Lepas bersalin, ramai mama terkejut tengok segumpal rambut gugur waktu sikat atau mandi. Sampai penuh lantai bilik air! Jangan panik, mama. Ini sebenarnya normal dan ada sebabnya.
Ads
Menurut pakar, hormon estrogen yang tinggi masa hamil bantu rambut jadi lebat. Tapi lepas bersalin, hormon tu turun mendadak – lalu fasa ‘telogen effluvium’ pun bermula. Hasilnya, rambut gugur lebih banyak dari biasa.
Ads
Tapi jangan risau, ini 5 cara yang boleh bantu mama:
Urut kulit kepala – Gunakan minyak kelapa dara atau minyak zaitun. Urutan bantu lancarkan peredaran darah dan rangsang pertumbuhan rambut baharu.
Pemakanan seimbang – Pastikan cukup zat besi, protein & vitamin seperti Biotin dan Zinc. Banyakkan sayur hijau, telur dan kekacang.
Pilih syampu yang sesuai – Cari yang bebas sulfat dan mengandungi bahan semula jadi seperti argan atau rosemary oil.
Elak stress berlebihan – Mama kerja & jaga anak memang penat, tapi cari masa rehat walau sekejap. Stress boleh buat rambut gugur lebih teruk.
Ambil suplemen jika perlu – Boleh cuba suplemen khas untuk rambut selepas bersalin, tapi pastikan rujuk dulu doktor ya.
Kebanyakan kes akan pulih sendiri dalam 6–12 bulan. Tapi jika rambut makin menipis teruk atau berlarutan, elok jumpa pakar kulit kepala atau dermatologis.
Ads
Mama, jangan risau. Ini fasa sementara. Yang penting, jaga diri dan jangan lupa bahawa rambut boleh gugur, tapi keyakinan mama tetap kena kekal. Mama jaga anak, tapi mak kena jaga diri sendiri dulu. Ingat ini okay!✨
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Amalan pemakanan yang tidak sihat boleh menyebabkan anak susah makan. Jom ketahui cara yang boleh dilakukan untuk mengatasi masalah tabiat makanan anak ini!
Tabiat pengambilan makanan anak
Memastikan anak mendapat makanan berkhasiat dan seimbang sudah menjadi 1 kemestian buat mereka yang bergelar ibu bapa.
Dalam masa yang sama, sebagai ibu bapa, amat penting untuk anda memahami tabiat pengambilan makanan anak.
Ini kerana apabila anda mengetahui isyarat bahawa mereka sudah kenyang, ini sekali gus dapat mengelakkan amalan pemakanan yang tidak sihat seperti makan secara paksa. Sebaiknya, biarkan anak makan mengikut selera mereka.
Mulakan dengan menawarkan makanan dalam saiz hidangan yang lebih kecil dan menambahnya jika mereka meminta.
Namun tidak dinafikan ada parents yang mungkin berdepan beberapa isu berkaitan amalan pemakanan yang tidak sihat. Jangan bimbang, ada cara untuk mengatasinya.
Amalan pemakanan yang tidak sihat & cara mengatasinya
Bercakap mengenai tabiat pemakanan tidak sihat, ia boleh melibatkan tabiat makanan anak yang cerewet makan.
Pastinya ibu susah hati apabila anak sering menolak semasa diberikan makanan yang bukan menjadi kegemaran mereka.
#1. Makan makanan tertentu
Untuk mengatasi amalan pemakanan yang tidak sihat ini, antara cara boleh dicuba adalah:
Tawarkan finger food
Sediakan makanan dalam potongan kecil yang memudahkan mereka untuk makan dengan sendiri.
Menjadi contoh
Sebagai ibu bapa berikan contoh terbaik dengan memakan pelbagai jenis makanan. Anda juga harus elak daripada memberikan komen mengenai makanan yang disukai atau tidak.
Saiz hidangan
Untuk makanan anak yang digemari, letakkan dalam jumlah kecil. Jangan lupa untuk turut menyertakan sekali makanan lain yang anda mahu perkenalkan kepada si kecil.
Terus tawarkan makanan baharu tetapi jangan memaksa
Dengan pendedahan berulang, kebanyakan anak dipercayai akan mencuba makanan baharu.
Jika tidak, jangan terus memaksa.
Percayalah lama kelamaan seiring dengan peningkatan usia, akan berlaku perubahan dalam tabiat pemakanan anak.
#2. Tidak makan sayur-sayuran
Anak tidak mahu makan sayur-sayuran adalah masalah yang paling biasa untuk terjadi. Apa kata ibu cuba strategi ini:
Pelbagai warna
Siapa kata sayuran hanya perlu berwarna hijau dan berdaun?
Ibu, jadilah kreatif dengan menyediakan pelbagai sayuran berwarna dan bentuk seperti jagung, labu, lobak merah, bunga kubis, tomato dan cendawan butang.
Tambahkan dalam sos atau makanan
Anda juga boleh mencampurkan sayuran dalam sos atau makanan yang akan disediakan kepada anak.
Sebagai contoh, kisar lobak merah dan cincang cendawan butang untuk dimasukkan ke dalam sos spageti bersama campuran ayam atau daging.
#3. Enggan mengunyah
Mungkin kedengaran agak pelik. Tetapi ia antara amalan pemakanan yang tidak sihat boleh terjadi pada si kecil.
Untuk mengatasi keadaan ini:
Pantau keadaan anak
Ini untuk memastikan mereka mempunyai kemahiran motor yang diperlukan untuk mengunyah.
Perubahan tekstur
Adakalanya anak mungkin sudah terbiasa untuk terus menelan apabila sering diberikan makanan seperti bubur.
Jadi secara beransur-ansur, lakukan perubahan pada tekstur makanan mereka.
#4. Mengambil masa lama untuk makan dan menyimpan makanan dalam mulut (rumination)
Kaedah yang boleh dicuba untuk mengatasi keadaan ini:
Tiada kemahiran
Si kecil mungkin tidak mempunyai kemahiran motor untuk mengendalikan makanan yang diberi.
Jadi ibu boleh cuba untuk membantu dengan menyediakan makanan dalam saiz dan potongan yang kecil.
Kurangkan gangguan
Kadang-kala tabiat makanan anak berlaku apabila terdapat banyak gangguan persekitaran. Jadi sebaiknya, apabila tiba waktu makan, minimumkan segala gangguan daripada televisyen,barang permainan dan pastikan anak duduk dengan sebaiknya.
#5. Memilih makanan sendiri
Ia satu keadaan biasa apabila anak kecil yang berusia 18 bulan ke atas ingin lebih berdikari, termasuklah dalam aspek pemilihan makanan.
Atasinya dengan:
Berikan pilihan kepada anak
Contohnya sama ada ingin makan nasi atau pasta. Elakkan daripada memberikan soalan terbuka, seperti, “Apa yang awak ingin makan?”
Tegas dalam membuat keputusan
Dalam mengatasi isu berkaitan tabiat pemakanan yang tidak sihat ini, anda perlu tegas dalam setiap perkara.
Pastikan setiap ahli keluarga lain seperti pasangan mahupun datuk atau nenek turut melakukan perkara yang sama.
Ini kerana jika anda tidak konsisten mungkin sukar untuk mengatasi masalah ini.
Kesimpulannya
Berdepan keadaan anak sukar makan atau memilih dalam aspek pemakanan adalah satu cabaran buat ibu bapa.
Walaupun ia boleh menimbulkan kerisauan, namun percayalah ia adalah keadaan normal yang dialami oleh kebanyakan ibu bapa lain dan seiring peredaran masa, ia akan selesai dengan sendiri.
Tetapi jika tabiat makanan anak mendatangkan kebimbangan, berbincanglah dengan pakar pediatrik untuk penyelesaian yang lebih baik.
Dah masuk hujung tahun ni, biasanya mama papa pasti buat persediaan anak-anak masuk ke sekolah. Apa yang patut kita nak buat supaya anak-anak tak kekok dan teruja nak ke sekolah?
Jom ikuti perkongsian ilmu bermanfaat dari Dr Tengku Putri Zainab Ab Malek (Pakar Perunding Pediatrik), Pn Nurul Sheriena Musa (Konsultan Perkembangan Kanak-kanak & Terapis Cara Kerja) serta sharing dari selebriti Yana Samsudin bagaimana dia melatih anaknya untuk belajar tiga bahasa. Daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/tip-a-z-anak-ready-ke-sekolah/
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergiaan si anak tanpa tanda-tanda membuatkan ayahnya merindui saat-saat ketika bersama. Siapa sangka dalam anak yang dipeluk cium hari ini esoknya sudah tiada. Sebaknya membaca catatan bapa ini.
Bapa ini reda perginya anak keduanya, Muhammad Adam Haadif. Pemergian secara mengejut membuatkan jiwa si ayah cukup hiba dan tersentuh tatkala teringat kembali kenangan selama setahun setengah bersama anak kecil itu.
Catatan yang sarat dengan rasa kerinduan dan kenangan ini boleh membuatkan sesiapa sahaja yang membacanya tersentuh dan menitiskan air mata…
Seminggu sebelum pemergian, Adam nampak ceria & makan banyak.
Semua itu ayah tak lagi rasa. Ayah rindu, belum puas bermain dengan kamu.
Ayah angkat & cium kamu, wangi sangat walau pun belum sempat dimandikan pagi itu.
Atuk belum tahu pemergian kamu. Kamu pula cucu yang selalu dia sebut-sebut…
Ibu tak makan secubit pun dari pagi, temankan Adam di saat-saat akhir
Atuk tanya bila Adam nak balik. Hari ini Adam balik dalam keadaan tak bernyawa…
Walau pun terkejut, syukur Allah dah aturkan yang terbaik
Terima kasih Allah bagi peluang menjaga amanah yang comel ini. Semoga Allah tidak meluputkan kenangan kita bersama
Kamu berkongsi tarikh pemergian dengan 3 tokoh Islam yang hebat
Suasana rumah sunyi sepi tanpa tangisan & gelak tawamu. Sungguh ayah rindu. Bermainlah di taman syurga putera kesayanganku…
Semua ibu idamkan anaknya jadi manusia yang bijak pandai. Tentu sahaja ada amalan yang kita mesti buat dalam usaha mendidik anak menjadi anak yang bijak.
Selain memberikan rangsangan positif, menyediakan peralatan belajar yang terbaik dan memberi anak makanan berkhasiat yang baik untuk otak, ibu ayah juga mesti sentiasa berdoa kepada Tuhan untuk membantu usaha mendidik anak yang bijak.
Ada pelbagai doa yang boleh kita amalkan tapi tak salah kalau kita ikut amalan doa yang sudah sekian lama dipraktiskan oleh seorang ibu ini. Atas keizinan dari Allah, hajatnya untuk mendapat anak yang bijak dimakbulkan oleh Allah asbab dia istiqomah mengamalkan doa tersebut.
Amalan tersebut diceritakan kepada adiknya Pengiran M. Nizam Rahman yang kemudian mengambil inisiatif untuk berkongsi amalan tersebut kepada semua ibu ayah di laman facebook beliau. Semoga ilmu yang beliau sebarkan ini memberi manfaat kepada semua dan dia diberikan ganjaran pahala oleh Allah SWT. InsyaAllah…
Hajat pada anak…
Aku ada seorang kakak. Akak aku ni biasa-biasa je tapi Alhamdulillah anak-anak dia bijak bijak. Selalu terima anugerah kat sekolah.
Pagi tadi dia reveal satu petua. Sangat simple. Cuma tinggal rajin ke tak rajin je nak buat. Kau malas memang tak kemana laa.
Caranya:
Setiap pagi kau baca ayat ke 82 surah Yaasiiin. “INNAMA AMRUHU IZA ARA DA SHAI AN AYYAQUULALAHU KUN FAYA KUUUN”
*Ni aku galakkan kau baca yang jawi ye. Supaya sebutan tak lari.
Bila sampai part “KUN” (berhenti sekejap dan niatkan dalam hati kau apa sahaja hajat kau untuk anak kau. Nak cerdik ke nak pandai ke nak apa sahaja). Kemudian baru sambung “FAYA KUUN”.
Lepas tu kau tiup la atas ubun-ubun anak kau. Buat setiap pagi. Insya Allah.
Kalau kau rasa tips ni bermanfaat, silakan tekan butang share tu ya. Mudah-mudahan kita sama-sama dapat pahala amal. Aameeen.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Uyaina Arshad selamat bersalin anak ketiga apabila pengacara dan pelakon popular itu dikurniakan seorang bayi lelaki yang sihat, sekali gus menamatkan debaran selepas melalui...