Jika dahulu muncul sebagai sitkom drama The New Addams Family, kini mereka muncul semula menjadi sebuah filem animasi bergenre komedi seram!
Filem yang amat sesuai bagi setiap lapisan umur, The Addams Family berkisarkan sebuah keluarga yang dianggap ‘aneh’ oleh masyarakat biasa berusaha untuk menjauhkan keluarga mereka dan tinggal di sebuah rumah agam yang menyeramkan.
Konflik bermula ketika pasangan suami isteri, Gomez Addams dan Morticia Addams membuat persiapan untuk majlis Hari Mazurka. Pada hari tersebut, seluruh ahli keluarga akan datang ke rumah mereka demi menyaksikan perlawanan pedang Pugsley Addams, anak lelaki mereka bagi membuktikan tahap kematangan dan sifat pahlawan yang merupakan tradisi turun temurun keluarga mereka.
Ads
Tambah drama lagi apabila anak perempuan mereka, Wednesday yang mula rasa bosan di rumah agam mereka dan mempunyai sifat ingin tahu yang mendalam tentang dunia luar dan berkenalan dengan Parker. Sejak perkenalan itu, hidupnya mula disinari dengan warna-warni kehidupan luar.
Ads
Selain itu, mereka juga perlu berdepan dengan seorang personaliti TV dan pereka hiasan dalaman rumah, Magraux Needler yang tamak dan berniat jahat untuk menjadi orang terpenting di daerah tempat tinggalnya.
Ads
Yang pasti, sepanjang filem ini anda tidak akan rasa bosan dan kering gusi kerana setiap babak yang dipamerkan dipenuhi dengan adegan lucu dari watak yang terdapat dalam filem ini!
Nak tahu macam mana keluarga Addams menyelesaikan konflik yang berlaku? Berjayakah anak mereka, Pugsley membuktikan sifat kepahlawanan dalam acara hari pedang? Jangan lepaskan peluang untuk menonton filem The Addams Family di pawagam sekarang!
Menangi tiket THE ADDAMS FAMILY!!Anda fikir keluarga anda dah cukup aneh? Fikirkan semula dengan menonton filem animasi yang bergenre komedi seram, THE ADDAMS FAMILY! Berikan nama pemilik suara watak ini1) Gomez Addams2) Morticia Addams3) Wednesday Addams4) Pugsley AddamsPemenang yang bertuah akan dihubungi oleh pihak Pa&Ma dan boleh redeem tiket dan terus menonton wayang pada 29 Oktober, jam 8.45 malam di MBO The Starling!Jadi cepat rebut peluang ini sekarang!
Menghampiri tarikh jangkaan bersalin, ia adalah waktu yang mengujakan untuk ibu ayah membeli-belah barang keperluan dan kelengkapan bayi yang bakal lahir. Sudah pasti, senarai semak beli-belah disiapkan terlebih dahulu bagi memastikan tiada barang yang ketinggalan.
Dalam kebanyakan barang keperluan bayi, ibu bapa sering buntu sewaktu mahu membeli stroller. Maklum sahajalah, harganya bukan setakat seringgit dua. Ada yang memakan harga hingga ribuan ringgit. Oleh sebab itulah sebelum membeli stroller, ibu bapa perlu teliti semua aspek dengan sebaik-baiknya.
Berikut adalah tip yang boleh membantu anda berdua membeli stroller. Diharap dengan adanya informasi ini, ia dapat membantu kalian membuat keputusan yang tepat sesuai dengan keperluan si manja.
1. Bajet
Aspek ni sangat penting. Oleh kerana stroller di pasaran, mahal harganya maka anda perlu tetapkan bajet. Kemudian cari yang bersesuaian dengan bajet itu. Bagi yang ade bajet RM 500 ke bawah mungkin boleh dapatkan jenama seperti Sweet Cherry atau My Dear. Jika dalam lingkungan Rm 500 hingga RM1000 pula, boleh jenguk jenama Combi, Halford atau MacLaren.
Kepada yang ada bajet RM 1000 ke atas, antara jenama yang boleh diberi pertimbangan ialah Quinny, Babyzen, GB, Peg Preggo, Graco, Britax dan banyak lagi. Kalau mahu yang lebih mahal dengan bajet RM 5000 ke atas pula, lihatlah jenama Orbit Baby, Mima Xari, ICandy dan sebagainya.
Anda perlu ingat bahawa yang mahal tidak semestinya berkualiti. Apa-apa pun, ia bergantung kepada diri anda sendiri.
2. Keselamatan
Setiap stroller perlu ada ciri-ciri keselamatan. Anda boleh periksa ciri ini dengan meneliti beberapa perkara. Pastikan tempat duduk boleh dilaraskan untuk keselesaan anak-anak, adanya sistem tali pinggang keselamatan yang boleh menghalang bayi daripada terjatuh, tiada bucu tajam yang boleh cederakan anak anda, stroller kuat dan kukuh serta stabil dan ada sistem brek pada roda stroller.
3. Fungsi sistem recline
Fungsi recline sangat penting terutamanya untuk bayi umur enam bulan ke bawah. Bayi dalam lingkungan umur ini masih lagi tidak boleh duduk dengan sendiri. Jadi, fungsi recline penting untuk membolehkan dia berada dalam stroller dan dapat berbaring dan tidur dengan selesa.
Jika anda mahu membeli stroller yang boleh dipakai sejak daripada usia lahir sehingga besar, pilihlah stroller yang ada fungsi recline.
4. Mudah dilipat
Apabila stroller mudah dilipat, mudah untuk anda kendalikannya. Carilah stroller yang boleh ditutup seperti lipatan payung dan mempunyai ciri lipatan menggunakan satu tangan. Jadi, ia mudah disimpan dan senang di bawa ke mana-mana.
5. Saiz dan berat
Saiz sangat penting. Pastikan ia berpadanan dengan saiz kereta anda. Bimbang ia tidak muat untuk diletakkan di boot kereta. Selain itu, pilih jenis yang ringan. Jenama yang paling banyak menjual stroller ringan ialah Combi. Ada yang seringan 3 kg.
6. Pemegang boleh laras
Tinggi pemegang stroller harus berada selari dengan pinggang atau sedikit ke bawah. Jika tidak, anda mungkin perlu membeli stroller dengan pemegang boleh laras.
Faktor pemegang boleh laras ini terbahagi kepada dua. Satu, ia boleh dilaras daripada segi kepanjangan. Ini perlu jika ada pasangan yang salah seorang rendah dan seorang lagi tinggi. Satu lagi sebab ialah kebolehan pemegang boleh laras digerakkan ke hadapan dan belakang.
Bayi bawah enam bulan lebih sesuai menggunakan forward facing stroller kerana dia akan rasa lebih selamat bila nampak anda. Manakala enam bulan ke atas pula sesuai gunakan rear facing supaya pemandangannya tidak dihalang oleh badan anda.
7. Material
Pilihlah material yang selesa dan tahan lasak. Dalam pada itu, apabila bercakap tentang bayi, kebersihannya perlu jadi keutamaan. Dapatkan stroller yang boleh dibuka untuk dibasuh kainnya. Hal ini kerana bila lama dipakai, ia pasti kotor. Pastikan juga materialnya berkualiti. Tidak mudah koyak, tahan lasak dan kalis air.
8. Tali pinggang
Tali pinggang keledar amat penting untuk mengelakkan anak anda jatuh disebabkan pergerakannya yang aktif dan tidak diduga. Sistem yang paling selamat adalah sistem abah-abah lima penjuru – sekeliling pinggang, antara kaki dan dari bahu ke bawah. Pastikan kancingnya mudah untuk anda buka, tetapi cukup selesa dan selamat untuk anak anda.
9. Brek
Seperti membeli kereta juga, anda perlu cuba mengendalikan stroller ini. Cuba gunakan breknya. Adakah brek ini mudah digunakan dan berfungsi dengan baik apabila perlu
10. Pengendalian
Anda sepatutnya boleh menolak stroller dan memusingkannya semula dengan satu tangan. Roda hadapan dan belakang yang boleh berpusing memudahkan lagi pengendalian.
11. Tempat/bakul simpanan
Stroller yang bagus seharusnya mempunyai tempat menyimpan. Apabila membeli belah, anda boleh letakkan barang yang dibeli di tempat simpanan ini.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang cuti sekolah ni, mama papa harus bijak merancang aktiviti yang menarik agar anak-anak tidak merasa bosan terperuk di rumah. Mungkin ada yang bawa anak pulang ke kampung atau pergi bercuti satu famili. Namun, mungkin disebabkan kekangan tertentu boleh jadi agak sukar untuk ke mana-mana pada waktu cuti persekolahan ini.
Bila duduk di rumah, tidak dinafikan anak-anak akan merasa bosan. Untuk mengelakkan mereka terlalu ‘sibuk’ dengan gajet, apa kata mama papa ajak anak-anak menonton televisyen bersama? Biarpun nampak remeh, tetapi sebenarnya masa yang dimanfaatkan bersama anak-anak dengan menonton TV dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Pilih Rancangan Yang Selamat untuk Tontonan Anak-Anak
Melalui tontonan di TV juga sebenarnya dapat mempengaruhi perkembangan mental dan emosi anak-anak. Oleh itu, adalah sangat penting untuk mama papa memilih rancangan yang selamat untuk tontonan mereka. Menonton rancangan yang mempunyai nilai-nilai murni sedikit-sebanyak dapat membantu pembentukan akhlak anak.
Bagi memastikan rancangan yang ditonton anak selamat dan baik untuk mereka, mama papa haruslah memilih saluran TV yang betul. Oleh itu, pastikan saluran Astro menjadi pilihan anda sekeluarga.
Di Astro, ada saluran 24 jam untuk kanak-kanak No.1 di Malaysia yang menawarkan program-program animasi, komedi, permainan dan aksi yang berkualiti, khas untuk hiburan kanak-kanak di Malaysia.
Banyak Kartun Menarik, Anak Pasti Suka!
Untuk pengetahuan mama papa, pelbagai siri kartun menarik yang akan menemui anak-anak sepanjang cuti persekolah ini:
Kisah kembar Upin dan Ipin yang pasti mencuit hati bersama rakan-rakan mereka, Kak Ros, Opah, Tok Dalang dan ramai lagi. Bukan saja menghiburkan tetapi banyak nilai murni persahabatan yang boleh dipelajari.
Kini Amato dan Mechabot kembali untuk episod 9 sehingga finale (Episod 14)! Apa agaknya yang cabaran yang bakal mereka lalui bersama rakan-rakan yang lain?
Jom, sama-sama mengembara bersama empat anak panda yang bertenaga: Nu Hai, Bao, Jing dan Fan Tong! Apabila mereka semua terjatuh ke dalam gua di Panda Village, anak-anak panda ini tidak tahu yang mereka bakl menyerap chi (atau tenaga) dari pahlawan kungfu purba dan menjadikan mereka sebagai Four Constellations.
Di kerajaan Kayajaya, seorang gadis biasa bernama Bella terkejut apabila mendapat tahu yang dirinya adalah pewaris kepada Almarhum Sultan dan Permaisuri di sana. Untuk memastikan dirinya dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan istana dan rakyat Kayajaya, Bella meminta bantuan dari seorang Dukun. Mahu menyelamatkan kerajaan itu dari musnah, Bella mendapati tiada kuasa sekuat hati yang baik untuk melakukannya.
Bukan saja mempunyai jalan cerita yang menarik serta pelbagai watak yang pasti akan disukai anak-anak, setiap siri kartun ini mempunyai kebaikan tersendiri yang akan menggalakkan mereka untuk mempelajari nilai-nilai murni yang diketengahkan.
Apa tunggu lagi, jom dapatkan PEK ENTERTAINMENT sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa tak seronok kalau dapat hadiah dalam kotak yang cantik. Bukan sahaja barangan yang diperolehi sahaja kita nak simpan tapi kotak yang cantik itu pun nak disimpan sekali. Ia juga boleh digunakan semula untuk menyimpan barangan peribadi dan sebagainya.
Bagi yang baharu mendapat anak dan merancang untuk mengadakan majlis aqiqah, sudah tentu ada bingkisan hadiah untuk diberi kepada tetamu jemputan. Apa kata gunakan kotak comel bagi meletakan cenderahati untuk tetamu. Ia pasti akan diingati oleh si penerima.
Trend perniagaan dalam talian juga membuatkan permintaan terhadap kotak semakin tinggi. Selain memudahkan proses penghantaran, penggunaan kotak juga lebih selamat untuk memastikan barangan yang dikirim selamat sampai.
Adakah anda salah seorang yang sedang mencari kotak untuk perniagaan, pemberian hadiah dan sebagainya? Jangan risau, kerana ada banyak pilihan rekaan dan saiz yang boleh anda pilih mengikut keperluan dan citarasa masing-masing.
Empayar Kotak, satu jenama yang sangat dikenali sebagai pengeluar produk kotak terunggul di Malaysia bersedia memberikan khidmat mengikut permintaan pelanggangnya.
Empayar Emier Sdn Bhd, sebuah syarikat bumiputera yang semakin kukuh sejak Februari 2018 dalam penghasilan produk percetakan dan pembungkusan. Kepakaran Empayar Emier dalam produk kotak membuatkan syarikat ini menjenamakan Empayar Kotak untuk fokus kepada produk packaging customize.
Perkhidmatan utamanya termasuk mereka bentuk kotak, stiker dan beg kertas perniagaan. Dengan menggunakan tagline “Pakar Kotak Anda” sudah tentu rekaan dan saiz kotak idaman anda dapat direalisaikan oleh Empayar Kotak.
Walaupun ibu pejabat Empayar Kotak berada di Shah Alam dan mempunyai dua cawangan lain di Ayer Keroh, Melaka dan Sungai Dua, Pulau Pinang tetapi dengan kemudahan sistem teknologi dan pengangkutan pantas hari ini, mereka dapat memenuhi permintaan pelanggan di seluruh Malaysia. Insha Allah kotak-kotak pesanan pelanggan akan sampai dengan baik.
Bukan itu sahaja sesiapa yang mencari kotak sedia guna juga boleh datang ke Empayar Kotak Retail di Shah Alam. Di sini terdapat kotak sedia guna pelbagai saiz dan jenis seperti corrugated box, gift box dan kotak kek yang boleh dibeli dalam kuantiti yang sedikit.
Jadi tunggu apa lagi, jika anda mencari kotak untuk sebarang acara, pemberian hadiah atau perniagaan, jangan lupa jenguk di laman web atau Instagram Empayar Kotak untuk membuat pilihan mengikut citarasa anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.