
Setiap ibu ayah pasti mahu memberikan yang terbaik buat anak, termasuk memastikan mereka sentiasa selamat dan terhindar daripada sebarang kecederaan. Namun, dalam usaha kita bergurau, bermain dan menggembirakan si kecil, tanpa sedar ada tindakan yang sebenarnya boleh membahayakan mereka.
Perkara yang nampak remeh seperti menarik tangan anak atau mengangkat mereka dengan cara yang salah boleh memberi kesan besar kepada kesihatan sendi dan tulang mereka. Sebab itu, penting untuk ibu bapa lebih peka dan faham tentang risiko yang mungkin berlaku supaya kita dapat melindungi anak dengan lebih baik.
Berhati-hatilah jika anda jenis suka mengangkat bayi dengan cara menarik tangannya. Walaupun niat di hati hanya ingin bergurau dan menggembirakan anak, seperti menghayun mereka seolah-olah “helikopter”, perbuatan ini sebenarnya berisiko menyebabkan pulled elbow kanak-kanak
.Tanpa disedari, cara memegang kedua-dua belah tangan anak dan menghayun atau menarik tangan mereka secara tiba-tiba boleh menyebabkan tulang pada sendi siku teralih keluar daripada kedudukan asalnya. Dalam dunia perubatan, kecederaan ini dikenali sebagai radial head subluxation.
Menurut Dr Ahmad Mahyuddin, Pakar Bedah Ortopedik di salah sebuah hospital di Pahang, keadaan ini juga dikenali sebagai pulled elbow kanak-kanak, nursemaid’s elbow atau babysitter’s elbow. Ia kerap berlaku ketika kanak-kanak berada dalam jagaan orang dewasa yang mungkin tidak sedar tentang risiko tersebut.
Apabila tangan anak ditarik secara kuat atau mengejut, kepala tulang radius boleh terkeluar daripada ligamen yang memegangnya, menyebabkan tulang tersebut sedikit teralih. Keadaan ini boleh menyebabkan kesakitan yang ketara dan pergerakan siku menjadi sangat terbatas.
Kecederaan pulled elbow kanak-kanak paling kerap berlaku dalam kalangan kanak-kanak berusia antara 1 hingga 4 tahun kerana pada usia ini, tulang dan otot mereka masih belum matang sepenuhnya. Namun, ia juga boleh berlaku kepada bayi sehingga usia 7 tahun.
Antara tanda-tanda yang ibu bapa perlu perhatikan termasuk:
Jika anak menunjukkan tanda-tanda ini, jangan ambil mudah. Segera bawa anak berjumpa doktor untuk pemeriksaan lanjut. Biasanya, doktor akan melakukan ujian X-ray bagi memastikan sama ada sendi terkeluar atau terdapat sebarang patah tulang.
Sekiranya disahkan mengalami pulled elbow kanak-kanak, doktor akan melakukan prosedur yang dipanggil Closed Manual Reduction (CMR) untuk memasukkan semula sendi ke tempat asal. Prosedur ini dilakukan dengan berhati-hati selepas anak diberikan ubat penenang dan penahan sakit.
Selepas rawatan, X-ray akan diulang bagi memastikan sendi telah kembali normal. Anak juga mungkin perlu memakai anduh selama satu hingga dua minggu untuk membantu proses pemulihan.
Jika kecederaan ini tidak dirawat dengan segera, ia boleh menyebabkan komplikasi seperti:
Keadaan pulled elbow kanak-kanak ini bukan sahaja menyakitkan, malah boleh memberi kesan jangka panjang kepada perkembangan anak.
Sebagai langkah pencegahan, ibu bapa disarankan untuk:
Kesedaran kecil seperti ini mampu mengelakkan kecederaan besar. Kadang-kadang kita terlalu fokus untuk menggembirakan anak, sampai terlupa bahawa tubuh kecil mereka masih rapuh dan memerlukan penjagaan yang betul.
Ingatlah, tindakan kita hari ini memberi kesan besar kepada kesihatan mereka pada masa akan datang. Lebih baik berhati-hati daripada menyesal kemudian. Rawatan awal mampu mengurangkan risiko kecederaan yang lebih serius.
Sumber: The Malaysian Medical Gazette