Rahsia Masak Sambal Nasi Lemak Padu, Kena Tumis Lama-Lama, Sedapnya Lain Macam!

Share

Tanpa sambal, nasi lemak jadi hambar. Namun bagaimana menyediakan sambal terbaik?Resipi yang dikongsikan Pn Rusfaniza Abu Yazid ini memang power.

Patutlah mendapatkan perkongsian yang tinggi di facebook. Selain ditumis hingga garing, tempoh yang agak lama juga membantu kesedapan nasi lemaknya. Jom ikuti langkahnya.


Sambal nasi lemak cara kami.

Bahan asas untuk sambal

2 biji bawang besar
Cili kering 1 genggam lebih kurang (ikut pedas cili)
Belacan sikit ja, ikut suka tak nk letak pun boleh
Asam keping 3-4 keping
Gula & garam

Minyak panas tumiskan bawang yang dah bland dengan sedikit belacan.

Bawang dah garing masukkan cili kering bland, masukkan gula 3 sudu makan, garam 1 sudu kecik, saya suka sambal manis-manis, dan asam keping,(selalunya guna gula melaka, tak dak gula putih ja laa)

Pecah minyak, cili dah garing masukkan ikan bilis, masak sambal kena sabaq nooo.

Okay siap lepas 3 jam api perlahan.

IKLAN