Rapat sangat Ney Ney dengan daddynya, sampai daddy terpaksa buat macam ni. Comel lah aksi Ney Ney ni!
Nedim Nazri, suami Nora kena terpaksa keluar senyap-senyap meninggalkan rumah! Rupanya ini semua ada kaitan dengan anak kesayangan mereka, Ney Ney.
Daddy terpaksa meninggal teddy bear daddy (Ney Ney) di rumah. Perlu keluar senyap-senyap. Sebab setiap kali daddy masuk ke dalam kereta, Ney Ney akan menangis.. I love you Bear
Takut untuk berpisah atau seperation anxiety ini biasanya bermula seawal 6 atau 7 bulan dan berlarutan apabila si kecil berusia 10 hingga 18 bulan dan seterusnya 2 tahun.
Bayi yang lebih kecil daripada 4 hingga 6 bulan biasanya akan lebih mudah menyesuaikan diri dengan orang yang menjaganya, asalkan keperluannya dipenuhi. Bayi pada umur 4 antara 7 bulan akan mengembangkan rasa “keabadian objek” atau permanence object.
Mereka menyedari bahawa ibu bapa ada walaupun mereka tidak dapat melihat. Bayi belajar bahawa ketika mereka tidak dapat melihat mama atau papa, itu bermakna mereka telah pergi. Mereka tidak memahami konsep masa, jadi mereka tidak tahu yang mama akan kembali dan boleh menjadi kecewa dengan ketiadaannya. Sama ada ibu berada di dapur, di bilik tidur seterusnya atau di pejabat, semuanya sama bagi mereka yang mungkin menangis sehingga mama kembali.
Anak-anak antara umur 8 bulan dan 1 tahun berkembang menjadi anak-anak yang lebih bebas, namun lebih tidak pasti tentang dipisahkan dari ibu bapa. Ini adalah apabila kegelisahan pemisahan berkembang, dan kanak-kanak mungkin menjadi gelisah dan kecewa apabila seorang ibu bapa cuba meninggalkan mereka.
Apa pun, mama dan papa perlulah mengambil ketakutan ini dari sudut positif. Ini juga menunjukkan bonding antara anda dan bayi telah berjaya mewujudkan kelekatan (attachment) yang positif dan mereka akan faham bahawa anda akan kembali.
Dalam membesarkan anak-anak yang masih kecil, macam-macam perangai yang mama papa kena hadap. Itu semua asam garam menjadi ibu bapa. Salah satunya nak mandikan anak-anak. Ada yang suka sangat main air, ada pula sampai besar pun kalau suruh mandi punyalah liat.
Menurut Uswatun Hasanah Mohd Habib, Konsultan Tangisan Bayi, ada 6 sebab anak-anak kecil yang berusia 0-2 tahun takut mandi. Hal ini dikongsikan oleh beliau menerusi laman facebook Baby Language.
Ramai ibu hairan, bukankah bayi manusia telah hidup selama 9 bulan di dalam air? Jadi mengapa ada bayi yang takut mandi?. Di dalam rahim, bayi duduk dengan kedua tangan dan lutut yang rapat ke abdomen/perut serta kepalanya tunduk ke dada. Posisi ini membuat bayi merasa bagai berpeluk selama 9 bulan. Posisi ini juga menghalang kedua tangan bayi dari menggapai-gapai.
Ramai bayi ‘infant’ (0-3 bulan) yang super sensitif dengan posisi yang membuatkan tangannya menggapai di udara: ia buat bayi merasa bagai di tolak dari suatu tempat yang tinggi (free falling position) dan ketakutan kerana posisi itu asing bagi mereka.
Telangkupkan badan bayi di lengan anda atau tiarapkan bayi di dalam tab mandinya (tahan kepalanya dengan lengan) untuk posisi yang lebih di gemarinya.
Ramai orang hanya bercakap soal suhu air mandi bayi. Bagaimana dengan suhu bilik mandi? Suhu bilik ketika menyiapkan bayi untuk mandi (atau selepas mandi)? Serta suhu tangan orang yang memegang bayi ketika badannya tak berpakaian?
Tahukah anda, bayi 0-8 minggu mempunyai ‘total thermal immaturity’? Ia bermaksud bayi tidak mampu seimbangkan suhu badan dan sangat sukar untuk badan bayi kekalkan suhu asasnya ke 37-37.5 °C.
YA, BACA BETUL-BETUL. 37-37.5 °C ya. BUKAN 27-27.5 °C.
Hanya sekitar usia 18 -24 bulan nanti baru bayi tahu selaraskan suhu badannya secara semulajadi.(Climakid: Dr Candice Ostrowka)
Ini sebabnya mengapa keseluruhan proses mandi sejak: buka baju pegang bayi tak berbaju masuk dalam air lap badan pakai baju: boleh jadi satu acara paling sukar untuk bayi bertahan dengan suhu.
Berapa ramai ibu yang sedar setiap usia anak ada masa berjaga maksimum yang mereka boleh tahan sebelum kembali mengantuk? Misalnya:
Bawah 1 bulan: minimum (beberapa minit-puluh minit)
1 bulan: 30-45 minit
2 bulan: 45 minit – 1 jam 15 minit
3 bulan: 1 jam 15 minit – 1 jam 30 minit
4-6 bulan: ~ 2 jam
7 bulan -12 bulan: ~ 3 jam
12 bulan- 18 bulan : ~3-4 jam
Lihat masa berjaga bayi kecil yang sangat singkat. Bayi mungkin sudah keletihan dan mahu tidur ketika anda baru mahu memandikannya akibat telah mengguna masa sebelum ini untuk menyusu, bermain atau menukar lampinnya.
Saya yakin ramai ibu dapat faham bila saya sebut amat biasa anak kecil menjerit takut bila acara potong rambut, potong kuku, korek telinga dan melihat orang menggunakan vacuum cleaner, kan? Begitulah juga dengan acara mandi buat sebahagian anak.
Mengapa? Kerana semua benda di sekeliling anak kecil adalah benda baharu dan otak mereka pula masih lemah dalam bab ‘reasoning’ (memikir alasan di sebalik sesuatu).
Air yang mengalir masuk ke dalam mata, sabun yang terasa licin di badan, perasaan macam tak boleh bernafas bila air masuk hidung, bunyi air menyimbah jatuh ke lantai, rambut dan badannya di sental dan keadaan bilik air:..ini semua boleh jadi punca anak takut.
Anak lihat , anak dengar, anak bau , anak dapat rasa sesuatu dari keseluruhan acara mandi TAPI, dia tak dapat faham apa yang terjadi.
Ini selalunya terjadi buat anak yang ‘sudah ada fikirannya sendiri’ iaitu yang berusia setahun ke atas. Anak yang dahulunya tak takut mandi,pun tiba-tiba boleh jadi penakut. Kenapa? Baik, ingat lagi ketika anda di tipu bulat-bulat dahulu bahawa jika tertelan biji rambutan maka nanti pokok rambutan akan tumbuh dari atas kepala anda? Terus anda ‘blacklist’ semua biji buah, bukan?
Itu berlaku di zaman anda ‘tidak tahu apa’…
Jika anda menonton cerita, anda tahu itu semua rekaan. Namun tidak bagi anak kecil. Bunyi pam tandas di ikuti dengan air mangkuk tandas yang menghilang benar-benar buat anak rasa dia boleh di sedut hilang dari mangkuk tandas.
Anak mungkin rasa paip air boleh pecah dan tiba-tiba berlaku banjir yang akan lemaskan dia seperti mana yang dia lihat di dalam cerita. Atau di sebalik saluran air keluar itu ada badut menakutkan atau labah-labah gergasi yang menunggu untuk menerkamnya.
Seawal 4-5 bulan, anak sudah dapat mengagak rutin biasa kehidupan. Ini berikutan berlakunya perkembangan mental dunia kejadian (usia 19 minggu) dan dunia hubungan (usia 26 minggu).
Misalnya, selepas mandi di awal pagi, ibu akan menghantar saya ke rumah pengasuh. Maka, anak mungkin akan sengaja bikin drama waktu mandi di awal pagi untuk sabotaj perjalanan rutin.
Hal ini makin meneruk bila anak mahir hal autonomi (kuasa) sekitar usianya 15 bulan iaitu bila berlaku perkembangan mental dunia prinsip. Inilah usia anda lihat anak menjadi baby bos dan tentukan apa yang dia mahu.
Misalnya: anak hulurkan kasut yang dia nak pakai kepada anda atau anak serta merta bertindak tutup pintu bilik untuk halang anda keluar. Maka, jika selepas acara mandi bermaksud masuk tidur, mungkin itu yang buat anak tak gembira dengan mandi.
Tahukah anda bayi yang sering tersenyum menunjukkan bahawa perkembangan sosialnya positif. Bagi ibu bapa melihat bayi semakin membesar pasti mengembirakan anda sebagai ibu bapa. Dengan pelbagai keletah baru yang ditunjukkan sesuai dengan perkembangannya cukup mencuit hati.
Tapi anda perasan tak sejak bila anak anda mula pandai senyum? Sebenarnya setiap bayi berbeza dan ada yang dah mula memberi senyuman pertama semasa dalam pantang lagi.
Namun, tahukah ibu di sebalik senyum si kecil ada beberapa fakta menarik. Antaranya adalah:
Dalam minggu-minggu pertama kehidupannya, bayi perempuan tersenyum spontan dua kali lebih banyak daripada bayi lelaki.Ketika tersenyum, kadar kelajuan denyut jantungnya menurun. Ini membuktikan, tersenyum adalah salah satu cara relaksasi.
Beberapa kajian menyatakan bayi yang kurang mendapat stimulasi, khususnya stimulasi sosial, akan lebih susah dan jarang tersenyum dibandingkan dengan bayi yang dibesarkan dalam keluarga yang harmoni dan penuh kasih sayang.
Senyum diiringi mata yang terbuka lebar merupakan hasil dari proses yang terjadi di sebelah otak kanan bayi. Senyum ini ditujukan kepada orang-orang yang dikenalnya secara dekat.
Sedangkan senyum yang diiringi pandangan mata sekejap ditujukan pada orang yang tidak biasa bagi bayi dan ini adalah hasil proses yang terjadi di belahan otak kiri secara automatik.
Jadi sebagai ibu bapa, pastikan anda tidak melepaskan momen indah bersama bayi dan sentiasa menstimulasikan rangsangannya secara berperingkat agar anak dapat membesar dan mempelajari sesuatu yang baharu sesuai dengan umurnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pejam celik, pejam celik dah empat bulan lebih usia anak kepada pelakon popular, Ummi Nazeera dan Dr Izzar, Ayra Aneesah. Rasa macam baru lagi Ummi lahirkannya.
Ummi ternyata gembira melihat Ayra membesar dengan sihat. Perasaannya itu dikongsi oleh Ummi melalui instagramnya ketika pergi melakukan rutin pemeriksaan kesihatan untuk Ayra.
Kisah Shayan Ishaan serangga mencuri perhatian apabila kanak-kanak 2 tahun ini berjaya menamakan 30 serangga dalam seminit dan mencipta rekod Malaysia.