Pencuci mulut seperti agar-agar atau puding antara yang menjadi pilihan ramai. Ini kerana jika dimakan sejuk-sejuk ia menambahkan lagi nikmat kesedapannya. Antara salah satu pencuci mulut yang jadi pilihan adalah puding karamel.
Sebenarnya nak buat puding karamel ini sangat mudah. Tak perlu nak pukul atau blend terlalu lama kerana ia akan berbuih dan mungkin tak cantik teksturnya bila dah masak.
Bagi yang ingin cuba buat sendiri puding karamel ini dalam bekas kecil-kecil, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Norusmila Nordin. Yang penting tak hanyir!
Resepi Puding Karamel Mini
*Dapat dalam 20+ cup ye*
Bahan blend / kacau
– 6 biji telur
Ads
– 1 sudu tepung custard
– 1 tsp esen vanila
– 1 tin susu cair
– 1/3 tin susu pekat (nak manis boleh tambah)
– 1 tin air (sukatan tin susu)
Ads
Gula Hangus
– 20 sudu gula putih
– 3/4 cawan air
Cairkan gula hingga hangus, lagi gelap lagi cantik tapi jangan lama nanti pahit. Api kecil ye. Dah bertukar warna, masukkan air. Lepas tu letak pada setiap bekas tadi.
Satukan semua bahan basah. Terpulang, nak kacau dalam periuk atau blend ye. Kalau blend jangan lama nanti berbuih sangat.
Ads
Setelah dah selesai, tuangkan dalam bekas yang dah di isi gula hangus tadi, kukus 20 minit dan bolehlah disejukkan dalam peti ais.
Aneka menu mudah kudapan minum petang untuk anak-anak. Mencari resipi minuman petang yang menarik? Waktu petang adalah waktu yang paling menyeronokkan apabila anda boleh menghidangkan makanan ringan yang lazat.
Melihat anak-anak bermain dengan gembira, lebih seronok jika anda dapat menghidangkan makanan ringan yang lazat, bukan? Menu yang dihidangkan kalau boleh biarlah yang mudah disediakan dan cepat dimasak.
Berikut dikongsikan idea menu minum petang yang boleh dijadikan hidangan untuk dinikmati seisi keluarga.
Bukan mudah nak pikat selera anak yang tak makan sayur. Pantang nampak warna hijau, cepat-cepat dia tolak ke tepi. Sudahnya mak susah hati sebab fikir anak tak cukup vitamin dalam badan.
Apa kata cuba resepi bakwan sayur yang dikongsikan Cik Puan Mimi Lyini, cara membuatnya pun mudah saja.
“Hai, happy sunday all.. anak saya memang tak makan sayur tapi bila di buatkan jadi bakwan sekejap je habis. Bila ada anak-anak yang susah makan sayur cubalah macam ni, insyaAllah.”
“Tambahkan sedikit serbuk kunyit nak tambah color dia lagi cantik. Tak nak letak pun ok aje.”
Perkongsian resipi daripada Puan Norazizah Hj Ruslan Certified Therapist (ITEC-UK), Wellness Coach ini menggalakkan langkah-langkah penjimatan dan mengelakkan pembaziran makanan harian.
“Nasi sejuk jangan dibuang. Membazirkan! Apatah lagi harga beras pun mahal. Tambah-tambah kalau guna beras wangi. Nak buat nasi goreng, ada sejemput jer. Jom buat apam beras.”
1. Kisarkan nasi & gula dengan 1 cawan air hingga hancur, masukkan tepung sedikit demi sedikit, yis & air hingga habis.
2. Biar 2-3 jam hingga adunan naik berbuih.
3. Sapu minyak diacuan untuk elak melekat. Kukus sehingga masak.
Sedap dimakan begitu saja atau digaul dengan kelapa parut yang ditambah sedikit garam.
Satu lagi menu minum petang yang sesuai disajikan untuk anak-anak ialah resipi nugget ayam. Berikut perkongsian resipi oleh Puan El Musliha Katiman, cara untuk buat sendiri nugget ayam di rumah.
Bahan-Bahan:
500gm Dada Ayam
(Agen Pelekat)
5 keping roti putih
1 gelas susu segar
(Bahan Perasa)
3 ulasbawang putih (cincang)
1 biji bawang merah (cincang)
1 sudu teh serbuk lada putih
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam (*sis guna garam bukit)
1/2 sudu teh oregano kering
1/2 sudu teh thyme kering
2.Selepas itu potong kecil-kecil. Boleh juga guna food processor nak hancurkan isi ayam ini.
3.Potong kecil-kecil atau koyakkan roti dan tuangkan susu ke atas roti. Biarkan seketika kasi mesra dan kembang.
4.Selepas itu hancur-hancurkan bancuhan roti + susu tadi sampai lumat. Tak perlu letak bahan pengawet/serbuk perasa tiruan/tambahan/msg/ajinomoto yang sewaktu dengannya.
5.Campurkan semua sekali. Ayam + bancuhan roti + bahan perasa, gaul sehingga sebati.
6.Kemudian, ambil loyang atau owang kedah cakap pelengat atau periuk yang boleh diguna untuk mengukus.Sapukan minyak masak skit untuk elakkan berlakunya tragedi melekat di sana sini.
7. Sediakan pengukus, kukus 25 – 30 minit dengan api besar, kemudian matikan api dan biarkan sejuk.
8. Dah sejuk keluarkan dan sedia untuk dipotong.
9. Potonglah ikut suka hati anda asalkan anak-anak suka.
10.Kacau telur, masukkan potongan ayam yang kita kukus tadi dalam telur, kemudian salutkan ke dalam tepung, celupkan sekali lagi kedalam telur dan akhir sekali golekkan ke dalam serbuk roti sampai padat. Siap!
Simpan dalam bekas berpenutup. Susun rapat-rapat.Sedia untuk disimpan. Masukkan dalam peti sejuk kat bahagian beku semalaman. Sedia untuk digoreng.
Menu shell out antara yang menjadi pilihan penggemar makanan laut. Walaupun harga bahan mentahnya agak mahal, namun berbanding makan di kedai, lebih jimat sebenarnya buat sendiri di rumah.
Mungkin ramai yang macam ragu-ragu nak masak sendiri di rumah kerana menganggap resipi shell out ni susah. Namun bagi ibu yang nak mencuba sendiri menu ini untuk dihidangkan pada ahli keluarga, resepi Rahayu Abdul Rasib ini cukup simple dan pasti menepati citarasa anda.
Jika buat sendiri mungkin boleh bajet modal nak beli barang mentah. Lagipun makan kat rumah lagi puas hati dan nak tambah-tambah pun tak ada rasa masalah. Jimat pun jimat kan! Sesekali makan besar apa salahnya.
ALHAMDULILLAH…tak pandai memasak..tapi demi insan tersayang semuanya JADI!!
UMIE SHARE RESEPI SECARA RINGKAS YE..
Bahan A:
Untuk masak shell out kena guna seafood yang fresh-fresh tau baru sedap! Tak kisah la nak tambah apa ya ini yang ada semalam umie buat je
1.kepah retak seribu
2.ketam
3.udang
4.sotong
(Semua ni basuh dan rebus sekejap. Semasa rebus letakkan garam dalam air. Kulit dah merah angkat, toskan)
Bahan B
Sayur-sayuran
1.jagung takda kalau ada lagi cantik.umi ganti badek jagung(anak jagung)
2.lobak merak
3.brokoli
Semua ni rebus juga. Kemudian toskan, brokoli lepas dah rebus angkat letak dalam air sejuk supaya WARNA DIA ASLI..tak layu.
Bahan C
Untuk tumisan:
1.cili kering ikut sukatan sendiri kalau masak sikit 5biji sudahlah
2.bawang merah 5biji
3.bawang putih 5biji
4.halia sikit
5.serbuk kari ikan sukatan yang umie sebungkus..
Blend semua sekali..Tumis bahan tu jangan lupa letak daun kari supaya naik wangi..letak garam gula sesedap rasa.
Tumis sampai garing. Masukkan air didihan udang, sotong, ketam tadi sikit. Tunggu sampai garing. Masuk lagi air didihan tu.
Air didihan tadi digunakan untuk dijadikan kuah kalau nak. Bukan guna semua sekadar berkuah guna air tu semula untuk lebih umph!!
Gaul semua sekali dalam kuali. Taburkan brokoli atasnya, daun sup, daun bawang sikit naik harumannya..SEDIA UNTUK DIMAKAN!!
Simple je dari umie.. Selamat mencuba!!
#cdmayumie
#shellouthomemade
Peranan ibu ayah dalam kehidupan anak-anak sangat besar. Setiap apa yang kita sediakan untuk anak menentukan masa depan mereka. Itulah sebabnya kita dianggap seperti SUPERHERO pada mereka. Dengan hanya RM20, banyak ilmu yang akan mama papa dapat. Yang paling best, akan dapat AKAUN SSPN secara automatik!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa &alli diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/parents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringin nak makan ayam grill ala- ala restoran mahal tapi takde masa nak keluar? Jangan risau! Dekat rumah pun boleh buat tau. Senang je nak buat. Boleh makan seisi keluarga. Pasti semua suka suka.
Kos pon lebih jimat tau! Makan dekat rumah lagi puas dari makan dekat luar. Puas hati dengan kos buat dan hasil yang didapati. Mari lihat resepi ayam grill yang dikongsikan.
Resepi ini dikongsikan oleh Douglas Abdullah Voon di Kumpulan Facebook Aneka Resipi Makanan.
RESIPI AYAM GRILL
Chicken Grill
Bahan- bahan: – Ayam – Sos lada hitam – Serbuk herba rosemary – Serbuk herba thyme – Serbuk lada hitam – Garam – Gula (lebihkan) – Sedikit air panas/ suam
Cara- cara: 1. Basuh ayam. 2. Kemudian, masukkan sos lada hitam (jika pekat, tambahkan air suam/ panas). 3. Kacau sebati, kemudianperasakan dengan garam, serbuk herba rosemary, serbuk lada hitam, serbuk herba thyme dan gula. 4. Kacau sebati dan masukkan ayam. Perap semalaman. 5. Bakar menggunakan ketuhar/ air fryer menggunakan suhu 200 darja Celsius selama 17 minit atau sehingga betul- betul masak. 6. Angkat dah sedia untuk dihidang.
Mudah je resipi yang dikongsikan. Bila- bila masa sahaja boleh buat. Jika ayam nak rasa manis secara sihat, boleh gantikan gula dengan madu. Bukan sahaja lagi sedap, malah memberi manfaat untuk kesihatan.
Madu adalah cairan manis dan pekat yang dihasilkan oleh lebah madu. Dianggap sebagai ubatan semula jadi yang membantu mengubati sakit tekak. Fungsi antioksidan dan anti-bakteria membantu melawan jangkitan disebabkan virus, bakteria dan kulat.
Madu yang diambil pada setiap pagi sebelum sarapan atau bersenam dapat memberikan tenaga ekstra. Ini kerana madu mengandungi gula semula jadi, air, mineral, vitamin, debunga dan protein, menyebabkan ia dipanggil pembekal tenaga terbaik.
Sebagai sejenis makanan yang tinggi kandungan antioksidan, madu bukan sahaja dapat melindungi dari penyakit jantung, tetapi dapat memperbaiki tahap kolesterol. Semoag resepi yang dikongsikan dapat memberi manfaat dan selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ekzema anak berkait dengan asma dan resdung ibu bapa melalui fenomena Atopic March, satu perjalanan alahan yang boleh bermula sejak bayi jika tidak dikawal awal.