Wanita dari tulang rusuk lelaki. Sifat tulang rusuk ni mudah patah. Begitulah hati wanita ni sangat halus, mudah sangat nak terguris. Jangan samakan hati suami dengan isteri. Hati lelaki tak sama sama dengan perempuan. Orang laki lebih cepat memaafkan berbanding wanita sebab lelaki lebih banyak rasional berbanding emosi.
SUAMI JANGAN BIARKAN ISTERI TANPA DIPUJUK.
Isteri lebih banyak melayani emosi, jangan marah pada isteri, sebab Allah sudah jadikan fitrah wanita begitu.
Ads
Cuba kita tengok orang perempuan bila bersembang suka laga pipi, berpelukan sesama mereka, dan perkara ni kalau jadi kat kaum lelaki orang akan pandang jelek.
Ads
Jadi bila isteri tu merajuk, jangan kita biarkan dia tersadai dengan emosinya sendirian, dia perlu dibelai, perlu dipujuk, say sorry to her, peluklah dia. Orang perempuan kebanyakannya suka dipeluk.
Tak rugi peluk isteri, hormon Oxytocin isteri akan bertambah, dia akan jadi orang yang sangat happy bersuamikan kita. Bukan itu sahaja, bila isteri happy, ia mengundang rahmat Allah. Bila rahmat Allah datang, bertambah lagi keberkatan dalam kehidupan suami in shaa Allah
Kunyit baik untuk kesihatan, ini memang sudah terbukti oleh kajian saintifik yang dijalankan terhadapnya.
Namun, adakah ia boleh digunakan untuk menghalang kemaraan wabak virus novel korona (COVID-19) yang tidak menunjukkan tanda-tanda ingin berhenti menular?
Walaupun jumlah mereka yang berjangkit telah melebihi 75,000 individu, namun pihak berkuasa China boleh menarik nafas lega berikutan 23,000 daripada pesakit wabak tersebut telah disahkan sembuh. Walau bagaimanapun ia tidak bermakna langkah pencegahan tidak perlu diambil.
Jika tiada usaha yang diteruskan untuk membendung wabak ini, jumlah mereka yang dijangkiti akan terus meningkat bersama dengan jumlah kematian.
Kunyit telah diuar-uarkan di sebuah pusat pengajian di Indonesia sebagai salah satu herba yang boleh melawan jangkitan wabak virus novel korona. Adakah ia benar? Baca artikel ini untuk penjelasan selanjutnya.
Betul ke kunyit boleh cegah virus novel korona?
Kunyit hidup
Kunyit hidup bukanlah satu bahan masakan yang asing lagi. Namun, jika dikaitkan dengan wabak virus novel korona yang melanda, jawapannya sama dengan sayur kangkung yang dikatakan boleh mengubati wabak tersebut. Tiada kajian yang menunjukkan bahawa ia berkebolehan untuk berbuat demikian.
Jadi bagaimana boleh timbulnya ura-ura ini? Berita berkenaan dengan kebolehan kunyit ini tersebar berikutan penyelidikan yang dilakukan oleh pensyarah biologi molekular dan biokimia Chaerul Anwar Nidom di Universiti Airlangga (UNAIR).
Setakat ini, tiada dapatan yang telah dikeluarkan secara rasmi dan menurut Nidom, persoalan wabak tersebut mungkin tidak akan terjawab memandangkan kajian beliau berlangsung sebelum wabak virus tersebut menular.
Namun begitu, ini tidak bermakna herba tersebut tidak boleh menghalang jangkitan virus novel korona daripada berlaku. Terdapat banyak khasiat kunyit hidup yang pernah disahkan oleh kajian-kajian saintifik sebelum ini.
Antaranya adalah kunyit berupaya untuk menangkis fenomena ribut sitokin yang sering berlaku pada mereka yang dijangkiti oleh virus. Ribut sitokin adalah keadaan di mana tindak balas sistem pertahanan badan terhadap penceroboh seperti bakteria dan virus berlaku pada paras yang sangat tinggi.
Penghasilan bahan kimia tersebut boleh menyebabkan proses keradangan berlaku di serata tempat dan menghalang tisu dan organ seperti paru-paru berfungsi dengan betul. Perkara ini bukan sahaja boleh menyebabkan simptom yang teruk, malah kematian.
Kebolehan kunyit hidup dalam menghalang perkara ini berlaku telah pun dibuktikan melalui kajian yang dijalankan pada tahun 2014. Dapatan kajian tersebut menunjukkan kunyit boleh menghalang penghasilan sitokin IL-6 dan IL-10 yang menjadi kunci kepada proses keradangan.
Ia juga merupakan bahan yang mempunyai fungsi antiviral yang sangat luas di samping selamat untuk diambil pada dos yang tinggi.
Khasiat kunyit untuk kesihatan manusia
Herba
Kunyit mengandungi bahan yang dikenali sebagai kurkumin. Ia memberikan warna kuning kepada kunyit dan merupakan komponen bioaktif utama dalam memberikan kesan positif terhadap proses fisiologi di dalam badan.
Kebanyakan herba seperti kunyit hidup, temulawak dan halia yang mengandungi kurkumin tumbuh di rantau Asia Tenggara dan Asia Selatan. Di negara-negara Eropah, kunyit sering digunakan untuk mewarnai kain dan produk pakaian manakala di Asia pula, kegunaan herba tersebut lebih tertumpu sebagai bahan masakan.
Selain daripada menjadi bahan penting untuk resepi masakan tertentu, kunyit mempunyai kebaikannya yang tersendiri daripada sudut kesihatan. Kurkumin yang terkandung di dalam kunyit mempunyai keupayaan untuk mencegah pelbagai jenis penyakit termasuklah kanser.
Kebanyakan ahli akademik giat melakukan kajian makanan herba terhadap risiko untuk mendapat kanser. Bukan sahaja kurkumin berkesan dalam merencat pertumbuhan sel kanser, ia juga boleh menghalang pembentukan salur darah baharu yang membekalkan nutrisi kepada sel tumor.
Kajian yang dijalankan di Universiti Illinois, Chicago pada tahun 2011 telah menunjukkan bahawa bahan bioaktif yang terdapat pada kunyit boleh menghalang pertumbuhan kanser kolorektal.
Jika bahan yang mengandungi kurkumin diambil sebanyak 4 gram sehari, kadar penurunan risiko kanser usus besar meningkat kepada 40%. Ia merupakan satu langkah pencegahan yang mudah terutamanya bagi orang Asia memandangkan kunyit sering digunakan dalam masakan.
Kunyit juga berupaya untuk menggalakkan pertumbuhan sel saraf baharu bagi mengelakkan berlakunya masalah degeneratif otak seperti penyakit Alzheimer. Pengambilannya pada kadar saranan boleh mempengaruhi kekuatan memori.
Kunyit boleh halang penyebaran virus korona?
Kunyit
Tiada kajian yang menunjukkan, secara objektifnya, kunyit berupaya untuk menghalang penyebaran virus. Namun, itu tidak bermakna ia tidak boleh menghalang berlakunya jangkitan terhadap individu yang mengambilnya secara kerap.
Kekuatan sistem pertahanan badan memainkan peranan penting dalam menghalang berlakunya jangkitan. Terdapat banyak herba yang mampu memperkukuhkan fungsi sistem imun individu. Ini termasuklah kayu manis, teh hijau dan kunyit.
Setakat ini, pelbagai jenis kajian telah menunjukkan kurkumin berupaya untuk menghalang berlakunya jangkitan oleh virus hepatitis, virus Zika dan virus influenza. Namun, pemberian kepada pesakit bagi merawat atau menghalang berlakunya jangkitan tanpa penjelasan saintifik yang kukuh dianggap tidak beretika.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menggalakkan setiap individu untuk mencuci tangan menggunakan air dan sabun sebagai langkah utama bagi membasmi wabak virus novel korona.
Langkah lain yang boleh diambil adalah seperti berikut:
-Pakai topeng muka sekiranya anda sakit dan perlu keluar ke kawasan awam
-Amalkan etika bersin/ batuk yang betul
-Jangan mengambil makanan eksotik seperti daging ular, kelawar ataupun tenggiling
-Jika anda mengalami simptom seperti batuk, selesema dan demam, segeralah berjumpa dengan doktor untuk pengesahan
Mungkin ada yang beranggapan bahawa kunyit dapat melindungi individu daripada wabak virus novel korona. Namun masih tiada lagi bukti saintifik yang menunjukkan ia mampu berbuat sedemikian.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak-anak dalam fasa membesar sememangnya lasak. Akal pun panjang. Ada saja idea nak bermain yang pelik-pelik. Sebenarnya anak yang banyak akal dan lasak ni, bijak orangnya. Mereka cuba mentafsirkan imaginasi mereka kepada sesuatu yang lebih realistik.
Sebab itulah, sofa boleh jadi kubu. Periuk belanga ibu boleh jadi set drum. Batang penyapu jadi gitar. Dalam bilik air pula, mereka buat buih. Habis satu botol sabun dituang ke lantai! Eh, macam-macam lagi lah idea bernas tu. Tak kira lagi yang main alat solek si ibu atau dituangnya bedak penuh satu bilik. Conteng dinding, koyak kertas.
Tidak salah kalau ditegur anak-anak ini, tetapi janganlah sampai diherdik marah. Apa yang mereka buat, menunjukkan otak mereka berkembang dengan baik. Menurut pemilik akaun Facebook, Mohd Fhais, ibu ayah yang tidak boleh menerima bahawa anak kecil memang nakal dan lasak, sebenarnya belum merdeka. Sebab apa belum merdekka? Kerana mereka ini masih mahu menjajah hidup anak-anak dengan memaksa anak berkelakuan baik mengikut citarasa sendiri.
Mak ayah kalau tak boleh terima bahawa budak kecil memang nakal dan lasak maknanya mak ayah tu belum merdeka lagi.
Lagipun kenakalan dan kelasakan anak-anak ni bukti bahawa perkembangan fizikal dan minda mereka pada tahap yang baik.
Sebab apa belum merdeka?
Sebabnya mak ayah masih lagi mahu menjajah hidup anak-anak dengan memaksa anak berkelakuan baik mengikut citarasa mak ayah sendiri.
Sedangkan setiap anak kecil perlu di beri kebebasan untuk meneroka dan mempelajari survival skil sendiri.
Memang ada masanya cara anak kita meneroka dan belajar ni agak kasar dan ganas sedikit.
Mereka panjat tempat tinggi, mereka guling tak kena tempat, mereka main 24 jam, mereka melompat sesuka hati dan mereka berlari tanpa risau tersadung.
Ini la fitrah jadi budak kecil. Ini memang Learning Method yang Allah dah sediakan khas buat kanak-kanak bawah 6 tahun.
Mereka tak boleh belajar dengan membaca, menulis dan menghafal. Tapi mereka belajar melalui pengalaman, Experience Based Learning. Lagi banyak pengalaman mereka, lagi banyak la mereka belajar.
Apa kita kena buat?
Kita pantau, pantau dan pantau mereka membesar. Supaya mereka jauh dari perkara yang tak baik dan keselamatan mereka terjaga.
Percayalah selagi mak ayah tak boleh terima rumah tak cantik dan bersepah selagi itu la mak ayah tak akan jadi mak ayah yang merdeka.
Akan selalu rasa stress, rasa marah dan rasa tak tenang sebab duk ulang ulang runsingkan benda yang sama.
Ubah mindset mak ayah.
Rumah tak kemas tu tanda anak sihat. Kalau anak tak sihat dia tak akan lasak. Sebab nak jadi lasak ni tulang dan otot badan kena kuat.
Kalau anak tak sihat dia tak akan boleh melompat, memanjat dan berguling sana sini. Tu bukti dia tahu apa fungsi tubuh badan dia.
Kalau anak tak sihat dia tak akan boleh buat kita marah dan geram sebab nak buat kita geram ni dia kena panjang akal dulu, kalau minda tak cerdik mana mungkin akal boleh panjang. Betul tak?
Makin lasak anak kita, makin bijak otak dia akan jadi. Serius!
Jom jadi mak ayah yang merdeka!
Wallahu A’lam,
Mohd Fhais Rumah cantik pun tak bermakna kalau minda anak-anak tak cantik.
Biarkan anak-anak explore apa yang mereka mahu. Selagi tidak melampaui batas, biarkan mereka bebas untuk belajar sesuatu yang baharu. Anak-anak yang selalu ‘ditahan’ dari melakukan sesuatu akan membesar sebagai penakut dan tidak kreatif. Benar, kalau nak ditahan sabar tu agak payah tapi tak salah kalau kita mencuba kan?
Stok sayur atau lauk basah yang selalu jadi keutamaan ibu-ibu. Bukan apa jika nak masak semua keperluan dah ada lagi senang. Tak adalah bila nak masak baru nak keluar beli barang dapur.
Tambah lagi dengan keadaan wabak Covid, nak keluar acapkali pergi pasar atau pasar raya pun risau. Jadi sebagai memudahkan ibu-ibu menyediakan makanan, panduan menyimpan sayur dan lauk basah dikongsikan oleh Cik Puan Lily.
Sebenarnya dah ramai yang berkongsi tip untuk mengekalkan sayur atau lauk basah sentiasa segar. Ada yang membalut sayur-sayuran dengan kertas atau tisu sebelum disimpan dalam peti. Sementara bagi lauk mentah pula simpan dalam bekas serta macam-macam cara lagilah.
Kali ni idea Cik Puan Lily adalah menggunakan plastik zip lock dan membungkus dengan tuala kecil. Istimewanya lagi kesegaran sayur dan lauk basah tahan berbulan-bulan. Idea yang bijak!
Sebenarnya sayur-sayur dalam gambar ni semua dah berbulan pun. Tapi masih segar. Beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengekalkan sayur supaya sentiasa segar dan tahan lama.
Letak kain kering dalam plastic zip lock. (Tuala good morning senang). Kalau rajin potong-potong sayur tu lagi bagus. Jangan basuh lagi. (Sis is malas).
Lepastu, nak tindan-tindan ke, nak perosok-perosok ke dalam esbok tu terpulang. Sangat jimat ruang.
Ikan, daging, ayam pun sis buat macam ni cuma tak ada letak kain. Kat rumah ni lagi la segala jenis mat neka ikan sungai ada. Ikan sungai kan payah nak dapat. Nak kena simpan dalam waktu yang lama buat stok. Ikan sebelum musim banjir pun ade lagi tu ha. Masih segar dan manis.
P/s: kain tu nampak buruk sebab dah bertahun guna. Lepas itu, plastik zip lock tu dah banyak kali basuh dan jemur sebab tu nampak macam buruk.
Semoga bermanfaat!
Sumber : Cik Puan Lily
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Pa&Ma dengan kerjasama 9 bulan 10 hari nak bagi webinar PERCUMA tanda terima kasih atas sokongan follower semua selama ini.
Webinar ‘Aku Tak Takut Beranak’ menampilkan barisan speaker-speaker hebat dan berpengalaman dalam bidang keibubapaan seperti Ustaz Don, Ustaz Kazim Elias, Dato’ Dr Fazley Yaakob, Dr Rizal Abu Bakar, Dr Maiza Tusimin dan Dr Afida Sohana.
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone.
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...