Sebagai ibu bapa, kita mengimpikan anak-anak yang soleh dan solehah. Antara ciri-ciri anak yang soleh dan solehah adalah mendengar kata ibu bapanya.

Namun, sejauh mana kita mampu memantau anak-anak? Hanya doa dan tawakal yang berterusan kepada Allah menjadi pendinding kepada anak-anak supaya terhindar daripada gejala sosial.

Rahsia 5 Doa & Amalan Zikir Khusus Untuk Anak Membesar Dengan Pintar & Soleh

Berikut di senaraikan beberapa himpunan doa-doa yang baik diamalkan.

1. Doa untuk melembutkan hati anak yang degil

Ibu bapa boleh mengamalkan membaca Surah Asy Syura ayat 19.

Rahsia 5 Doa & Amalan Zikir Khusus Untuk Anak Membesar Dengan Pintar & Soleh

“Allah Maha Lembut takdir-Nya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihan-Nya) terhadap hamba-hamba-Nya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”.

Baca doa ini 19 kali pada air dan minta anak tersebut meminumnya. Insya-Allah perangai anak yang degil akan berubah kepada baik dengan izin Allah.

Boleh juga baca doa ini pada ubun-ubun anak ketika dia tidur.

2. Doa untuk anak lembut hati, pintar dan soleh.

Ketika memasak, sentialah basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200 dari Surah Ali Imran yang bermaksud:

IKLAN

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu,Ya Qayyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang.

Atau baca Surah al-Fatihah, surah Taha ayat 1 sehingga 5, diikuti doa Nabi Daud sebanyak 3 kali.

Doanya, ‘Ya Allah, lembutkanlah hati anakku (sebut namanya), seperti mana Engkau lembutkan Nabi Daud akan besi.”

Kemudian hembuskan pada makanan dan minuman. Jika anak masih menyusu, hembuskan pada susu.

Rahsia 5 Doa & Amalan Zikir Khusus Untuk Anak Membesar Dengan Pintar & Soleh

3. Doa untuk menangani anak lasak dan nakal

IKLAN

Amalkan ayat 40 dari Surah Ibrahim yang bermaksud:

“Wahai Tuhanku, jadikanlah aku orang yang mendirikan solat, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhanku perkenankanlah doaku.”

Selepas solat lima waktu, amalkan doa dari Surah Al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:

“Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati kami, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang bertakwa.”

4. Doa supaya anak rajin kerjakan solat

Ibu bapa bolehlah amalkan membaca Surah Ibrahim ayat 40-41.

“Ya Allah Ya Tuhanku, jadikanlah aku dan anak-anak cucuku orang-orang yang tetap mendirikan solat. Ya Tuhan kami perkenankanlah doaku. Ya Tuhan kami beri ampunlah aku dan kedua ibu bapaku dan sekalian orang-orang mukmin pada hari terjadinya hisab )hari kiamat)

IKLAN

Doa ini bagus dibaca selepas solat, atau setiap kali teringatkan anak.

Amalkan membaca doa ini InsyaAllah anak-anak akan mengutamakan solat.

Rahsia 5 Doa & Amalan Zikir Khusus Untuk Anak Membesar Dengan Pintar & Soleh

5. Doa anak taat perintah Allah

Supaya anak taat perintah Allah boleh amalkan doa ini;

Surah Al-Baqarah ayat 128.

“Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami dan terimalah taubat kami ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang.

Amalkan dan bacalah doa ini setiap kali selepas solat.

Moga ikhtiar ibu bapa untuk menjadikan anak-anak kita semua insan yang baik budi pekertinya serta berjaya di dunia dan di akhirat akan dipermudahkan. Kita bertawakal selebihnya berserah pada Allah.

Sumber: celikalquran.com

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI