Rakyat Lega! Kadar Tol Tidak Naik Tahun Ini

Share

Kerajaan Malaysia bersetuju untuk menangguhkan kenaikan kadar tol di 10 lebuh raya utama bagi tahun ini, sebagai langkah proaktif untuk memastikan rakyat terus menikmati kadar tol sedia ada tanpa sebarang beban tambahan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan tersebut dibuat meskipun pelarasan kadar tol sepatutnya berlaku mengikut perjanjian konsesi yang telah ditetapkan. Dalam satu pengumuman rasmi pada hari Rabu, beliau menjelaskan bahawa kerajaan akan menanggung kos melebihi RM500 juta

sebagai hasil daripada penangguhan tersebut.

“Susulan penangguhan ini, kerajaan akan menanggung kos melebihi RM500 juta,” ujar Perdana Menteri.

Antara lebuh raya yang terlibat dalam penangguhan ini termasuklah:

  • Lebuhraya Senai-Desaru (SDE)

  • Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2)

  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)

  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB)

  • Lebuhraya KL–Putrajaya (MEX)

Datuk Seri Anwar turut menyatakan bahawa langkah ini membuktikan komitmen kerajaan dalam membantu meringankan beban kos sara hidup rakyat, terutamanya dalam menghadapi cabaran ekonomi semasa yang semakin mencabar.

“Langkah ini adalah bukti kerajaan prihatin dan komited terhadap kebajikan rakyat,” katanya.

Penangguhan kenaikan tol ini dijangka mendapat reaksi positif daripada pengguna lebuh raya yang sebelum ini bimbang terhadap peningkatan kos perjalanan harian mereka.

Published by
Noel