Anak kita yang sedang membesar, lebih-lebih lagi dikala usia dua tahun sememangnya sedap pesat berkembang. Di usia ini anak memang terlebih aktif, malah otak mereka ligat berfikir. Jadi jangan dibiarkan tenaga mereka dibiarkan begitu sahaja.

Bantu anak kembangkan mindanya dan maksimakan tenaganya ke arah lebih baik, bukan hanya menatap skrin sahaja. Menurut Lin Talib, rajin-rajinkanlah membantu anak menyalurkan tenaganya ke arah yang tepat. Bantu anak kita berkembang.

Rajin-Rajinlah Bawa Anak Ke Padang, Biar Anak Maksimakan Tenaganya, Bantu Anak Berkembang!


PRELEARNING 2 TAHUN: MAKSIMAKAN TENAGA ANAK

Sebelum ni kita ada sentuh berkenaan dengan rutin, jadi ibu bapa semua sudah boleh buat jadual dan latih anak ikut rutin bersama anda ya! Untuk #prelearningsharing episod 2 ini, kita akan fokuskan kepada penyaluran tenaga anak.

Anak-anak seusia ini sudah mula aktif dan sifat ingin tahu (exploration) juga sangat tinggi! Jadi, peranan kita sebagai ibu bapa perlu memberi galakan serta meletakkan jurang pemisah antara perkara yang baik dengan yang buruk.

Perkara ini perlu diulang-ulang sampailah anak sendiri faham dan boleh lakukan sesuatu perkara tanpa perlu disuruh. Namun begitu, ibu bapa perlu peka juga tentang saluran tenaga anak atau energy investment.

Rajin-Rajinlah Bawa Anak Ke Padang, Biar Anak Maksimakan Tenaganya, Bantu Anak Berkembang!

Kenapa energy investment?
Apabila tenaga anak digunakan dengan maksima ke medium yang betul, perkembangan anak baik fizikal atau mental juga akan meningkat!

IKLAN

Malah tidur malam mereka jauh lebih nyenyak serta badan juga sihat! Namun, bilakah waktu terbaik untuk energy investment ini?

Biasanya, salurkan tenaga anak pada waktu pagi dan juga waktu petang. Sebaik saja bangun pagi, beri mereka sarapan dan ajak lakukan aktiviti yang aktif. Sambil beraktiviti sambil kita boleh suntik elemen pembelajaran di dalam aktiviti.

Waktu pagi adalah waktu otak masih cergas dan segar, maka manfaatkan cuaca baik waktu pagi untuk kukuhkan kekuatan dan perkembangan motor sambil bina kognitif anak-anak.

Waktu petang adalah waktu paling terbaik untuk kita MAKSIMUMkan aktiviti fizikal. Buatlah apa saja. Berlari, melompat, main bola, berenang tak kisah apapun asalkan anak aktif dan berpeluh.

Kenapa ya? Ini sangat penting untuk memastikan anak tidur awal dan dapat rehat yang cukup. Anak-anak yang tidak dapat rehat dan tidur yang cukup akan mudah tantrum, perkembangan juga akan terbantut.

Untuk pastikan anak aktif, please please kurangkan waktu skrin anak ya. Limitkan 2 jam sahaja sehari. Sebenarnya tak perlu lihat skrin pun tak apa.

IKLAN

Usia ini perlu banyak aktiviti sensorimotor bagi menambah vocabulary perkataan, serta pemahaman mereka terhadap kehidupan.

Rajin-rajinlah bawa anak ke padang, beri mereka sentuh daun semalu, bau bunga, pijak rumput dan pasir, dan biar mereka merasa terik panas serta sejuknya basah hujan.

Rajin-Rajinlah Bawa Anak Ke Padang, Biar Anak Maksimakan Tenaganya, Bantu Anak Berkembang!

Semua ini membantu dari sudut memenuhi keperluan sensorimotor mereka. Apabila keperluan asas ini dipenuhi, InsyaAllah anak lebih mudah bercakap, menulis, dan banyak lagi perkara yang memeranjatkan anda sendiri!

Jika tiada masa, luangkan mana-mana masa yang ada ya. Usah risau anak lambat atau cepat, yang perlu dirisau jika kurangnya masa kita bersama anak.

IKLAN

Anak yang berkembang baik bukan anak yang banyak A, tapi anak yang sentiasa mendapat sentuhan kasih sayang ibu bapa. InsyaAllah, moga Allah jadikan anak-anak kita sihat, bijak, soleh solehah serta menjadi mujahid mujahidah agama ya!

Ticer Lin Talib
Jawatan ibu memang memenatkan, namun cukup menguntungkan dunia akhirat.

Menarik: Betul Ke Cara Nak Pakaikan Lampin Pada Bayi. Jom Baca Untuk Ketahui

Rajin-Rajinlah Bawa Anak Ke Padang, Biar Anak Maksimakan Tenaganya, Bantu Anak Berkembang!

KELAS ONLINE BREASTFEEDING PERCUMA dengan daftar Pa&Ma BF VIP Eksklusif member! Hanya RM20 sahaja. Daftar https://toko.ideaktiv.com/product/pama-bf-vip-eksklusif/

Mama jom rileks jap, klik link NI!

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI