“Raudhah Paling Memahami…” Aliff Syukri Sampaikan Nasihat, Gelagat Anak Jadi Tumpuan Ramai

Share

Setiap ibu bapa pasti impikan anak-anak yang bukan sahaja berjaya di dunia, bahkan juga di akhirat. Anak yang mampu berdiri sendiri, punyai akhlak baik, dan menjadi kebanggaan keluarga, adalah doa yang sentiasa meniti di bibir setiap insan bergelar ayah dan ibu.

Bagi Dato’ Aliff Syukri, kejayaan sebenar bukan sekadar diukur dengan harta dan kemewahan, tetapi bagaimana beliau mampu mendidik zuriatnya menjadi anak yang soleh dan solehah, berilmu, serta tahu menjaga maruah diri dan nama baik keluarga.

Menerusi video yang tular baru-baru ini, beliau berkongsi harapan dan impian seorang ayah agar anak-anak bukan sahaja cemerlang dalam akademik, malah membesar dengan jiwa yang kental, hati yang lembut, dan sentiasa meletakkan agama sebagai panduan hidup.

Ramai netizen terkesan dengan luahan itu, kerana inilah sisi berbeza seorang Dato’ Aliff yang ramai tidak tahu.

Video yang mendapat 2.1 juta tanda suka itu, mendapat pelbagai reaksi. Rata-rata berkongsi pengalaman dan bersetuju, nasihat yang disampaikan itu menjadi inspirasi kepada ibu bapa lain untuk lebih menekankan pendidikan agama dan nilai keluarga dalam membesarkan anak-anak.

“Teringat masa anak-anak nak membesar, selalu ada meeting tergempar macam ni. Semua anak diberi peluang meluahkan masalah masing,”

“Raudhah ni sebiji perangai aku masa kecil, setiap kali mak beghel macam Dato dan ingatkan aku tentang masa depan, ‘bila mak dah tak ada nanti, siapa nak jaga adik,’ – aku akan nangis macam Raudhah ni lah,”

“Moment ni sangatlah mahal dan berharga. One day semua dah besar, semua makin menjauh pastu tengok balik video moment2 mcm ni, akan terkesan dan rindu…”

Menurut Aliff yang berasal Kuala Lipis itu, beliau sangat berharap anak-anaknya dapat membesar dengan didikan agama, disiplin, dan berjaya dalam akademik.

“Sembayang kena jaga, solat tak perlu tunggu panggil. Nanti bila abah dah tiada, semua akan rindu keadaan macam ni. Kena ingat, keluarga itu adalah sebuah destinasi, Amayan sebagai anak yang sulung perlu jaga keluarga, adik-adik dan bisnes keluarga kita. Perlu ada jiwa pemimpin, tegas, berfikiran terbuka, dan bijak.

“Abah sanggup berkorban apa Sahaja demi anak-anak. Hantar sekolah mahal dan abah mampu bagi keselesaan, tapi abah tak boleh nak jadikan semua anak jadi anak yang alim, soleh solehah. Tapi abah sentiasa berdoa, agar Allah jadikan anak-anak abah ni insan yang hebat, ada agama, dan mendengar cakap. Sebab tu, katakan suatu hari nanti abah meninggal, koranglah yang akan solat dan kebumikan abah,” jelas beliau panjang lebar.

Pada masa yang sama, Aliff turut berpesan kepada anak-anaknya agar menjauhi budaya cinta monyet dan berpegangan tangan. Baginya, usia muda adalah waktu untuk menuntut ilmu, membina disiplin dan mengukuhkan jati diri, bukannya leka dengan perkara yang melalaikan.

“Abah juga tak mahu anak-anak terlibat dengan pergaulan bebas. Setiap pergerakan perlu maklumkan pada abah, abah tak kisah anak nak ke mana-mana, tapi jangan menipu. Perlu ingat, orang yang bahagia itu adalah orang yang penuh kasih sayang.

“Abah dan mama ni sangat sayang pada anak-anak. Katakan suatu hari nanti Amayan dah kenal seseorang. Abah perlu tahu dan kenal, sebab ingin mencari pasangan yang bagus, bukan sebab keluarga yang kaya, tetapi keturunan dan perangainya.

“Abah dan mama pernah lalui zaman remaja, dah tentu jiwa remaja tu cepat memberontak. Tapi bila dah tua, baru kita sedar… nasihat abah dan mama dulu sebenarnya demi kebaikan anak-anak. Masa tu barulah kita faham betapa berharganya teguran dan larangan itu,” jelasnya dengan penuh rasa kasih seorang ayah.

Akhirinya, inilah percaturannya sebagai seorang ayah, segala nasihat, doa dan teguran itu hanyalah demi satu tujuan, iaitu agar anak-anak menjadi insan yang baik, berjaya di dunia serta mulia di sisi Allah di akhirat kelak.

Nasihat Papa Aliff

1. Jangan mudah terikut kawan.
2. Jangan ‘perasan’ kita ini anak orang kaya.
3. Elakkan jadi orang yang ego dan boros.
4. Berjimat cermat dan buat tabungan demi masa depan.
5. Beringat dan pandanglah ke bawah, kerana ia lebih menginsafkan.
6. Bersyukur dan sentiasa menggembirakan orang lain.
7. Jangan buat tidak elok di belakang abah dan mama.
8. Selalulah berkasih sayang antara adik-beradik.
9. Jangan makan sebelum ‘ibu ayah’ makan, ambilkan nasi, ambilkan air.. hormati mereka.
10. Jaga budi pekerti dan budi bahasa.
11. Perlu ada rasa kasihan dan bertanggungjawab.
12. Tolong ‘ibu ayah’.
13. Bila dah berkeluarga, didiklah mereka menjadi anak yang baik.
14. Perlu ingat, marah itu tanda sayang.
15. Solat dan mengaji jangan tinggal

 

@denikiqm5rz keluarga bahagia 🥹❤️ #alifsyukri #fyp #amayan ♬ original sound – Ahcong 🐦 – Ahcong 🇲🇾🍉

Sumber: Tiktok

Published by
Nor Yusoff