Anak amanah Allah buat ibu bapa. Allah kurniakan zuriat untuk beri satu tanggungjawab besar buat pasangan suami isteri memberi pendidikan sempurna dan memastikan anak-anak kita menjadi anak soleh.
Sikap anak-anak kita ini berdasarkan gambaran dari sikap ibu bapa. Jika contoh yang baik kita tunjukkan, maka baiklah anak kita. Jika sebaliknya mungkin ada kesilapan yang kita terlepas pandang.
Dalam cabaran dunia hari ini, dengan kecanggihan teknologi ia lagi membuatkan ibu bapa perlu lebih memberi perhatian dan sentiasa bersabar. Insya-Allah dengan niat yang baik, didikan dunia dan akhirat seimbang, anak kita pastinya menjadi individu berjaya.
1. Bangun pagi, peluk anak sekurangnya 3x dan usap kepalanya dan berselawat sambil berniat dalam hati (bergantung pada niat kita untuk anak)
2. Lembutkan hati anak
*hembus pada ubun-ubun, makanan dan pakaian
– Surah Al-Fatihah
– Surah Al-Hasyr (ayat 21-24)
– Surah Taha (ayat 1-5)
– Ayat Qursi
– Zikir Ya Latif
Ads
3. Setiap kali nak nasihat anak, baca 3 nama Allah dan hembus :
– Ya ‘Aziz
– Ya Jabbar
– Ya Mutakabbir
Ads
4. Doa khas agar keluarga jaga solat dan elok perangai. (Surah Ibrahim : ayat 40)
5. Sentuh lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil doa dan nyatakan harapan. Sebaiknya setiap malam dalam keadaan baru hendak tidur ketika otak sedang berehat dan lebih mendengar kata.
(Dipetik dari Buku Mendidik Anak Cara AlFateh)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah kita ketahui akan kebaikan air masak. Ibu ayah harus melatih anak-anak untuk minum air masak dan jadikan ia tabiat. Tidak dinafikan, anak-anak lebih suka minum air manis kerana banyak perisa yang sedap-sedap.
Ada beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh ibu ayah untuk menggalakkan anak-anak minum air masak. Di dalam laman Facebooknya, seorang ayah, Ahmad Luqman Bukhari telah berkongsi caranya melatih anak minum air kosong.
Dia ni payah benar saya nak suruh minum air, doktor. Tiap kali suruh minum air, mesti nak kena sampai berkejar-kejar keliling rumah!
Hihi. Nampak kelakar, tapi inilah antara masalah utama yang mak ayah adukan setiap kali saya berjumpa pesakit kanak-kanak.
Serius, memang mencabar nak mintak mereka ni minum air banyak. Tapi sebenarnya ada teknik yang kalian boleh buat dan ianya sangat berkesan nak selesaikan masalah ni.
Inilah juga yang saya selalu ceritakan pada mak ayah pesakit cilik saya:
1. Beri anak guna cawan yang dia orang paling suka. Kan sekarang ada banyak cawan dengan design kartun-kartun menarik. Mana anak yang minat cawan Upin Ipin, kalian belikan yang tu. Yang minat Frozen, belikanlah cawan yang ada gambar kartun tu.
Dan pastikan cawan tu letak dekat tempat anak-anak mudah capai sendiri. Jangan terkejut bila dia orang ni asyik nak minum air je kerjanya. Haha.
2. Sediakan botol air khusus untuk setiap anak. Ha, ini pun lebih kurang sama macam tips yang pertama tadi.
Carikan botol design nya seperti yang anak kalian minat. Paling bagus masa nak beli tu, bawaklah anak sekali dan suruh dia orang pilih sendiri. Sebelum beli tu, buatlah akujanji untuk dia orang minum air lebih banyak nanti. Hahaha.
Botol air tu penting kegunaannya semasa berada di luar rumah. Tak kiralah bila ke sekolah ke, keluar berjalan-jalan ke, balik kampung ke, isikan air siap-siap dalam botol tu setiap kali nak keluar. Kan jimat, dan tak perlu susah payah cari kedai nak beli air.
Boleh jugak tiap-tiap malam kalian penuhkan botol air dan letak kat bilik anak-anak. Tak perlu berperang suruh minum dah, botol air tu confirm akan kosong sendiri.
3. Sesekali, bagi mereka guna silly straw. Budak-budak memang suka dengan benda ni. Apa yang mereka nampak ialah mainan, tapi dalam masa sama kita dapat galakkan anak minum air dengan guna alat tu.
4. Ajar anak sediakan minuman dan hidangkan sendiri. Alah, anak perempuan kan suka sangat main masak-masak. Anak saya pun sama.
Kalian latih mereka untuk ambil air sendiri dari bekas air, kemudian hidangkan atas meja. Mesti dia orang excited sangat-sangat bila berjaya lakukan sendiri.
5. Dalam peti ais kat rumah tu, kalian sediakan satu bekas ice cube pelbagai bentuk. Nanti jarang-jarang sekali, letakkan ais kiub yang ada bentuk bintang ke, bentuk dolphin ke, bentuk love ke, dalam cawan anak. Memang melompat-lompatlah dia orang, punyalah gembira nak minum air nanti.
6. Buatkan mereka jus buah-buahan. Masa nak siapkan jus tu pula, kalian ajak mereka lakukan bersama. Banyak kebaikan bila kita berikan minuman jus buahan.
Selain ada mineral dan vitamin penting, ia juga kaya dengan serat buahan. Barulah nanti anak-anak bebas daripada masalah sembelit.
7. Akhir sekali, kalian sendiri sebenarnya yang kena berusaha untuk jadi model terbaik untuk anak-anak. Nak anak minum air masak banyak, kalian kena tunjukkan pada mereka yang kalian pun suka minum air masak.
Remember, young children learn by copying you
Kawan-kawan, set dalam minda kita, sebenarnya mudah saja nak latih anak minum air ni. Paling penting, kita timbulkan rasa seronok dalam diri mereka tiap kali nak minta minum air, barulah mereka akan lakukan sendiri dengan senang hati.
Kita pun tak akan lagi susah hati lagi. Hihi.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semua ibu bapa mengimpikan dikurniakan anak-anak yang soleh kan? Ini kerana ia adalah perkara yang paling membahagiakan hati setiap ibu bapa.
Cuba gambarkan wajah setiap seorang dari anak-anak anda yang akan mendoakan anda apabila anda meninggal dunia kelak? Yang akan memimpin tangan kita untuk masuk ke syurga.
Anak-anak kita adalah simpanan berharga untuk kita di akhirat.
Apabila tibanya saat kematian kita di mana segala pahala dari amalan kita terputus, merekalah yang dapat kita harapkan untuk menyambung pahala kita dan mendoakan kesejahteraan kita di alam kubur dan memohon keampunan Allah untuk kita.
Namun, keinginan tanpa usaha adalah sia-sia. Sudah menjadi lumrah, kita sebagai ibu bapa harus berkorban masa dan sepenuh tenaga dalam membentuk kehidupan anak-anak.
Berdoa termasuk usaha yang begitu dianjurkan, sebagaimana hadis Rasulullah SAW yang menyatakan, “Berdoa kepada Allah dan hendaklah kamu percaya bahawa Allah tidak memperkenankan doa daripada hati orang yang lalai dan lengah.” – Hadis ini diriwayatkan oleh Abu Hurairah
Berdoa untuk anak selepas azan dan iqamat juga pernah dilaksanakan oleh Rasulullah SAW.
Doa yang baik adalah amalan yang terpuji. Disamping itu, memberikan nama yang baik kepada anak juga termasuk sebahagian daripada doa.
Antara doa-doa yang ringkas tapi mustajab untuk diamalkan adalah:
“Ya Tuhan, berikan aku dari sisi Engkau, seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau maha mendengar doa.” (Surah Ali Imran, ayat 38)
“Ya Tuhan kami, anugerahkan kepada kami dan keturunan kami sebagai penenang hati kami, dan jadikan kami imam untuk orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-Furqan, ayat 74).
“Ya Tuhan, jadikanlah aku dan anak cucu aku orang-orang yang tetap mendirikan solat, ya Tuhan perkenankan doa aku”(Surah Ibrahim, ayat 74)
“Ya Tuhan kami, jadikan kami berdua orang yang tunduk dan patuh kepada Engkau dan jadikanlah diantara anak cucu kami yang tunduk kepada Engkau, dan tunjukkanlah kepada kami cara-cara dan tempat ibadah haji kami. Terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau yang maha menerima taubat lagi maha penyayang.” (Surah Al-Baqarah, ayat 128)
Semoga doa-doa diatas boleh menjadi rujukan kepada ibu bapa dalam memohon kepada Allah agar dikurniakan anak yang soleh dan beriman.
InsyaaAllah, dengan usaha yang keras, cara yang berhikmah dan selalu memohon doa serta pertolongan daripada Allah, kita akan berjaya.
Cabaran membesarkan anak hari ini memang banyak. Dengan pelbagai pengaruh media sosial dan persekitaran, ibu bapa harus lebih cakna dan tidak boleh serah bulat-bulat pada anak. Biarlah orang cakap kita tak percaya anak daripada kita menyesal kemudian hari.
Melalui perkongsian Dr Rozieta Shaary atau lebih dikenali sebagai Ibu Rose dalam Webinar Sayang Anak Ketat-Ketat anjuran Pa&Ma & Keluarga baru-baru ini, skil keibubapaan zaman dahulu tak boleh diaplikasikan semuanya dalam proses mendidik anak zaman sekarang.
Bagaimanapun, pengisiannya tetap sama dan perlu seperti menekankan soal adab, menghormati orang tua dan bercakap lemah lembut dengan ibu bapa. Ingat perkara ini tak boleh diabaikan ya!
Bukan itu sahaja, ibu bapa juga perlu memperbetulkan mind set bahawa anak kita hanyalah pinjaman daripada Allah. Amanah ini sangat besar untuk ibu bapa pikul. Selagi ada peluang, jaga dan sayangilah mereka sebaiknya.
Anak GURU ibu bapa
Menurut Ibu Rose lagi, anak cermin ibu ayah. Contohnya kalau kita marah anak sulung kita cuba perhatikan anak kita ada tak terikut-ikut sikap kita ketika memarahi adik-adiknya. Jika jawapannya YA ibu bapa kena perbetulkan diri.
Ibu bapa perlu faham kehadiran anak sebagai pinjaman sementara di dunia. Dia jugalah GURU kita. Contoh masa bujang kita nak bangun pukul berapa pun tak kisah. Nak makan apa pun tak kisah tapi bila ada anak, automatik kita terus fikirkan anak dulu.
Sebab itulah hadirnya anak dalam kehidupan suami isteri beri keinsafan pada kita dan dia GURU yang dihantar oleh Allah. Penting untuk ibu bapa tahu ilmu untuk perkembangan anak. Bila kita faham psiko sosial anak, baru lebih mudah dan kita tak salahkan anak semata-mata.
Sayang anak ada caranya
Sementara itu, dalam situasi lain pula, ada ibu bapa yang tak boleh terima orang tegur anaknya. Memang semua ibu bapa sayang anak-anaknya. Tapi jika teguran itu untuk kebaikan apa salahnya.
Maksud sayang anak ketat-ketat bukan anak buat silap kita pejamkan mata tetapi perlu sedia terima teguran, sama-sama cari penyelesaian sebab kita sayangnya tanpa syarat. Manusia biasa, buat kesilapan tu semua orang akan lakukan.
Kalau sikit-sikit kita back up anak, itu yang jadi ‘Anakku Sazali’ . Anak perlu faham dia perlu ada sikap tanggungjawab.
Bila kita tegur atau hukum biar berpatutan, jangan sebab kita nak lepaskan kemarahan semata-mata.
Selain itu, dalam bab memberi hukuman pada anak, ibu bapa perlu beritahu peraturan awal-awal. Bukan selepas kita marah atau hukum baru beritahu kesilapannya. Hukuman sepatutnya perlu diketahui sebelum anak buat salah. Bila mereka lakukan juga, mereka akan tahu apa hukuman yang akan mereka dapat.
Nak dengar penjelasan lebih lanjut Ibu Rose dan beberapa lagi panel boleh tonton video di bawah ini:
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!