Bukan semua orang pandai membuat kek, begitu juga menyediakan kuih-muih tradisional dan sebagainya. Namun keinginan untuk merasa pelbagai jenis manisan ketika PKP ini membuatkan kita terpaksa mencuba. Ditambah pula dengan permintaan anak-anak dan suami setiap hari.
Tidak mahu membazir kerana bimbang tidak menjadi, ada baiknya mama mencuba manisan puding ringkas ini. Resipi perkongsian Puan Iffy Iruzza ini mama wajib cuba. Hanya gunakan lima bahan sahaja dan tidak memerlukan proses yang sukar. Paling senang hendak dicuba. Confirm jadi!
Ads
Resepi puding:
1 cawan tepung custard
5 cawan air
1/2 cawan gula
1/2 tin susu cair
Cocktail dan nata de coco
Masak tepung kastard, air, gula dan susu cair sampai likat dan berkilat.
Anak kadang-kadang tak nak makan nasi waktu sahur. Tak berselera katanya, jadi apa kata mama papa buatkan menu simple untuk anak waktu sahur. Untuk anak yang boleh berpuasa pun sesuai, mama pun tak penat nak sediakan sarapan pagi buat si kecil.
Jom cuba resepi Sandwich Jagung yang dikongsi ini, memang sangat mudah!
Resepi Sandwich Jagung Airfryer 🥪🌽
Terjumpa resepi ni dan terus cuba memandangkan semua bahan dah sedia ada kat rumah. Sis ubah suai sikit bahan dari resepi asal, sangat sedap 😋 bukan je sedap tapi juga mengenyangkan 😍
Bahan yg perlu ada untuk 1 hidangan:
– 2 keping roti
– 1 keping cheese
– Jagung kukus
– Mayonis
– Cheese parut
– Chicken ham
– Serunding ayam brand
Bagi yang pernah mencuba mee celup Thai pasti tidak cukup makan semangkuk sahaja bukan? Pasti bertambah lagi dan lagi.
Resipi mee celup Thai yang dikongsikan oleh Maya Miera ini memang terlajak power.
Tidak hairanlah perkongsiannya mendapat sehingga 8 ribu perkongsian di facebook. Resipi tanpa rahsia dan mudah ini katanya confirm sedap. Ayuh cuba!
RESEPI MEE CELUP THAI
Lepas ni tak payah p kedai siam dah, sedap dari makan dekat kedai. Rugi sapa tak cuba, saya memang cerewet kalau makan mee celup yang tak sedap haha. Hampa kena try resepi ni confirm sedapp!
BAHAN BAHAN:
1 labu bawang putih (ditumbuk)
3-4 Akar ketumbar (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
Halia ketuk
Tulang daging 2kg
1 keping Gula melaka
Kicap cair
Sos ikan
Kicap pekat
Garam secukup rasa
Ajinomoto (kalau nak buh)
Gula
Sup bunyut
Minyak untuk menumis
Air secukupnya (saya letak hampir 3 liter)
Ayam rebus dan diracik
Meatball
Megi/bihun celur
Hirisan daun ketumbar
Kangkung celur
Kacang tanah
Chili flakes
Cili sambal ( cili padi merah+cuka+garam+gula diblend)
1. Mula mula panaskan minyak di dalam periuk.
2. Tumiskan bahan yang ditumbuk tadi dan halia hingga garing dan berbau wangi.
3. Masukkan tulang daging, air, sup bunyut, halia, gula putih, gula melaka, garam, kicap cair dan sos ikan. Kalau masak dapur biasa, bila air mendidih baru masukkan perisa-perisa serta kicap.
4. Rebus ayam dan carik carikkan halus.
5. Celur mee/bihun/megi dan celur jugak kangkung.
6. Sediakan semua bahan-bahan, sedia untuk dihidangkan dan makan.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan menyambut Aidilfitri. Waktu ini, kebanyakan para ibu sedang sibuk berhempas pulas di dapur untuk membuat kuih raya. Belum kira lagi dengan stok yang dihabiskan suami dan anak-anak sebelum sempat beraya.
Kalau boleh, para ibu mahukan resipi yang mudah dan confirm menjadi. Modal pun sebaiknya tak perlu terlalu besar, jadi nak dibuat berulang kali pun tak susah. Salah satu resipi kuih raya yang paling mudah dikongsikan oleh Cik Intan via grup Masak Apa Hari Ni?
Coklat masakan (sy guna dark chocolate sbb biskut tu da lemak² manis masin semua complete)
Biskut jejari timbang
Kacang
Nestum
Manik tabur² (tak tahu apa ke namanya )
Cara-cara: 1.Cairkan coklat (double boil)
2. Celup biskut dalam coklat (separuh je)
3. Golek² kat atas topping yg korang suka.
4. Masuk dalam chiller kejap .
Da siap !! Buat dengan anak² mesti diaorg seronok.
Punyalah mudahnya resipi ini. Paling menarik, ia tak mengambil masa yang terlalu lama untuk dihasilkan. Boleh ajak untuk sama-sama buat dan boleh berkreatif mengikut selera kita.
Jika tak gunakan sprinkles, boleh juga gunakan taburan badam untuk mempelbagaikan pilihan biskut. Selain coklat gelap, kita boleh juga dapatkan blok coklat masakan berperisa seperti strawberi atau oren untuk rasa yang istimewa.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketahui cara sekat video Indonesia di YouTube dengan mudah menggunakan tetapan aplikasi, fungsi sekatan dan kawalan ibu bapa bagi membantu anak menguasai Bahasa Melayu dengan lebih baik.