Ramai yang mengenali Irin Putri Azmi melalui rancangan TV satu masa dahulu tetapi kini dia lebih ramai follower kerana pendedahan tentang autisme yang dibuat melalui media sosialnya. Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak autisme, Irin mengambil peluang sebagai seorang pempengaruh untuk berkongsi ilmu dan pengalaman membesarkan Raees Aryan.
Mempunyai semangat juang yang tinggi, Irin sering bercerita tentang aktiviti anak sulungnya itu yang mempunyai bakat dalam bidang muzik. Bahkan Raees boleh memainkan sesebuah lagu hanya dengan mendengarnya tanpa perlu merujuk not muzik.
Baru-baru ini Irin telah membawa Raees untuk berjumpa dengan penyanyi hebat, Marsha. Menurut Irin, lagu Marsha berjudul Hening Rindu merupakan lagu kegemaran Raees buat masa ini. Apabila dapat bertemu dengan penyanyi lagu tersebut, Raees nampak gembira tetapi malu-malu.
Marsha kemudiannya meminta Raees untuk memainkan lagu tersebut dan dia kemudiannya menyanyi bersama-sama. Namun yang menyentuh perasaan ramai orang adalah apabila Marsha tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata ketika melihat Raees memainkan lagu tersebut dengan begitu baik.
Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji bakat Raees serta turut melahirkan rasa tersentuh mereka melihat Marsha menyanyikan lagu itu bersama Raees.
Ads
Ads
Selesai menyanyi, Raees terus bangun dari kerusi dan kelihatan segan semula. Tidak dinafikan bakat Raees sangat besar dan harus diberikan pujian. Good job Raees!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau ada anak lelaki dan anak perempuan kat rumah, cuba perhati betul-betul. Siapa yang paling rapat dengan ayah? Selalunya, anak perempuan kan? Dia lah yang suka duduk atas riba, ajak gurau, peluk-peluk ayah sebelum tidur.
Bukan ayah tak sayang anak lelaki. Tapi dari dulu lagi, memang naluri seorang ayah tu lebih lembut bila dengan anak perempuan. Anak lelaki pula lebih banyak bonding dengan ibu — tempat dia mengadu dan belajar jadi kuat.
Ayah memang lebih responsif bila anak perempuan perlukan perhatian. Mereka lebih banyak menyanyi, bercerita dan kongsi emosi dengan anak perempuan berbanding anak lelaki. Ini bukan sebab anak perempuan manja sangat, tapi lebih kepada naluri seorang pelindung. Ayah rasa anak perempuan tu lebih perlu dijaga, dilindungi dan diberi perhatian lebih.
Cara ayah bercakap pun berbeza ikut jantina anak
Yang menariknya, ayah juga sebenarnya guna bahasa yang berbeza bila cakap dengan anak ikut jantina. Bila bercakap dengan anak lelaki, ayatnya lebih kepada kejayaan dan kekuatan. “Kena menang!”, “Jangan lemah”, atau “Bagus anak ayah!”.
Tapi bila dengan anak perempuan, nada dan perkataan jadi lebih halus dan terperinci. “Awak nak ayah tolong ke?”, “Semua benda awak buat cantik je”, dan “Banyaknya idea awak ni”. Bahasa ni secara tak langsung bentuk perkembangan emosi dan intelek anak.
Gurauan kecil yang boleh bagi kesan besar
Namun ayah pun kena hati-hati juga. Kadang niat kita nak bergurau je, tapi perkataan macam “buncit”, “tembam”, “gedik” kalau selalu sangat digunakan pada anak perempuan, boleh buat dia rasa insecure bila besar nanti. Anak perempuan ni jenis simpan dalam hati. Lama-lama boleh terkesan pada keyakinan diri mereka.
Cara paling mudah untuk ayah tunjuk sayang pada dua-dua anak
Tak salah pun kalau ayah lebih rapat dengan anak perempuan, tapi cuba beri layanan yang seimbang. Anak lelaki pun perlukan perhatian dan kasih sayang yang sama. Ayah boleh mula dengan benda simple macam main sama-sama tak kira jantina, berikan pujian yang adil, dan ajar anak lelaki untuk luahkan emosi. Jangan tunggu besar baru nak cakap “Abang okay ke hari ni?”. Mulakan dari kecil.
Hakikatnya, kasih sayang ayah tu besar untuk semua anak-anak. Cuma cara dia tunjuk tu berbeza. Ada yang peluk hari-hari, ada yang cuma diam tapi tolong betulkan tayar basikal. Ada yang tepuk belakang dan kata “bangga dengan awak” dalam kereta masa hantar pergi sekolah. Tapi anak tetap rasa. Tetap tahu. Ayah sayang dia, dengan cara dia yang tersendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jadikanlah ia satu tabiat yang manis—setiap kali suami mahu melangkah keluar bekerja, isteri ‘claim’ dulu ciuman di dahi atau kening. Nampak kecil, tapi sebenarnya besar maknanya.
Ciuman hangat sebelum keluar rumah mampu beri semangat kepada suami, dan pada masa yang sama, mengalirkan bahagia ke dalam jiwa si isteri. Rasa cinta dan rindu pun terikat erat, buat isteri tak sabar nak tunggu suami pulang ke pangkuan.
Lebih indah lagi, bila budaya ini turut diamalkan bersama anak-anak. Ciuman kasih dari ibu dan ayah akan menjadikan anak-anak lebih positif, penyayang, dan menghormati ibu bapa mereka. Inilah kasih sayang yang tak perlu kata-kata panjang — cukup dengan sentuhan lembut yang menyentuh hati.
Tahukah anda, mencium anak adalah ibadah yang tinggi nilainya? Setiap kali mencium anak, Allah balas dengan satu darjat syurga. Nisbah antara dua darjat itu pula adalah 500 tahap berbeza! Bahkan, siapa yang pulang ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya akan mendapat rahmat dan tidak diseksa di akhirat kelak.
Dengan membiasakan diri mencium anak sendiri, perasaan kasih akan terpahat dalam jiwa. Ia mencegah perbuatan kasar atau penderaan terhadap anak, kerana hormon cinta dan kasih yang terhasil melalui sentuhan ini menyatu dalam minda dan hati ibu bapa.
Bila isteri bersalam dan mencium tangan suami, bukan sekadar tanda hormat—bahkan gugurlah dosa-dosa kecil isteri itu. Besarnya restu seorang suami dalam rumah tangga, dan indahnya pahala yang dikutip hanya dengan kucupan penuh kasih.
Suami juga akan mendapat ganjaran jika mencium dahi isteri—bukan sekadar menggembirakan hati si isteri, tapi juga melunakkan jiwa suami sendiri.
Malah, tidur berbantalkan lengan suami atau dalam pelukannya itu, adalah kehangatan emosi yang ramai terlepas pandang. Ia bukan hanya mengikat cinta, tetapi juga mengukuhkan kepercayaan antara dua hati.
Untuk para suami pula, mencium isteri adalah satu bentuk ibadah yang diberkati. Ciuman itu bukan hanya simbol cinta, tapi juga penenang jiwa untuk isteri yang penat, risau, atau sedang sedih. Ia mampu menukar hari suram menjadi ceria, dan dari air mata menjadi senyuman.
Inilah sunnah Rasulullah SAW yang wajar diikuti, yang menjadikan rumah tangga sebagai tempat paling selesa dan membahagiakan.
Jadikan amalan mencium pasangan dan anak-anak sebagai budaya yang bermula sejak awal perkahwinan. Bila dah terbiasa dari awal, taklah kekok bila anak-anak sudah membesar nanti. Sedih sebenarnya bila ada yang sudah berkahwin, tapi masih segan untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan dan anak sendiri.
Ingat ya… Cium anak, dapat pahala. Cium suami, gugur dosa. Cium isteri, bahagia selamanya. Tapi… janganlah bercium di tempat awam, simpan manis tu untuk tatapan eksklusif keluarga sahaja!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bela kucing tapi bakal dapat baby, bahaya tak? Persoalan ini sering bermain di fikiran ibu ayah yang sedang menantikan kehadiran si kecil, terutama apabila rumah turut dihuni oleh si bulus kesayangan.
Ada yang risau tentang kebersihan, jangkitan penyakit dan keselamatan bayi. Namun, menurut pakar pediatrik Dr Nisa Khalil, ibu ayah tidak perlu terlalu bimbang asalkan tahu cara penjagaan yang betul dan menjaga kebersihan, anak dan kucing sebenarnya boleh membesar bersama dengan sihat dan gembira.
Bagi pencinta haiwan, kucing bukan sekadar haiwan peliharaan — tetapi sudah dianggap sebahagian daripada keluarga. Namun, sesetengah ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata memilih untuk menyerahkan kucing kepada orang lain kerana bimbang membahayakan bayi. Hakikatnya, tindakan ini tidak perlu jika rumah dijaga dengan baik. Malah, kehadiran si bulus sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada tumbesaran anak kecil.
Menurut Dr Nisa Khalil, pelbagai kajian menunjukkan bahawa bayi yang membesar dengan haiwan peliharaan seperti kucing dan anjing mempunyai risiko alergi dan asma yang lebih rendah. Satu kajian di Jepun mendapati, kehadiran si bulus di rumah mampu mengurangkan alahan terhadap makanan seperti telur, gandum dan kacang. Ini kerana pendedahan awal kepada bakteria semula jadi membantu memperkukuh sistem imun bayi.
Satu kajian di Finland menunjukkan bahawa bayi yang membesar bersama haiwan peliharaan mempunyai 44% kurang risiko jangkitan telinga dan 29% kurang keperluan antibiotik. Ini membuktikan bahawa kehadiran haiwan peliharaan seperti kucing sebenarnya membantu menguatkan daya tahan tubuh si kecil terhadap pelbagai penyakit berjangkit.
Selain kesihatan fizikal, haiwan peliharaan juga memberi kesan positif terhadap kesejahteraan emosi anak. Kajian dari Children’s Hospital Colorado mendapati, mengusap atau bermain dengan kucing boleh mengurangkan stres dan kegelisahan, serta menstabilkan kadar degupan jantung. Anak yang membesar dengan haiwan peliharaan juga lebih ceria dan tenang kerana meningkatnya hormon serotonin yang membuatkan mereka rasa gembira.
Pernah tengok anak kecil ‘bersembang’ dengan kucing? Jangan anggap pelik! Kajian mendapati anak yang biasa berinteraksi dengan haiwan peliharaan menunjukkan kemahiran sosial dan komunikasi yang lebih baik. Mereka lebih mudah berkongsi, bekerjasama dan berempati. Malah, menurut Dr Nisa Khalil, bagi sesetengah anak kecil, arahan kepada kucing boleh jadi antara ayat pertama mereka!
Membesar dengan kucing juga mengajar anak tentang tanggungjawab dan kasih sayang. Aktiviti mudah seperti memberi makan atau menyikat bulu bukan sahaja menyeronokkan, tetapi juga membantu perkembangan kemahiran motor halus mereka. Dari kecil lagi, anak belajar menghargai makhluk hidup dan berlembut dengan haiwan.
Walaupun banyak manfaatnya, Dr Nisa Khalil tetap menegaskan bahawa kebersihan perlu menjadi keutamaan:
Parasit ini boleh merebak melalui najis kucing, tanah, sayur-sayuran yang tidak dicuci bersih atau daging mentah. Sebab itu, kebersihan rumah dan pemakanan keluarga sangat penting, terutama bila ada si bulus dan si kecil di bawah satu bumbung.
Jadi mama dan papa, tak perlu lepaskan kucing kesayangan hanya kerana bakal menyambut bayi. Dengan penjagaan rapi, vaksin lengkap dan amalan kebersihan yang betul, anak boleh membesar dengan si bulus dalam suasana penuh kasih sayang dan selamat.
Kucing bukan ancaman, malah boleh jadi sahabat baik pertama buat si kecil — teman bermain, peneman tidur dan pengajar nilai kasih sayang yang tiada ganti. 🐱💖