Keluar makan bersama, pergi bercuti, beli baju dan permainan itu semua merupakan bonding antara ibu bapa dan anak-anak yang sering dilakukan. Tapi itu semua tak janjikan anak-anak akan rapat dengan kita.
Rupanya ada beza antara bonding luaran dengan bondong hati dan perasaan. Seperti yang dikongsikan oleh Puan ‘Aisyah Rozalli. Kadang bukan material yang anak-anak perlukan, tetapi perhatian dan kasih sayang yang paling utama.
Ikuti perkongsian beliau:
AWAS! KESANNYA SEHINGGA ANAK DEWASA
Kadang, kita rasa kita ni dah cukup sangat “bonding” dengan anak.
Kita luangkan masa bawa jalan,
Luangkan masa bawa cuti,
Beli makanan sedap-sedap untuk anak,
Beli baju,
Beli permainan…
Tapi, anak-anak kita tak rapat pun dengan kita.
Ada beza tau antara “bonding” yang hanya LUARAN dengan “bonding” HATI & PERASAAN ni.
APA RAPAT LUARAN (BONDING FIZIKAL) NI?
Rapat luaran ni, bila keluarga tu dimaksudkan dengan “events”.
Berkumpul hanya bila ada majlis.
Birthday.
Raya.
Di rumah, anak dididik dengan makan sama-sama di meja.
Tapi, terlupa didik kongsi sama-sama cerita.
Di rumah, anak dididik kongsi sama-sama permainan.
Tapi, terlupa didik rasa cinta dan sayang semasa bermain.
Di rumah, segala peraturan ditetapkan oleh kita, dan anak di”define” dengan peraturan.
Ads
Sesama adik-beradik, kita tak jaga maruah anak.
Tegur anak depan-depan adik-beradik yang lain.
Keputusan anak, kita kondem.
Anak-anak hanya ikut apa yang kita sediakan dan putuskan.
Kita MENIDAKKAN anak kita sebagai individu yang boleh berfikir.
Beli baju, tak pernah tanya pendapat anak samada anak suka atau tidak.
Beli permainan, tak pernah tanya anak mahu atau tidak.
APA JADI NANTI?
Anak tak kenal potensi diri!!!
Anak tak kenal potensi sesama adik-beradik!!!
Sesama adik-beradik, tidak wujud bonding hati ke hati.
Sesama keluarga tak kenal personaliti dan kesukaan masing-masing.
Maka, sukarlah untuk rapat.
Ads
Bila dewasa, makin jauh jaraknya.
Hanya bertemu bila pulang ke kampung, tanpa bertukar rasa dan kongsi bahagia.
Keras. Masing-masing dengan hal masing-masing.
Tak mahu pun raikan kegembiraan bersama.
Sedihkan kalau jadi macam ni kat anak-anak kita?
Jadi, nak buat macam mana?
AMALKAN BONDING EMOSI.
RAPAT HATI & PERASAAN.
Tak perlu beli-beli sangat pun.
Duduk main bersama sambil perhati potensi anak.
Ads
Faham kesukaan anak.
Faham kelebihan anak.
Bukan samakan semua anak tu.
Dari anak masuk umur 3 tahun, ajak anak duduk berbincang semasa nak buat keputusan simple melibatkan dia.
“Adik nak baju merah ke hijau?”
“Adik nak pergi Legoland ke Kidzania?”
Memang anak-anak akan bergaduh sesama mereka masa kita nak buat keputusan ni.
Tapi, pada masa yang sama, mereka akan belajar untuk KENAL KESUKAAN & PERSONALITI adik-beradiknya.
foto: freepik.com
Mereka akan belajar untuk saling menyokong.
Kebersamaan tu, perlu dengan kasih-sayang.
Biasakan “berusrah” dan berbincang dari anak kecil.
Bicara hati ke hati.
Bukan sekadar tanya “apa yang dah habis? Berapa ringgit nak?”
Semoga Allah mudahkan kita semua didik anak-anak kita dengan kebersamaan hati & perasaan
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehilangan anak ujian besar bagi sebuah keluarga. Apatah lagi pemergiaan berlaku secara mengejut. Anak yang disangka sudah keluar dalam kenderaan rupanya terperangkap dalam kereta hingga maut kerana strok haba.
Seorang kanak-kanak berusia dua tahun 10 bulan menemui ajal selepas tertinggal di dalam sebuah kereta pada 22 Julai lalu.
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, kanak-kanak itu ditemui tidak sedarkan diri setelah ditinggalkan lebih kurang dua jam oleh datuknya dalam kereta di luar pagar hadapan rumah mereka di Taman Sungai Raya, Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi.
Gambar hiasan.
SEBELUM ITU IKUT DATUK AMBIL KAKAK ABANG DI SEKOLAH
Katanya, sebelum kejadian, mangsa telah mengikuti datuknya berumur 73 tahun untuk mengambil kakak dan abangnya pulang dari sekolah dengan menaiki kereta jenis Perodua Bezza.
“Mangsa yang duduk di tempat duduk penumpang bahagian belakang bersama kakak dan abangnya dipercayai telah tertidur.
“Setelah sampai ke rumah, datuknya terus masuk ke dalam rumah dan beranggapan mangsa telah keluar dari kereta tersebut,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Gambar hiasan.
SETELAH DUA JAM BARU DISEDARI KETIADAAN
Menurut Zainuddin, lebih kurang dua jam kemudia ibu kanak-kanak berkenaan yang bangun dari tidur menyedari bahawa mangsa tiada bersama dengan kakak serta abangnya di dalam rumah dan terus mencari mangsa.
“Ibu mangsa dan datuknya pergi ke kereta dan mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap di bahagian tempat duduk belakang dan sudah tidak sedarkan diri.
“Ketika kejadian, kesemua tingkap dan pintu kereta bertutup rapat, mangsa yang tidak menunjukkan sebarang tindak balas seterusnya dibawa ke Hospital Langkawi untuk rawatan lanjut dan kemudiannya disahkan telah meninggal dunia,” katanya.
LAPORAN AWAL PUNCA KEMATIAN IALAH STROK HABA
Zainuddin berkata, laporan penuh bedah siasat yang dijalankan ke atas mayat mangsa belum diperoleh, namun laporan awal diterima menunjukkan punca kematian berkemungkinan strok haba.
“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.
IBU AYAH MESTI LEBIH PEKA AWASI ANAK
Zainuddin berkata, kes masih dalam siasatan pihak polis dan ibu bapa dinasihatkan lebih peka dan sentiasa mengawasi anak masing-masing bagi mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku.
“Jika siasatan dijalankan mendapati wujud kecuaian, tindakan pendakwaan terhadap ibu bapa atau penjaga berkenaan akan diambil,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Beri anak kita pilihan dan bantu anak yakin dengan dirinya dan keputusan yang dia buat. Itu sebaiknya yang perlu dilakukan oleh seorang ibu.
Perkongsian seorang ibu yang berkongsi kisah pemilihan tudung anaknya yang dikritik dipuji ramai. Mana tidaknya, dengan penuh semangat dan cara didikan sebegini buat anak tambah yakin. Memang terbaik!
“Love yourself” ❤️ Yang pakai tudung hijau dua tone ni, my 2nd daughter – 11 years old. Masa dia pilih tudung ni, adik dan kakak dia dua-dua tak approve pilihan dia.
Saya sendiri tak berkenan tapi on je lah sebab dia suka sangat. Dia ni jenis dah suka, dah pilih, tipis harapan nak pujuk tukar pilihan.
Baru-baru ni dia datang pada saya dan tanya, “ Ma, I nak tudung macam ni lagi boleh tapi warna lain “
Saya tanya balik, “ Kenapa suka tudung ni? selesa ke atau you suka warna dia?”
Her reply was, “ I suka awning dia macam ni ( dia buat demo ), tudung lain kepala tak selesa,
I suka tepi dia macam ni ( ada reben belah depan kain tergantung sikit ), warna dia matching dengan baju yang I ada..”
K fine. Tiba-tiba dia sambung, “haritu pergi raya ada orang kata tudung I buruk..” (an adult)
Mak pujuk diri untuk bertenang, jangan drama emo depan anak. Saya tanya balik chill-chill je,
“You jawab apa”. Anak saya balas, “I senyum je”. Saya tanya lagi, “Orang kata buruk, you nak beli lagi tudung ni?” Dia kata “..biarlah I suka..”. Saya terus bagi thumbs up 😂👍“Bagus.
Next time kalau orang kata apa-apa pasal kita – selalu ingat ni, apa kita buat bukan untuk puaskan orang lain, tapi untuk diri sendiri , untuk Allah dan whatever orang cakap buruk pasal kita biar je dia cakap, yang penting I love myself first “.
Dia senyum angguk-angguk tak tunggu lagi dah, “Ok I love myself! Ma berapa helai tudung I boleh beli?”
This conversation made me realize, dunia ni yang mengkritik kita memang lebih ramai berbanding yang give support, walaupun kanak-kanak tetap tidak terlepas kritikan dari orang dewasa.
Nak marah atau tegur yang dah berusia ni faham-faham lah bukan senang,terutamanya bila ramai tak sedar kesan mendalam dari lisan yang tak terjaga.
What we can try to do is latih anak-anak kita supaya tidak mudah goyah atau “down” dengan kritikan dari dunia luar. (selagi mana tak buat benda salah )
Words don’t define who we are, we define who we are.
Sekadar perkongsian. Saya belajar sesuatu, I hope #geng_mak_mak lain juga belajar sesuatu. Don’t forget to love yourself okay!
Biasa dah kita dengar orang memburu malam Lailatulqadar bila akhir bulan Ramadan ini kan? Tetapi kali ini nak kena dengar juga cerita keindahan malam Lailatulqadar yang di kongsikan oleh Mama Irma Hasmie dan adik-adik Bintang Kecil ni.
Apa sebenarnya malam Lailatulqadar dan apa perlu kita buat untuk 10 malam terakhir? Kenalah saksikan sampai habis 1001 Malam Istimewa diserikan oleh KARIHOME.
Nak menang cash bernilai RM4000? Jom, hantarkan foto OOTD Sedondon Raya bersama anak anda di 👉🏼 SINI
Sumber: FB Aishah Came
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemergian seorang murid Tahun Tiga, Abdul Fatah Khairol Rizal, akibat terjatuh ke dalam lubang kumbahan di sekolahnya, bukan sahaja meninggalkan duka buat keluarga, malah turut merobek hati sahabat karibnya, Qarnain.
Sejak hari pertama jenazah dikebumikan, Qarnain tidak pernah alpa menziarahi pusara arwah. Dia setia datang, seakan memahami betapa perginya seorang sahabat bukanlah perkara mudah untuk ditelan, apatah lagi pada usia semuda ini.
Tiga keping gambar Qarnain yang duduk di kerusi, menatap pilu sambil menangisi pemergian sahabat tersayang, menyentuh hati ramai netizen. Bapa Allahyarham, Khairol Rizal Mustafa, turut berkongsi momen itu di media sosial. Beliau sendiri mengakui sebak melihat nilai persahabatan yang begitu tulus.
“Gambar itu dikongsi oleh ayah Qarnain kepada saya. Bila melihatnya, saya sendiri rasa sedih kerana anak sekecil itu sudah begitu mengerti erti sahabat sejati. Saya simpan di TikTok, bila rindu saya boleh tengok bila-bila masa,” luahnya.
Sahabat Sejak Tahun Tiga
Menurut Khairol Rizal, anaknya dan Qarnain duduk bersebelahan di dalam kelas. Sejak itulah persahabatan mereka mekar, sehinggalah menjadi sangat rapat.
Namun, semenjak pemergian arwah, guru kelas memaklumkan Qarnain kelihatan berubah. Dahulu aktif, kini lebih banyak diam. Kesunyian jelas menyelubungi dirinya.
Ayah arwah menyedari perubahan itu. Katanya, “Saya faham dia kehilangan arwah. Saya pesan kepada ayah Qarnain supaya terus beri semangat, bimbang kesedihan ini berpanjangan.”
Tragedi Yang Mengubah Segalanya
Kejadian tragis itu berlaku ketika acara sukan sekolah, disaksikan ramai termasuk ADUN Lenggeng, Mohd Asna Amin. Abdul Fatah terjatuh selepas memijak penutup lubang kumbahan jenis fiber yang akhirnya meragut nyawanya.
Insiden itu turut mendapat perhatian Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, yang menegaskan pihaknya akan menyiasat secara terperinci agar tragedi sebegini tidak berulang.
Luka Yang Tidak Mudah Pulih
Buat keluarga, luka ini terlalu dalam. Buat seorang sahabat kecil bernama Qarnain, ia adalah kehilangan besar yang barangkali akan diingatinya sepanjang hayat.
Namun di sebalik kedukaan, kita semua diingatkan tentang betapa murninya nilai persahabatan, walau pada usia muda. Kasih sayang yang ikhlas sesungguhnya tidak mengenal batas usia.
Setiap tragedi membawa pengajaran. Buat ibu bapa, marilah kita lebih peka terhadap keselamatan anak-anak di sekolah. Buat anak-anak, hargailah sahabat selagi mereka ada di sisi. Dan buat Qarnain, semoga terus tabah kerana setiap doa dan ingatanmu untuk sahabat kecil itu pasti sampai kepadanya.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.