Cuti sekolah dah bermula! Bukan anak-anak saja yang teruja bahkan mama papa juga pasti sudah merancang apa aktiviti yang mahu dibuat sempena cuti sekolah kali ini. Selain pulang ke kampung, boleh juga bonding time bersama anak-anak di destinasi percutian yang menyeronokkan.
Tahukah mama papa, GL Play by Gamuda Land merupakan pilihan terbaik untuk bawa anak-anak begembira sempena cuti sekolah. Memang seronok kerana di sana bukan hanya ada satu tarikan, tetapi enam! Semuanya mempunyai keistimewaan tersendiri yang pastinya memberi pengalaman baru kepada seisi keluarga.
CABAR DIRI DI GAMUDA COVE, KUALA LANGAT!
1. Discovery Park
Di GL Play by Gamuda Land, banyak tarikan yang best untuk bergembira bersama anak-anak. Salah satunya adalah Discovery Park di Gamuda Cove, Kuala Langat yang bakal membuatkan adrenalin mengalir laju!
Sahut cabaran di Goosebumps Rope Course yang mempunyai 57 elemen memanjat untuk dewasa dengan ketinggian 16m manakala 11 elemen untuk kanak-kanak yang pastinya mencabar keberanian anda. Sesuai untuk anda yang sukakan cabaran, paling penting dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang diyakini.
2. Cove Aerobar
Cove Aerobar pula sesuai untuk anda yang mahukan kelainan ketika menikmat juadah istimewa di sini. Berkonsepkan food-tainment, anda dan keluarga boleh melihat keseluruhan pembangunan di Gamuda Cove dari ketinggian 35m!
3. Safari Insta-Tour Ride di Paya Indah Discovery Wetlands
Sesuai sungguh untuk mama papa yang ada anak-anak kecil. Bawa anak mengenali alam semulajadi di sini. Rakamkan kenangan terindah di tiga lokasi menarik iaitu Bamboo Trail, Tasik Sendayan dan Rumah Melayu.
Seronoknya mengelilingi ketiga-tiga lokasi ini dengan perjalanan dua hala dengan trak safari yang ada di sini. Paling penting, perjalanan melawat kesemua lokasi menarik ini diiringi renjer taman hidupan liar yang akan berkongsi pelbagai info berkaitan alam semulajadi.
Ads
4. SplashMania
Jom, main air di SplashMania dengan tarikan kapal lanun terbesar serta dengan jumlah 39 jenis gelongsor dan tarikan air di sini!
Anak-anak pasti teruja bermain di Treasure Tower, gelongsor berwarna-warni dan baldi air yang menanti pengunjungnya untuk dibasahkan! Selain itu, anda sekeluaga juga dapat menikmati masa terbaik di Mini Mania. Antara tarikan lain di sini andalah Mini Monsta, Tiny Twista dan Ravage River.
Yang syoknya, anda boleh mengelilingi kawasan tema air ini melalui sungai dengan 8 checkpoint yang berbeza yang pastinya menjanjikan pengalaman hebat!
Untuk mama papa yang masih mencari-cari destinasi percutian terbaik untuk seisi keluarga bolehlah dapatkan harga promosi hanya RM79 untuk dewasa manakala untuk kanak-kanak dan warga emas hanyalah RM63 termasuk foto digital tanpa had. Promosi sah sehingga 31 Mac 2023.
BERSANTAI DENGAN FAMILI DI GAMUDA GARDENS, RAWANG!
Ads
1. Xploria
Ada beberapa tarikan di sini yang sesuai buat anda sekeluarga untuk bersantai. Ajaklah anak-anak untuk menikmati pemandangan di sini dengan menaiki Donut Boat Ride. Anak-anak pasti teruja berada di dalam bot berbentuk donat sambil merakam gambar kenangan seisi keluarga.
Syoknya dapat main basikal dalam air kan? Untuk anda yang mahukan kelainan, bolehlah berbasikal di tasik apabila berkunjung ke Xploria. Satu pengalaman berbeza yang menarik! Bukan itu saja, anak-anak boleh bergembira bermain go-kart di Crazy Kart yang dipantau oleh staf di sana untuk keselamatan.
2. Big Bucket Splash
Untuk mama papa yang mahu bermain air dengan anak-anak bolehlah ke Big Bucket Splash. Merupakan taman permainan air yang pastinya memberikan pengalaman berbeza ketika berada di sini.
Ads
Kedudukan strategik di Gamuda Gardens yang bertemakan hutan hujan dengan keluasan 1,000 kaki persegi dengan pelbagai tarikan seperti papan gelongsor, kolam, baldi hujan dan banyak lagi. Tambah menarik, anda juga boleh mengadakan majlis istimewa atau parti di sini.
BERSERONOK ‘BONDING TIME’ DI TWENTYFIVE7, GAMUDA KEMUNING!
Sesuai sangat anda sekeluarga meluangkan masa bersama-sama di Quayside, twentyfive7 ini. Kalau nak relaks, ayuh cuba Flamingo Pedal Boat! Comel sungguh bot Flamingo berwarna merah jambu ni, dah tentu anak-anak perempuan sukakannya. Bersantai dengan bot ini mengelilingi kawasan tasik.
Tak cukup sekadar mengayuh bot di sekitar tasik, anda boleh mencuba Waterfront Superfly. Sesuai untuk pengunjung yang suka cabaran melibatkan ketinggian, memang best! Anda dapat merentasi kawasan Quayside dan melihat keindahan pemandangan di sini. Dapat mencabar diri sambil melihat pemandangan indah di kawasan sekitar. Syoknya!
Bukan itu saja, anda boleh dapatkan tiket melalui promosi Pembelian dengan Pembelian – Dapatkan tiket SplashMania dan anda akan mendapat 50 peratus potongan harga untuk tarikan lain di GL PLAY.
Kelahiran secara indius adalah salah satu jalan yang boleh diambil bagi mengatasi komplikasi yang berlaku. Ia selalunya digeruni para ibu. Banyaklah kisah yang akan dikongsikan oleh ibu yang dapat merasai pengalaman diindius semasa melahirkan. Selain kelahiran melalui pembedahan, indius juga antara perkara yang sebaiknya mahu dielakkan oleh kebanyakan wanita.
Menurut Dr Siti Esah Bahari, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan KPJ Selangor Specialist Hospital, indius ialah proses memulakan proses bersalin dengan menggunakan ubat-ubatan atau cara mekanikal.
Doktor anda akan menyarankan induksi jika didapati risiko menunggu proses kelahiran secara semulajadi melebihi risiko prosedur indius itu sendiri.
6 SEBAB PERLU INDIUS
Antara keadaan yang memerlukan indius ialah:
#1: Overdue
Ia melibatkan kehamilan melebihi tarikh jangkaan bersalin iaitu melebihi 41 minggu. Ia dilakukan untuk mengelakkan bayi lemas.
Overdue boleh menyebabkan uri menjadi kurang berkesan atau kurang efektif dalam menyampaikan nutrisi kepada bayi dan dengan itu menambahkan risiko kepada bayi termasuk lemas dan kematian .
#2: Pecah air ketuban
Jika air ketuban anda pecah dan proses bersalin tidak bermula dengan sendiri anda mungkin perlu diinduis.
Indius akan dimulakan sebagai langkah untuk mempercepatkan kelahiran dalam masa 24 jam. Hal ini sangat mustahak untuk mengelakkan berlakunya jangkitan kepada bayi dan ibu.
Walaubagaimanapun jika usia kehamilan kurang daripada 34 minggu, indius mungkin tidak akan dilakukan kecuali ada masaalah obstetrik lain (misalnya infeksi atau masalah bayi atau masalah ibu).
Dalam keadaan ini ibu akan diberikan ubat-ubatan untuk meneruskan kehamilan dan steroid untuk mematangkan paru-paru bayi.
#3: Ibu berpenyakit
Preeklampsia adalah keadaan serius yang boleh membahayakan ibu dan bayi. Ia memerlukan pesakit diindius awal bergantung pada tahap keseriusan.
Selain praeklampsia, penyakit kronik misalnya darah tinggi, diabetes dan penyakit buah pinggang juga adalah antara penyakit yang memerlukan kelahiran secara indius.
#4: Masalah bayi
Bayi dalam kandungan yang mengalami pertumbuhan terencat, kurang pergerakan atau air ketuban yang semakin kurang memerlukan indius.
Walaubagaimanapun jika keadaan bayi terlalu terencat dan berkemungkinan lemas indius tidak disarankan. Sebaliknya pembedahan caesarean adalah cara paling selamat untuk bayi.
#5: Pendarahan
Ibu mengalami pendarahan atau antepartum haemorrhage yang serius atau teruk.
Indius kelahiran tidak sepatutnya digalakkan atas permintaan sosial. Walaubagaimanapun dalam keadaan tertentu misalnya permintaan daripada pasangan disebabkan pasangan akan keluar negara, mahu bayi lahir pada tarikh tertentu dan sebagainya induis mungkin boleh dipertimbangkan dengan syarat pasangan memahami risiko indius.
BERSALIN INDIUS LEBIH SAKIT
Anda perlu tahu kelahiran secara indius lebih menyakitkan daripada kelahiran yang tercetus secara spontan. Ia akan berlaku secara cepat dan tidak berperingkat. Kekerapan, ketegangan dan ritma kontraksi meningkat dengan pantas.
Ia berbeza dengan kelahiran semula jadi. Dengan ini, proses kelahiran akan lebih pendek. Anda perlu tahu dan menjangkakan keadaan ini serta bersedia daripada segi fizikal dan mental untuk menghadapinya.
Jom sertai komuniti ibu Pa&Ma Moms To Be. Anda boleh ikuti forum, ajukan soalan-soalan kepada doktor dan menggunakan pelbagai tools di sini. Sign up di https://momstobe.majalahpama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Susah hati dibuatnya bila anak-anak asyik tak sihat. Sekejap demam, kemudian batuk dan selesema pula. Suplemen sudah diberi, pemakanan anak juga kita jaga sebaiknya tetapi anak tetap mudah dijangkiti penyakit. Di mana salahnya?
Sudah menjadi lumrah anak yang sedang membesar, mereka suka explore macam-macam. Semua benda mahu dibuat main. Tiada salahnya kerana itu menunjukkan anak-anak berkembang dengan baik tetapi bermain dalam persekitaran yang kotor atau pengudaraan yang tidak bersih boleh membuatkan anak jatuh sakit.
Jangan halang anak untuk mengembangkan potensi mereka. Biarkan mereka bermain mengikut keselesaan tetapi kita perlu memastikan persekitaran anak-anak lebih bersih dan selamat. Perhatikan sekerap mana kita bersihkan rumah.
Debu halus atau hama yang terperangkap pada karpet, langsir, tilam dan di celahan perabot dalam rumah sukar dilihat dengan mata kasar. Apabila si manja bermain, ia boleh menyebabkan mereka mendapat batuk dan selesema. Lebih teruk apabila ia diikuti dengan demam dan boleh mengganggu pernafasan mereka.
APA NAK BUAT?
Kemas Rumah Lebih Kerap
Apabila menyentuh soal kebersihan rumah, bukan sekadar menyapu atau vakum sahaja. Mempunyai anak kecil di rumah memerlukan kita ekstra rajin untuk mengelap permukaan perabot dan mengemop lantai. Gunakan cecair pembersih yang diformulasikan untuk membasmi kuman dan bakteria. Selain itu, kita juga perlu lebih kerap membasuh karpet, langsir, cadar, selimut dan sarung bantal yang digunakan.
Gunakan Penapis Udara
Biarpun harganya agak mahal, tetapi penggunaan penapis udara sangat membantu. Ia dapat menapis udara yang kotor dan membantu untuk mengekalkan persekitaran yang lebih bersih dalam rumah. Penapis udara mempunyai indikasi yang dapat menunjukkan sama ada udara di dalam rumah bersih atau kotor jadi ibu ayah akan lebih peka tentang keselesaan anak-anak di dalam rumah.
Mandikan Anak
Salah satu inisiatif yang boleh ibu ayah lakukan adalah dengan memandikan anak dengan kerap. Apabila sudah banyak bermain, ia akan membuatkan anak berpeluh dan menyebabkan mereka merasa kurang selesa. Keadaan ini juga jika dibiarkan kerap berlaku boleh menyebabkan sistem imuniti anak terjejas. Jika khuatir anak mengalami iritasi kulit, carilah gel mandian dan syampu organik yang tidak merengsakan.
Dapatkan ‘Bantuan Khas’
Lindungi anak-anak dengan aromaterapi! Dengan gabungan minyak pati organik dan haruman menenangkan, pasti dapat membantu mengekalkan kesihatan anak.
Jenama yang diyakini, NARINAR terbukti selamat dengan ujian makmal serta mudah digunakan. Selain digunakan untuk urutan dan mandian atau diffuser, minyak pati NARINAR telah diadun secara selamat untuk kegunaan seisi keluarga. Menariknya terdapat banyak haruman mengikut fungsi yang boleh dipilih.
Antaranya seperti lemon, oren, kulit kayu manis, daun teh, lavender, bunga ros, gam arab dan banyak lagi.
Dipilih sebagai salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma 2020, Aroma Diffuser NARINAR dapat mengubah ruang keluarga menjadi lebih sihat, segar dan menenangkan.
Dengan rekaan menarik bermotifkan kayu, bukan saja tampak elegan ia juga sesuai diletakkan di mana-mana. Lebih menarik lagi, ia turut boleh diletakkan di dalam kereta. Untuk dekorasi tampak cantik boleh pilih Nanion Diffuser atau Mobile (MODI) Diffuser untuk ruang yang lebih kecil seperti di dalam kereta.
Untuk maklumat lanjut tentang produk dan pakej menarik produk ini, boleh klik NARINAR
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mana Ada Diet Nak Elak Plasenta Previa, Ini Perkara Penting Ibu Hamil Kena Tahu
Placenta previa boleh menyebabkan risiko pendarahan semasa hamil dan juga ketika proses kelahiran. Ada beberapa situasi yang menyebabkan ibu-ibu hamil dengan kes placenta previa perlu berwaspada.
Menurut Dr Amirul Amzar, plasenta previa ialah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin. Beliau juga turut memberikan reaksi kepada penyebaran info yang mengatakan ada diet tertentu yang boleh mengelakkan plasenta previa ini.
Makin mengarut ajaran doula ekstremis ni. Hari tu kata ada diet untuk elakkan Caesarean. Sekarang ada diet untuk elakkan Placenta Previa pulak!
Saya cari punya cari, tak ada pulak jurnal yang membuktikan informasi ini. Saya tanya pakar perbidanan dan pakar pemakanan pun tak ada jugak makanan untuk elak Placenta Previa. Mana lah doula ni belajar. Lepas tu ajar pada pada orang awam, orang awam pun percaya bulat-bulat.
APA ITU PLACENTA PREVIA?
Placenta previa adalah satu keadaan di mana uri terletak di bahagian bawah rahim dan menghalang laluan untuk bersalin.
Biasanya ia didiagnos selepas 28 minggu kehamilan kerana sebelum itu, uri yang rendah masih ada potensi naik ke atas.
Placenta previa ni ada beberapa jenis. Ada yang masih boleh bersalin normal, ada yang memang kena Caesarean.
PLACENTA PREVIA BOLEH MENYEBABKAN PENDARAHAN TERUK
Placenta previa juga mendedahkan ibu pada risiko pendarahan yang teruk. Kalau berdarah, sekejap je darah dalam badan si ibu boleh kering. Sebab itu ia perlu pemantauan rapat oleh pakar.
1. Sejarah placenta previa pada kandungan sebelumnya.
2. Sejarah pembedahan melibatkan dinding rahim seperti Caesarean atau pembuangan fibroid (myomectomy).
3. Sejarah kandungan ramai, terutama jarak antara kandungan rapat-rapat
4. Merokok.
5. Menggunakan kokain sewaktu mengandung.
6. Sejarah pencucian rahim oleh sebab keguguran (dilation and currettage).
7. Kandungan kembar, kerana uri yang lebih besar.
8. Posisi bayi tidak normal seperti songsang atau melintang.
Tak ada lagi makanan yang menyebabkan placenta previa dan tak ada lagi makanan yang boleh membantu dalam rawatan placenta previa.
Jadi, hati-hati bila dengar informasi kesihatan dari doula ekstremis. Kalau dengar, double confirm kesahihan dengan doktor merawat. Takut bayar beratus-ratus, dapat informasi pulak mengarut-ngarut.
Doula hanya peneman. Doula tak ada kelayakan beri nasihat perubatan.
*Doula bukan bidan
*Doula bukan doktor
*Doula bukan pakar pemakanan
*Doula juga bukan farmasis.
Bila Anak Ada Minat, Tugas Kita Adalah Menyokong”: Inspirasi Dari Dunia Taekwondo Si Cilik
Pernah tak kita sebagai ibu bapa terhenti sejenak dan bertanya, “Apa sebenarnya...