
Selain pemakanan, pengalaman pembelajaran awal memainkan peranan penting dalam perkembangan kanak-kanak. Tahun-tahun pertama ibarat helaian kosong di mana setiap pengalaman, setiap tawa, setiap aktiviti di tadika atau prasekolah menjadi warna yang mencorakkan masa depan mereka.
Inisiatif menyokong ibu bapa pada fasa awal ini bukan sekadar membantu anak belajar, tetapi memberi mereka permulaan yang lebih yakin sebelum melangkah ke sekolah kebangsaan.
Otak Anak Belajar Paling Cepat Di Usia Awal
Di tadika, anak bukan sekadar belajar membaca atau mengira. Mereka belajar berfikir, bertanya dan mencuba pelbagai perkara baharu. Aktiviti ringkas seperti melukis, bermain blok, atau menyanyi bersama membantu membina sambungan otak yang penting.
Dari sinilah keyakinan diri mula tumbuh biarpun secara perlahan tetapi kukuh dan konsisten, umpama anak pokok yang disiram setiap hari.
Belajar Berkawan, Belajar Memahami
Pembelajaran awal juga membantu anak mengurus emosi. Mereka belajar berkongsi, menunggu giliran, dan memahami bahawa dunia bukan hanya milik mereka seorang. Kemahiran sosial ini membuatkan mereka lebih bersedia, lebih berani, dan kurang cemas apabila tiba hari pertama di sekolah rendah nanti.
Rutin Kecil, Membentuk Disiplin Besar
Bangun pagi, duduk dalam kumpulan atau mengikut arahan guru, semua ini membina rutin harian. Anak yang biasa dengan struktur ini biasanya lebih mudah menyesuaikan diri. Tak perlu drama panjang setiap pagi, ibu pun boleh tarik nafas lega. Lama-kelamaan ia akan membina satu tabiat yang membuatkan anak lebih berdikari dan mempunyai disiplin.
Realiti Yang Perlu Kita Sedari
Namun begitu, kira-kira 24% kanak-kanak di Malaysia masih belum mencapai tahap kesediaan untuk memasuki sekolah rendah. Data ini menunjukkan betapa pentingnya sokongan kepada pembelajaran awal supaya lebih ramai anak dapat melangkah ke sekolah dengan yakin dan bersedia.
*World Bank. (2024). MALAYSIA ECONOMIC MONITOR Bending Bamboo Shoots: Strengthening Foundational Skills Public Disclosure Authorized (p. 74).
Usaha Bersama Untuk Permulaan Yang Lebih Kukuh
Bagi menyokong kepentingan pembelajaran awal ini, Dutch Lady turut menggalakkan ibu bapa menyertai inisiatif MyTabung Minda Cergas. Inisiatif ini diwujudkan untuk membantu menyediakan asas pendidikan awal yang lebih kukuh untuk kanak-kanak Malaysia.
Apa Itu MyTabung Minda Cergas?
MyTabung Minda Cergas ialah dana pendidikan yang menyokong akses ke prasekolah, terutamanya untuk keluarga yang kurang bernasib baik. Dutch Lady memperuntukkan sehingga RM1 juta bagi membantu 200 keluarga, dengan setiap penerima menerima RM5,000. Dana ini bertujuan memastikan setiap kanak-kanak bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah dengan keyakinan yang lebih tinggi.
Dutch Lady & Misi Membina Minda Cergas
Dutch Lady percaya setiap kanak-kanak Malaysia berhak mendapat permulaan yang kuat. Untuk membina asas yang kuat dalam diri seorang kanak-kanak, ia bermula di prasekolah atau tadika di mana mereka belajar kemahiran asas untuk berkembang. Dengan sokongan nutrisi yang betul, pembelajaran awal menjadi lebih bermakna.
Antara manfaat utama Susu-Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Dutch Lady:
Susu Tepung Rumusan Untuk Kanak-kanak Dutch Lady 123/456/6+ memainkan peranan penting dalam membekalkan nutrien yang diperlukan.
*Berbanding formulasi susu tepung kanak-kanak sebelumnya (Tahun 2009).
Melangkah Lebih Jauh Demi Anak-Anak
Selama bertahun-tahun, Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-kanak Dutch Lady telah menjadi rakan dipercayai dalam memupuk minda muda. Kini,
Usaha ini bukan sekadar kempen tetapi satu langkah untuk memberdayakan keluarga, membuka pintu kepada permulaan yang lebih cerah dan masa depan yang lebih kukuh.
Macam Mana Nak Sertai MyTabung MindaCergas?
Tak susah pun, hanya perlu beli Susu Tepung Rumusan untuk Kanak-Kanak Dutch Lady 123/456/6+/MaxGro bernilai RM40.
Dah beli tu, bolehlah imbas kod QR dan hantar bukti pembelian. Yang best, anda berpeluang untuk memenangi dana Pendidikan sehingga RM1,000,000!
Halaman Kempen: https://www.dutchlady.com.my/kidsnutrition/promotions/mytabungmindacergas2026
Untuk maklumat lanjut, ibu ayah boleh layari: https://www.dutchlady.com.my/product-overview/kids-nutrition/
Bila pengalaman pembelajaran awal digabungkan dengan nutrisi yang baik, anak bukan saja bersedia malah lebih yakin untuk melangkah jauh.