pembeli pertama.
Model berkenaan dilancarkan hari ini oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dalam ucapannya mengumumkan bahawa ia akan menjadi kenderaan rasmi ASEAN 2025 sebagai sokongan kepada kenderaan sifar emisi dan teknologi kenderaan mesra alam di Malaysia.
Model kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-C itu ditawarkan menerusi dua varian iaitu e.MAS 7 Premium pada harga RM123,800 dan e.MAS 7 Prime (RM109,800).
Ads
Bagaimanapun, bagi 3,000 pembeli pertama, e.MAS 7 Premium ditawarkan pada harga RM119,800 manakala e.MAS 7 Prime (RM105,800).
Untuk makluman, e.MAS 7 dipacu oleh motor elektrik bersepadu “12 dalam 1” pada gandar depan yang menghasilkan 218 PS (160 kW) dan 320 Nm, membolehkan ia memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 6.9 saat dan mencapai kelajuan maksimum 175 km/j.
Ads
Menerusi bateri Aegis ‘short blade’ ia mempunyai kemampatan tenaga lebih tinggi, selamat dan tahan lebih lama.
Ads
Varian Prime dilengkapi versi 49.52 kWj yang menawarkan jarak gerak sejauh 345 km dan Premium mendapat pek 60.22 kWj dengan jarak mencecah 410 km (WLTP).
Untuk pengecasan, e.MAS 7 menyokong pengecasan pantas DC sehingga 80 kW untuk Prime dan 100 kW untuk Premium – kedua-duanya memerlukan 20 minit untuk pengecasan dari 30 peratus hingga 80 peratus.
Sumber: Bernama
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahun baru biasanya sinonim dengan azam dan permulaan baru. Tapi kali ni, Puan Faridah Mohd Ali kongsikan sesuatu yang lain dari kebiasaan bukan tentang apa yang kita nak tambah dalam hidup, tapi apa yang kita perlu buang untuk hidup lebih tenang, kemas, dan fokus.
Dalam perkongsiannya di Facebook, Puan Faridah berkongsi perjalanan beliau meng-clearkan bebanan hidup dari contact dalam telefon, group WhatsApp, barang peribadi, hingga ke circle sosial.
Beliau percaya bahawa hidup yang minimalis dan tersusun akan memberi ruang untuk kita capai lebih banyak kejayaan dan kebahagiaan dalam hidup.
Mari kita tengok, apa yang Puan Faridah dah buat untuk memulakan 2025 dengan langkah yang lebih ringan dan bermakna
Dalam hidup ni, kita tak boleh kawal apa yang orang lain fikir tentang kita, tapi kita boleh kawal apa yang kita pilih untuk simpan dan bawa ke depan. Fokus pada impian dan nilai yang penting dalam hidup kita. Bila kita kemas fikiran, hati, dan persekitaran, insyaAllah kita akan rasa lebih ringan, tenang, dan bersedia untuk kejar kejayaan yang lebih besar. Let go, dan fokus pada perkara yang membawa kemajuan dan kebahagiaan.
Rezeki dapat anak kembar. Seorang ibu meluahkan rasa bahagia dan syukurnya kerana dianugerahkan tiga anak kembar perempuan yang kini semakin membesar.
Kongsinya menerusi media social, dia amat merindukan kehadiran seorang lagi anak dalam rumah mereka namun tidak menyangka dikurniakan anak kembar tiga.
Tambahnya lagi dia dan suami sebelum ini tidak mempunyai keturunan kembar namun amat bersyukur atas kurniaan tidak terhingga itu dalam keluarga mereka.
“Sapa kat sini ada anak kembar, tapi tak ada keturunan kembar 🙋🏻♀️ kita geng,” tulisnya.
Tambahnya lagi kandungan anak kembarnya itu merupakan anak keempatnya dan telah mempunyai tiga orang cahaya mata sebelum ini yang sudah pun semakin membesar.
Menerusi perkongsiannya, kehidupan mereka di rumah bertambah meriah dengan kehadiran kembar tiga itu bersama anak-anak lain.
“Kak Mas ada triplet girl, yang ni anak ke 4, kandungan yang ke 4, atas-atas semua dah besar.
“Ingatkan nak baby sorang, sebab rindu baby… haha tiba-tiba Allah bagi 3. Habis huru hara satu rumah 🤣🤣,” tambahnya lagi.
Remuk hati seorang ibu apabila melihat wajah anak perempuannya dipenuhi kesan merah dan birat yang jelas kelihatan sebaik pulang ke rumah. Lebih menyedihkan, kesan tersebut tidak pernah wujud sebelum anak kecil itu dihantar ke tempat jagaan.
Kejadian ini menjadi perhatian ramai selepas wanita berkenaan berkongsi pengalaman tersebut di platform Thread dengan memuat naik gambar wajah anaknya sambil meminta pandangan netizen.
Menurut perkongsian ibu tersebut, kecederaan itu berlaku ketika anaknya berada anak bawah jagaan pengasuh. Pengasuh berkenaan bagaimanapun menafikan sebarang perbuatan kasar dan mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari sebuah katil kayu yang dikatakan sudah rosak.
Namun alasan tersebut sukar diterima sepenuhnya oleh si ibu, memandangkan kesan yang tertera pada wajah anaknya kelihatan terlalu jelas dan tidak menyerupai kecederaan akibat jatuh biasa.
“Kami dah bawa anak ke klinik untuk pemeriksaan. Doktor suruh pantau dulu. Tapi bila tengok kesan di muka dia, saya rasa macam ada benda keras digunakan, bukan jatuh je,” jelas wanita itu dengan nada penuh kebimbangan.
Lebih mengejutkan, ibu tersebut turut memuat naik gambar bahagian tepi penyangkut baju atau ‘hanger’ yang dilihat seakan sama bentuknya dengan kesan birat di wajah anaknya. Perbandingan itu membuatkan ramai netizen berasa tidak sedap hati.
Kesan merah itu juga kelihatan pada bahagian cuping telinga, satu kawasan sensitif yang jarang mengalami kecederaan serius hanya disebabkan terjatuh. Keadaan ini menguatkan lagi syak wasangka ramai bahawa insiden tersebut perlu disiasat dengan lebih teliti.
Kes melibatkan anak bawah jagaan pengasuh sememangnya sering mencetuskan kebimbangan kerana kanak-kanak kecil tidak mampu mempertahankan diri atau menceritakan apa yang berlaku dengan jelas.
Meninjau ruangan komen, netizen memberikan pelbagai pandangan dan reaksi. Ada yang beranggapan kesan tersebut mungkin berpunca daripada objek keras seperti penyangkut baju, manakala segelintir cuba memberi penjelasan alternatif seperti gigitan serangga atau alahan kulit.
Walau bagaimanapun, majoriti netizen meluahkan rasa risau dan menggesa ibu bapa berkenaan agar tidak mengambil ringan isu tersebut, lebih-lebih lagi apabila melibatkan keselamatan kanak-kanak.
“Kalau betul kesan dipukul, elok bawa jumpa doktor dan buat laporan.”
“Jangan cepat buat andaian, tapi jangan juga ambil mudah bila melibatkan kanak kanak.”
“Tak sanggup tengok kalau betul anak didera, tolong ambil tindakan segera.”
Kejadian ini menjadi satu peringatan penting kepada semua ibu bapa agar sentiasa peka terhadap perubahan fizikal dan emosi anak, terutamanya apabila mereka berada anak bawah jagaan pengasuh atau pusat asuhan.
Walaupun kepercayaan telah diberikan kepada pengasuh, pemantauan berterusan tetap perlu dilakukan. Pemeriksaan rutin pada tubuh anak selepas pulang dari tempat jagaan boleh membantu mengesan sebarang tanda awal yang mencurigakan.
Ibu bapa juga disarankan agar segera mendapatkan pemeriksaan perubatan dan membuat laporan kepada pihak berwajib sekiranya terdapat kecederaan yang meragukan. Tindakan awal amat penting bagi mengelakkan kejadian yang lebih buruk pada masa hadapan.
Semoga perkongsian ini membuka mata semua pihak tentang kepentingan memastikan anak-anak sentiasa berada dalam persekitaran yang selamat, terjaga dan bebas daripada sebarang ancaman.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.