Pernahkah anda melihat atlet memakai pita berwarna-warni yang melekat pada badan mereka? Bagi sesetengah orang, pita ini mungkin tampak seperti sekadar aksesori sukan, namun hakikatnya ia adalah sebahagian daripada dunia fisioterapi moden yang sangat penting dalam membantu pemulihan kecederaan. Dalam video menarik daripada Bintang Kecil bertajuk “Fisioterapi Apa yang Lekat-Lekat Tu?”, Doktor BK membawa kita menyelami rahsia di sebalik rawatan ini — sesuatu yang bukan sahaja bermanfaat untuk atlet, malah sangat penting untuk anak-anak kita yang aktif.
Sebagai ibu bapa, memahami teknik rawatan seperti ini mampu membantu kita mengambil langkah awal yang tepat apabila anak-anak mengalami kecederaan fizikal. Jom kita terokai lebih lanjut tentang dunia fisioterapi ini!
Apa Itu ‘Lekat-Lekat’ Dalam Fisioterapi?
Pita yang dikenali sebagai kinesio tape ini digunakan dalam rawatan fisioterapi untuk menyokong otot dan sendi tanpa mengehadkan pergerakan. Ia membantu mempercepatkan penyembuhan dengan meningkatkan aliran darah ke kawasan yang tercedera, mengurangkan bengkak, dan mengurangkan kesakitan. Dalam video ini, adik-adik Bintang Kecil diberi pendedahan awal tentang kegunaan pita ini dengan gaya penyampaian yang santai dan menyeronokkan.
Bukan sahaja atlet, malah sesiapa sahaja — termasuk kanak-kanak yang aktif bermain sukan — boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kinesio taping ini apabila mengalami kecederaan ringan.
Ads
Alat-Alat Terapi Moden: Lebih Dari Sekadar Pita!
Selain pita kinesio, fisioterapi hari ini juga melibatkan penggunaan pelbagai peralatan moden untuk membantu proses pemulihan, seperti mesin ultrasound terapi dan stimulasi elektrik otot. Dalam segmen ini, Doktor BK menunjukkan bagaimana peralatan ini digunakan dengan mudah untuk membantu mengurangkan kesakitan dan mempercepatkan pemulihan.
Anak-anak diajar bahawa menjaga kesihatan fizikal bukan sekadar bermain dan berseronok, tetapi juga penting untuk tahu bagaimana tubuh perlu dirawat apabila mengalami kecederaan.
Kenapa Ibu Bapa Perlu Ambil Tahu?
Sebagai ibu bapa, memahami teknik fisioterapi seperti kinesio taping dan rawatan pemulihan moden amat penting, terutamanya jika anak anda aktif dalam sukan atau aktiviti lasak. Rawatan awal yang betul mampu mengelakkan kecederaan menjadi lebih serius, dan mengurangkan masa pemulihan.
Ads
Selain itu, dengan sedikit pengetahuan asas ini, ibu bapa dapat membuat keputusan yang bijak tentang bila perlu mendapatkan rawatan profesional, dan memahami rawatan yang sedang dijalankan untuk anak mereka. Ini bukan sahaja membantu fizikal anak, malah menyumbang kepada perkembangan mental mereka apabila mereka tahu bahawa tubuh mereka dijaga dengan baik.
Tips Mudah Untuk Ibu Bapa: Tindakan Awal Ketika Anak Cedera
Berikut beberapa langkah praktikal yang boleh ibu bapa lakukan jika anak mengalami kecederaan ringan:
✅ Segera rehatkan kawasan tercedera
Pastikan anak berhenti daripada aktiviti fizikal untuk mengelakkan kecederaan menjadi lebih buruk.
✅ Gunakan teknik R.I.C.E (Rest, Ice, Compression, Elevation)
Ads
Rest: Rehatkan anggota yang tercedera.
Ice: Letakkan ais dalam kain bersih selama 15-20 minit untuk kurangkan bengkak.
Compression: Balut kawasan tersebut dengan bandage untuk mengurangkan pembengkakan.
Elevation: Tinggikan bahagian cedera untuk membantu aliran darah kembali normal.
✅ Gunakan kinesio tape (jika tahu teknik asas)
Jika tahu caranya, penggunaan kinesio tape yang betul boleh memberikan sokongan tambahan kepada otot atau sendi.
✅ Pantau tanda-tanda kecederaan serius
Jika terdapat pembengkakan berlebihan, kesakitan melampau, atau pergerakan yang terhad, segera bawa anak berjumpa doktor atau fisioterapis.
✅ Berikan sokongan emosi kepada anak
Kecederaan boleh membuatkan anak takut atau kecewa. Berikan galakan dan yakinkan mereka bahawa mereka akan sembuh dengan cepat.
Ilmu Kecil, Manfaat Besar
Video daripada Bintang Kecil ini bukan sahaja menyeronokkan untuk ditonton, malah sarat dengan ilmu berguna yang mudah difahami oleh semua peringkat usia. Dengan gaya penyampaian santai Doktor BK, fisioterapi yang selama ini kelihatan kompleks berjaya dipermudahkan untuk difahami oleh kanak-kanak dan ibu bapa.
Maka, jangan pandang ringan pita kecil yang ‘lekat-lekat’ itu — ia mungkin kunci kepada pemulihan pantas anak anda! Dengan langkah awal yang betul, ilmu asas fisioterapi, dan tindakan penuh kasih sayang, kita mampu membesarkan generasi yang bukan sahaja aktif, malah celik tentang penjagaan kesihatan mereka sendiri.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila anak masuk umur dua tahun maka mama ayah terpaksalah menghadapi fasa ‘teribble two”. Fasa di mana anak mula sedar dia juga mampu membuat keputusan, membuat pilihan sendiri. Fasa ini menampakkan anak sedang bergelut antara kebergantungan pada ibu bapa dan keinginan mereka untuk berdikari.
Anak yang dulunya baik, mendengar kata kini tidak lagi tapi bukan bermakna anak itu nakal dan tidak beradab. Di sini lah peranan ibu ayah sangat penting dalam mendidik anak dengan beradab. Ikuti perkongsian daripada doktor pedeatrik ini.
“Ada tips tak macam mana nak handle toddler (usia 2 tahun) bila mengamuk baling barang dan gigit orang?”
Pertama sekali, kita fahamkan dulu, anak usia 2 tahun ni masih dalam fasa ARE, iaitu:
i. Autonomous Decision – mereka suka buat keputusan sendiri tanpa hirau kata-kata kita
ii. Reptile Brain – anak kita lebih dikuasai oleh ‘reptile brain’ ataupun ’emotional brain’. Jadi, si kecil mudah meledak dan mengamuk tanpa berfikir panjang
iii. Egocentric – anak kita dilihat pentingkan diri sendiri dan susah berkongsi
Fasa ini akan berterusan antara usia 2-4 tahun. Selepas tu, fasa ni akan berlalu.
Jadi, kitalah (mak ayah) yang kena berlapang dada bila anak dalam fasa ni.
Sementara tu, saya kongsikan satu-sati apa yang perlu dibuat.
Tugas mak ayah ialah:
Bertenang dan tak marah pada anak
Ajar anak nama anggota badan sampai dia kenal. Contohnya, tangan.
Ajar berulang kali fungsi tangan anak yang sebenar. Contohnya:
Tangan untuk pegang bola, untuk makan, untuk pegang cawan
Ajarkan anak batasan perlakuan (boundaries)
Memukul itu tak dibenarkan
Tak boleh baling barang
Ulang semula fungsi tangan “Hand is for you to eat, to drink, to draw.”
Pantau konten rancangan TV/gajet yang anak lihat.
Ia satu proses yang memakan masa tapi inilah tertib mendidik anak yang sesuai mengikut usia.
Perasaan cepat takut atau risau pada ibu bapa akan ‘dipindahkan’ pada anak, ini faktanya. Apabila ibu bapa berasa takut atau risau, kemungkinan besar anda akan memindahkan ketakutan dan kerisauan itu kepada anak juga.
Perasaan Cepat Takut Atau Risau Pada Ibu Bapa Akan ‘Dipindahkan’Pada Anak
Perkongsian dari Perunding Keibubapaan Parent Connect, Puan Noor Afidah Abu Bakar ini menjelaskan situasi kenapa anak jadi penakut dalam situasi berbeza. Jangan salahkan anak lagi tapi tengok diri kita dulu.
Apabila anda cemas dan ‘anxious’ dengan subjek MATEMATIK dan anda juga sering menceritakan betapa susahnya Matematik di hadapan anak, kemungkinan besar anak juga akan menyerap ‘anxiety’ anda dan melihat subjek itu sebagai sesuatu yang sangat susah tanpa berusaha terlebih dahulu.
Ini Faktanya
Apabila anda menekan dan memaksa anak kerana cemas anak belum boleh MEMBACA pada usia 6 tahun, kemungkinan besar anda juga akan memindahkan rasa cemas dan ‘anxiety’ anda itu kepada anak. Tindakan yang sebegini tidak menjadikan anak cepat membaca malah menyebabkan tekanan kepada anak dan diri anda.
KANAK-KANAK TIDAK MEMPUNYAI RASA TAKUT DAN MEREKA JUGA MEMPUNYAI SIFAT INGIN TAHU YANG TINGGI TERHADAP PERSEKITARAN MEREKA. FOBIA ATAU KETAKUTAN TERHADAP SESUATU AKAN WUJUD DALAM DIRI KANAK-KANAK SEKIRANYA KANAK-KANAK ITU MELALUI PENGALAMAN YANG NEGATIF ATAU TRAUMATIK. SELAIN ITU FOBIA JUGA DIPELAJARI DARIPADA KETAKUTAN YANG DITUNJUKKAN OLEH AYAH ATAU IBU TERHADAP SESUATU.
Anak-anak menjadikan ibu bapa sebagai panduan ketika berhadapan dengan sesuatu. Jika ayah atau ibu kelihatan cemas, takut dan ‘anxious’, anak akan membuat kesimpulan bahawa situasi itu membahayakan, tidak selamat dan memerlukan perlindungan.
Kadang-kadang kita tidak sedar bahawa tindak balas kita menyebabkan kita ‘memindahkan’ fobia, ‘anxiety’ dan stres kepada anak-anak. Ada anak yang mungkin tidak terpengaruh tetapi ada anak yang akan terkesan dengan tindak tanduk kita.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Tidak perlu diterangkan apakah kelebihannya jika anak anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dan mampu bertutur dengan lancar dalam bahasa ini dalam usia kecil lagi. Mempersiapkan anak lebih awal adalah lebih baik kerana anak akan menjadi lebih bersedia apabila masa itu sudah tiba. Namun bagaimana cara terbaik untuk pasti kan anak anda dapat mengusai Bahasa Inggeris dalam situasi yang tidak tertekan dan secara semula jadi. Ikuti tip dan panduan yang diberikan.
1.Berkomunikasi
Berkomunikasi dalam bahasa Inggeris kepada anak secara bertahap. Mulai dengan bahasa yang paling mudah terlebih dahulu. Misalnya mulai berkomunikasi dengan memperkenalkan satu demi satu kata dalam bahasa Inggeris. Jangan terlalu memaksa anak untuk mengerti pengucapan panjang yang anda ucapkan dalam bahasa Inggeris tersebut.
2.Gerak tubuh
Ketika mengajarkan kata kerja bahasa Inggeris, anda akan menggunakan gerak tubuh untuk memudahkan anak memahami pengucapan anda. Sebagai contoh, ketika meminta anak untuk tidur, anda perlu berkata, “Let’s sleep.” Buatlah gerakan tubuh ketika mengucapkan kata ‘sleep’, misalnya dengan menangkupkan kedua belah tangan, lalu meletakkannya di pipi sambil melentukkan kepala dan menutup mata. Ajak anak mengikut contoh gerak tubuh anda sehingga dapat memahami dengan jelas maksud percakapan anda.
3.Program televisyen berbahasa Inggeris
Sesekali,pasangkan rancangan atau filem kegemaran anak dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan anak pasti terbiasa mendengarkan kalimat-kalimat yang dilontarkan dalam program atau filem tersebut. Ketika anak mendengar kosa kata baru, sudah tentu akan mempelajari kata tersebut. Anda pula gunakanlah ketika berbicara pada anak. Oleh demikian anak anda tidak mudah melupakan kosa kata yang baru saja diketahuinya.
4.Permainan dalam bahasa Inggeris
Cubalah membeli permainan pembelajaran dengan bahasa Inggeris, seperti kad imbasan yang menunjukkan abjad, nombor, haiwan, makanan dan sebagainya. Anda boleh membuat sendiri kad imbasan dengan bantuan Internet. Ajaklah anak bermain menggunakan permainan tersebut.
5.Satu kata dalam satu waktu
Ajarilah satu perkataan dalam satu waktu sehingga anak anda benar-benar memahami dan boleh mengucapkan kata tersebut dengan baik. Yang diperlukan pada usia ini adalah pengenalan perkataan. Cubalah untuk menunjukkan satu gambar, misalnya gambar kereta dan mengucapkannya dalam bahasa Inggeris. Minta anak untuk mengulanginya. Tunjukkan lagi gambar yang sama keesokan harinya dan lihat apakah anak anda masih mengingati bagaimana perkataan tersebut disebut dalam bahasa Inggeris.
Apa yang pasti, lakukan secara perlahan, dalam suasana yang menyenangkan dan tidak “memaksa” anak. Ini kerana, tahap usia ini adalah peringkat pengenalan terlebih dahulu supaya anak anda terbiasa mendengar kosa kata baru dalam bahasa Inggeris dan perlahan-lahan akan ‘biasa’ dengan bahasa Inggeris yang diajarkan kepadanya itu.
Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!