Ramai Kanak-Kanak Alami Brain Rot, 7 Tanda Ni Wajib Tahu, No 2 Paling Kerap!

Share

Setiap ibu mesti nak bagi yang terbaik untuk anak. Tapi bila suruh belajar, anak cepat bosan tak sampai lima minit dah hilang minat.
Kadang-kadang kita pun risau, “Kenapa ya dia susah nak fokus macam dulu?”

Sebenarnya, ini antara tanda awal yang dipanggil brain rot keadaan bila otak anak terlalu biasa dengan hiburan cepat sampai aktiviti belajar terasa berat dan membosankan.

Kalau Mommy nak tahu lebih lanjut dan baca perkongsian penuh,
boleh ikuti tulisan di Facebook Hana Shahadan.

Mommy perasan tak, anak-anak sekarang susah duduk diam, cepat bosan, cepat marah, cepat hilang sabar.

Baru 5 minit buat kerja sekolah, dah gelisah.


Baca buku 2 muka surat, terus menguap.

Tapi bila buka TikTok atau game, mata tak berkelip, macam dunia lain tengah tarik jiwa mereka.

Itulah yang orang panggil “brain rot.”

Bukan istilah pelik, tapi keadaan bila otak anak terlalu biasa dengan hiburan cepat, rangsangan laju, sampai otak dah tak mampu fokus pada benda realiti yang perlahan.

Dan sedihnya,

ramai ibu ayah tak sedar pun tanda-tandanya.

7 Tanda Anak Sedang Alami Brain Rot:

1️⃣ Susah Fokus Pada Apa-Apa Yang Tak Ada Skrin

Suruh buat latihan 10 minit pun dia gelisah.
Tapi game 2 jam boleh, tak penat langsung.

2️⃣ Minta Hiburan Berterusan (Perlu “stimulus” setiap masa)

Jalan 5 minit: “Bosan.”
Tunggu makanan 2 minit: “Boring, nak phone.”

3️⃣ Sukar Tenang & Cepat Marah

Bila rangsangan otak terlalu laju, anak jadi cepat triggered bila dunia tak ikut “kelajuan” yang dia biasa.

4️⃣ Kurang Imaginasi & Tak Tahu Main Sendiri

Dulu boleh cipta cerita dengan anak patung.
Sekarang, bila tak ada skrin: “Tak tahu nak main apa.”

5️⃣ Habit ‘Scroll’ Tanpa Fikir

Scroll, scroll, scroll… sampai lupa dunia.
Otak dah ketagih maklumat cepat, bukan berkualiti.

6️⃣ Susah Tidur (mind overactive)

Badan penat, tapi otak masih ligat, sebab sebelum tidur, otaknya “dipanaskan” dengan video laju.

7️⃣ Hilang Minat Pada Aktiviti Fizikal & Dunia Sebenar

Taman permainan kalah dengan iPad.
Main basikal kalah dengan YouTube.
Realiti kalah dengan virtual.

.

Kenapa Ini Bahaya?

Sebab anak kecil sepatutnya belajar dunia melalui:

– sentuhan
– bunyi semula jadi
– bergerak
– berimaginasi
– berkomunikasi

Tapi bila otak dah “terbakar perlahan-lahan” oleh kadar hiburan yang melampau,
anak hilang kemampuan paling penting dalam hidup:

kemampuan untuk fokus, sabar dan berfikir.

.

Apa Mommy Boleh Buat?:

✔️ Kurangkan hiburan laju (TikTok, YouTube Shorts). Ganti dengan konten perlahan & mendidik.

✔️ Buat “slow time” setiap hari. 15 minit tanpa skrin. baca buku, lego, mewarna.

✔️ Ajak anak grounding, sentuh bumi & bergerak. Alam mampu sembuhkan overstimulated brain.

✔️ Create “family no-phone hour”. Makan sama-sama tanpa skrin.

✔️ Tonton dan main sama-sama. Biar kita tahu apa yang masuk dalam otak dia.

.

Ibu ayah,

anak kita bukan rosak, otak mereka cuma terlalu penat hidup dalam dunia yang laju.

Tugas kitalah untuk tarik mereka balik perlahan-lahan ke dunia sebenar…

dunia yang ada bau rumput,
bunyi gelak kita,
dan kasih yang tak boleh diganti oleh mana-mana skrin.

Sumber: Hana Shahadan

Published by
Nor Yusoff