Ketika sedang hamil, terdapat pelbagai perubahan yang akan berlaku pada tubuh badan seorang wanita sama ada dari aspek fizikal atau mental.
Antara perubahan yang paling ketara adalah sudah pasti pada perut mereka yang kian menimbul dan membesar seiring perjalanan usia kandungan.
Begitu juga dengan perubahan di mana ibu hamil cenderung untuk tidak berada dalam mood yang baik akibat ketidakcelaruan hormon tubuh badan.
Namun ada satu lagi perubahan ketika hamil yang sangat dirisaukan iaitu kulit gelap ketika hamil. Adakah ia normal? Jom kita semua ikuti artikel ini yang dikongsi oleh Hello Health!
Sebenarnya, perubahan pada tubuh badan khususnya kulit buat seorang wanita yang sedang hamil bukanlah satu perkara yang mengejutkan.
Kondisi kulit gelap ketika hamil ini dikenali secara saintifik sebagai chloasma atau melasma dan dipercayai berlaku pada 50% ke 70% kehamilan.
Sekiranya ia berlaku kepada anda, akan ada kawasan kulit tertentu yang berubah warna menjadi lebih gelap berbanding warna kulit asal.
Kebiasaannya, tompok gelap ini akan berwarna tona gelap seperti hitam dan coklat serta biasa berlaku pada kawasan muka ibu hamil.
Disebabkan itu, kondisi ini turut dikenali sebagai topeng kehamilan (mask of pregnancy).
Pun begitu, tahukah kalian bahawa kondisi ini juga boleh terjadi pada kawasan kulit lain selain muka? Ada juga pada tempat yang sangat mengejutkan!
Tompok-tompok berwarna gelap pada kawasan kulit yang muncul ketika hamil ini sudah pasti akan menjejaskan penampilan dan keyakinan seorang wanita.
Untuk pengetahuan anda, ia adalah disebabkan oleh hiperpigmentasi pada kulit yang akan berlaku akibat beberapa faktor lain yang akan kami bincangkan nanti.
Berikut adalah kawasan kulit yang berisiko menjadi gelap ketika hamil:
Pertamanya, kondisi ini sudah tentu akan terjadi pada kawasan kulit muka dan akan membuat sebahagian tempat menjadi lebih gelap berbanding asal.
Kebiasaannya, kawasan kulit muka yang akan terjejas adalah dahi, pipi, hidung, bawah mata, dan atas bibir yang akan menjejaskan kecantikan kulit wajah.
Kelihatan seperti daki yang penuh pada leher, kondisi ini sebenarnya bukanlah disebabkan anda tidak menjaga kebesihan diri ketika hamil.
Namun leher juga adalah salah satu kawasan kulit yang mudah terjejas sekiranya berlaku proses hiperpigmentasi kulit semasa mengandung.
Hiperpigmentasi kulit ketika sedang hamil juga akan memberi kesan kepada kawasan kulit bawah lengan sekali gus menjadikannya lebih gelap.
Selain itu, kondisi ini juga dipercayai boleh berlaku lebih teruk akibat geseran di antara kulit serta penggunaan deodoran yang tidak sesuai.
Meskipun warna puting payudara anda memang gelap secara semula jadi, namun akan wujud perubahan di mana ia lebih gelap semasa mengandung.
Ia adalah disebabkan oleh proses hiperpigmentasi kulit selain didorongi oleh aktiviti hormon estrogen dan progesteron yang aktif ketika hamil.
Kulit bahagian kelangkang atau kawasan di antara pangkal paha juga berisiko menjadi gelap ekoran kondisi yang dinamakan sebagai topeng kehamilan ini.
Dalam pada itu, ia juga dipengaruhi oleh faktor berat badan yang cenderung meningkat lantas membuat kulit lebih banyak terjadi geseran.
Baiklah, sekarang kita sudah tahu kawasan-kawasan kulit yang cenderung menjadi gelap tatkala seorang wanita itu sedang mengandung.
Puncanya juga sudah kita semua ketahui iaitu proses hiperpigmentasi akibat perubahan hormon tubuh badan seorang wanita.
Namun ketahuilah wujud juga faktor lain yang boleh jadi pencetus antaranya:
Buat mereka yang risau dengan penampilan diri semasa sedang mengandung ini, ada beberapa cara yang boleh kalian lakukan.
Pertama sekali adalah dengan mengambil vitamin B9 yang tinggi folat kerana ia boleh mengurangkan proses hiperpigmentasi daripada berlaku.
Selain itu, sila pastikan anda menggunakan pelindung matahari yang mengandungi SPF untuk mengelakkan pendedahan terhadap cahaya.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Tak semua wanita diberikan rezeki mengandung lepas berkahwin. Ada yang kena berusaha buat rawatan sehingga berjaya hamil selepas beberapa tahun berkahwin.
Namun semuanya dengan keizinan Allah SWT jua. Usaha tanpa putus asa dan terus bertawakal kepada Allah akhirnya membuahkan hasil yang manis apabila disahkan hamil.
Seorang ibu, Nur Haziqah Zainal Abidin berkongsi secara terperinci usaha yang dibuat untuk membolehkan dirinya hamil melalui kaedah rawatan Intrauterine Insemenation (IUI).
Kepada wanita yang masih belum berjaya hamil, jangan putus asa, jadikan perkongsian ibu ini sebagai inspirasi. Segala maklumat yang dikongsi termasuk lokasi, kos dan langkah pengambilan ubat yang diberi doktor untuk rawatan IUI boleh dijadikan panduan dan rujukan berguna kepada yang masih berusaha untuk hamil. Semoga bermanfaat.
Dah janji nak buat sharing pasal rawatan IUI di LPPKN, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. So here we go..
Dalam tempoh 3 tahun perkahwinan, macam2 cara dan ikhtiar untuk dapatkan zuriat. Period Alhamdulillah regular dan normal. Jadi saya kelaskan kes saya ni sebagai unexplained infertility. Walaupun orang kata usia perkahwinan masih baru, saya fikir tak perlu tunggu lama2 untuk usaha dapatkan anak, sebab kalau tak berhasil jugak, boleh cuba ikhtiar lain. Saya perlu kejar masa. Saya dan suami terus ambil langkah drastik. Terus call LPPKN.
Firstly, kena book tarikh untuk first appointment by phone call. Kemudian, nurse akan buat short interview etc dah berapa lama kahwin, ada masalah period ke, pernah mengandung atau tak, pernah keguguran atau tak. Just basic question. Nurse akan bagi tarikh appointment.
Rawatan infertility hanya di LPPKN branch Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor bahru
15 Ogos 2016 (First appoinment): Detail interview, iaitu suami isteri akan ditanya beberapa soalan yang lebih mendalam. selesai, suami akan buat sperm test (baca: Semen Analysis) di mana sperm tersebut akan dinilai dari segi keaktifannya, kenormalannya, dan bilangannya. Kos: RM 65.00
1 September 2016: Ujian darah untuk kesan sebarang penyakit kelamin. (suami isteri) Kos: RM 101.00
7 September 2016: HSG (baca: Hysterosalpingogram). Ujian ni saya lakukan di KPJ Tawakkal. Doktor perempuan, jadi, kurang malu sikit. Ujian ni dilakukan untuk kesan sebarang blocking di rahim dan tiub fallopio. Kos: RM 200.00
19 September 2016: Ujian darah untuk kesan masalah hormon. Saya saja yang buat ujian ni sebab husband normal takde apa-apa masalah. Masalah hormon ni banyak etc, period tak stabil, pengeluaran telur tak matang. Dalam kes saya, saiz telur saya tak matang, tak mencapai saiz yang normal. Saiz telur tak normal tak membenarkan persenyawaan berlaku. Kos: RM 20.00
11 Oktober 2016: Consultation doktor dan ujian pap smear. Pap smear untuk kesan sebarang jangkitan dan sebarang risiko kanser serviks. Kos: RM 30.00
MASALAH SAIZ TELUR
16 November 2016: Consult dengan Gynea. Dari ujian2 yang kami berdua lakukan, saya mempunyai masalah hormon (Saiz telur tak matang). Doktor cadangkan kami untuk lakukan IUI (baca: Intrauterine insemination).
Saya perlu consume Chlomid (baca: Chlomiphene) untuk membesarkan telur untuk memastikan prosedur IUI berjaya.
Note:
Cara makan Chlomid – Dibekalkan dengan 10 biji, Perlu dimakan 2 biji sehari, bermula dari hari ke-2 period sehingga hari ke-6, pada waktu yang sama. Tak boleh cepat, tak boleh lambat. Mesti sama. Jam 9 malam pada 5 hari tersebut. Kos: RM 49.00
25 November 2016: TVS (baca: Transvaginal Ultrasound) dilakukan untuk kesan pembesaran telur. Alhamdulillah 4 biji telur membesar dengan jayanya. Saya dibekalkan dengan suntikan Pregnyl dan juga Duphaston (untuk tebalkan dinding rahim). Suntikan Pregnyl ni perlu dilakukan sendiri di rumah, pada jam tepat 9.00 malam. Suntikan di perut. Tujuan suntikan adalah untuk pecahkan telur yang matang. Kos: RM 162.10
28 November 2016: Prosedur IUI dilakukan. Suami perlu keluarkan sperm dan sperm dihantar ke makmal untuk proses sperm wash (baca: Sperm Washing). Kemudian sampel sperm yang telah diasingkan digunakan dalam prosedur IUI. Selepas prosedur selesai, perlu baring selama 30 minit dan bed rest 1 hari. Duphaston masih lagi dibekalkan. Kos: RM 350.00
SYUKUR AKHIRNYA MENGANDUNG!
20 Disember 2016: Ujian air kencing untuk mengesahkan samada mengandung atau tidak. dan Alhamdulillah saya mengandung (4 minggu) dengan sekali cycle IUI.( Tidak boleh buat TVS atau ultrasound sebab kandungan masih kecil). Dibekalkan Folic Acid dan Duphaston. Kos: RM 183.50
3 Januari 2017: Usia kandungan – 7 minggu. TVS untuk tengok saiz baby. Alhamdulillah membesar dengan jayanya. Dibekalkan dengan Folic Acid dan Duphaston. Kos: RM 144.45
7 Februari 2017 (Last Appointment): Usia kandungan – 12 minggu TVS sekali lagi untuk tengok saiz baby. Dibekalkan dengan nasihat-nasihat dari doktor dan juga bekalan ubat (Folic Acid dan Duphaston). Kos: RM 206.80
Total kos = RM 1511.85
ALHAMDULILLAH SELAMAT BERSALIN
17 Ogos 2017, 5.12 pagi, Rumaysaa Nur Awatif my precious baby selamat dilahirkan setelah 3 hari bertarung nyawa nak lahirkan dia. Alhamdulillah syukur padamu Ya allah atas kurniaan rezeki yang tak ternilai
Sekian perkongsian yang tak seberapa dari saya. Kalau nak tanya apa-apa, drop komen atau feel free to PM me. To TTC warriors, keep fighting.
Sebarang rawatan adalah berdasarkan masalah yang dihadapi oleh pasangan, Doktor akan syorkan jenis rawatan yang sesuai
P/s/s: LPPKN adalah badan separuh kerajaan, maka kos perubatannya adalah jauh lebih murah dari klinik swasta dan tempoh menunggunya jauh lebih cepat dari klinik kerajaan yang perlu tunggu turn.
P/s/s/s: Foto adalah beberapa sumber rujukan untuk post ni.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Dr Komathy, Doktor Laila, nurse-nurse dan staff LPPKN Kuala Lumpur
Sumber: Nur Haziqah Zainal Abidin
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bentan selepas bersalin bukan sekadar demam atau sakit badan. Kenali tanda bahaya seperti pendarahan, demam, sesak nafas dan preeklampsia yang boleh mengancam nyawa ibu selepas bersalin.